Aug 29, 2011

KHAS UNTUK MAT SABU KHALWAT: INI VIDEO KAMU

Hari ini keluar dalam surat khabar melayu Utusan Malaysia bahawa Mat Sabu Khalwat (MSK) terlupa apa yang dia cakapkan dalam ceramahnya yang menghina anggota polis Melayu Islam dan anak bini mereka yang berjuang menentang Komunis anti tuhan di Bukit Kepong.

Menurut video itu, MSK dalam ceramah berkata bahawa anggota polis itu adalah anggota british, jadi kalau mereka mati pun bukan kerana mempertahankan negara dan oleh itu bukan mati sebagai pejuang kemerdekaan. MSK berkata bahawa mereka yang menyerang itulah pejuang kemerdekaan terutama kepada seorang melayu komunis bernama muhamad indera.

Mungkin benar kata MSK bahawa semasa peristiwa penyembelihan anggota polis bersama anak bini mereka di bukit kepong pada 23 Februari 1950 [klik sini untuk baca kisah Penyembelihan Komunis terhadap Anggota Polis Melayu Islam Bukit Kepong] Malaya atau Tanah Melayu pada masa itu belum merdeka kerana kita hanya merdeka pada 31 Ogos 1957. Mungkin MSK merasakan bahawa sehingga ke tarikh merdeka maka semua kita yang bekerja di bawah pentadbiran British adalah anjing British. Tapi MSK lupa (macam biasa) bahawa pada tahun 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan harapan untuk membimbing orang Melayu dan bukan Melayu bagi mentadbir negara mereka sendiri. Jadi secara alaminya, mereka yang bekerja dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1.2.1948 adalah  pejuang kemerdekaan yang sedang belajar dan sedang berusaha untuk mentadbir negerinya. Adakah mereka ini layak digelar bukan pejuang kemerdekaan? MSK perlu belajar mengingati fakta ini, jangan sesekali lupa bahawa keadaan sosio ekonomi pada masa itu tidak membolehkan kemerdekaan diberi tanpa bimbingan. Kalau tidak tentu hura hara keadaannya.

Sebagai tambahan, MSK mungkin melihat penyembelihan orang islam, anak-anak kecil dan wanita di balai polis bukit kepong oleh pengganas komunis adalah suatu perkara biasa. Biasa dibuat pada penentang ideologi. Pendapat dan pandangan ini adalah sangat sinonim dengan PAS. Orang yang tidak sehaluan atau yang tidak menyokong PAS akan dianggap kafir dan terus ke neraka, manakala orang yang menyokong PAS akan ke syurga walaupun dia kafir.

MSK perlu jawab ini, adakah kematian anak-anak kecil dan wanita-wanita di peristiwa penyembelihan bukit kepong adalah perkara yang tidak apa? adakah MSK sanggup menyatakan bahawa bunuh orang islam, anak-anak kecil dan wanita dibolehkan walaupun mereka ini berlainan pendapat?

Akhir sekali, untuk MSK, supaya anda tidak lupa. Saksikan video ceramah kamu. Jangan lupa pula. Mat Sabu Khalwat, mungkin kamu lupa kamu pernah dituduh berkhalwat dan video khalwat kamu sudah mula dipasarkan orang, tapi kamu jangan sesekali lupa bahawa kematian orang yang kamu label sebagai bukan pejuang kemerdekaan itu adalah seribu kali lebih baik daripada kamu yang hanya duduk diam goyang kaki tunggu duit dari Penang. Kamu perlu minta maaf kepada semua anggota polis dan keluarga mereka yang mati dalam peristiwa penyembelihan Bukit Kepong, kamu juga perlu mohon maaf kepada semua anggota keselamatan dan penduduk Malaysia.




2 Responses:

Anonymous said...

tulisan kamu penuh dgn tuduhan dan buruk sangka, sekiranya kamu seorang muslim, kamu adalah muslim yang tidak tenang, berubahlah sebelum mati kamu juga dalam keadaan tidak tenang.

Anonymous said...

kamu yg komen ni benar2 tahu ke? blog idola kamu je yg kuat fitnah..takde isi..kamu jwb la,boleh ke dlm Islam membunuh sesama Islam hya kerana perbezaan pendapat?