Feb 7, 2012

Mengenal Mereka yang melawan: komunis lawan British sama macam Tok janggut, Dato' Bahaman dan Mat Kilau lawan British?

Ada orang yang berkata:

"Kamu mengatakan komunis bukan pejuang kemerdekaan. Kamu juga mengatakan bahawa polis yang mati semasa komunis membunuh mereka itu adalah pejuang kemerderkaan dan Polis ini adakah pekerja penjajah British.  Adakah kamu sedar bahawa Tok Janggut, Dato' Bahaman dan Mat Kilau adalah pejuang kemerdekaan yang melawan penjajah British untuk kemerdekaan?, maka oleh itu komunis dan Tok Janggut, Dato' Bahaman serta Mat Kilau adalah pejuang kemerdekaan.".

Jawapan saya adalah begini.

Benar Tok Janggut, Dato' Bahaman dan Mat Kilau  adalah pejuang kemerdekaan. tetapi komunis bukan pejuang kemerdekaan. Walau musuh mereka sama (British) tetapi objektif mereka sangat berbeza. Ini kerana fasa pejuangan (masa) mereka berbeza.

Mengapa?

Sebenarnya bagi saya, pada zaman Tok Janggut, Dato' Bahaman dan Mat Kilau (dan beberapa pejuang kemerdekaan yang lain) melawan British adalah fasa pertama ke arah kemerdekaan. Ini terjadi antara tahun 1400 (Kejatuhan Melaka) sehingga 1930an apabila Malaya Union ditubuhkan (dan dibubarkan serta diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu). Pada fasa ini, perjuangan kemerdekaan adalah secara perang iaitu bersenjata. Kita telah lihat kegagalan gerak kerja seperti ini. Matlamat utama Tok Janggut, Dato' Bahaman dan Mat Kilau adalah bagi mendapatkan pemerintahan sendiri tanpa campur tangan British.

Fasa kedua bermula dengan jelas pada 1930an apabila orang melayu mula bersatu melawan British dengan cara perbincangan. Dan akhirnya Malaya Union dibubarkan dan diganti dengan persekutuan tanah melayu yang merdeka pada 31 Ogos 1957.

Nah disini bezanya fasa itu.

Mengapa fasa itu penting. Fasa itu penting kerana dari tahun 1930an terjadi orang Melayu telah belajar bahawa kalau Jepun, Itali dan Jerman boleh kalah dalam perang senjata kepada British dan kuncu-kuncunya maka apatah lagi bangsa Melayu. Kemerdekaan hanya boleh dicapai dengan perbincangan. Dan itulah yang terjadi.

Pada masa itu kita sudah pun ke arah kemerdekaan. Dan pekerja (termasuk askar, polis dan pegawai-pegawai Kerajaan) adalah caretaker kepada sebuah Kerajaan yang bakal merdeka.

Pada masa itu Komunis mula menjalan kegiatan subversif untuk menghancurkan gerakan kemerdekaan dan persediaan Tanah Melayu ke arah Kemerdekaan. Komunis berharap agar dapat menawan Tanah Melayu dan seterusnya menubuhkan sebuah republik dengan campur tangan komunis Rusia dan China.

Jadi, apakah beza Tok Janggut, Dato' Bahaman dan Mat Kilau dan komunis? dengan jelas bahawa Tok Janggut, Dato' Bahaman dan Mat Kilau mahu menubuhkan sebuah negara merdeka tanpa campur tangan British manakala Komunis mahu menubuhkan sebuah republik komunis dengan campur tangan Komunis.

Jadi, saya benar-benar merasakan bahawa sekiranya kita sudah hampir merdeka dan telah pun merdeka (ketika komunis masih membunuh rakyat Malaysia) maka tiada gunanya komunis masih melancarkan pembunuhan terhadap rakyat Malaysia. Akhirnya terbukti bahawa Komunis tidak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan tetapi berjuang untuk menghancurkan kemerdekaan.

salam.


0 Responses: