Jul 28, 2013

TANDA PUTERA VS THE NEW VILLAGE

1. Ada satu filem cina komunis baru. Hendak ditayangkan pada 22 Ogos 2013 untuk tatapan umum di Malaysia.

2. Filem ini buatan cina komunis di bawah lambang syarikat "Yellow Movie Sdn Bhd". Wow satu kebetulan yang sangat sama dengan warna BERSIH. BERSIH agen provokasi terhadap undang-undang Malaysia.

3. Filem ini diluluskan tayanggan seminggu lebih awal daripada tanda Putera yang dijadualkan ditayangkan pada 29 Ogos 2013. Itu pun setelah beberapa kali tayangan Tanda Putera ditangguhkan atas bantahan chauvenist cina. 

4. Kita mahu lihat, adakah filem macam yang meletakkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan akan dibenarkan oleh kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak atas alasan menjaga hati Cina. 

5. Kalau betul, maka Najib silah letak jawatan, Lemah benar kamu, Kamu menang atas undi orang Melayu. Orang Melayu yang ramai mati dihujung senjata komunis cina. Kalau kamu tak sensitif kepada perkara ini, maka baiklah kamu turun daripada menjadi Presiden Umno Merangkap PM Malaysia.

Dipetik daripada Dr MIM

Kita tentu terkejut dengan kewujudan satu filem baru bertajuk "The New Village" yang kononnya menceritakan kesusahan pendatang Cina di Malaysia di kampung-kampung baru yang dibina semasa penentangan pihak komunis keparat.


Jika melihat trailer filem tersebut. ianya juga menceritakan tentang seorang Cina komunis dan bercinta dengan seorang gadis Cina dan berlakukah konflik disamping menimbulkan perpsepsi pihak komunis adalah hero untuk 'melepskan negara ini daripada cengkaman pihak British'

Filem berat sebelah ini tidak pula menceritakan kekejaman pihak Komunis

Memang sesuatu yang cukup mengejutkan apabila sebuah filem yang pro komunis dengan mudah dapat ditayangkan manakala filem sejarah perjuangan Bekas Perdana Menteri kita ditangguhkan banyak kali seolah-olah ianya merupakan sebuah filem “jenayah berat”. Kami rakyat Malaysia menuntut perkara ini dihakimi dengan sewajarnya. 
 Ini menunjukkan tanda-tanda yang amat ketara bahawa mereka yang bertanggungjawab dalam memberi kelulusan penayangan filem merupakan pihak yang menyokong pembangkang. Sekiranya mereka ini menafikan bahawa mereka dari pihak pembangkang, adakah mereka cuba memberitahu rakyat bahawa mereka merupakan pengecut tahap kronik yang melutut kepada pembangkang. 
Hero dan heroin 

Filem pro Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero itu bakal ditayangkan di pawagam Negara kita mulai 23 Ogos ini. 

Trailer filem yang wajib dibatalkan :


Bukan sahaja Astro Shaw tidak sensitif tetapi produksi filem itu juga sangat meragukan. Namanya ialah Yellow Movie Sdn Bhd.


Apakah ianya kebetulan atau berkaitan dengan pro-pembangkang dan pembangkang yang menggunakan warna kuning untuk perhimpunan haram mereka?

Kuning semasa Beersih anjuran pembangkang

Filem ini jelas tidak mengambil kira sensiviti pihak majoriti di negara ini termasuk pejuang-pejuang bekas tentera yang menentang komunis keparat.

MiM marah dan kecewa apabila pihak The New Village sendiri telah mengeluarkan satu kenyataan yang menghina pejuang-pejuang anti-komunis tersebut !

Anda baca printscreen di bawah :


The New Village bermaksud pejuang-pejuang yang terkorban di Bukit Kepung bukan hero? Sungguh kurang ajar ! How dare the admin of TNV Facebook said like that?

MiM merayu kepada rakan-rakan dan pembaca-pembaca sekalian supaya tidak berdiam diri dan membiarkan sahaja filem pro-komunis ini disiarkan pada 23Ogos ini. 

Kita perlu bersuara lantang membantah keras filem rekaan yang tidak berdasarkan kepada kebenaran atau 'true story'

Anda boleh komen Facebook The New Village klik sini dan juga flagkan trailer filem tersebut klik sini



MiM juga menyarankan kepada Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Zahid Hamidi supaya proaktif, membantah keras dan mengharamkan filem tersebut. 

Malah, tolong siasat bagaimana caranya filem sedemikian rupa boleh diluluskan sedangkan filem yang berdasarkan fakta iatu 'Tanda Putera' begitu susah untuk disiarkan.

MiM percaya jika kerajaan tidak berkeras untuk mengharamkan filem tersebut, lebih ramai rakyat yang sangat kecewa dengan BN, percayalah !

www.rencahmalaysia.blogspot.com


Jul 3, 2013

Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013- Kebaculan Wakil Rakyat Islam dalam Dewan Rakyat!

1. Ada satu Rang Undang-Undang yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat yang berkaitan betul dengan akidah orang islam. 

2. RUU ini dinamakan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013. Di bawa oleh Jakim dan dibacakan kali pertama pada 26 Jun 2013.

3. Dalam RUU ini ada satu fasal yang sangat penting berkenaan akidah anak-anak orang islam iaitu fasal 107. Fasal ini menyatakan bahawa seseorang yang belum berumur 18 tahun boleh memeluk islam bila dia mencapai umur 18 tahun dan (ini yang paling penting) jika dia belum capai umur 18 tahun, dia boleh peluk islam sekiranya ayah atau ibunya mengizinkan dia memeluk islam.

4. Mengapa fasal ini penting?katakan satu pasangan suami isteri bukan islam ini bercerai dan ada anak. Katakan isteri itu masuk islam. Maka mengikut peruntukan fasal ini anak pasangan itu boleh memeluk islam hanya dengan persetujuan ibunya tanpa memerlukan persetujuan si bapa yang tentu bukan islam. Maka dalam hal ini akidah anak itu adalah terjamin.

5. Namun, fasal itu  hendak dibuang daripada Rang Undang-Undang yang baik ini. Suatu fasal yang menjaga akidah anak-anak orang islam hendak dibuang disebabkan wakil-wakil rakyat bukan islam menentang fasal ini.

6. Apa yang menyedihkan adalah wakil -wakil rakyat islam dalam BN, dalam PAS dan dalam PKR senyap sahaja. Adakah ini tanda wakil rakyat islam dalam Dewan Rakyat adalah bacul? mereka takut untuk mempertahankan hak orang islam? Wakil rakyat ISLAM patut bersatu mempertahankan fasal ini. Tidak kira parti, mereka seharusnya bersatu dan bukan berpolitik. Ini isu AKIDAH anak-anak orang islam!. Tetapi nampak gaya mereka ini tunduk kepada kuasa bukan islam. Ternyata mereka khianati amanah islam. Ternyata mereka khianati Melayu. 

7. Kalau inilah gaya wakil rakyat islam di Dewan Rakyat maka ternyata kuasa politik membeli segala termasuk akidah. TAHNIAH WAKIL RAKYAT ISLAM DEWAN RAKYAT. AKHIRAT NANTI KAMU AKAN DITANYA HAL INI DAN KAMU SEMUA AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS PENUKARAN AGAMA ANAK_ANAK ORANG ISLAM!



www.rencahcamalysia.blogspot.com