Apr 28, 2009

Selesema Babi: meramal masa depan

Kekecohan virus babi di Asean

Virus ini telah dikesan pada awalnya pada bulan April 2009 di mexico. Ia kemudian Merebak ke serata dunia pada pertengahan April 2009 dan menjadi pandemik pada bulan itu juga.

Pada 30 April 2009 ia telah membunuh hampir 159 penduduk dunia kebanyakkan di Mexico. Sehingga 30 April 2009, virus ini telah menembusi pintu sempadan hampir 160 negara.

INFO: kematian disebabkan oleh epidemik flu :

1918: lebih 50 juta orang mati disebabkan Spanish flu.
1957: Asian flu membunuh 2 juta orang sedunia
1968: satu varian flu dikesan diHong Kong membunuh lebih kurang 1 juta orang sedunia
1997: H5N1 avian flu dikesan. Sejak 2003, ia telah menjangkiti 421 orang dan membunuh 257.

Meramal masa depan: Malaysia

Pada masa ini hampir seluruh negara didunia telah dijangkiti virus tersebut kecuali negara asia seperti Malaysia, Indonesia, Hongkong, Vietnam, Thailand, Singapura, Filipina, Jepun, Taiwan, Macau, Brunei dan juga Madagascar.

Dadah anti viral seperti Tamiflu dan Ralenza gagal mengawal penularan virus ini hanya disebabkan oleh kerana kekurangan ubatan ini dipasaran. Terlebih lagi apabila syarikat farmasutikal yang mengeluarkan kedua-dua produk ini gagal mengeluarkan produk tersebut dalam kuantiti yang banyak dalam 3 bulan pertama penularan virus tersebut. Akibatnya, negara-negara miskin gagal membeli produk tersebut kerana mereka tidak mempunyai stok simpanan kecemasan produk tersebut.

Adakah malaysia akan terselamat?

Malaysia merupakan sebuah negara yang kecil dengan keluasan hanya sekitar 330,436KM mempunyai 2 bahagian utama iaitu semenanjung malaysia dan juga sabah serta sarawak.

Pada masa ini malaysia mempunyai pengalaman dalam menghadapi penyakit berjangkit akibat dari babi. Bermula dengan virus nipah, SARS dan Avian FLu, Malaysia dikatakan mempunyai peralatan, pengalaman dan juga kepakaran dalam menghadapai penularan virus ini.

Adakah ini hakikatnya? adakah Malaysia benar-benar bersedia?

Hakikatnya tidak. Simpanan dadah anti-viral Malaysia hanya beberapa juta berbanding rakyat Malaysia yang mencapai 27 juta . Peralatan penyaringan Malaysia juga tidak seindah kabar. Malaysia tidak mempunyai alat pengesan suhu badan tetap. Malaysia hanya menyewa alat itu sahaja pada masa lepas. Alat ini mampu mengesan haba badan manusia dan seterusnya mengimbas mereka yang mungkin diserang selesema babi ini. Alat ini diletakkan di pintu masuk sempadan. Tanpa alat ini kerja penyaringan individu dari luar negara adalah amat sukar. Pada masa ini kerja penyaringan dilakukan secara manual.

Hospital untuk kes-kes virus babi ini pula hanya ada dua. Iaitu Hospital Putrajaya dan juga Hospital Serdang. Itu untuk Wilayah Persekutuan. Bagaimana pula sabah dan Sarawak? bagaimana pula negeri-negeri lain?

Satu lagi yang perlu rakyat Malaysia sedar ialah makanan. Walaupun Malaysia digembar gemburkan sebagai syurga makanan tetapi itu hanya untuk hidangan makanan. Bagi bahan mentah pula, Malaysia banyak bergantung kepada import dari luar. Sebagai contoh beras Malaysia hanya mampu memenuhi 40% keperluan dalam negara. Selebihnya diimport dari luar. Bagi makanan lain, sebagai contoh gandum dan gula, sekali lagi kita mengimport dari luar. Minyak masak pula, mungkin kita tiada masalah.

Sekiranya terjadi pandemik diseluruh dunia, penghasilan makanan dan juga penghantaran makanan akan terganggu dan mungkin berhenti terus. Apakah langkah-langkah kita dalam menghadapi situasi ini?

Bagaimana pula dengan sistem kesihatan kita? adakah hospital dan juga klinik-klinik di Malaysia mampu mengendalikan kes-kes jangkitan virus babi ini yang datang bagai ombak besar? pastinya bilangan pesakit akan bertambah dengan cepat dan banyak. Adakah Malaysia mempunyai ubatan yang cukup?

Dari segi geografinya, Malaysia dikelilingi oleh Indonesia, Thailand, Brunei dan juga Filipina. Mungkin Malaysia mampu memberikan kawalan virus ini kepada rakyatnya. Akan tetapi apabila negara-negara jiran mula dijangkiti virus babi dan rakyat mereka lari ke negara Malaysia adakah Malaysia akan mampu menghalang penyebaran virus babi ini?

Kemasukkan pendatang boleh terjadi dari Filipina, Thailand dan juga dari Indonesia. Adakah kita Selamat????

NOTA:
ARTIKEL INI BUKAN BERTUJUAN UNTUK MEMBUAT ANDA PANIK. INI HANYA TEORI. SILA DAPATKAN MAKLUMAT DARI PIHAK BERKUASA YANG BERDEKATAN ANDA TENTANG SITUASI VIRUS INI. ARTIKEL TIDAK BOLEH DIGUNAKAN DALAM SEBARANG PANDANGAN UNTUK APA-APA TUJUAN. ARTIKEL INI HANYA PANDANGAN PERIBADI PENULIS.

0 Responses: