1. Ada satu Rang Undang-Undang yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat yang berkaitan betul dengan akidah orang islam.
2. RUU ini dinamakan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013. Di bawa oleh Jakim dan dibacakan kali pertama pada 26 Jun 2013.
2. RUU ini dinamakan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013. Di bawa oleh Jakim dan dibacakan kali pertama pada 26 Jun 2013.
3. Dalam RUU ini ada satu fasal yang sangat penting berkenaan akidah anak-anak orang islam iaitu fasal 107. Fasal ini menyatakan bahawa seseorang yang belum berumur 18 tahun boleh memeluk islam bila dia mencapai umur 18 tahun dan (ini yang paling penting) jika dia belum capai umur 18 tahun, dia boleh peluk islam sekiranya ayah atau ibunya mengizinkan dia memeluk islam.
4. Mengapa fasal ini penting?katakan satu pasangan suami isteri bukan islam ini bercerai dan ada anak. Katakan isteri itu masuk islam. Maka mengikut peruntukan fasal ini anak pasangan itu boleh memeluk islam hanya dengan persetujuan ibunya tanpa memerlukan persetujuan si bapa yang tentu bukan islam. Maka dalam hal ini akidah anak itu adalah terjamin.
5. Namun, fasal itu hendak dibuang daripada Rang Undang-Undang yang baik ini. Suatu fasal yang menjaga akidah anak-anak orang islam hendak dibuang disebabkan wakil-wakil rakyat bukan islam menentang fasal ini.
6. Apa yang menyedihkan adalah wakil -wakil rakyat islam dalam BN, dalam PAS dan dalam PKR senyap sahaja. Adakah ini tanda wakil rakyat islam dalam Dewan Rakyat adalah bacul? mereka takut untuk mempertahankan hak orang islam? Wakil rakyat ISLAM patut bersatu mempertahankan fasal ini. Tidak kira parti, mereka seharusnya bersatu dan bukan berpolitik. Ini isu AKIDAH anak-anak orang islam!. Tetapi nampak gaya mereka ini tunduk kepada kuasa bukan islam. Ternyata mereka khianati amanah islam. Ternyata mereka khianati Melayu.
7. Kalau inilah gaya wakil rakyat islam di Dewan Rakyat maka ternyata kuasa politik membeli segala termasuk akidah. TAHNIAH WAKIL RAKYAT ISLAM DEWAN RAKYAT. AKHIRAT NANTI KAMU AKAN DITANYA HAL INI DAN KAMU SEMUA AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS PENUKARAN AGAMA ANAK_ANAK ORANG ISLAM!
www.rencahcamalysia.blogspot.com
0 Responses:
Post a Comment