Umum tahu, Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) telah ditubuhkan di Dewan Rakyat. Umum tahu PSC ditubuhkan hasil respon Kerajaan terhadap Bersih 2.0 (Walau apa pun yang dikata sebaliknya oleh Kerajaan). Umum juga tahu bahawa PSC telah pun ke merata Malaysia menjalankan pendengaran awam bagi mendapatkan maklum balas serta pandangan orang ramai berhubung apa yang orang awam mahunkan dan rasakan bagi menambah baik proses pilihan raya Malaysia. Pendengaran awam telah dijalankan di Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Kelantan dan akhir sekali pada bulan Januari 2012 di Johor Bahru.
PSC ini dianggotai oleh 9 orang Ahli Dewan Rakyat yang dilantik oleh Dewan Rakyat. 5 ahli daripada BN, 3 daripada PAS, DAP dan PKR manakala seorang lagi daripada ahli yang BEBAS yang bukan BN/PAS/DAP/PKR.
PAS di wakili Kuala Krai ( Dr.Hatta), DAP oleh Rasah dan PKR oleh Azmin Ali. Bebas oleh Wangsa Maju, BN oleh Kangar, Menteri Mosti, Hulu Selangor, Alor Gajah dan Kapit.
Apa yang menarik, dalam banyak-banyak YB ini, Azmin Ali. Cuba tanya pada Azmin, berapa kali dia datang ke Pendengaran awam PSC? berapa kali pula dia hadir sepenuh masa. Dan ini perlu juga ditanya pada Wee Chee Keong (Wangsa Maju). Apa yang Wangsa Maju buat ketika ponteng PSC?.
Apa yang hendak dikatakan adalah komitment YB-YB ini terhadap pendengaran awam dan PSC ini sendiri. Jadi kalau hendak sudah diberi tapi sampai masa tidak bagi sepenuh perhatian, macam inikah gaya YB?
salam
http://www.rencahmalaysia.blogspot.com/

0 Responses:
Post a Comment