Sep 5, 2009

Khalid Gagap: MB Selangor mulakan saman pemula kepada Peguam Negara

Khalid Gagap yang bakal bankrupt kerana hutang, membuat satu saman pemula untuk membatalkan saman pemula yang dibuat oleh Peguam Negara.

Alasan si gagap? sebab Peguam Negara tiada locus standi untuk membuat saman pemula sebab Peguam Negara tidak ada kena mengena dalam hal ini. Bagi Khalid Gagap sepatutnya yang membuat saman pemula ialah SPRM sebagai pihak yang berkepentingan.

Ini lawaknya, pertamanya Khalid Gagap hendak cakap bahawa SPRM lah yang kena buat saman pemula untuk batalkan pekeliling kerajaan Negeri Selangor. Kalau SRPM buat tidak mengapalah. Maknanya, memang si MB Selangor ini tahu bahawa confirm pekelililng yang dia buat itu akan dileburkan oleh Mahkamah kerana ultra vires undang-undang. Jadi apa yang dia buat sekarang ini hanyalah mencari alasan untuk melewatkan tindakan sahaja. Macam bos PKR punya cara. Kalau tidak tumpah kuah kemana lagi hendak kuah itu pergikan?

Keduanya, Peguam Negara ada locus standi untuk berbuat sedemikian atas kapasiti penasihat kepada Kerajaan Persekutuan. ini yang tertulis dalam Pelembagaan Persekutuan. SPRM adalah organ kepada Kerajaan Persekutuan. Sebarang tindakan ke atas organ Persekutuan adalah bermaksud serangan kepada Persekutuan. Maka untuk itu, sebarang tindakan yang akan mengugat Kerajaan Persekutuan maka pembelanya adalah Peguam Negara takkan pula si Khalid gagap!.

Ketiga, SPRM bukanlah suatu badan berkanun dalam ertikata sebenar. SPRM adalah organ Kerajaan Persekutuan. Ia tidak berdiri sendiri kerana punca kewangan datangnya dari Persekutuan. Dan SRPM TIDAK memiliki sebarang punca kuasa pentadbiran seperti Badan Berkanun yang lain. Disebab ia wujud oleh kerana AKTA tidak bermakna pula ia adalah Badan Berkanun. Kalau macam itu, APMM pun adalah badan berkanun kerana ia ditubuhkan melalui AKTA.

Hakikatnya SPRM dan APMM adalah sama. Cuma nama sahaja yang membezakan keduanya.

Dan Keempat, mengapa writ saman pemula dibuat oleh firma guaman luar dan bukannya Penasihat Undang-Undang Negeri? mungkin sebab pertamanya adalah PUU Negeri adalah Pegawai Jabatan Peguam Negara yang mungkin tidak dipercayai oleh Khalid Gagap dan keduanya mungkin Firma guaman itu peguamnya bodoh-bodoh belaka dan boleh dikudakan oleh Khalid gagap atau ketiganya Firma itu kroni PKR. Dapat lagi kontrak guaman macam si Zaid Ibrahim waktu dalam UMNO yang mana Firma beliau ZICO dapat banyak kontrak guaman kerajaan.

www.rencahmalaysia.blogspot.com


Sep 4, 2009

Petrol RON 95 dan RON 97: kenali keduanya

Ada orang menyatakan petrol A lebih baik daripada petrol B atau minyak B lebih bagus daripada bahan api C. Adakah itu benar?

DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.
Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.
Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

 

Khalid Gagap buat hal lagi: Di mana MB Selangor?

Dimana Menteri Besar Selangor?

Semalam, kapalselam Tentera Laut DiRaja Malaysia pertama Perdana Class KD Tunku Abdul Rahman sampai, disambut dan dirasmikan oleh DYMM SPB YDP Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmood di Pulau Indah, Selangor. Ini merupakan peristiwa yang amat bersejarah dan membanggakan kepada TLDM kerana berjaya mengadakan keupayaan persenjataan strategik sebagai angkatan laut yang didukung kuasa kapalselam.

Scorpene II

Upacara gilang gemilang yang disiarkan secara langsung oleh RTM ini turut dihadiri dan meriahkan oleh DYMM Sultan Selangor Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin dan Menteri Pertahanan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, Panglima Angkatan Tentera Jen. Dato’ Seri Azizan Ariffin (TUDM), Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Panglima Tentera Laut DiRaja Malaysia Laksmana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Panglima Tentera Darat dan Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia. DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah juga mencemar duli meraikan peristiwa ini.

Persoalan sekarang, dimanakah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?

Peristiwa ini berlaku di Pengakalan TLDM Sultan Salahuddin, Pulau Indah, Selangor. Tidakkah sebagai MB Selangor, Khalid wajib hadir kerana:

1. Mengiringi DYMM Sultan Selangor

2. Majlis rasmi Kerajaan Persekutuan dalam negeri Selangor

3. Menghormati kehadiran rasmi DYMM SPB YDP Agong dalam negeri Selangor

4. Mewakili Kerajaan dan rakyat negeri Selangor Darul Ehsan dalam upacara rasmi apabila undangan utama itu ialah DYMM SPB YDP Agong ke negeri Selangor

Apakah ketidak-hadiran MB Selangor Tan Sri Khalid ini berkaitan dengan dua titah teguran murka DYMM Sultan Selangor mengenai isu:

1. Cadangan mengunakan zakat bagi pembangunan infrastruktur negeri

2. Pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam

Apa apa pun, rakyat Selangor wajar merasa tersinggung kerana  Menteri Besar mereka tidak menghadiri dan mewakili mereka dalam upacara rasmi yang penuh bersejarah dalam negeri Selangor ini. Ini terutama baginda Tuanku Sultan Sharafuddin merupakan Captain-in-Chief bagi TLDM.

dipetik dari bigdotcom

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Kerajaan Selangor hasut Kuil 'Samseng' Seksyen 19 mungkir janji?

Kerajaan Selangor hasut Kuil 'Samseng' Seksyen 19 mungkir janji?

Sepatutnya Khamis semalam pukul 2:30 ada satu sidang akhbar perdamaian antara wakil penduduk Seksyen 23 dan Hindu Sangam (serta kuil Seksyen 19). Perdamaian ini adalah persetujuan dan persefahaman yang dicapai dari hasil usaha Dato Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri untuk menemukan kedua-dua kedua-dua pihak.

Melihat usaha ini akan menonjolkan kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyelesaikan masaalah tempatan yang mudah diselesaikan, mereka menimbulkan kontroversi untuk mengagalkan usaha perdamaian ini. Mereka menuduh Hishamuddin campur tangan dalam siasatan polis.

Disamping itu, mereka menuduh beliau rasis sambil mengungkit peristiwa keris lama dan menuntut beliau meletakan jawatan kerana simpati dengan penduduk Seksyen 23. Padahal pihak Hindu Sangam (berserta wakil Kuil Seksyen 19) telah mendengar dan setuju dengan rungutan penduduk.

Usaha untuk mengalih pandang ini adalah petunjuk jelas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak ikhlas untuk menyelesaikan masaalah ini. Mereka hanya mahu terus mengekalkan kehangatan untuk dipolitikkan dan menutup malu mereka.

Kerajaan negeri hasut

Dipercayai pihak kerajaan negeri akan "menghasut" Hindu Sangam untuk menggagalkan perdamaian. Sudah ada petunjuk bahawa pihak kuil sudah berbalik-balik cakap seolah-olah akan memungkiri janji. Tidak menghairankan untuk berlaku kerana kuil Seksyen 19 pernah lakukan sedemikian.

Sidang akhbar yang telah diumumkan telah dibatalkan. Bagi menggantikan, satu Majlis Perdamaian telah dirancang untuk pagi 10:30 pagi. Itu pun telah dibatalkan kerana pihak kerajaan negeri mahu bertemu pihak Hindu Sangam pagi ini.

Apa salahnya pertemuan itu dilakukan pada masa lain hari ini? Adakah mereka mahu melihat pengumuman perdamaian itu tidak berlaku?

Ini hanya menunjukkan exco kerajaan negeri cemburu bila Hishamuddin berjaya mencapai kata sepakat antara pihak-pihak yang berbalah. Tidak hairan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan membuat sesuatu janji atau tawaran yang akan membuat pihak kuil dan Hindu Sangam menggagalkan usaha perdamiaan antara penduduk.

Dari maklumat yang diterima, ada ura-ura pihak Hindu Sangam mahu mengenakan syarat baru dari persetujuan yang telah dibuat di hadapan Hishamuddin. Di hadapan Hishamuddin, mereka pura-pura mendengar dan bersetuju dengan rungutan penduduk Seksyen 23. Katanya, mereka juga sedia meneriama tawaran pihak kerajaan Persekutuan untuk menyediakan tapak tanah untuk membina kuil baru.

Sambil itu, reaksi Pakatan rakyat terhadap usaha Hishamuddin menunjukkan sikap kebudak-budakan. Mereka menuduh Hishamuddin campur tangan dalam urusan penyiasatan polis terhadap lebih 50 laporan terhadap penduduk Seksyen 23. Malah mereka mengungkit peristiwa angkat keris yang dibuat oleh Hishamuddin di Perhimpunan Agung Pemuda beberapa tahun lepas.

Bagai boleh diagak Pakatan Rakyat akan memutarbelit jika siasatan polis tidak mengarah kepada pendakwaan terhadap penduduk Seksyen 23. Kemungkinan besar perkara ini tiada pendakwaan kerana ianya lebih perselisihan faham. Adakah ini diplomasi Pakatan rakyat menyelesaikan masalaah penduduk dengan mahukan pengundi mereka dihukum polis?

Kuil akan mungkir janji?

Pihak kuil sudah berkali-kali memungkiri janji.

Menurut surat yang dihantar oleh penduduk Seksyen 19 (boleh diperolehi di laman Selangordailydotcom sini), pihak kuil bersetuju pindah tetapi masih mahu mengekalkan operasi hingga akhir tahun 2010. Malah mereka telah mengecat kuil dan patung tersebut seolah tidak akan berpindah dan akan memungkiri janji yang telah dibuat.


Kuil itu menceroboh tanah PKNS selama dua dekad dan bukan berumur 150 tahun seperti yang ditulis oleh The Malaysia Insider. Kuil itu dahulunya digunakan oleh penduduk setinggan yang sudah lama dipindahkan. Pada tahun 1988 semasa penduduk berpindah kekawasan perumahan ini, kuil itu hanya sebesar tandas tanpa bekalan air dan elektrik.

Mereka yang menceroboh tanpa rasa malu mengaku tanah itu tapak mereka walaupun kawasan itu sudah menjadi milik PKNS.

Pihak kuil sentiasa mendapat sokongan pemimpin MIC yang sering campur tangan apabila penguatkuasa mengambil tindakan keatas kuil itu. Hanya selepas kes kuil di Rimba Jaya dirobohkan dan kerajaan negeri bertukar tangan barulah mereka menyokong Pakatan Rakyat.

Menurut surat tersebut, walaupun Khalid Samad berkata mereka sanggup bertolak ansur untuk pindah, penduduk Islam percaya tanpa desakan penduduk mereka akan terus kekal disitu. Mereka tidak pernah ambil peduli gangguan yang mereka buat telah menyebabkan penduduk terpaksa membuat aduan hingga kepada DYMM Sultan Selangor pada tahun 2006.

Tanpa campur tangan NGO Islam pada awal tahun 2009 mereka pasti berjaya membesarkan lagi kuil itu. Khalid Samad asyik menyalahkan UMNO dan NGO Islam sedangkan kedegilan pihak kuil yang enggan keluar dari kuil haram itu tidak diambil kira langsung. Mereka sudah beberapa kali dapat arahan pindah semasa dibawah BN dahulu tetapi mereka enggan keluar walaupun mereka tahu disitu tapak rumah teres dus tingkat sebanyak 16 unit.

Menurut surat tersebut, pihak kuil pernah menolak ditawarkan berpindah ke Seksyen 23 beberapa tahun yang lalu. Apabila kawasan itu sudah dibangunkan menjadi kawasan perumahan majoriti penduduk Islam mereka mahu pula kawasan itu.

Pada mulanya mereka memberi alasan bahawa kawasan itu tempat najis kerana berdekatan Loji Indah Water. Kuil yang sepatutnya pindah ke Seksyen 22 pada tahun 2008 bertukar tempat ke Seksyen 23. Lokasi yang dipilih berhampiran kawasan perumahan penduduk Islam, surau dan taman permainan kanak-kanak.

Dalam mempertahankan kuil ini, Khalid Samad berdalih-dalih dan memberi alasan kuil itu berjauhan dari kawasan penduduk Islam dan dipinggiran kawasan. Ini tidak benar.

Kekacauan dan ganguan dari samseng kuil

Penduduk Seksyen sering berhadapan dengan gangguan bising dan gangguan bising terpaksa dihadapi setiap hari seperti apa yang telah berlaku mulai April hingga December 2008.

Namun demikian, Khalid Samad lebih bersikap berat sebelah kepada mereka tanpa menyiasat. Semasa NGO campur tangan membantu penduduk Islam, beliau pula menyebelahi Hindu kuil.


Samseng India kelihatan keluar semasa satu insiden pelancaran tapak silat. Lihat samseng berbaju biru yang memakai 'brass knuckle'.

Selain itu, tinjuan kami dengan penduduk mendapati kuil ini adalah sarang samseng India. Sering berlaku di mana permainan gendang apabila ada Majlis Tahlil di rumah penduduk Islam. Apabila ditegur samseng ini menuntut di bayar untuk memberhentikan permainan gendang yang sengaja dibuat dengan bising.


Penduduk yang membuat rungutan kepada pihak berkuasa dan polis juga diugut hingga ada yang diugut bunuh. Rumah mereka dicanting dengan nombor 303 sebagai tanda rumah yang menentang samseng ini. Sejak kehadhiran samseng ini, kejadian samun dan rompakan terhadap rumah-rumah pun bertambah.

Kronoloji aduan dan masaalah kuil Sekseyn 19 ini boleh diperolehi di laman Perwaris sini.

Jika ada pihak merasakan kuil ini mendapat sokongan penganut Hindu setempat, ianya tidak benar sepenuhnya. Dari tinjuan kami, ada antara penganut Hindu di Seksyen 19 tidak bersembahyang dikuil itu tetapi pergi ke kuil sejauh Klang. Sebabnya adalah elemen-elemen samseng yang menguasai kuil ini.

Kerajaan Negeri main belakang

Dalam mereka menuduh dan menuntut hukuman terhadap penduduk Seksyen 23, rupanya ada usaha untuk mengadakan dialog antara Khalid Samad, Rodziah Ismail, Datuk Mazlan Md Nor (Datuk Bandar Shah Alam) serta wakil PKNS.

Kalau ini dilakukan sebelum perjanjian Mei 2009 dengan pihak kuil, perkara ini tidaklah menjadi begitu buruk keadaan. Lebih lagi mereka berdua ditangkap berbohong pada penduduk.

Jika kerajaan persekutuan sedia menyelesaikan masaalah untuk memberi tanah, apa pula kerajaan Selangor sanggup tawarkan? Adakah tawaran ini masih membiarkan kuil Seksyen 19 beroperasi dan kuil Seksyen 23 dibina juga? Adakah konsesi yang akan diberikan pada kuil itu akan disenangi penduduk Sekseyn 19 dan Seksyen 23?

Rasanya tidak dan perkara ini akan berpanjangan lagi.

Khalid pandai menyalahkan masaalah ini adalah masaalah kerjaan BN tetapi kenapa mereka tidak teruskan pembinaan di Seksyen 22 yang sudah diatur. Semuanya ini kerana kerajaan Pakatan Rakyat terlalu sangat mahu mengambilhati kuil ini hingga tidak mengkaji latarbelakang masaalah ini dnegan terperinci.

Apa saja asal dapat pengaruh dan kuasa? Bolehkah ahli politik ini membawa kemajuan dan memberi kepimpinan yang diperlukan negara?



www.rencahmalaysia.blogspot.com

p.s
tangkap dan sumbat sahaja samseng-samseng india ini dalam ISA. Tak pun, campakkan mereka kembali ke INDIA. Mungkin sana lebih sesuai untuk perangai orang macam mereka ini. 

PRK LAGI: KALI INI DI NEGERI SEMBILAN!

Jom poie Nogori..PRK kat sana pulak dah!

Nampaknya negara akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil iaitu pilihanraya kecil yang ke-9 apabila ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Noor meninggal dunia sebentar tadi.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh..

Nampaknya kali ni UMNO akan masuk gelanggang kembali dan lagi dan lagi..bilalah MCA dan MIC nak kena test pun tak tau..semoga kali ni BN beroleh kemenangan sebab masa PRU12 lepas majority BN lebih 2 ribu undi..

dipetik dari depakata

www.rencahmalaysia.blogspot.com

p.s
Masa untuk BN/UMNO kembali bangkit. Kalau PRK dulu asyik di tempat kuat PR. Sekarang ini gelangang di tempat UMNO. Maka, masa untuk menyerang telah bermula. KASI HENTAM ITU PR!

Ini taktik yang disarankan digunakan:

Pertama: Gunakan teknik serangan peribadi individu. Kita selalu tengok kejayaan serangan peribadi dalam beberapa siri PRK sebelum ini oleh pihak PR. Maka ini masanya untuk kita "try test dan tengok" taktik sebegini kepada wakil PR.

Kedua: Gunakan blog sebagai media untuk menyampaikan maklumat dan info serta menyerang balas serangan pihak PR.

Ketiga: Cari lah calon yang tiada kontroversi. Mudah sedikit nak menang.

Keempat: Projek Mee Segera perlu dibuat segera. 

Kelima: Promosi! Promosi! dan Promosi!. Kali ini kasi gegar itu tempat dengan semua promosi BN. Ceritakan tentang job creation yang telah dibuat. Ceritakan konsep masa depan yang kita mahu. dan akhir sekali

Keenam: Jangan lupa orang muda. Yang tua memang sokong UMNO. Sekarang mari kita lihat yang muda. 

Sep 3, 2009

PR Negeri Selangor: la ini pun akan tumbang juga ke?

Ada ura-ura menyataan bahawa PR Selangor akan tumbang dalam masa lepas raya ini.

Ini kata-kata yang kuat bertiup. dan ada YB dari PAS yang akan turut lompat ke UMNO.

Kalau betul selepas raya ini akan ada 2 kerajaan negeri tumbang. satu di Terengganu dan satu di Selangor.

P.S
YB2 kita ini memang tiada kerja lain selain dari melompat. Patutnya dihantar mereka ini masuk sukan olimpik. Kalau menang pingat boleh dapat pencen seumur hidup.

UMNO Terengganu: retak menanti belah?

Akhirnya mungkin BN akan tumbang di Terengganu. Ternyata, kepentingan politik melebihi kepentingan parti dan masyarakat. 


Tahniah YB-YB sekalian. Kalau betul anda bersepuluh lompat ke PKR, andalah paling bangsat antara semua. 

Hanya kerana peribadi, anda sanggup lompat parti. Apa ke bodoh anda semua ni. Dah tua, tapi bonggok jugak. 

Tunggulah lagi 2 tahun.  Kalau tak suka si mamat menteri besar tu, next PRU tukarlah dia. Yang nak melompat sekarang ini kenapa? kalau anda melompat, ternyata anda tak layak jadi pemimpin. Kerana pemimpin sejati akan memikirkan nasib rakyat lebih daripada periuk nasi sendiri. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

PAS: Nik Aziz kata keahlian dibuka kepada bukan islam?

Pas jelaskan kepada DAP

KOTA BHARU 2 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan soal sama ada DAP akhirnya akan dapat menerima dasar pemerintahan Islam atau tidak pada masa depan bergantung kepada keupayaan Pas memberi penjelasan.

Di samping itu, katanya, ia juga terletak kepada tahap penerimaan oleh rakan dalam pakatan pembangkang itu.

''Hubungan dengan DAP masih pada peringkat 'setahun jagung' dan keadaan akan berubah kepada lebih baik kelak melalui percambahan pemikiran mengenai Islam,'' katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas masalah yang masih menjadi 'duri dalam daging' berhubung dasar pemerintahan Islam yang ditentang keras oleh DAP selama ini.

Menurut beliau, tentunya pelbagai masalah akan wujud pada peringkat awal dalam mencari persamaan melibatkan pelbagai kaum, agama dan pemikiran.

''Pakatan baru setahun jagung, tentulah (sukar) nak satukan bermacam-macam perkara ini, ketika rakyat disumbat dalam pemikiran bahawa Islam itu pecah-belah, bahaya dan tidak membawa kemajuan.

''Ia suatu pemikiran lama yang masih wujud, bukan senang (diatasi), Alhamdulillah pakatan telah wujud, walaupun hadapi masalah.

''Seumpama anak yang baru boleh berjalan, rebah, bangun dan kembali segar serta boleh berlari kelak,'' ujarnya.

Namun, katanya lagi, ia tetap bergantung kepada bentuk penjelasan yang dibuat oleh Pas dan tahap penerimaannya oleh rakan pakatan.

''Dari segi kebolehan Islam, saya yakin, namun terima atau tidak terletak atas kita yang menerang, atas kalbu orang yang mendengar.

''Nabi sendiri pun (dalam memberi penjelasan), ditentang oleh bapa saudaranya, tetapi orang dari jauh seperti Habsyah, Parsi pula terima,'' ujarnya.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz menegaskan, titik pertemuan soal perpaduan di negara yang mempunyai masyarakat majmuk ini boleh dicapai melalui Islam.

Menurutnya, Islam dapat menerima semua bangsa atau kaum berasaskan kefahaman, penghormatan dan penerimaan mereka terhadap agama itu.

Tambah beliau, Pas telah digerakkan sebagai wadah bagi Islam yang boleh menyakinkan semua agar berpayung di bawah parti itu melalui keterbukaannya.

''Sebab itu, saya berpendapat sekarang sudah tiba masanya Pas dibuka kepada bukan Islam,'' ujarnya.

Katanya lagi, Pas boleh menjadi satu parti alternatif yang memayungi semua kaum bagi mewujudkan perpaduan sebenar.

dipetik dari utusanonline

www.rencahmalaysia.blogspot.com


p.s

Adakah ini bermakna PAS sudah menjadi parti untuk semua? Adakah dasar-dasar PAS yang berunsurkan keIslaman akan berubah? akan adakah pucuk pimpinan PAS yang terdiri daripada bukan islam? 



Sep 2, 2009

Nizar tak lagi bersidang bawah pokok tapi dalam hotel yang ada aircond!

'Sidang' DUN Perak di hotel lulus tiga usul

IPOH: Anggota Dewan Undangan Negeri Perak daripada pakatan pembangkang hari ini mengadakan satu mesyuarat menyerupai persidangan dewan itu di Hotel Heritage di sini dan "meluluskan tiga usul.

"Pada sidang akhbar kemudian, Mohammad Nizar yang ditanya sama ada Adun pembangkang akan hadir pada persidangan yang dipanggil oleh Speaker Datuk R.Ganesan kelak, berkata Ganesan tidak mempunyai hak untuk memanggil persidangan itu.
"Jadi notis memanggil sidang DUN itu adalah tidak sah," katanya. BERNAMA

p.s
Nizar dan geng2nya memang tak reti daulatkan sultan. Dah le sultan tak gemar tengok muka dia, dah kena halau dari istana, kena halau dari dewan DUN, kena halau dari Mahkamah dan last sekali dari bawah pokok, itu tak sedar-sedar lagi.

ish--ish..kalau orang sudah gila kuasa, inilah jadinya.

Maka berhimpulah beruk-beruk hutan itu kali ini bukan lagi dibawah pokok tetapi dalam bangunan hotel beraircond. barangkali beruk-beruk itu sudah pakai kot dan mengidam aiscream banana boat.

Tak ada orang politik kerajaan malaysia tetap berjalan juga!

Kata pegawai kerajaan:
Orang politik paling bodoh. Semua kata-kata mereka itu sama ada untuk mengenyangkan mereka atau circle mereka.

Kata pegawai kerajaan:
orang politik untuk subjek matter yang sama, hari ni cakap lain, esok cakap lain, luas cakap lain tetap tak boleh disalahkan. yang kena tembak pegawai kerajaan.

Kata pegawai kerajaan:
cakap orang politik cakap orang mati. hari ni je boleh pakai esok tak boleh dah.

Kata pegawai kerajaan:
orang politik tahu apa? mentadbir tak boleh. pegang duit orang tak percaya. menipu je boleh harap.

Kata pegawai kerajaan:
orang politik tau cakap je. yang kena buat pegawai kerajaan. yang kena sign projek pun pegawai kerajaan. yang kena SPRM pun pegawai kerajaan.

Kata pegawai kerajaan:
tanpa orang politik, pegawai kerajaan masih mampu tadbir negara dengan lebih baik lagi.

apa kata orang politik?