Kes budak umur 15 tahun yang mati ditembak Polis menjadi hangat dan hangit. Hangat apabila ibu si arwah mengatakan anaknya budak baik dan bukan seorang penjenayah dan hangit apabila ada ahli politik/badan bukan kerajaan yang cuba menjadi hero dengan menangguk di air keruh.
Blog ini tidak mahu mengulas benda yang masih dalam siasatan tetapi apa yang ingin dikupas oleh blog ini ialah sikap segelintir pemimpin politik dan NGO. Mereka ini cuba berlagak hero, ambil contoh Khalid Gereja MP PAS Shah Alam. Beliau dalam blog nya [klik sini] mengambil peluang mempamerkan keheroaan nya dengan mengeluarkan kenyataan media dengan hanya berdasarkan persepsi. Khalid sebagai pemimpin politik yang memang mula dibenci oleh penduduk Melayu Shah Alam akibat kisah sokongan ke atas penggunaan nama Allah oleh gereja Kristian menggunakan kes aminul ini untuk mendapatkan sokongan Melayu. Inilah modal dan saat untuk beliau menunjukkan kepada orang Melayu bahawa beliau adalah pendokong Melayu. Dasar opportunis. Dasar orang politik. Inilah juga yang dibuat oleh ramai lagi orang politik. Mereka menggunakan kes ini untuk mendapatkan simpati. Simpati kepada mereka dengan menimbulkan benci kepada Polis yang memang selama ini dikatakan sebagai penghalang kejayaan pembangkang. Entah apa yang bermain di otak pemimpin pembangkang sekarang.
Dulu DAP dengan justice for Teo Beng Hock yang juga menghentam SPRM salah satu organ Kerajaan yang dikatakan penghalang kejayaan PR; dan sekarang PAS dengan justice for aminulrasyid yang menghentam Polis. PR akan mencuba sepenuh tenaga untuk menghancurkan kredibiliti dua organ Kerajaan ini (Polis dan SPRM) yang mana tentunya dengan kehancuran Polis dan SPRM pastinya PR berharap mereka akan berkuasa di Malaysia.
Berbalik kepada pemimpin NGO seperti GPMS, ternyata mereka ini juga cuba mencari populariti. Mereka bercakap berkenaan keadilan kepada Keluarga si mati tetapi tidak bercakap keadilan bagi pihak Polis. Adakah ini keadilan yang cuba dicapai oleh NGO-NGO ini? kalau inilah keadaannya,maka ternyata keadilan adalah perspektif semata-mata. Keadilan untuk popular. Bagi pemimpin seperti ini untuk menjadi glamour maka perlu disensasikan apa saja yang boleh mengundang sokongan orang ramai. Termasuk kes-kes seperti ini. Mereka gagal mengulas tentang kedudukan anggota polis pada masa itu yang mana jalan terakhir untuk menghalang pemandu kereta itu (aminul) daripada terlepas ialah dengan menembak kereta tersebut setelah usaha lain gagal.
Dari satu segi yang lain, apabila melihat fakta kes ini, ternyata ada 3 perkara yang perlu dijawab. Pertama, Keluarga si Mati gagal mengawas anak/ahli keluarga mereka sehinggakan budak berumur 15 tahun boleh menyusup keluar rumah pada pagi hari tanpa pengetahuan keluarga. Kedua, bagaimana budak yang berumur 15 tahun boleh memandu kereta keluarga? tentunya dia ini tiada lesen memandu. ketiga, ada perkara yang menarik berdasarkan kepada report polis kawan si mati [baca report disini] si mati membawa kereta dengan lajunya tanpa menghiraukan keselamatan orang ramai; kawan si mati terdengar bunyi tembakan polis ke tayar kereta tetapi si mati tetap meneruskan pemanduan tanpa berhenti? apa maknanya ini?
Secara peribadinya, blog ini merasakan bahawa pertama, keluarga si mati gagal mengawal anak/ahli keluarga mereka. kedua, keluarga memang tidak tahu apa aktiviti anak/ahli keluarga mereka. ketiga, pasti sebelum ini keluarga membenarkan anak mereka memandu tanpa lesen walaupun mereka tahu ia menyalahi undang-undang dan membahayakan keselamatan orang lain. keempat, remaja sekarang amat advance. kalau kita cuba menyamakan pemikiran remaja umur 15 tahun sekarang dengan remaja umur 15 tahun tahun 1980'an ternyata kita SANGAT-SANGAT SILAP, remaja sekarang amat-amat bijak dan nakal berbanding remaja pada tahun-tahun 80`an dan 90`an.. Kelima, pengaruh video game. Anda pernah dengan Grand Theft Auto? [klik sini untuk baca kes tentang pengaruh GTA di Amerika]. GTA merupakan satu video game yang mana anda sebagai seorang penjenayah akan mendapat point dengan membuat kekacauan. Kekacauan anda itu dibuat melalui kenderaan. Anda akan dapat pangkat antara tertinggi dengan membunuh/melanggar anggota polis. Adakah si arwah sebenarnya terpengaruh dengan game ini?
Untuk penamat, anda digesa membaca artikel di bawah tentang kes JPJ baling kerusi kepada mat motor yang heboh pada tahun 2006. Ada cadangan untuk menyaman keluarga mat motor itu kerana membiarkan anak menunggang motosikal tanpa lesen. Mungkin juga ini perlu dipertimbangkan untuk dibuat kepada keluarga si Aminulrasyid ini.
www.rencahmalaysia.blogspot.com
-----------------------------------------------
Rabu Januari 18, 2006
Kes baling kerusi: Polis akan ambil keterangan ibu bapa
KANGAR: Polis akan mengambil keterangan daripada ibu bapa pelajar yang cedera setelah terjatuh daripada motosikalnya dipercayai dibaling dengan kerusi logam ketika cuba mengelak sekatan jalan raya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam.
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Yusof Md Diah hari ini berkata ibu bapa pelajar itu akan dipanggil untuk diambil keterangan secepat mungkin memandangkan adalah satu kesalahan membenarkan anak mereka yang tidak memiliki lesen menunggang motosikal ke sekolah.
Polis dan JPJ boleh ambil tindakan saman terhadap ibu bapa pelajar berkenaan selain pelajar itu sendiri, katanya pada sidang media selepas mengiringi Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim melawat pelajar terbabit, Muhammad Taufik Meh, di wad Hospital Tuanku Fauziah di sini.
Muhammad Taufik, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin (SMKSs), yang tidak memiliki lesen memandu dan tidak memakai topi keledar terjatuh daripada motosikalnya dipercayai dibaling dengan kerusi ketika cuba mengelak sekatan jalan raya JPJ di Km8, Jalan KangarArau semalam.
Ketika kejadian, pelajar itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Belat Raja, Tambun Tulang, yang terletak kira-kira 10 kilometer dari SMKSS, untuk mengambil ibunya Norhalita Abdullah, bagi urusan pertukaran sekolah.
Penduduk sekitar yang menyaksikan kejadian itu kemudiannya bertindak di luar batasan apabila memukul dua anggota JPJ yang bertugas berikutan mendakwa penguatkuasa itu bertindak keterlaluan dengan membaling kerusi ke arah pelajar terbabit.
Sementara itu, Yusof berkata pihaknya telah mengambil keterangan anggota JPJ yang terlibat dan saksi insiden berkenaan selain mengadakan perbincangan dengan Pengarah JPJ Perlis Zahari Awang Senik.
Katanya polis ketika ini sedang mengenal pasti penduduk kampung yang terlibat dalam kejadian memukul itu.
Zahari yang turut hadir pada sidang media itu berkata pihaknya masih belum dapat memastikan siapakah yang membaling kerusi itu seperti didakwa dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan.
Beliau berkata dua anggota penguatkuasa yang ditumbuk itu bertugas seperti biasa hari ini dan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka sekiranya didapati benar bertindak secara keterlaluan itu.
Selain itu, JPJ juga mungkin akan menyaman pelajar terbabit, katanya. BERNAMA
2 Responses:
Saya amat berbangga kerna UMNO adalah parti yang suka bersedekah. UMNO telah sudi menyedekahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew pada 1965, Pulau Batu Putih pada 2008, dan terbaru tanah KTMB di Tanjung Pagar. Wah tahniah, UMNO bagus. Tahun depan UMNO beramal lagi ek, kita sedekahkan Johor pulak kepada Singapura. Kita jumpa minyak, kita bagi kat Brunei lagi. Saya berbangga Malaysia ini sebuah negara Islam yang membenarkan judi, contohnya judi bola World Cup. Bagus UMNO. Kita jemput ramai2 tokey judi antarabangsa bukak pusat judi di Malaysia. Kita toreh mana-mana bukit dan gunung buat kasino. Ni adalah negara Islam ala UMNO.
Kalau bab guna nama ALLAH oleh puak2 kapir bukan main korang puak2 UMNO bantah. Kalau bab perintah ALLAH suruh laksanakan hudud taknak pulak korang laksanakan. Bagi lesen judi bola World Cup kat tokey Cina boleh pulak. Judi tu dah terang2 haram di sisi ALLAH, korang bagi lesen pulak. Tak ke bangang namanya tu!?
Post a Comment