Kekecohan virus babi di Asean
Virus ini telah dikesan pada awalnya pada bulan April 2009 di mexico. Ia kemudian Merebak ke serata dunia pada pertengahan April 2009 dan menjadi pandemik pada bulan itu juga.
Pada 30 April 2009 ia telah membunuh hampir 159 penduduk dunia kebanyakkan di Mexico. Sehingga 30 April 2009, virus ini telah menembusi pintu sempadan hampir 160 negara.
INFO: kematian disebabkan oleh epidemik flu :
1918: lebih 50 juta orang mati disebabkan Spanish flu.
1957: Asian flu membunuh 2 juta orang sedunia
1968: satu varian flu dikesan diHong Kong membunuh lebih kurang 1 juta orang sedunia
1997: H5N1 avian flu dikesan. Sejak 2003, ia telah menjangkiti 421 orang dan membunuh 257.
Meramal masa depan: Malaysia
Pada masa ini hampir seluruh negara didunia telah dijangkiti virus tersebut kecuali negara asia seperti Malaysia, Indonesia, Hongkong, Vietnam, Thailand, Singapura, Filipina, Jepun, Taiwan, Macau, Brunei dan juga Madagascar.
Dadah anti viral seperti Tamiflu dan Ralenza gagal mengawal penularan virus ini hanya disebabkan oleh kerana kekurangan ubatan ini dipasaran. Terlebih lagi apabila syarikat farmasutikal yang mengeluarkan kedua-dua produk ini gagal mengeluarkan produk tersebut dalam kuantiti yang banyak dalam 3 bulan pertama penularan virus tersebut. Akibatnya, negara-negara miskin gagal membeli produk tersebut kerana mereka tidak mempunyai stok simpanan kecemasan produk tersebut.
Adakah malaysia akan terselamat?
Malaysia merupakan sebuah negara yang kecil dengan keluasan hanya sekitar 330,436KM mempunyai 2 bahagian utama iaitu semenanjung malaysia dan juga sabah serta sarawak.
Pada masa ini malaysia mempunyai pengalaman dalam menghadapi penyakit berjangkit akibat dari babi. Bermula dengan virus nipah, SARS dan Avian FLu, Malaysia dikatakan mempunyai peralatan, pengalaman dan juga kepakaran dalam menghadapai penularan virus ini.
Adakah ini hakikatnya? adakah Malaysia benar-benar bersedia?
Hakikatnya tidak. Simpanan dadah anti-viral Malaysia hanya beberapa juta berbanding rakyat Malaysia yang mencapai 27 juta . Peralatan penyaringan Malaysia juga tidak seindah kabar. Malaysia tidak mempunyai alat pengesan suhu badan tetap. Malaysia hanya menyewa alat itu sahaja pada masa lepas. Alat ini mampu mengesan haba badan manusia dan seterusnya mengimbas mereka yang mungkin diserang selesema babi ini. Alat ini diletakkan di pintu masuk sempadan. Tanpa alat ini kerja penyaringan individu dari luar negara adalah amat sukar. Pada masa ini kerja penyaringan dilakukan secara manual.
Hospital untuk kes-kes virus babi ini pula hanya ada dua. Iaitu Hospital Putrajaya dan juga Hospital Serdang. Itu untuk Wilayah Persekutuan. Bagaimana pula sabah dan Sarawak? bagaimana pula negeri-negeri lain?
Satu lagi yang perlu rakyat Malaysia sedar ialah makanan. Walaupun Malaysia digembar gemburkan sebagai syurga makanan tetapi itu hanya untuk hidangan makanan. Bagi bahan mentah pula, Malaysia banyak bergantung kepada import dari luar. Sebagai contoh beras Malaysia hanya mampu memenuhi 40% keperluan dalam negara. Selebihnya diimport dari luar. Bagi makanan lain, sebagai contoh gandum dan gula, sekali lagi kita mengimport dari luar. Minyak masak pula, mungkin kita tiada masalah.
Sekiranya terjadi pandemik diseluruh dunia, penghasilan makanan dan juga penghantaran makanan akan terganggu dan mungkin berhenti terus. Apakah langkah-langkah kita dalam menghadapi situasi ini?
Bagaimana pula dengan sistem kesihatan kita? adakah hospital dan juga klinik-klinik di Malaysia mampu mengendalikan kes-kes jangkitan virus babi ini yang datang bagai ombak besar? pastinya bilangan pesakit akan bertambah dengan cepat dan banyak. Adakah Malaysia mempunyai ubatan yang cukup?
Dari segi geografinya, Malaysia dikelilingi oleh Indonesia, Thailand, Brunei dan juga Filipina. Mungkin Malaysia mampu memberikan kawalan virus ini kepada rakyatnya. Akan tetapi apabila negara-negara jiran mula dijangkiti virus babi dan rakyat mereka lari ke negara Malaysia adakah Malaysia akan mampu menghalang penyebaran virus babi ini?
Kemasukkan pendatang boleh terjadi dari Filipina, Thailand dan juga dari Indonesia. Adakah kita Selamat????
NOTA:
ARTIKEL INI BUKAN BERTUJUAN UNTUK MEMBUAT ANDA PANIK. INI HANYA TEORI. SILA DAPATKAN MAKLUMAT DARI PIHAK BERKUASA YANG BERDEKATAN ANDA TENTANG SITUASI VIRUS INI. ARTIKEL TIDAK BOLEH DIGUNAKAN DALAM SEBARANG PANDANGAN UNTUK APA-APA TUJUAN. ARTIKEL INI HANYA PANDANGAN PERIBADI PENULIS.
Apr 28, 2009
Selesema Babi: meramal masa depan
amirrash Apr 28, 2009 Comments (0 )
Apr 9, 2009
Kabinet Malaysia yang baru 2009: Kabinet Najib [update]
Updated: Thursday April 9, 2009 MYT 3:38:04 PM
Najib names 28-member Cabinet (Update 3)
KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's new Cabinet will have 28 members. Two ministries have been abolished.
New Cabinet line-up:
Prime Minister and Finance Minister 1 - Datuk Seri Najib Tun Razak
Deputy PM and Education Minister - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Finance Minister 2 - Ahmad Husni
Ministers in PM dept - Nazri, Nor Yaakob, Koh Tsu Koon and Jamil
Transport - Ong Tee Keat
Maximus Ongkili - Science and Technology
Ahmad Zahid Hamidi - Defence
Hishammuddin - Home
Shafie Apdal - Rural Development
Kong Cho Ha - Housing and Local Govt
Liow Tiong Lai - Health
Ng Yen Yen - Tourism
S. Subramaniam - Human Resource
Douglas Uggah - Natural Resources and Environment
Shahrizat - Women, Family and Community Development
Mustapa Mohamed - International Trade and Industry
Khaled Nordin - Higher Education
Rais Yatim - Information, Unity, Culture and Arts
Noh Omar - Agriculture
Shahziman Mansor - Works
Ismail Sabri - Domestic Trade
Ahmad Shabery Cheek - Sports
Anifah Aman - Foreign
Raja Nong Chik - Federal Territories
dipetik dari www.thestar.com.my
www.rencahmalaysia.blogspot.com
amirrash Apr 9, 2009 Comments (0 )
Apr 8, 2009
Analisis awal kekalahan BN di Bukit Selambau
BN tergolek di Bukit Selambau kerana jentera BN berkecamuk dan UMNO Bahagian Merbok main wayang
Calun BN PRK Bukit Selambau Datuk S.Ganeson tergolek dan kalah dalam PRK Bukit Selambau dengan hanya mendapat undi sebanyak 10,229 dan calun PKR Manikumar mendapat 12,632 dengan majoriri sebanyak 2,403.
Kekalahan inilah yang di nanti-nantikan oleh UMNO Bahagian Merbok untuk menguatkan lagi hujah mereka supaya calun hendaklah dari UMNO Bahagian Merbok. Tekanan-tekanan dan lobi kuat yang dilakukan oleh Ketua UMNO Bahagian Merbok sebelum pemilihan ini kepada pucuk pimpinan atasan ternyata benar. Inilah hujah untuk kepentingan mereka sahaja.
Kalau umum mengikuti perjalanan PRK Bukit Selambau ini ternyata semua daerah mengundi yang BN kalah adalah di kawasan-kawasan pekan dan taman di mana kesemua ketua-ketua cawangan UMNO di sini hanya pandai bermain wayang dan hanya mementingkan wang tetapi tidak menjalankan kerja-kerja secara ikhlas dan jujur. Mereka hanya bersemangat dengan penyokong luar dari kawasan yang datang membantu mereka.
BN hanya menguasai daerah-daerah mengundi di kampung-kampung dan gagal memenangi hati rakyat di hampir kesemua daerah-daerah mengundi di taman-taman. Komposisi pengundi yang terdiri dari ”middle and upper class voters” dan pengundi-pengundi muda professional seperti Tasek Apong, Jalan Badlishah, Laguna Merbok, Ambangan Height, Taman RiaUtara, Taman Bandar Baru,Sungai Lalang, Taman Ria Jaya, Taman Ria Selatan dan Taman Peruda kesemuanya BN kalah.
Jika dilakukan bedah siasat dengan ikhlas dan jujur hakikat yang sebenarnya ialah kesemua ketua-ketua cawangan UMNO di taman-taman ini bermasaalah dan berpecah-belah sesama sendiri akibat dari pemilihan UMNO yang lepas. Mereka tidak berkaliber untuk memimpin ahli-ahli mereka yang lebih muda, professional dan berkelayakan yang lebih bijak dari mereka. Ahli-ahli yang tulin dan ikhlas untuk perjuangan telah diketepikan dan langsung membawa diri kerana terlalu banyak politiking.Dalam ertikata yang mudah mereka boleh dijual beli semasa pemilihan bahagian yang lepas. Kepentingan sendiri mengatasi kepentingan ahli. Tidak berlaku interaksi sesama ahli dan langsung tidak ada aktiviti kemasyarakatan di sini, jika adapun hanyalah aktiviti-aktiviti syiok sendiri untuk kepentingan ketua bahagian semasa musim pertandingan.
Kesimpulanya memang tepat apa yang diucapkan oleh negarawan ulung YBhg. Tun Dr Mahathir dan PM YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa jangan diletakan parti menguasai Kerajaan tetapi yang utama ialah rakyat harus menguasai kerajaan.
Jika Najib hanya melayan UMNO maka akan berulanglah kejatuhan BN dan UMNO dalam pilihanraya umum yang ke 13 nanti.
www.rencahmalaysia.blogspot.com
amirrash Apr 8, 2009 Comments (0 )
Kronologi 3 PRK. 2 Bukit dan 1 Batang
9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit. Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008. Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang di situ.
8.52pm Tidak rasmi. PKR menang di Bukit Selambau.
8.20pm Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022. PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi. Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi. PKR juga mendahului di Bukit Selambau.
8.17pm Maklumat rasmi. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi. Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.
8.04pm Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,200 undi. Ia kalah kepada BN di lima daerah mengundi, termasuk: Kampung Pokok Machang sebanyak 30 undi, Kampung Sungkap (150 undi) dan Taman Desa Aman (24).
7.56pm BN menang di Batang Ai dengan majoriti besar - 1,854 undi.BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak tiga tahun lepas.
7.42pm Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,577 undi. PAS 14,720 undi, BN 12,143 dan bebas 32 undi.
7.36pm Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi. Parti itu tewas di tangan BN di dua daerah mengundi, Bukit Lembu dan Kuala Sin masing-masing 33 dan 210 undi.
7.32pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,380 undi. PAS 13,571 undi, BN 11,191 dan bebas 31 undi.
7.26pm Sumber rasmi SPR: BN mendahului PAS di Bukit Gantang dengan 799 undi. BN 2,048 undi, PAS 1,249 dan bebas 4 undi.
7.22pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,377 undi. PAS 11,375 undi, BN 8,998 dan bebas 29 undi.
7.21pm PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi.7.12pm PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 900 undi.7.00pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,776 undi.
6.44pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,768 undi.
6.34pm Menurut satu sumber MIC, persaingan "sangat, sangat, sangat sengit" antara calon BN Datuk S Ganesan dengan calon PKR S Manikumar di DUN Bukit Selambau.
6.30pm Penyokong BN dan PAS mula berkumpul depan Majlis Perbandaran Taiping untuk mendengar secara langsung pengumuman keputusan kerusi Bukit Gantang.
Maklumat SPR: Peratus keluar mengundi di Bukit Gantang 75.1 peratus, Bukit Selambau (70.28) dan Batang Ai (71.2).
6.23pm BN menang di Batang Ai dengan majoriti lebih besar. BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak pada 2006.
5.56pm Para penyokong BN dan PAS dijangka berkumpul sebelah padang bandaran di depan Majlis Perbandaran Taiping untuk mendengar secara langsung pengumuman keputusan kerusi Bukit Gantang. Hujan renyai-renyai. Belum kelihatan penyokong parti-parti berkenaan. Mereka kini sedang menikmati minum di restoran berdekatan selepas penat berkempen.
5.14pm Penat lelah merayu undi sepanjang hari ini berakhir jam 5 petang. Kini debaran para penyokong BN, PAS dan PKR bermula sementara menanti proses pengiraan undi di tiga kawasan pilihanraya. Drama ejek-mengejek, membaling botol dan ketegangan sudah tamat, digantu dengan drama sewaktu keputusan diumumkan, paling awal kira-kira 9 malam ini.
Proses pengiraan di parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai dijadual bermula jam 5.30 petang ini. Sementara bagi beberapa pusat pembuangan undi di Batang Ai yang ditutup jam 2 petang, kotak-kotak sudah dibuka untuk pengiraan mulai pukul 3 petang tadi di pusat penjumlahan undi.
Di Bukit Gantang, persaingan sengit antara calon BN Ismail Saffian dengan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS). Di Bukit Selambau, dua daripada 15 calon menjadi tumpuan utama - S Manikumar (PKR) dan Datuk S Ganesan (BN), manakala di Batang Ai, majoriti yang bakal diperolehi BN menjadi fokus utama.
Pengiraan kotak undi dari 14 pusat pengundian di Batang Ai. Ia bermula pada jam 3 petang di pusat perjumlahan di kompleks sukan Lubok Antu.Berdasarkan pengiraan undi setakat ini, BN mendahului, dengan memperolehi 331 undi, manakala PKR mendapat 300 undi.Keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut:
Ulu Engkari - BN 42, PKR 33,
Bertik - BN 107, PKR 47
Sempang - BN 37, PKR 52
Delok - BN 86, PKR 21
Mengiling - BN 59, PKR 147
amirrash Comments (0 )
Apr 7, 2009
PKR LEBIH KEJAM DARI ISRAEL Kenyataan Media oleh Bekas Calon PKR Parlimen Batu Pahat P150 - MALAYSIAKINI
Saya Muhammad Abdullah calon PKR P150 Batu Pahat ketua Penaja Bahagian Batu Pahat,Bekas Ketua Penerangan Negeri,Ketua Penerangan Angkatan Muda,Setelah berkerja keras dalam pilihanraya ke 12 dan tidak ada seorang pun ahli PKR lama yang membantu saya.
Berpuluh ribu saya habiskan untuk perjuangan parti akhirnya ,segala perjuangan sia sia PKR memang pembohong,mana ada keadilan dalam parti,saya hantar surat bantahan kepada PKR Pusat kenapa Timbalan Presiden Syed Husin melantik adik beliau menjadi Ketua bahagian.Sedangkan saya ketika itu sudah ada jawatankuasa penyelaras, dan lebih menyedihkan mereka tidak menjemput ke mesyuarat bahagian.Apabila saya ke PKR Pusat ,pihak PKR telah memperdayakan saya,difahamkan bahawa setiausaha agung membuat semakan keahlian saya baru didaftarkan bulan 6 2008,sedangkan saya telah hantar borang 2005,bermakna saya bertanding tidak sebagai ahli PKR.
Katanya Parti Keadilan tetapi kalau keadilan dalaman parti untuk ahli tidak dapat dilaksanakan.Bagaimana nak adil dengan rakyat,Dasar yang dibawa oleh PKR tidak betul,pentadbiran lemah,bagaimana nak takbir Negara ?sedangkan didalam parti sendiri tiada keadilan.
Kalau parti berhaluan kiri,yang mengamalkan sosialis DAP,yang menentang Islam,bolehkah Dato Seri Anwar katakan berjuang untuk islam,sedangkan PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam membuat kesilapan besar bergabung didalam PR yang ada golongan yang menentang Islam.
Dalam PKR sendiri mengamalkan perkauman,Orang India dan Cina ditipu,Saya tahu apa yang berlaku dalam pemilihan MPT di Kongress Nasional di Seramban,kenapa Xavier dan Sivarasa tidak dipilih,sehingga mereka dilantik.
PKR hanya memperkudakan rakyat untuk kepentingan DS Anwar,tapi DS Anwar cakap ibarat tin kosong menipu rakyat Malaysia mengenai 16 Sept akan menduduki kerajaan pada bulan puasa pun nak menipu ,taubatlah Dato Seri.
Dato Seri hanya mengejar jawatan PM,tetapi Datuk Seri tidak nampak di bawah sana ramai ahli yang menghabiskan wang ringgit demi perjuangan,Ada yang hidup merempat, ada yang dahulunya mempunyai 6 kedai tetapi kini hanya tinggal 2 kedai,ada yang bangkrap terus.
Dato Seri mengatakan mahu membela orang orang melayu,hari ini ramai orang melayu merempat dalam parti.Beginikah Perjuangan Parti Keadilan?
Saya begitu sedih melihat Pakatan rakyat sering mengadakan demonstrasi jalanan sehingga mengaku Islam tetapi tidak berakhlak sehingga menderhaka kepada Sultan,baring atas jalan,maki hamun sultan,Apakah Islam mengajar begini?Wahai saudara saudara Islam belajarlah Kisah nabi nabi,jadikan tauladan,Islam itu cantik,jangan tunjukkan Islam itu ganas.
Kepada orang melayu,saya mengingatkan jangan pisang berbuah 2 kali , kerajaan Melaka jatuh kerana Tengku Bendahara,hari ini jangan bangsa melayu terpinggir dan merempat di negara sendiri akibat manusia rakus yang berlumba mengejar nak jadi PM,termasuk orang orang cina dan india saya merasakan demokrasi negara hampir dimusnahkan.kembalilah bersatu untuk negara tercinta.Bukan berpecah belah jadikanlah Malaysia harmoni dan dihormati kembali.
Mohammad Abdullah.
P/s
PKR DI AMBANG PERPECAHAN,BERDASARKAN MAKLUMAT DITERIMA BANYAK LAGI KEJUTAN BAKAL BERLAKU SELEPAS PRK INI.
dipetik dari: http://pi5au.blogspot.com/2009/04/ekslusif-pkr-lebih-kejam-dari-israel.html
www.rencahmalaysia.blogspot.com
PKR. Parti bermasalah. dari satu hal ke hal yang lain. skandal seks. kronisme. rasuah. tikam menikan. diskriminasi. adakah ini parti pilihan anda? fikirkan semula
amirrash Apr 7, 2009 Comments (0 )
Apr 6, 2009
Cerita 2 April 2009 di sungai petani kedah: apa cerita ni saudara saifuddin nasution?
amirrash Apr 6, 2009 Comments (0 )