Feb 19, 2010

LIM GUAN ENG MENIPU LAGI?: KES PERUNTUKAN ISLAM DI PULAU PINANG

Malay Feb 18.JPG

PostHeaderIcon Peruntukan Islam: Guan Eng Sembunyi Fakta


nb

Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa menyembunyikan fakta sebenar di sebalik dakwaan kononnya kerajaan negeri memperuntukkan RM24.3 juta untuk pembangunan hal ehwal umat Islam di Pulau Pinang pada tahun ini.


Ini kerana, jumlah sebenar peruntukan yang disediakan bagi tujuan itu didakwa hanyalah RM11 juta, lebih rendah berbanding RM12.2 juta yang diberi ketika era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008.

Pengerusi Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohd. Yussoff Hamid ketika membuat pendedahan itu berkata, peruntukan RM24.3 juta yang dinyatakan kerajaan negeri sebenarnya turut merangkumi perbelanjaan tahunan bagi kos pengurusan agensi agama Islam.

''Bajet pengurusan berjumlah RM13 juta adalah bajet mengurus yang diperuntukkan secara tahunan untuk membayar emolumen termasuk gaji kakitangan agensi di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Islam.
''Jadi, jika ditolak (RM13 juta) daripada RM24 juta, peruntukan sebenar hanyalah RM11 juta. Nampaknya, fakta-fakta yang diberikan tidak jelas malah menimbulkan keraguan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Guan Eng yang kini berdepan kritikan kerana didakwa meminggirkan nasib orang Melayu dan Islam berusaha memulihkan imej kepimpinannya dengan mendedahkan kepada umum peruntukan bagi pembangunan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP itu dalam ucapan dan siri ceramah pakatan pembangkang berkali-kali mempertahankan pentadbirannya yang didakwa lebih peka terhadap pembangunan umat Islam berbanding pentadbiran BN sebelum ini.

Kerajaan negeri turut menaikkan sepanduk dan kain-kain rentang sekitar negeri ini tertera peruntukan RM24.3 juta pada tahun ini yang didakwa meningkat sekali ganda berbanding RM12.2 juta ketika era pemerintahan BN pada tahun 2008

dipetik daripada sini 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: