Kenapa menantu Nik Aziz dipertikai ?
By aidc editor on November 12, 2009
Oleh Staff PMBK
INFO PENTING BERKAITAN AB. ARIFFAHMI BIN ABDUL RAHMAN SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) KUMPULAN PMBK KERANA MEMPUNYAI KELEMAHAN, KECUAIAN, SALAH GUNA KUASA, MENYELEWENG DAN LAIN-LAIN
Mula bekerja di syarikat Air Kelantan anak syarikat PMBK. Semasa bertugas di sini beliau tidak mempunyai langsung pengalaman bekerja tetapi bersandar segulung sijil menyebabkan tugasan serta amanah yang diberikan sering kali gagal dan terus gagal. Banyak projek di bawahnya tertangguh dan tidak mencapai target syarikat.
Memandangkan kriteria di atas beliau dipinjam kepada PMBK bagi menjaga Projek Bandar Baru Tunjong yang diambil alih daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri. Sampai sekarang (hampir 5 tahun) walaupun telah diberi kuasa EKSEKUTIF masih lagi gagal dan belum dilaksanakan. Difahamkan dari sumber yang berpengalaman dalam bidang ini, 5 tahun lagi projek ini tidak akan dapat dilaksanakan.
Semasa berkhidmat di PMBK, beberapa surat amaran dari CEO terdahulu telah dikeluarkan kerana prestasi kurang memuaskan dan perlanggaran peraturan pejabat. Sebaik sahaja dilantik sebagai COO fail peribadinya berada dalam simpanan sendiri bagi mengelakkan rahsia peribadinya terbongkar dan memo amaran atau tindakan disiplin telah dihilangkan begitu sahaja.
Pelantikan Ariffahmi Abdul Rahman (AAAR) sebelum ini sebagai Ketua Bahagian Hartanah. Dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) yang mana pelantikan ini telah dipertikaikan umum.
Sekarang ini pula telah dilantik dengan tiba-tiba sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan. (PMBK) bagi mengambil alih jawatan agensi pelaburan dan pemangkin pembangunan Kelantan dalam tempoh singkat menjawat COO walaupun sebelum ini rekod prestasi kerja paling tidak memuaskan.
Antara tindakan terawal beliau setelah mengambil alih penuh kuasa eksekutif ialah mengeluarkan perintah dengan melucutkan jawatan Pegawai Tinggi untuk menjaga maklumat mengenai kegiatan beliau semasa menjawat COO, terutama berkaitan salah guna kuasa.
Kemungkinan, CEO bertindak untuk 'memadamkan' maklumat penting bagi menyelamatkan dirinya dari fakta atau bahan bukti apabila sesuatu kes berbangkit. Kuasa hampir mutlak ini juga memungkinkan dana dan pengaruh PMBK sebagai GLC Kelantan dijarah bagi kepentingan pihak tertentu.
Lawatan Sambil Belajar Ariffahmi Ke Kuwait Dan Mengerjakan Umrah Dengan Perbelanjaan PMBK
Rombongan lawatan sambil belajar ke Kuwait telah dibuat pada pertengahan Jun 2008. Sebahagian daripada ahli rombongan, termasuk COO telah singgah di Jeddah semasa perjalanan balik dengan alasan untuk berbincang dengan MB atas keputusan lawatan sambil belajar tersebut.
Perjalanan ini telah dirancang dari awal lagi dan persoalannya, atas dasar apakah perbincangan tersebut dibuat. Tidak bolehkah ianya dibuat selepas MB balik ke Kelantan yang mana tempoh MB ke sana cuma berbeza beberapa hari sahaja, atau pun sebahagian rombongan ini mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah bersama-sama dengan MB menggunakan pembiayaan sepenuhnya oleh PMBK.
Disebabkan perjalanan ini terpaksa dibuat menggunakan transit ke Jeddah, PMBK terpaksa menanggung sejumlah besar perbelanjaan tiket kapal terbang (business class) untuk mereka, berbanding dengan penerbangan terus yang lebih murah.
Ariffahmi Melantik Kontraktor Tanpa Tender Terbuka Atau Tender Runding
Telah melantik kontraktor tanpa melalui tender terbuka atau tender runding untuk kerja-kerja ubahsuai pejabat, menurap jalan, memasang billboard dan lain-lain. Kontraktor yang dilantik ini adalah kontraktor melakukan kerja-kerja ubahsuaian rumahnya sendiri.
3.1 Ubahsuai Pejabat
Ubahsuai pejabat tingkat 4 dan 6 telah diberi kepada satu kontraktor yang merupakan kawannya. Kontraktor ini merupakan kontraktor yang menjalankan ubahsuai rumahnya sendiri.
3.2 Menurap Tar Kawasan Letak Kereta (Bawah Pokok)
a. Kawasan ini merupakan tempat baru dan kerja-kerja ini telah diberikan kepada kontraktor yang sama bagi kerja-kerja di atas tanpa tender terbuka atau tender runding terlebih dahulu.
b. Menurap semula jalan masuk dan persekitaran bangunan PMBK yang tidak rosak yang masih cantik juga kontraktor yang sama di atas tanpa tender terbuka atau tender runding terlebih dahulu. Dalam hal ini PMBK telah mengeluarkan wang tambahan yang merupakan satu pembaziran.
Gaya Hidup Ariffahmi
Gaya hidup melebihi gaji atau pendapatan yang diperoleh seperti mempunyai rumah yang besar, kereta mewah dan lain-lain.
Akan menunaikan haji pada tahun ini (2009) bersama isteri dengan kos sebanyak RM65,000/orang sebanyak RM130,000.00.
www.rencahmalaysia.blogspot.com
p.s
Dulu anak orang lain yang terkena, sekarang anak menantu kita pula yang disuluh orang. Apa yang pernah dibuat akan datang semula. Tapi macam biasa PAS akan senyap sahaja. Macam kisah si Mat Sabu, kena tangkap Khalwat tapi PAS tetap juga pilih dia sebagai calon Pilihanraya. Kalau di Bagan Pinang, habis dikeji si XMenteri Besar, kalau kena kat batang hidung sendiri nombor bilik salah dikatanya.
Akhirnya terbukti juga, yang PAS adalah parti politik. Bukan Parti Agama.
Dulu PAS kata UMNO teruk, UMNO Korupsi dan UMNO zalim. Dengan adanya maklumat baru dan situasi sekarang ternyata, UMNO sudah mula mengorak langkah memperbaharui diri dengan mengambil langkah yang mampu membina keyakinan rakyat.
PAS, dalam masa ini, setelah menang pelbagai kerusi di DUN atau di Parlimen, mula riak dan angkuh yang mana akhirnya budaya yang ada dalam UMNO 10-15 tahun lepas kini dalam PAS. Budaya yang menagungkan pemimpin melebihi tuhan, budaya senyapkan segala kesalahan butakan mata tentang kesilapan dalam parti, budaya kuropsi (dulu UMNO pun beri kain baju dan belanja makan kemudian upgrade jadi bagi duit terus), budaya taat membabi buta, budaya tidak boleh ditegur dan budaya samseng. Ini semua adalah antara budaya yang kini meresap masuk dalam PAS. Kerana apa? kerana Kuasa!. Manusia, apabila ada kuasa mula lupa diri dan tuhan. Inilah jadinya, dulu waktu tak ada kuasa, pakai kereta proton, dah jadi EXCO kenalah pakai BMW baru ada klas. Dulu makan kat kedai kopi, sekarang dah jadi ADUN kenalah makan kat hotel 4-5 bintang. Dulu pakai serban dan kopiah, semenjak jadi MP ni tukar pakai kot pulak. Jadi sebenarnya, PAS dah jadi macam UMNO 10 tahun lepas. Dan akhirnya PAS akan hancur dari dalam kalau benda ini tidak dicantas dengan cepat. Siapa lagi nak cantas benda ni kalau bukan TN Nik Aziz? ohh...lupa anak menantu dia dalam PMBK.