Nov 13, 2009

MENANTU NIK AZIZ: CERITA OLEH STAF PMBK

Kenapa menantu Nik Aziz dipertikai ?


By aidc editor on November 12, 2009 
Oleh Staff PMBK


INFO PENTING BERKAITAN AB. ARIFFAHMI BIN ABDUL RAHMAN SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) KUMPULAN PMBK KERANA MEMPUNYAI KELEMAHAN, KECUAIAN, SALAH GUNA KUASA, MENYELEWENG DAN LAIN-LAIN


Mula bekerja di syarikat Air Kelantan anak syarikat PMBK. Semasa bertugas di sini beliau tidak mempunyai langsung pengalaman bekerja tetapi bersandar segulung sijil menyebabkan tugasan serta amanah yang diberikan sering kali gagal dan terus gagal. Banyak projek di bawahnya tertangguh dan tidak mencapai target syarikat.




Memandangkan kriteria di atas beliau dipinjam kepada PMBK bagi menjaga Projek Bandar Baru Tunjong yang diambil alih daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri. Sampai sekarang (hampir 5 tahun) walaupun telah diberi kuasa EKSEKUTIF masih lagi gagal dan belum dilaksanakan. Difahamkan dari sumber yang berpengalaman dalam bidang ini, 5 tahun lagi projek ini tidak akan dapat dilaksanakan.


Semasa berkhidmat di PMBK, beberapa surat amaran dari CEO terdahulu telah dikeluarkan kerana prestasi kurang memuaskan dan perlanggaran peraturan pejabat. Sebaik sahaja dilantik sebagai COO fail peribadinya berada dalam simpanan sendiri bagi mengelakkan rahsia peribadinya terbongkar dan memo amaran atau tindakan disiplin telah dihilangkan begitu sahaja.


Pelantikan Ariffahmi Abdul Rahman (AAAR) sebelum ini sebagai Ketua Bahagian Hartanah. Dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) yang mana pelantikan ini telah dipertikaikan umum.


Sekarang ini pula telah dilantik dengan tiba-tiba sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan. (PMBK) bagi mengambil alih jawatan agensi pelaburan dan pemangkin pembangunan Kelantan dalam tempoh singkat menjawat COO walaupun sebelum ini rekod prestasi kerja paling tidak memuaskan.


Antara tindakan terawal beliau setelah mengambil alih penuh kuasa eksekutif ialah mengeluarkan perintah dengan melucutkan jawatan Pegawai Tinggi untuk menjaga maklumat mengenai kegiatan beliau semasa menjawat COO, terutama berkaitan salah guna kuasa.


Kemungkinan, CEO bertindak untuk 'memadamkan' maklumat penting bagi menyelamatkan dirinya dari fakta atau bahan bukti apabila sesuatu kes berbangkit. Kuasa hampir mutlak ini juga memungkinkan dana dan pengaruh PMBK sebagai GLC Kelantan dijarah bagi kepentingan pihak tertentu.






Lawatan Sambil Belajar Ariffahmi Ke Kuwait Dan Mengerjakan Umrah Dengan Perbelanjaan PMBK


Rombongan lawatan sambil belajar ke Kuwait telah dibuat pada pertengahan Jun 2008. Sebahagian daripada ahli rombongan, termasuk COO telah singgah di Jeddah semasa perjalanan balik dengan alasan untuk berbincang dengan MB atas keputusan lawatan sambil belajar tersebut.


Perjalanan ini telah dirancang dari awal lagi dan persoalannya, atas dasar apakah perbincangan tersebut dibuat. Tidak bolehkah ianya dibuat selepas MB balik ke Kelantan yang mana tempoh MB ke sana cuma berbeza beberapa hari sahaja, atau pun sebahagian rombongan ini mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah bersama-sama dengan MB menggunakan pembiayaan sepenuhnya oleh PMBK.


Disebabkan perjalanan ini terpaksa dibuat menggunakan transit ke Jeddah, PMBK terpaksa menanggung sejumlah besar perbelanjaan tiket kapal terbang (business class) untuk mereka, berbanding dengan penerbangan terus yang lebih murah.






Ariffahmi Melantik Kontraktor Tanpa Tender Terbuka Atau Tender Runding


Telah melantik kontraktor tanpa melalui tender terbuka atau tender runding untuk kerja-kerja ubahsuai pejabat, menurap jalan, memasang billboard dan lain-lain. Kontraktor yang dilantik ini adalah kontraktor melakukan kerja-kerja ubahsuaian rumahnya sendiri.


3.1 Ubahsuai Pejabat


Ubahsuai pejabat tingkat 4 dan 6 telah diberi kepada satu kontraktor yang merupakan kawannya. Kontraktor ini merupakan kontraktor yang menjalankan ubahsuai rumahnya sendiri.


3.2 Menurap Tar Kawasan Letak Kereta (Bawah Pokok)


a. Kawasan ini merupakan tempat baru dan kerja-kerja ini telah diberikan kepada kontraktor yang sama bagi kerja-kerja di atas tanpa tender terbuka atau tender runding terlebih dahulu.


b. Menurap semula jalan masuk dan persekitaran bangunan PMBK yang tidak rosak yang masih cantik juga kontraktor yang sama di atas tanpa tender terbuka atau tender runding terlebih dahulu. Dalam hal ini PMBK telah mengeluarkan wang tambahan yang merupakan satu pembaziran.






Gaya Hidup Ariffahmi


Gaya hidup melebihi gaji atau pendapatan yang diperoleh seperti mempunyai rumah yang besar, kereta mewah dan lain-lain.


Akan menunaikan haji pada tahun ini (2009) bersama isteri dengan kos sebanyak RM65,000/orang sebanyak RM130,000.00.


dipetik daripada anwaraidc 


www.rencahmalaysia.blogspot.com


p.s


Dulu anak orang lain yang terkena, sekarang anak menantu kita pula yang disuluh orang. Apa yang pernah dibuat akan datang semula. Tapi macam biasa PAS akan senyap sahaja. Macam kisah si Mat Sabu, kena tangkap Khalwat tapi PAS tetap juga pilih dia sebagai calon Pilihanraya.  Kalau di Bagan Pinang, habis dikeji si XMenteri Besar, kalau kena kat batang hidung sendiri nombor bilik salah dikatanya. 


Akhirnya terbukti juga, yang PAS adalah parti politik. Bukan Parti Agama. 


Dulu PAS kata UMNO teruk, UMNO Korupsi dan UMNO zalim. Dengan adanya maklumat baru dan situasi sekarang ternyata, UMNO sudah mula mengorak langkah memperbaharui diri dengan mengambil langkah yang mampu membina keyakinan rakyat. 


PAS, dalam masa ini, setelah menang pelbagai kerusi di DUN atau di Parlimen, mula riak dan angkuh yang mana akhirnya budaya yang ada dalam UMNO 10-15 tahun lepas kini dalam PAS. Budaya yang menagungkan pemimpin melebihi tuhan, budaya senyapkan segala kesalahan butakan mata tentang kesilapan dalam parti, budaya kuropsi (dulu UMNO pun beri kain baju dan belanja makan kemudian upgrade jadi bagi duit terus), budaya taat membabi buta, budaya tidak boleh ditegur dan budaya samseng. Ini semua adalah antara budaya yang kini meresap masuk dalam PAS. Kerana apa? kerana Kuasa!. Manusia, apabila ada kuasa mula lupa diri dan tuhan. Inilah jadinya, dulu waktu tak ada kuasa, pakai kereta proton, dah jadi EXCO kenalah pakai BMW baru ada klas. Dulu makan kat kedai kopi, sekarang dah jadi ADUN kenalah makan kat hotel 4-5 bintang. Dulu pakai serban dan kopiah, semenjak jadi MP ni tukar pakai kot pulak. Jadi sebenarnya, PAS dah jadi macam UMNO 10 tahun lepas. Dan akhirnya PAS akan hancur dari dalam kalau benda ini tidak dicantas dengan cepat. Siapa lagi nak cantas benda ni kalau bukan TN Nik Aziz? ohh...lupa anak menantu dia dalam PMBK. 

Nov 11, 2009

CARA SINGAPURA BERJAYA DALAM NEGOTIATION DENGAN MALAYSIA!

Eighth, an effective negotiator is one who is able to understand the mindset of the other party. To negotiate successfully with Malaysia, a Singapore negotiator should understand the content of the Malay “cultural box” and behave in a manner that is not offensive to a Malay. The way to approach such negotiations would be to adopt a “halus” manner, combining the “hard power” of solid facts and legal arguments with the “soft power” of courtesy, friendship and warmth. Therefore, a good negotiator must possess I.Q., E.Q. (emotional intelligence) and C.Q. (cultural intelligence).

Ninth, it is unrealistic and counter-productive for Singapore negotiators to enter discussions with their counterparts with the expectation that they will behave like Singaporeans.Singapore negotiators cannot expect others to be equally efficiency-driven and must cultivate the virtue of patience.

DIpetik daripada www.ideapelampau.blogspot.com

GEMPAR: DAP DAN DADAH? PENDEDAHAN TERKINI

GEMPAR-Pembabitan 2 orang Pembantu Khas Adun Teratai DAP Bersama Pengedar DADAH


Tuesday, November 10, 2009


Berita yang ingin di sampaikan ini adalah berita yang sahih dan tepat sumbernya. Gomo telah mendapat perkhabaran bahawa 2 orang pembantu khas kepada Adun Teratai Janice Lee (DAP) telah bersama dengan Pengedar DADAH di sebuah Balai Polis .


Kelibat 2 orang pembantu Khas kepada Adun Teratai (DAP) ini telah membantu Pengedar DADAH tersebut dalam satu urusan. Kedua dua mereka ini juga telah disahkan sebagai Pembantu Khas kepada Adun tersebut. Atas urusan apa kedua dua lelaki ini membantu pengedar DADAH tersebut? Ini yang membuatkan seluruh mata tertumpu kepada sama ada Adun Teratai Janice Lee turut terlibat sama.


Di harapkan pihak POLIS DI RAJA MALAYSIA Caw NARKOTIK dapat menjalankan siasatan ke atas kedua orang pembantu Khas kepada Adun Teratai ini. Siasatan perlu di jalankan bagi mengenalpasti hubungkait mereka ini dengan pengedar DADAH tersebut.


Hal yang berkaitan DADAH ini sesungguhnya boleh mengundang BENCANA buat Malaysia. DADAH merupakan musuh utama rakyat dan ianya perlu kita tentang sehingga lumat.Dengan pembabitan orang politik di dalam hal yang berkaitan DADAH ini membuatkan kita rakyat sendiri tidak tenteram malah memberikan satu kesan yang amat buruk buat imej Malaysia ini.


DAP Organisasi Jenayah Terancang? Klik Disini


Pssstttt.......Kurang ajar si 2 ekor pembantu khas Janicee Lee ni semasa di balai Polis tersebut.


dipetik daripada PAPAGOMO 


www.rencahmalaysia.blogspot.com

BAi'AH PAS : PENDEDAHAN OLEH TIMBALAN PRESIDEN PAS SENDIRI?

DALANG SEBENAR PENDEDAHAN BAIAH - MAHAGURU 58


Nik Aziz dan Hj Hadi kata isu bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga, segaja ditimbulkan oleh pihak yang dengki kepada PAS... dan mereka sahaja berlakon 'buat-buat bodoh' apabila ditanya tentang bai'ah.. Takkanlah Mursyidul AM Pas dan Presiden tak tahu... ianya semestinya dasar parti diperingkat tertinggi


Nampaknya tuhan sekali membuktikan.. bahawa 'buat-buat bodoh' , penafian dan pembohongan mereka sekali lagi terdedah...


Jadi dakwaan pihak yang dengki ini bukanlah dari UMNO tetapi dari PAS sebenarnya.. mungkin ada pihak dalam PAS sendiri yang menangguk air yang keroh.. sengaja membuat kekacauan dalam PAS.


Namun dari segi krisis yang dilihat berlaku dalam PAS.. dilihat sangat komplek yang hanya boleh dilakukan ANUwar Ibrahim sahaja...


Terbaru ada pendedahan mengenai siapa lagi pemimpin PAS yang membocorkan mengenai Bai'Ah..




MAHAGURU58 said... (tanpa edit)


Assalamualaikum tuan.


Yang mendedahkan bab lafaz taklik oleh setiap calon pilihanraya PAS jatuh talak 3 ke atas isteri jika belot semasa saya dan bloggers lain hadir itu bukan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hassan Ali tetapi Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasharudin Mat Isa sendiri. Harap maklum.


Kami yang merakam segala percakapan di majlis dailog itu diminta tidak menyiarkan sebahagian kecil sahaja pendedahan tentang hal ehwal berkaitan EXCO Selangor oleh Dato Dr Hassan Ali. Bab taklik ini tidak terangkum didalam perkara yang diminta rahsiakan itu.


Namun saya tak sampai hati nak siar sebahagian mahupun keseluruhan rakaman audio tersebut kerana kasihankan nasib parti PAS dimana natijahnya pasti lebih heboh dari bab bai'ah ini yang sedang heboh dicanang oleh setiap ahli politik didalam negara kita.


Jika saya musuh kepada PAS dah lama saya siar tetapi saya sayang kedua dua pihak umat Islam yang sedang bertelagah tak sudah ni iaitu baik UMNO mahupun PAS! Nak kata kawan tu , kawan ni pun tak bersih tara mana. Nak kelepiak kawan ni, hak belah tu pun jongoih sama! Telan mati emak; luah mati bapak. Serbasalah saya dibuatnya.


Namun bab dok main gadai rumahtangga sebab dok keloloh sangat nak berkuasa ni, saya rasa tak comel lah. Sebab tu saya siar bab lafaz taklik ni iaitu rahsia kenapa ADUN dan AP PAS tak main lompat lompat katak macam Berahim Ali dan 3 katak di Perak tu! Itu pun saya minta pengesahan dari sahabat saya iaitu salah seorang Naib Presiden PAS sendiri.


Bila dia mengaku memang dok ada macam tu baru saya siar. Itupun selepas minta izin darinya. Mahaguru58 tak ada kepentingan politik mana mana. Saya nak tengok orang kita bersatu dan kekal berkuasa. Itu saja.


Bab PKR dan DAP, saya malas nak kata apa apa. Jika nak tahu arahtuju kepimpinan mereka, tengok saja apa jadi pada kes Dato Dr Hassan Ali nak banteras jualan arak di Selangor?


Siapa yang dok bangkang usaha Dato Dr Hassan Ali beriya iya benar jika tidak puak DAP? PKR buat derk je. 'Play safe' kata orang. Habis nak harap siapa lagi? Tengok sajalah nasib umat Islam di Selangor ni bila Tok Hassan kena pangkah! Hancurrr.


Jadi saya harap semua yang dok baca ni , sedar bahawa bab lafaz taklik ni bukan didedahkan oleh Dato Hassan Ali tetapi Timbalan Presiden PAS sendiri. Sampai sekarang ramai yang dok sembang deraih kokok berderai derai macam lah mereka dok ada di majlis tersebut.


Saya serahkan pada Allah Rabbul Jalil untuk menghakimi kita semua. Siapa yang adil dan siapa yang menzalimi sesama Islam dan separti? Berani siar kerana itu benar. Tak mahu langgar amanah Tok Hassan selagi dia tak bagi lampu hijau lagi. Wassalamualaikum.


November 10, 2009 3:53 PM [Link]


* Apa tindakan JawatanKuasa Displin PAS Pusat dibawah Tuan Ibrahim Tuan Man ??? Rahsia Parti telah didedahkan kepada blogger UMNO. Siap ada rakaman lagi oleh blogger UMNO. Sudah terang lagi bersuluh.


dipetik daripada aspirasi-bangsa


www.rencahmalaysia.blogspot.com

Nov 9, 2009

Bai'ah PAS: Kalau aku khianati Parti PAS maka gugurlah talak 3 pada bini aku!

Isteri menangis, suami menggigil


Oleh saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 8 Nov. - Terdapat isteri calon wakil rakyat Pas yang menangis dan menggeletar pada majlis bai'ah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.


Gelojak rasa itu turut dikongsi si suami yang menggigil sewaktu mengangkat bai'ah yang memberi kata dua sama ada terus setia kepada parti atau bercerai talak tiga dengan isteri.


Debaran dan suasana hiba pada majlis bai'ah Pas itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) selepas mendengar pengakuan daripada beberapa wakil rakyat parti itu.


Malah kata Zulkifli, wakil rakyat terbabit juga meminta bantuannya supaya membawa isu bai'ah itu ke tengah selepas ia menjadi perdebatan umum apabila disahkan oleh Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad, Khamis lalu.


Katanya, mereka sudah tidak mampu menanggung bebanan yang dipikul tetapi tiada kekuatan untuk mendedahkannya kerana takut dikutuk dan dikenakan tindakan.


"Mereka meminta isu ini dibincangkan supaya tindakan segera dapat diambil dan kemungkaran yang berlaku dapat dicegah.


"Mereka berharap apabila isu ini terdedah, maka ada jalan keluar buat mereka dari ikatan bai'ah dan sumpah ini," kata Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam laman blog beliau http://zul4kulim. blogspot.com/.


Zulkifli memberitahu, beliau lebih terkejut apabila diberitahu dasar bai'ah talak tiga itu diluluskan dan direstui kepimpinan Pas.


Katanya, beberapa tokoh parti yang dihubungi bukan sahaja tidak berasa bersalah dan berdosa dengan bai'ah itu, malah mempertahankannya dengan alasan-alasan yang dangkal lagi memualkan tanpa sandaran kepada al-Quran, sunah Rasulullah mahupun amalan para sahabat.


Sebaliknya jelas beliau, ia sekadar dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran akal dangkal semata-mata.


"Inilah apa yang saya labelkan sebagai mempertuhankan politik, mempertuhankan demokrasi.


"Apakah kita terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian, kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik," katanya.


Mengulas lanjut Zulkifli berkata, dasar tersebut umpama kembali ke zaman jahiliah dengan menjadikan wanita sebagai bahan dagangan, pajakan dan gadaian.


"Tidakkah kita sedar bahawa perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci Allah dan kita jadikan perkara yang paling dibenci Allah ini sebagai dasar bai'ah dan sumpah taat setia," katanya.


Beliau turut mempersoalkan kenapa bai'ah taat setia Pas itu tidak dibuat dalam bentuk lain seperti bersumpah laknat.


Dengan cara itu katanya, semua wakil rakyat diyakini akan berfikir banyak kali sebelum bercadang melompat parti.


"Bagaimana rakyat nak meletakkan harapan dan kepercayaan untuk kita memimpin dan memerintah negara jika kita sanggup menggadai dan menjadikan isteri dan perkahwinan kita sendiri sebagai gadaian politik?


"Apakah kelak bila menjadi kerajaan Persekutuan dan memerintah maka semua pegawai dan kakitangan kerajaan akan dipaksa bai'ah menceraikan isteri mereka jika tidak taat kepada kerajaan," katanya.


p.s


Gila punya kerja. Inilah dia apabila manusia tertalu "tahu" hal agama. Maka yang asas pun mereka terlupa. Pada PAS semua jadi halal padahal benda-benda macam ini pada zaman nabi pun tidak pernah dibuat orang. Maka PAS lebih hebat daripada nabi. 


Kalau begitu, dalam Malaysia ini terdapat pelbagai ajaran sesat, bermula dengan WAHABI sehinggalah ke ISLAM PAS. PAS mesti mengemukakan jawapan kepada persoalan ini. Jawab jangan tak jawab. 

Nov 1, 2009

MP PKR KAPAR: Isytihar keluar PKR?

La ada lagi MP PKR nak keluar parti. Klik sini kalau nak tau siapa.


p.s


Kepada Anwar Ibrahim, Azizah dan Azmin, apa kata tukar je nama PKR daripada Parti Keadialn Rakyat kepada Parti Keluar Ramai2. Baru kena dengan situasi semasa. 


www.rencahmalaysia.blogspot.com