Dec 23, 2008

Pendidikan Malaysia: satu sistem pendidikan. tidak perlu aliran cina dan tamil

Perlaksanaan sistem sekolah satu aliran secara komprehensif perlu dibuat sekarang dimana keadaan, masa dan peluang sudah tiba untuk menyaksikan perubahan ini, bagi menentukan keutuhan Malaysia sebagai negara majmuk pelbagai keturunan dan kepercayaan berjaya dipupuk dan bangunkan bersama, dengan penuh semangat toleransi, kesefahaman, muhibbah dan setiakawan. Perlaksanaanya sekarang, akan memberikan impak positif dan progressif secara strategik. Persoalanya sekarang, apakah ada kesungguhan politik (political will) untuk melaksanakan apa yang wajar?

Soal sistem satu sekolah yang ditimbulkan secara lantang baru baru ini, oleh Exco Pemuda UMNO YB Dato’ Mukhriz Mahathir MP Jerlun, dilihat sebagai respons semasa isu kontroversi ‘Ketuanan Melayu’ dibangkitkan Timbalan Presiden MCA Dato’ Seri Chua Soi Lek, disambut Ketua Wanita MCA Dato’ Paduka Chew Mei Fun dan sebelum itu kenyataan Timbalan Menteri Penerangan Tan Lian Hoe, yang juga Ketua Wanita Gerakan, sebenarnya perlu dilihat dari sudut terbuka dan objektif. Ini kerana asas permintaan Mukhriz itu ialah berdasarkan peruntukan undang undang, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Akta Pendidikan 1996 menguatkan lagi kedudukan peruntukan bahawa Bahasa Malaysia (Melayu) sebagai bahasa penghantar semua sekolah dalam Malaysia, memberikan tafsiran yang lebih jelas dan sekaligus, mengantikan Akta Pelajaran 1961, yang berlandaskan Penyata Razak 1956. Ini bermakna kedudukan dan peranan sekolah vernakular tidak relevan lagi, dalam konteks Malaysia hari ini.

Peruntukan perundangan, walaupun dicapai secara demokrasi, perlu ada tindakan untuk ianya member kesan kepada rakyat. Kerajaan perlu, sebagai ‘pemegang amanah pengurusan negara’, perlu secara serious menimbangkan kedudukan perundangan yang mereka taja sendiri itu sehingga diluluskan Parlimen. Kesungguhan politik (political will) amat perlu untuk tindakan yang terbaik berjaya diusahakan dan keperluan untuk ianya dilaksana secara konsisten.

Perlaksanaan sistem satu sekolah akan menerima reaksi negatif, terutama masyarakat Bukan Melayu iaitu keturunan Cina. Mereka dijangkakan akan mempertahankan sistem sekolah vernakular dengan alasan bahawa hak mengamalkan budaya merupakan sesuatu yang amat penting dipelihara, sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Namun begitu, perlaksanaan sekolah satu sistem merupakan tuntutan Perlembagaan Persekutuan juga. Perlaksanaan ini, akan memberikan impak positif dan progressif, dari agenda intergrasi nasional; satu ciri amat penting bagi Malaysia sebagai negara untuk melangkah kehadapan dalam cabaran globalisasi. Ini dengan jelas, memilih untuk memberikan kepentingan peruntukan perundangan ini mempunyai merit lebih dari yang satu lagi.

Hakikatnya, kesungguhan politik (political will) Kerajaan selama ini gagal. Sebagai contoh, Akta Pendidikan 1996 yang sepatutnya dilaksanakan, diketepikan dan sebaliknya apa yang berlaku ialah songsang dari sebagaimana yang diputuskan melalui forum paling mulia negara; Parlimen. Dalam tempoh antara PRU XI dan XII, sebanyak 12 sekolah vernakular Cina baru dibenarkan untuk diujudkan, dimana 6 daripadanya di Selangor.

Persoalan sekarang ialah, walaupun Kerajaan BN begitu menatang permintaan politik pengundi keturunan Cina, sehingga pemimpin parti komponen BN hari ini ‘lupa’ bahawa asas sokongan dan kuasa yang ada pada mereka sebenarnya tidak datang dari usaha keras mereka sendiri. Dalam pada itu hakikatnya, pada PRU XII, pengundi Cina masih lagi member undi kepada parti sehingga mengakibatkan Selangor terlepas dari BN.

Oleh demikian, apa pertimbangan lagi perlu diambil kira, setelah majoriti rakyat Malaysia mengenepikan agenda nasional untuk menjaga hati dan kepentingan minoriti, yang akhirnya tidak dihargai pun?

Keadaan sudah boleh dikira terdesak dimana perlu ada kommitmen ‘Berani Berubah’ oleh Kepimpinan UMNO dan sifat kesediaan orang Melayu sebagai warga majoriti dan tulang belakang sokongan dan kekuatan BN selama ini untuk ‘bertolak ansur’ dan memberi pelbagai konsessi secara berterusan perlu dihargai dan tidak lagi diambil kesempatan. ‘Maruah politik’ orang Melayu perlu dibela dan pelajaran, sebagai asas ketamaddunan sesuatu bangsa merupakan titik tolak perubahan pembelaan itu.

Inilah percaturan politik (political gamble) yang Kerajaan perlu timbangkan secara serious dititik persimpangan ini, dengan mengambil kira variable senario politik semasa (pemimpin parti komponen BN hari ini sudah pun secara lantang membelakangkan konsep sebenar ‘Kongsi Kuasa’ dan memomokan ‘Ketuanan Melayu’, sehingga sampai tahap “menghina”), kepentingan strategik Negara (ciri utama integrasi nasional untuk menentukan Malaysia maju) dan keberkesanan perlaksanaan dasar ini dilaksanakan dinegara lain (yang nyata komposisi kaum Negara itu memberikan kelebihan kepada kehendak minoriti).

TEPUK DADA, TANYA SELERA!

www.rencahmalaysia.blogspot.com

PRK Kuala Terengganu: Wan Ahmad Farid

SEPERTI dijangka, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil, 17 Januari depan.

Pemilihan Wan Ahmad Farid, 46, yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu selama dua penggal dianggap tepat dan mampu membantu BN memperoleh kemenangan sekali gus mengekalkan penguasaan kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Pada pilihan raya kecil, calon adalah antara faktor penentu kemenangan sesebuah parti politik.

Berbanding kebiasaan nama calon hanya diumum menjelang hari penamaan calon, BN kali ini membuat perubahan dengan pengumuman awal. Langkah ini, selain memberi peluang kepada calon memperkenalkan diri kepada pengundi turut menyediakan ruang waktu untuk mengatasi sebarang masalah dalaman yang mungkin timbul kesan pemilihan calon itu.

Dalam kes pilihan raya kecil ini, calon bagaimanapun bukan isu besar kerana Wan Ahmad Farid selaku Ketua Umno bahagian, memang sejak dari awal lagi pada senarai teratas. Ia hanya disahkan secara rasmi oleh Datuk Seri Najib Razak kelmarin selepas mendapat restu Perdana Menteri.

Apa yang kita harapkan ialah pengundi di kawasan itu membantu BN meneruskan kecemerlangan Allahyarham Datuk Razali Ismail, penyandang kerusi Parlimen itu sebelum ini dengan mengundi BN pada pilihan raya kecil akan datang. Bagaimanapun, kekalahan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Ladang, Batu Burok dan Wakaf Mempelam, di Kuala Terengganu dan kemenangan tipis Allahyarham Razali Ismail pada Pilihan Raya Umum Mac lalu, perlu dijadikan iktibar BN, sekiranya ingin memastikan kerusi Parlimen Kuala Terengganu terus menjadi milik BN.

Ketika itu, undi pos menyelamatkan maruah BN apabila Razali hanya menang dengan majoriti 628 undi berbanding majoriti 2,023 pada Pilihan Raya Umum Ke-11, 2004. Perpecahan ahli pada peringkat akar umbi disebabkan perasaan "tidak puas hati" pemimpin tertentu kerana tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum lalu sehingga berlakunya "peteh keting", adalah hakikat yang perlu diakui kepemimpinan Umno.

Sebelum ini, ada berpendapat kemenangan arwah Razali bukan disebabkan parti, sebaliknya kemenangan atas faktor peribadi. Kini selepas calon BN diumumkan, semua pihak termasuk mereka yang mengharapkan orang tertentu dipilih sebagai calon, melupakan sebarang perselisihan faham dan kembali bersatu.

Semua pihak perlu bekerja sebagai satu pasukan dan mengetepikan kem masing-masing jika ada, untuk kemenangan BN. Kepada petugas dari luar termasuk pemimpin Umno, pastikan mereka berkempen untuk membantu calon BN, bukan untuk menonjol diri menjelang pemilihan dalam parti Mac depan.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Chin Peng pejuang kemerdekaan? : dakyah terbaru DAP?

SEKUMPULAN aktivis Cina yang disokong oleh DAP telah menuntut kerajaan Britain membayar dosa tenteranya yang didakwa telah membunuh 24 penduduk keturunan Cina di sebuah kampung di Batang Kali, Selangor. Kumpulan tersebut menuntut pampasan sebanyak 80 juta pound (RM425 juta) kerana kononnya tentera yang dibunuh itu bukan pengganas komunis seperti yang didakwa.

Tunjuk perasaan telah diadakan di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur baru-baru ini disusuli dengan penyampaian memorandum tuntutan itu.

Isu tersebut juga pernah diperjuangkan oleh DAP di Parlimen.
Anggota kumpulan aktivis tersebut tidak pernah menyaksikan sendiri peristiwa pembunuhan itu tetapi membuat tuntutan berasaskan fakta sejarah yang memihak kepada mangsa seperti yang ditulis oleh pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng dalam memoirnya, My Side of History.

Chin Peng mendakwa mangsa pembunuhan itu bukan pengganas tetapi orang awam dan beliau menyamakan tindakan tentera British itu seperti peristiwa My Lai yang berlaku 19 tahun kemudiannya di Vietnam iaitu pada 16 Mac I968 di mana tentera Amerika melakukan pembunuhan orang awam secara beramai-ramai.

Menurut Chin Peng, sebuah akhbar mingguan popular British, The People telah mendapat maklumat tentang peristiwa yang sama berlaku di Malaya semasa darurat dan menjalankan siasatan dengan menemu ramah bekas tentera yang berkhidmat pada masa itu dan mendedahkannya di muka hadapan The People keluaran 1 Februari 1970.

Pendedahan itu berkata: "It flatly charged that on December 1948, the Scots Guards platoon had perpetrated a cold blooded massacre civillian workers at Batang Kali."
Menurut Chin Peng lagi, semua fail polis mengenai Batang Kali masih dirahsiakan sehingga hari ini. Beliau menyifatkan dakwaan British terhadap mangsa pembunuhan itu sebagai 'pengganas' adalah emotive terminology yang digunakan supaya tidak berlaku pendewaan terhadap perjuangan PKM. Beliau mengemukakan hal itu sebagai satu kes 'sejarah disunting' atau dipinda atau diputarbelitkan.

Perjuangan menuntut pampasan bagi kejadian Batang Kali telah dibuat berulang kali lama sebelum Hindraf menuntut ratusan juta ringgit pampasan daripada kerajaan Britain kerana tidak menjaga kebajikan orang India sebagai pendatang dan buruh di bawah pemerintahan penjajahan British.

Yang tidak menuntut pampasan daripada kerajaan British ialah orang Melayu kerana mereka merasakan bahawa dengan pemberian kemerdekaan negara ini maka British tidak lagi berhutang kepada mereka.

Kemerdekaan inilah pengiktirafan terhadap ketuanan mereka tetapi pihak lain harus menghalalkan perjuangan yang haram bagi mengesahkan ketuanan dan hak mereka ke atas negara ini.

Itulah kehendak PKM yang telah menegakkan pemerintahan Bintang Tiga beberapa hari selepas kekalahan Jepun dan sebelum anggota MPAJA atau PKM lari ke hutan untuk meneruskan perjuangan bersenjata bagi menegakkan pemerintahan Cina di Malaya pada tahun 1948.

Nampaknya buku sejarah perjuangan PKM yang ditulis oleh pemimpin-pemimpinnya sama ada yang masih hidup atau telah mati sedikit sebanyak berjaya menjadi isu kontroversi di negara ini setelah PKM dikalahkan dan dihapuskan.

Golongan cauvinis Cina di Malaya mahu meneruskan perjuangan yang gagal itu.
Jika kerajaan Britain bersetuju membayar pampasan itu maka bererti pengiktirafan terhadap perjuangan PKM dan banyak lagi pembunuhan pengganas akan dituntut untuk diiktiraf sebagai pembunuhan awam dengan bukti daripada bekas pemimpin PKM dan juga orang yang bersimpati dengan mereka di luar negara.

Tidak hanya Ching Peng yang menulis memoirnya tetapi Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh dan beberapa orang lagi bekas pemimpin PKM berketurunan Melayu juga menulis kisah masing-masing untuk mengesahkan perjuangan mereka.

Harus diingat jika PKM berjaya, negara ini tidak lagi mempunyai orang Melayu sebagai raja dan Yang di-Pertuan Agong, juga tidak ada lagi perbincangan mengenai ketuanan Melayu.
Sesungguhnya bukan sukar untuk meminda sejarah kerana Singapura telah pun berjaya melakukannya dan di Malaysia usaha secara terancang sedang berlaku sekarang.

dipetik dari : www.suarapoliti.com

usik-usik
Apabila fakta sejarah dilandaskan kepada seorang pengkhianat negara, inilah yang kita dapat. putar belit fakta. Dengan usaha yang sebegini maka apa yang akan dapat dicapai sekiranya kerajaan Britain membayar pampasan tersebut ialah "pengakuan bahawa perjuangan komunis dimalaysia masih menyala" ia diteruskan oleh kumpulan yang ala-ala minyuen komunis.

Ini seterusnya akan memprovok kedudukan kaum melayu yang memang terkenal sebagai pahlawan yang melawan anasir komunis di Tanah Melayu.

Tindakan ini ibarat memcurah minyak ke api. Membakar semangat melayu terutama mereka yang terbabit atau yang terpalit sejarah jenayah komunis.

baik-baik bermain api, kelak nanti ada yang rugi.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Peristiwa batang kali: DAP kata Chin peng pejuang kemerdekaan?



oleh: Ruhanie Ahmad


Sejarah negara kita sedang dipersendakan ke peringkat paling maksimum. Mana boleh ketua Partai Komunis Malaya (PKM) bernama Chin Peng digelar pejuang kemerdekaan?


Saya kenali Chin Peng menerusi namanya sejak saya kecil di Kampung Separap, Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor.


Ayah, Ibu dan guru-guru saya sering menceritakan hal Chin Peng dan PKM kepada saya. Dari cerita-cerita mereka, saya insaf bahawa Chin Peng adalah pengganas yang perlu disula.Kata Ibu saya, di kampung saya sendiri masih wujud bukti keganasan PKM pada tahun 1945.


Di kampung saya banyak rumah dibakar secara rambang. Di kampung saya ada sekeluarga Melayu di kuburkan hidup-hidup dan beramai-ramai oleh pengganas PKM.


Di kampung saya ada orang yang di sula dan digantungkan ke pohon pedada di pinggir Sungai Simpang Kiri.Di suatu kampung yang kira-kira empat kilometer dari kampung saya, terdapat sejarah penduduknya di humbankan ke dalam minyak yang menggelegak dalam kawah gergasi. Mereka mati bagaikan katak.


Di satu lagi kampung pendalaman kira-kira enam kilometer dari kampung saya, sebuah surau pernah dijadikan pusat pengganas Bintang Tiga (PKM) untuk berpesta meminum arak dan menikmati juadah khinzir panggang. Di situ juga sekumpulan perawan Melayu pernah dirogol dan diperkosa oleh gerombolan pengganas yang sama.


Berikutan seluruh peristiwa di atas, bangkitlah angkatan pemuda parang panjang pimpinan Allahyarham Kiayai Salleh. Kumpulan ini lebih dikenali sebagai Pejuang Selempang Merah. Mereka bertindak dan berjuang semata-mata untuk memansuhkan kezaliman PKM.


Mereka adalah pahlawan yang tidak pernah didendang. Mereka berjuang demi agama, bangsa dan tanahair.Saya belum pernah berterus-terang sebegini menerusi tulisan di blog ini sebelum ini kerana khuatir dituduh sebagai mengapi-apikan semangat perkauman.


Tetapi, saya pernah suarakan kisah di atas di Dewan Rakyat sehingga membuatkan pihak DAP senyap dan tergamam.Oleh itu, tanpa apologi kepada sesiapa, hari ini saya katakan bahawa saya hilang sabar bila ada individu mengatakan pejuang kemerdekaan negara adalah Chin Peng.


Pastinya luahan suara bangkangan saya ini disetujui oleh penduduk di sekitar Pagoh, Bukit Pasir dan Bukit Kepong, Muar, yang terdapat waris-waris mereka dibunuh oleh PKM yang zalim.


Pastinya orang Pontian juga turut menyimpan kisah seperti ini dalam lipatan sejarah keluarga masing-masing.Begitu juga dengan masyarakat Melayu di Bahau, Negeri Sembilan; di Sekinchan, Selangor; dan di Sungai Manik, Perak. Mereka juga mempunyai sejarah keganasan PKM yang hampir serupa bentuk dan kisahnya.


Beribu-ribu keluarga bekas Polis Khas atau Special Constable (SC), Polis biasa dan Askar Melayu juga pastinya amat arif akan kezaliman PKM. Beratus-ratus ayah, pakcik, dan anggota keluarga mereka di bunuh anggota PKM sewaktu mempertahankan tanahair di zaman darurat.


Waris-waris askar Melayu yang hilang kaki, hilang tangan dan hilang nyawa akibat bom dan jerangkap samar PKM di Lembah Gubir pun pastinya mengakui bahawa Chin Peng dan PKM bukan pejuang kemerdekaan negara.


Cukuplah setakat ini curahan rasa bangkangan saya terhadap individu yang sedang mempersendakan sejarah perjuangan bangsa kita memerdekakan negara.Saya harap pihak berkuasa akan segera bersuara dan bertindak untuk membetulkan fakta dan hakikat sejarah yang sebenar-benarnya.



Menjelang Pilihan raya kecil Kuala Terengganu: Pas dan slogan HUDUD

Hudud hanya slogan: Najib


Pas sengaja bangkit isu menjelang pilihan raya kecil


KUALA LUMPUR: Pas sengaja membangkitkan semula isu pelaksanaan hukum hudud dan qisas untuk dijadikan slogan politik menjelang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu, bulan depan, kata Datuk Seri Najib Razak.


Sambil menyifatkannya sebagai isu lapuk, Timbalan Perdana Menteri berkata, isu itu sering dibangkitkan setiap kali musim pilihan raya, tetapi sehingga kini tiada apa yang dilakukan Pas untuk melaksanakannya walaupun berpeluang memerintah beberapa negeri."Itu dah lama cerita tu, ini bukan perkara baru. Masa di Kelantan pun dia tidak buat lagi, di Terengganu pun dia tak buat. Jadi setiap kali timbul dijadikan sebagai isu," katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan serta dialog bersama ulama dan umara di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, semalam.


Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kelmarin, yang berjanji parti itu akan tetap melaksanakan hukum hudud dan qisas sebaik saja Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan negara melalui pilihan raya umum.Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang ditemui pemberita di Kota Bharu pula berkata, Pas sedia berbincang dengan parti dalam Pakatan Rakyat mengenai hukum hudud."Jika mereka tidak mahu menerima, mereka perlu ada alasan kenapa tidak boleh menerimanya," kata Menteri Besar Kelantan itu.


Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang akhbar di Pulau Pinang menegaskan parti itu membantah pelaksanaan hukum hudud dan isu berkenaan tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lalu.Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri turut mempersoalkan mengapa isu itu tidak diperjuangkan Pas dalam manifestonya pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya parti itu memperjuangkan slogan negara kebajikan."Tetapi sekarang nampaknya pemimpin Pas bercakap mengenai pelaksanaan hukum hudud. Ini soal kredibiliti. Mereka menjadikan isu ini sebagai isu politik," katanya.Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Januari depan sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 17 Januari.


dipetik dari: www.utusan.com.my

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Husam; Khary, DAP: hukum hudud!

Kenapa Husam Ralatkan Jaminannya?

BELUM sampai 36 jam atau kalau tanam kacang belum sempat kulit arinya pecah, Naib Presiden Pas, Husam Musa telah memperbaiki kenyataannya berhubung perlaksanaan hukum hudud yang dibuat ketika berwacana bersama Khairy Jamaluddin dan Abdul Aziz Bari di Balai Islam malam Sabtu lalu.

Semasa respon kepada provokasi Khairy Jamaluddin yang ingin tahu apakah Pas akan laksanakan hudud kalau Pakatan Rakyat menang, Husam menegaskan Pas akan melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat memerintah."Iya kita akan laksanakan," begitulah jaminan Husam apabila diasak lebih dua kali oleh Khairy.

Kurang diketahui pula MB Kelantan dalam penantian itu sedar atau tidak ketika beliau mengeluarkan kata-kata itu.

Tetapi hari ini Husam telah membuat pembetulan ke atas persetujuannya semalam. Katanya perlaksanaan itu akan ditangguhkan dan ia akan dimaklumkan kepada DAP dan Keadilan terlebih dulu.Kononnya pemberitahuan itu kerana Pakatan Rakyat telah menandatangani dasar Pakatan itu Ogos lalu? Kata Husam pihaknya tidak akan membuat keputusan secara uniteral sebalik akan membuat secara multiultra.

Barang kali baik juga kalau isi kandungan perjanjian itu didedahkan kepada umum untuk ketahui apakah semangat dan roh perjanjian itu.Kenapa Husam nampak gelabah dengan jaminannya malam kelmarin itu? Mungkin dia tahu ia bakal menjadi isu dan polimek dalam Pakatan Rakyat seperti mana yang saya jangkakan sebelum ini.

Dugaan ini ternyata benar apabila DAP sudah kelam kabut dengan kenyataan itu sehingga mahu rujuk kepada Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim. Media kroni pula sudah tentu sedang menyusun untuk mengeksploitasikan isu itu di Kuala Terengganu nanti. Justeru pada saya penegasan Husam malam itu kurang berhemah dan memakan diri!

Sebenarnya Husam tidak payah membuat pembetulan atas kenyataan itu. Kenyataan beliau malam tadi mendapat sambutan hangat dan itulah yang diharapkan. Langkah beliau membetulkan kenyataan itu menyebabkan ia akan mengelirukan penyokong Pas dan orang Islam sendiri serta mereka yang rindukan hudud.

Pembetulan itu juga menjadikan orang akan pertikaikan pengakuan Husam itu sebagai bersifat politik semata-mata. Dengan kenyataan pembaikian itu Husam melakukan dua kali kesilapan dalam satu masa.Apa yang beliau tegaskan kelmarin (ketika menegasnya siap dengan mengangkat telunjuk ke langit), sudah tepat dan satu kebenaran yang dibanggakan.

Sebagai orang Islam, pemimpin parti Islam sewajarnya agenda melaksanakan hudud itu diletakkan di atas. Segala unsur dan usaha mengenepinya perlu ditentang habis-habisan. Hukum hudud tidak boleh dikorbankan atas maslahat politik atau ia ditangguhkan atas dasar menghromati orang lain.

Saya rasa orang Pas lain juga cukup senang dengan jaminan Husam itu. Golongan ulama yang selama ini berjuang bermati-matian untuk melaksanakan hudud merasakan mereka mendapat semangat baru apabila ia disanggupi sendiri oleh seorang pemimpin bertaraf Naib Presiden yang profesionalis dan dianggap bijak.

Ketika dipersoalkan oleh Khairy, Husam ada menjelaskan Kelantan merayakan hari memperingati hudud setiap tahun. Dengan penuh bangga beliau memaklumkan itu kepada audience. Tetapi sesudah sehari penegasan itu menerawang masuk ke rongga kepala rakan bukan Islam Husam semacam gelabah pula. Kenapa?Sebagai pemimpin yang meletakkan taqwa sebagai syarat orang untuk menjadi Perdana Menteri, Husam tidak perlu takut sebenarnya. Beliau juga tidak perlu merasa malu dan gerun kalau tidak popular dari kalangan bukan Islam kerana menjadi juara hudud.

Bila beliau mengubah dan meralatkan kenyataannya ini menyebabkan orang boleh mengatakan Husam tidak istiqamah dalam iltizamnya.Sepatutnya ia tidak perlu dibimbangkan Husam, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah membela Husam mengenai kenyataannya tentang hudud itu. Kata Nik Aziz hudud bukan hak Pas tetapi hak Islam. Katanya fungsi atau martabat hudud sama dengan sembahyang, kalau sembahyang wajib boleh buat kenapa hudud yang juga wajib tidak boleh dibuat? Jadi apabila tuan guru sudah memberi isyarat dan beranalogi begitu nah, teruskan saja.

Tidak patut dan wajar kalau Husam bermain sorong tarik dengan hukum hudud dan qisas ataupun aspirasi Islam lainnya. Beliau juga sesungguhnya tidak perlu bimbang dengan penerimaan bukan Islam mengenai penegasannya itu.

Bukankah beliau sendiri mengatakan bahawa kefahaman Islam dari kalangan bukan Islam termasuk DAP dan orang seperti Pengerusi Kelab Penyokong Pas dari kalangan orang Cina itu lebih baik berbanding dengan Umno atau Khairy Jamaluddin.Jadi apa yang nak dibimbangkan lagi laksanakan Islam yang menjadi cita-cita dan matlamat perjuangan Pas"

dipetik dari :http://www.msomelayu.blogspot.com/
www.rencahmalaysia.blogspot.com

Dec 2, 2008

Simulasi Pergerakkan Perdana Menteri kaum cina?

FASA I
Mempengaruhi masyarakat untuk mengurangkan majoriti 2/3 kerajaanBarisan Nasional dengan menggunakan pelbagai isu semasa untukmelihat sokongan masyarakat.

FASA 2Membeli 30 kerusi tambahan bagi PKR menjumlahkan 61 kerusi, untukmendapatkan Majoriti Mudah (112 kerusi) bagi menumbangkan KerajaanBarisan Nasional.

[31 (PKR) + 30 (AP baru serta PKR)]

FASA 3
Berpura-pura memberi gambaran kepada masyarakat Melayu bahawa orangCina dan India dalam Pakatan Rakyat bersetuju Melayu dilantiksebagai Perdana Menteri (seolah-olah Melayu memiliki bilanganmajoriti dalam Pakatan Rakyat). (Utusan Malaysia, 20/07/2008 :Pakatan Pembangkang Setuju Anwar Jadi PM).

FASA 4
Membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahimsebagai Perdana Menteri hanya untuk sementara sehingga PersidanganTahunan PKR pada 2009.

FASA 5
Menukar Presiden PKR kepada orang Cina dalam Persidangan TahunanPKR pada 2009 kerana Melayu menjadi minoriti selepas membeli 30 AhliParlimen dan mendapatkan jawatan Perdana Menteri menggunakanperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 43 (2)(a)dan Perkara 66(4) dan Perkara 66(4A).

Perkara-perkara yang masyarakat Melayu tidak sedari bagimerealisasikan gerakan tersebut.

Bilangan Orang Melayu------------ ---------
PAS : 23 orangPKR : 20 orang
JUMLAH : 43 orang (Melayu)

Bilangan Orang Bukan Melayu------------ --------- -------
PKR : Cina : 7 orang: India : 4 orang
DAP : Cina : 21 orang: India : 7 orang
AP yang dibeli dari : 30 orangSabah & Sarawak
JUMLAH : 69 orang (Bukan Melayu)

Cina majoriti dalam Kerajaan Pakatan Rakyat dan dalam PKR selepas kemasukan ahli parlimen dari Sabah dan SarawakPerdana Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk melantik menteri-menteri Kabinet Kerajaan Pakatan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri :Menukar pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (Tan Sri Rashid) kepada orang Cina dan membuat persempadanan semula dengan memecahkan kawasan majoriti Cina kepada beberapa kawasan Parlimen bagi mewujudkan lebih ramai Ahli Parlimen Cina :
• P 43 Bagan (59,385) Cina : 70%, Melayu :14%
• P 45 Bkt Mertajam (64,040) Cina : 72%, Melayu : 18%
• P 48 Bkt Bendera (64,545) Cina : 74%, Melayu : 14%
• P 49 Tanjong (53, 188) Cina : 85%, Melayu : 6%
• P 51 Bkt Gelugor (65,614) Cina : 74%, Melayu : 15%
• P 64 Ipoh Timur (76,647) Cina : 81%, Melayu : 13%
• P 66 Bt Gajah (77,313) Cina : 77%, Melayu : 10%,

dan kawasan-kasawan lain.Terdapat 26 kawasan majoriti Cina dan minoriti Melayu akan dipecahkan kepada 2 hingga 12 kawasan parlimen baru untuk orang Cina dengan mengambil contoh P126 Putrajaya, Melayu : 53%, Cina : 39%;hanya ada 6,608 orang pengundi sahaja bagi satu kawasan parlimen.

Dengan persempadanan semula ini, ahli perlimen Cina akan bertambah bagi membentuk sekurang-kurangnya majoriti mudah untuk terus membentuk Kerajaan Cina dan orang Cina keluar daripada Kerajaan Pakatan Rakyat.

Menteri Pengajian Tinggi :Mempunyai kuasa melantik Naib Canselor (AUKU : Perkara 3) yang orang Melayu dipengaruhi untuk menghapuskan AUKU selama ini, dan melantik NC di kalangan Bukan Melayu (Siasah, 24/04/2006 : Syed Husin Ali :Keadilan Cadang Naib-Canselor Bukan Melayu) dan (The Star,12/03/2007 : Anwar : University should be headed by non-MalayAcademicians) seterusnya menukar semua pensyarah-pensyarah Melayu kepada Bukan Melayu, dan memberi ruang yang besar kepada pelajar Bukan Melayu kerana hakikatnya pelajar Melayu tidak ramai yang layak masuk Universiti.

Menteri Pertahanan :Rejimen Askar Melayu Di Raja (RAMD) pernah diminta untuk dibubarkanpada 1969. Tahun 2009 Batalion Rejimen Askar yang baru di kalangan Bukan Melayu ditubuhkan.

Menteri Kewangan :Membuat budget negara termasuk peruntukan mendirikan Gereja-gereja,Tokong-tokong dan Kuil-kuil di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Agama Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh bagi menggantikan JAKIM dan urusan-urusan yang memberi kepentingan kepada orang bukan Islam.

Menteri Pelajaran :Membina lebih banyak lagi Sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina danTamil dan mengurangkan guru-guru Melayu untuk digantikan dengan guru-guru Bukan Melayu.

Menteri-menteri lain dilantik di kalangan Bukan Melayu bagimemelihara kepentingan orang bukan Melayu.

Malaysia akan terus dijajah oleh orang Cina walaupun Melayu barusedar untuk bersatu kerana kuasa membuat sempadan pilihan raya ditangan Cina dan menjadikan kawasan yang dipimpin orang Cina lebih banyak walaupun mereka hanya 25% di Malaysia.Penggunaan masjid dan surau akan dihadkan kepada 15 hingga 20 minitsahaja untuk tidak memberi ruang kepada Melayu untuk berbincangtanpa kehadiran Bukan Melayu.

dipetik dari www.carigold.com/forum

www.rencahmalaysia.blogspot.com

usik sedikit:
penulis merasakan bahawa artikel di atas agak ekstrem. Namun begitu ia merupakan sesuatu yang boleh difikirkan menjadi kenyataan. Pembaca dinasihatkan mengunakan fikiran yang terbuka dan logik dalam hal ini.