Adun Sekinchan Ng Sue Lim mabuk dan langgar pelajar Melayu ?
Feb 10, 2010
Pelajar Melayu Koma kemalangan dengan ADUN Sekinchan Ng Sue Lim : Mana Keadilan untuk Pelajar Melayu tersebut!
Dia minta keadilan untuk TBH, tapi siapa nak minta keadilan untuk budak Melayu
yang dia langgar lari semasa dalam keadaan mabuk tu? Siapa nak tolong? Ronnie Liu?
ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim, sedang disiasat polis berkaitan dengan satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Universiti Industri Selangor (Unisel) Seksyen 7, Shah Alam pada 12.30 pagi, 8 Februari 2010.
Menurut sumber, kemalangan yang berlaku pada tengah malam itu membabitkan seorang pelajar universiti tempatan. Pelajar Melayu tersebut dalam keadaan koma sekarang. Sehingga petang tadi belum ada laporan dibuat oleh pihak keluarga mangsa terbabit. Manakala Ng Sue Lim dikatakan telah membuat laporan dan menyalahkan pelajar terbabit.
Seorang saksi yang memberi maklumat menyatakan YB Ng Sue Lim mungkin berada dalam keadaan mabuk berikutan kesan bau arak yang cukup kuat ketika bercakap di tempat kejadian dan ketika membuat laporan polis.
Bagaimanapun terdapat tanda tanya mengapa Polis Seksyen 11, Shah Alam yang menerima laporan tidak mengarahkan wakil rakyat DAP itu menjalani ujian alkohol serta-merta.
www.selangordaily.com
Komen PB
PB harap pihak polis Selangor di Seksyen 11 Shah Alam jalankan siasatan ini telus dan adil . Jangan takut dan tunduk kepada tekanan oleh Pakatan Rasuah Selangor ini bagi mempertahankan pemimpin mereka yang sudah melakukan kesalahan undang2 ini . Pemimpin2 DAP yang chauvinist sepert ini tidak harus kita lindungi atau diberi muka undang-undang.
Buat pimpinan UMNO SELANGOR di atas sana , kenapa tak reti-reti lagi ke membela nasib pelajar Melayu yang koma ini ?? Tak kan nak tunggu arahan Najib kot baru nak pergi melawat keluarga ini . Datuk Noh , Ketua2 Bahagian UMNO Selangor mana pi ?? Kata sudah jadi UMNO Juara Rakyat ???
Kepada Pakatan Rakyat pulak terutama PAS, mereka ini memang tidak akan melakukan pembelaan terhadap nasib malang pelajar Melayu ini kerana mereka hanya membela jika ada political milleage terhadap parti mereka . Tambahan lagi , ada pulak penyokong mereka cakap kita hanya membela Islam sahaja bukan bangsa Melayu .
PB juga setuju denga pandangan rakan blogger Pisau bahawa bayangkan lah jika yang dilanggar itu seorang pelajar berbangsa cina atau india,dan yang melanggar itu seorang Adun dari BN,apa akan terjadi? Pasti melompat punya puak2 chauvinist DAP dan beberapa pemimpin PKR dan PAS akan bising satu Malaysia mendesak Adun BN itu meletakkan jawatan .
Jadikan kes Teoh Beck hock sebagai contoh cukup la bagaimana sikap puak-puak berfikiran komunis dan chavinist ini menuduh SPRM bersalah sampai sanggup tunjuk perasaan dan dijadikan isu politik mereka . Ini kes sekarang Adun DAP langgar pelajar Melayu sapa nak bela ?? Awal2 lagi mereka dah salahkan pelajar Melayu ini .
Itu pun ada lagi Melayu dalam Pakatan yang masih lagi buta dan mengagungkan DAP chauvinis dan ultra kiasu ini . Mati hidup semula pun DAP tak kan tolong bela Melayu !!
dipetik daripada pejuangbangsa
www.rencahmalaysia.blogspot.com
amirrash Feb 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
0 Responses:
Post a Comment