Jan 6, 2010

2020: APABILA ALI MASUK GEREJA SEMBAHYANG SEBAB TUHAN KRISTIAN DAN ISLAM SAMA SAHAJA!

Ali seorang kanak-kanak islam berumur 7 tahun sedang bercakap dengan kawannya Jonny seorang kanak-kanak katholik Kristian yang berumur 8 tahun. Perbualan ini terjadi pada petang Jumaat tahun 2020 iaitu kira-kira 10 tahun selepas Mahkamah rayuan membenarkan penggunaan perkataan ALLAH oleh golongan kristian.


Jonny: Kamu hendak kemana Ali? marilah main dengan saya


Ali: Sorry la Jonny, saya kena pergi masjid lah, saya hendak sembahyang.


Jonny: Sembahyang? kamu sembah apa ye?


Ali: Ooo..kami sembah ALLAH 


Jonny: Eh..sama la macam saya, saya pun pergi ke church hari ahad untuk sembahyang pada ALLAH. Kamu tak payah la pergi ke masjid hari ni Ali, kita pergi main game lah. 


Ali: Eh..tak boleh la Jonny, nanti ayah saya marah. Saya mesti pergi ke masjid untuk sembahyang sebab minggu lepas saya tak sempat nak pergi. Ayah saya kata, orang islam kena pergi sembahyang di masjid pada hari Jumaat, kalau tak pergi minggu ini minggu depan kena pergi kalau tidak nanti saya mati masuk neraka.


Jonny: ala apa susah kamu ikut saya ke church hari ahad ni ganti balik sembahyang hari Jumaat ni, lagipun kita kan sembah ALLAH tuhan yang sama. 


Ali:  Betul juga tu.Oklah, hari ahad ni saya ikut awka pergi church la sembahyang. Jom kita sambung main.


www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: