Jan 8, 2010
Edisi Hangat : Penulis di Harakahdaily Akan Buat Laporan Polis Terhadap Panglima !
Pertama : Penulis ruangan pembaca di Harakahdaily yang telah disebut tulisannya di sini ( kira iklan percuma ) telah datang bertamu ke blog kerdil Panglima. Kasar bahasanya dan seperti tidak melambangkan seorang muslim yang baik dan murni akhlaknya.
Komen beliau :
SALAM
lain kali tanya si penulis secara jelas.
jgn buat tafsiran sendiri
sebab yang tulis tu aku
aku cakap kejadian itu tiada unsur politik. tapi tidak salah YB Nizar berwaspada dan perlu diiringi oleh pegawal peribadi, pegawai khas dan pemandunya. Sekadar berwaspada
apa yang aku tulis itu tanpa membangkitkan sebarang unsur menyalahkan UMNO sama sekali.
macam kemalangan YB Dato Prof Zul, aku ada kata ke ia ada unsur politik? siap ia disahkan oleh PM time itu, ia takde unsur politik.
sekali lagi aku cakap. cuma berwaspada terhadap sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku
Cuma aku minta kepada pihak PAS negeri, perketatkan tahap keselamatan beliau.
itu je..
takde kaitan pun dengan UMNO atau BN
pohon kenyataan ini disiarkan, atau suatu laporan polis akan saya buat
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Mantan S/U Pas Jalan Yadi Sungai Udang
Begini rupa ahli PAS yang bagi saya kira hebat juga tulisannya hingga disiarkan di Harakahdaily...
tulisan beliau yang lain ada di link ini http://www.harakahdaily.net. Kira satu lagi promosi tanpa bayaran kepada penulis muda Harakahdaily ini.
Nak tahu blog dia ? boleh ke sana di link inihttp://www.mdikhqoi.blogspot.com/
Jika beginilah rupa akhlak ahli PAS ini saya rasa patutlah ahli PAS sanggup berbaring di tengah jalan menghalang kereta Sultan Perak satu ketika dulu. Mereka memang nekad dan sanggup buat laporan polis untuk dapatkan publisiti walaupun terhadap blog picisan macam blog saya...
Saya memahami kegelisahan hati mereka tentang masalah negara kita tetapi ia tidak boleh menjadi sebab untuk ditujukan tuduhan tersebut kepada pihak lain khasnya UMNO !
Kita perlu rasional dan tidak emosional dalam semua perkara. Termasuk dari membuat andaian negatif bahawa kemalangan dan dikiaskan dengan pihak UMNO..
Dengan penyiaran komen menafikan maksud penulis itu di sini maka saya rasa semua pihak tidak perlu lagi salah sangka dengan maksud beliau.
Semoga penulis muda ini akan berhati-hati dalam penulisannya...
...........dipetik daripada panglima perang cyber
p.s
Mungkin blog ini pun akan dibuat laporan polis? hahaa...mantan..mantan. kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai, kalau takut ditafsirkan sebegitu rupa penulisan, jangan la menggatal nak menulis. Duduk rumah la diam-diam lagi bagus.
www.rencahmalaysia.blogspot.com
amirrash Jan 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
0 Responses:
Post a Comment