Jun 13, 2009

UNDI DAN MASUK SYURGA

Cerita ini memang dari dulu dah terdengar. Undi dan anda masuk syurga. Cuma kali ini saya merasa terpanggil bercerita kerana baru sekejap tadi saya berbicara soal tersebut. Saya ditanya oleh seseorang yang betul-betul PASti dia akan ke syurga dan saya akan ke Negark. Tetapi adakah ia PASti?
Bagi orang-orang sebegini, momokan islam (dalam konteks sekarang "kebajikan') adalah paling penting. Mereka ini berpendapat bahawa parti yang pemimpinnya mengatakan memperjuangkan islam perlu diundi. Menurut mereka, kalau pemimpin itu menipu, maka mereka akan menanggung akibatnya di akhirat. Ini bermakna bahawa tanggungjawab sama ad akan ke neraka atau syurga dialihkan ke orang lain. Pandai betul. Dasar orang yang memang tidak mahu berfikir dan tidak mahu pula menanggung akibat perbuatan sendiri!. Dasar pengecut suka menyalahkan orang lain atas kekhilafan sendiri.


Apabila berbicara itu saya lantas bertanya, kalau seseorang itu tidak sembahyang, tidak berpuasa, main judi, bunuh orang dan lain-lain perkara yang salah disisi agama, adakah dengan hanya mengundi parti itu akan PASti masuk syurga? kalau begitu, kriteria untuk masuk syurga ditambah satu lagi selain daripada mesti mati dalam islam (secara asas) iaitu mesti undi parti itu. Kalau tidak undi, PASti masuk neraka.



Dulu, apabila diceritakan sebegini ramai yang akan percaya, tetapi kini adakah ia betul? perjuangan parti tersebut jelas tidak lagi seperti dulu. Mereka kian jauh dari landasan islam itu sendiri. Mengapa? pertama mereka tidak lagi memperjuangan negara islam kerana memperjuangan negara kebajikan. Lihat menifesto mereka. Negara islam telah di"drop"kan dan diganti dengan negara berkebajikan. Adakah islam itu tidak ada kebajikan? kebajikan ada dalam islam tepati bukan kebajikan itu islam. Mengapa saya berkata sebegitu? Islam merangkumi cara hidup dan kerohanian. Maka itu termasuk juga dengan kebajikan. Kebajikan juga ada dalam mereka yang menganut fahaman/agama lain. Adakah parti itu memperjuangkan agama lain juga?


Kedua sebab mengapa parti tersebut bukan lagi memperjuangan islam ialah mereka sanggup berpakat dalam pakatan yang ada parti bukan islam yang terang-terang menentang penubuhan negara islam. Bagaimana mereka boleh bersama dengan parti sebegitu? orang kata, nak lihat orang, lihat juga kawannya. Bagaimana pilihan kawannya, begitu jugalah orang itu.

Jadi, dulu mungkin mereka ini adalah parti yang berkonsepkan perjuangan islam. Tetapi tidak lagi kini.


Jadi, adakah undi anda untuk mereka PASti masuk syurga? anda pikirlah sendiri.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: