Jan 7, 2010

KEMALANGAN NIZAR: HARAKAH KATA MUNGKIN IA TELAH DIRANCANG, TETAPI ADAKAH PAS YANG MERANCANG KEMALANGAN INI?





Link harakah disini 
..................................
APAKAH yang anda rasa apabila membaca petikan di atas? saya merasakan bahawa MANTAN SETIAUSAHA PAS JALAN YADI SUNGAI UDANG dan HARAKAH cuba menangguk di air keruh. 



MEREKA cuba mendapatkan publisiti murahan. Bagi HARAKAH inilah masa untuk menabur fitnah kepada UMNO. Dan bagi IKMAL mungkin inilah masa untuk beliau membuat comeback kedalam PAS setelah manjadi mantan. Mungkin beliau berharap dengan corak tulisan sebegitu jahat maka beliau akan jadi popular dan lantas berhak diberikan perhatian untuk masuk semula ke gelanggan PAS?
MUNGKIN kemalangan ini memang dirancang tetapi oleh siapa dan untuk tujuan apa?.  Tidakkah orang-orang PAS dan mantan setiausaha PAS ini terfikir bahawa boleh jadi kemalangan ini telah dirancang oleh orang-orang PAS sendiri?. 
BOLEH jadi ini merupakan plan terakhir mereka setelah rakyat mula menerima pentadbiran BN di Perak. Dengan adanya kemalangan ini maka penyokong dan perancang kemalangan ini tentunya mendapat dua perkara. Yang pertama ialah publisiti terhadap kejadian ini dan keduanya dapat menunjukkan pula bahawa EX MB Perak dianiaya oleh UMNO. 


RAKYAT tentunya akan tertarik kepada kejadian ini dan pastinya ia akan dijadikan propaganda oleh PAS  dalam mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka. Dalam beberapa bulan ini sokongan rakyat kepada mereka telah dan hampir pupus. Jadi mereka amat terdesak untuk membuat stunt yang membolehkan mereka mendapat perhatian rakyat. 


ADENGAN seperti ini bukan tidak pernah dibuat PAS. Dalam PRK Bagan Pinang PAS pernah mengatakan bahawa ahlinya dibelasah padahal daripada bukti yang ada menunjukkan bahawa itu adalah perancangan PAS sendiri [klik sini untuk baca penipuan PAS] .


MAKA kita boleh membuat andaian bahawa kejadian seperti ini mungkin dirancang oleh PAS kerana mereka pernah melakukan perkara yang sama sewaktu di Bagan Pinang dan ada kemungkinan mereka akan mengulang taktik yang sama.


P.S: 
Mungkin  MANTAN nak menangguk undang di air keruh?


www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: