Dec 23, 2008

Chin Peng pejuang kemerdekaan? : dakyah terbaru DAP?

SEKUMPULAN aktivis Cina yang disokong oleh DAP telah menuntut kerajaan Britain membayar dosa tenteranya yang didakwa telah membunuh 24 penduduk keturunan Cina di sebuah kampung di Batang Kali, Selangor. Kumpulan tersebut menuntut pampasan sebanyak 80 juta pound (RM425 juta) kerana kononnya tentera yang dibunuh itu bukan pengganas komunis seperti yang didakwa.

Tunjuk perasaan telah diadakan di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur baru-baru ini disusuli dengan penyampaian memorandum tuntutan itu.

Isu tersebut juga pernah diperjuangkan oleh DAP di Parlimen.
Anggota kumpulan aktivis tersebut tidak pernah menyaksikan sendiri peristiwa pembunuhan itu tetapi membuat tuntutan berasaskan fakta sejarah yang memihak kepada mangsa seperti yang ditulis oleh pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng dalam memoirnya, My Side of History.

Chin Peng mendakwa mangsa pembunuhan itu bukan pengganas tetapi orang awam dan beliau menyamakan tindakan tentera British itu seperti peristiwa My Lai yang berlaku 19 tahun kemudiannya di Vietnam iaitu pada 16 Mac I968 di mana tentera Amerika melakukan pembunuhan orang awam secara beramai-ramai.

Menurut Chin Peng, sebuah akhbar mingguan popular British, The People telah mendapat maklumat tentang peristiwa yang sama berlaku di Malaya semasa darurat dan menjalankan siasatan dengan menemu ramah bekas tentera yang berkhidmat pada masa itu dan mendedahkannya di muka hadapan The People keluaran 1 Februari 1970.

Pendedahan itu berkata: "It flatly charged that on December 1948, the Scots Guards platoon had perpetrated a cold blooded massacre civillian workers at Batang Kali."
Menurut Chin Peng lagi, semua fail polis mengenai Batang Kali masih dirahsiakan sehingga hari ini. Beliau menyifatkan dakwaan British terhadap mangsa pembunuhan itu sebagai 'pengganas' adalah emotive terminology yang digunakan supaya tidak berlaku pendewaan terhadap perjuangan PKM. Beliau mengemukakan hal itu sebagai satu kes 'sejarah disunting' atau dipinda atau diputarbelitkan.

Perjuangan menuntut pampasan bagi kejadian Batang Kali telah dibuat berulang kali lama sebelum Hindraf menuntut ratusan juta ringgit pampasan daripada kerajaan Britain kerana tidak menjaga kebajikan orang India sebagai pendatang dan buruh di bawah pemerintahan penjajahan British.

Yang tidak menuntut pampasan daripada kerajaan British ialah orang Melayu kerana mereka merasakan bahawa dengan pemberian kemerdekaan negara ini maka British tidak lagi berhutang kepada mereka.

Kemerdekaan inilah pengiktirafan terhadap ketuanan mereka tetapi pihak lain harus menghalalkan perjuangan yang haram bagi mengesahkan ketuanan dan hak mereka ke atas negara ini.

Itulah kehendak PKM yang telah menegakkan pemerintahan Bintang Tiga beberapa hari selepas kekalahan Jepun dan sebelum anggota MPAJA atau PKM lari ke hutan untuk meneruskan perjuangan bersenjata bagi menegakkan pemerintahan Cina di Malaya pada tahun 1948.

Nampaknya buku sejarah perjuangan PKM yang ditulis oleh pemimpin-pemimpinnya sama ada yang masih hidup atau telah mati sedikit sebanyak berjaya menjadi isu kontroversi di negara ini setelah PKM dikalahkan dan dihapuskan.

Golongan cauvinis Cina di Malaya mahu meneruskan perjuangan yang gagal itu.
Jika kerajaan Britain bersetuju membayar pampasan itu maka bererti pengiktirafan terhadap perjuangan PKM dan banyak lagi pembunuhan pengganas akan dituntut untuk diiktiraf sebagai pembunuhan awam dengan bukti daripada bekas pemimpin PKM dan juga orang yang bersimpati dengan mereka di luar negara.

Tidak hanya Ching Peng yang menulis memoirnya tetapi Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh dan beberapa orang lagi bekas pemimpin PKM berketurunan Melayu juga menulis kisah masing-masing untuk mengesahkan perjuangan mereka.

Harus diingat jika PKM berjaya, negara ini tidak lagi mempunyai orang Melayu sebagai raja dan Yang di-Pertuan Agong, juga tidak ada lagi perbincangan mengenai ketuanan Melayu.
Sesungguhnya bukan sukar untuk meminda sejarah kerana Singapura telah pun berjaya melakukannya dan di Malaysia usaha secara terancang sedang berlaku sekarang.

dipetik dari : www.suarapoliti.com

usik-usik
Apabila fakta sejarah dilandaskan kepada seorang pengkhianat negara, inilah yang kita dapat. putar belit fakta. Dengan usaha yang sebegini maka apa yang akan dapat dicapai sekiranya kerajaan Britain membayar pampasan tersebut ialah "pengakuan bahawa perjuangan komunis dimalaysia masih menyala" ia diteruskan oleh kumpulan yang ala-ala minyuen komunis.

Ini seterusnya akan memprovok kedudukan kaum melayu yang memang terkenal sebagai pahlawan yang melawan anasir komunis di Tanah Melayu.

Tindakan ini ibarat memcurah minyak ke api. Membakar semangat melayu terutama mereka yang terbabit atau yang terpalit sejarah jenayah komunis.

baik-baik bermain api, kelak nanti ada yang rugi.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

2 Responses:

Anonymous said...

Kafir harbi ini yang perlu ditentang. Sebab ia menentang Islam. Hukum hudud mereka tentang. Mereka buat pelbagai diayah untuk mewajarkan berkuasa dan melemahkan Islam. Laman blog Pembela Melayu yang menentang kafir harbi kini tiada lagi. Sayang seribu kali sayang. Mana dia kebebasan.

amirrash said...

saya bersetuju benar orang yang cuba menyeleweng fakta sejarah perlu diajar.