Aug 29, 2011

KHAS UNTUK MAT SABU KHALWAT: INI VIDEO KAMU

Hari ini keluar dalam surat khabar melayu Utusan Malaysia bahawa Mat Sabu Khalwat (MSK) terlupa apa yang dia cakapkan dalam ceramahnya yang menghina anggota polis Melayu Islam dan anak bini mereka yang berjuang menentang Komunis anti tuhan di Bukit Kepong.

Menurut video itu, MSK dalam ceramah berkata bahawa anggota polis itu adalah anggota british, jadi kalau mereka mati pun bukan kerana mempertahankan negara dan oleh itu bukan mati sebagai pejuang kemerdekaan. MSK berkata bahawa mereka yang menyerang itulah pejuang kemerdekaan terutama kepada seorang melayu komunis bernama muhamad indera.

Mungkin benar kata MSK bahawa semasa peristiwa penyembelihan anggota polis bersama anak bini mereka di bukit kepong pada 23 Februari 1950 [klik sini untuk baca kisah Penyembelihan Komunis terhadap Anggota Polis Melayu Islam Bukit Kepong] Malaya atau Tanah Melayu pada masa itu belum merdeka kerana kita hanya merdeka pada 31 Ogos 1957. Mungkin MSK merasakan bahawa sehingga ke tarikh merdeka maka semua kita yang bekerja di bawah pentadbiran British adalah anjing British. Tapi MSK lupa (macam biasa) bahawa pada tahun 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan harapan untuk membimbing orang Melayu dan bukan Melayu bagi mentadbir negara mereka sendiri. Jadi secara alaminya, mereka yang bekerja dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1.2.1948 adalah  pejuang kemerdekaan yang sedang belajar dan sedang berusaha untuk mentadbir negerinya. Adakah mereka ini layak digelar bukan pejuang kemerdekaan? MSK perlu belajar mengingati fakta ini, jangan sesekali lupa bahawa keadaan sosio ekonomi pada masa itu tidak membolehkan kemerdekaan diberi tanpa bimbingan. Kalau tidak tentu hura hara keadaannya.

Sebagai tambahan, MSK mungkin melihat penyembelihan orang islam, anak-anak kecil dan wanita di balai polis bukit kepong oleh pengganas komunis adalah suatu perkara biasa. Biasa dibuat pada penentang ideologi. Pendapat dan pandangan ini adalah sangat sinonim dengan PAS. Orang yang tidak sehaluan atau yang tidak menyokong PAS akan dianggap kafir dan terus ke neraka, manakala orang yang menyokong PAS akan ke syurga walaupun dia kafir.

MSK perlu jawab ini, adakah kematian anak-anak kecil dan wanita-wanita di peristiwa penyembelihan bukit kepong adalah perkara yang tidak apa? adakah MSK sanggup menyatakan bahawa bunuh orang islam, anak-anak kecil dan wanita dibolehkan walaupun mereka ini berlainan pendapat?

Akhir sekali, untuk MSK, supaya anda tidak lupa. Saksikan video ceramah kamu. Jangan lupa pula. Mat Sabu Khalwat, mungkin kamu lupa kamu pernah dituduh berkhalwat dan video khalwat kamu sudah mula dipasarkan orang, tapi kamu jangan sesekali lupa bahawa kematian orang yang kamu label sebagai bukan pejuang kemerdekaan itu adalah seribu kali lebih baik daripada kamu yang hanya duduk diam goyang kaki tunggu duit dari Penang. Kamu perlu minta maaf kepada semua anggota polis dan keluarga mereka yang mati dalam peristiwa penyembelihan Bukit Kepong, kamu juga perlu mohon maaf kepada semua anggota keselamatan dan penduduk Malaysia.




Aug 22, 2011

Apabila Murtad dijadikan isu politik.

PAS selalu kata mereka akan laksanakan hukuman hudud. PAS selalu kata mereka adalah juara islam di Malaysia. PAS selalu kata mereka akan memperjuangkan hukum dan hak orang islam di Malaysia. Tetapi apabila sampai ketikanya PAS adalah yang pertama lari dari perjuangan. Kerana apa? kerana undi, kerana ingin berkuasa.

Buktinya?  ada di bawah ini. Video yang tertera adalah bukti bahawa gerakan murtad sedang dijalankan di Selangor. Apabila JAIS membuat siasatan, maka JAIS yang dipersalahkan. MP Shah Alam si Khalid Gereja tak henti-henti menyalahkan JAIS. Katanya malu dengan tindakan JAIS. Apatah lagi si MB Selangor Khalid Gagap yang lebih simpati pada kristian berbanding penguatkuasa JAIS. Hari pertama siasatan dibuat, MB Selangor ini telah menelefon Padri Kristian memohon maaf atas tindakan JAIS tersebut. Inilah sikap seorang islam yang memegang tampuk kuasa. Sanggup melutut memohon maaf kepada kristian kerana tindakan orang islam yang cuba menyelamatkan akidah orang islam yang lain. Tahniah Khalid-Khalid. Patut tukar nama jadi keldai-keldai.

Sekarang ini yang betul-betul bersama-sama JAIS dalam PAS adalah Dewan Pemuda PAS dan juga Datuk Dr. Hassan EXCO PAS Kerajaan Negeri Selangor. Yang lain-lain macam si Mat sabu khalwat langsung tak bersuara almaklumlah dah terima banyak dari DAP Pulau Pinang.

Bagi menyelamatkan keadaan maka ada pemimpin PAS kata siasatan JAIS dalangnya UMNO. Bagi aku, kalau orang yang beri maklumat tu DAP pun, tak salah untuk disiasat. Sekurang-kurangnya mereka ini memberikan maklumat untuk menyelamatkan akidah,  daripada membuta tulikan deria macam PAS. Adakah kalau maklumat itu daripada UMNO maka ia satu kesalahan? kalau begitu ternyata PAS meletakkan politik di no 1 agama di no 2. bagi mereka, UMNO adalah bapak setan, jika UMNO adalah bapak setan maka semua maklumat daripada UMNO haram didengar walaupun maklumat itu adalah untuk kebaikan agama islam. Inilah dia politik. Apabila politik melebihi segalanya, maka agama menjadi no 2. Silap haribulan agama jadi no kesejuta. 

Jadi kepada PAS, inilah masa untuk tunjukkan anda banguna dalam sidang DUN Negeri. mintak Kerajaan Negeri buat satu undang-undang halang orang islam murtad di Negeri. INi anda boleh buat kerana undang-undang Islam bawah negeri. Tak perlu takut pada Kerajaan Persekutuan.

Kalau anda kata UMNO ni anti Islam, orang UMNO akan masuk neraka, dan anda adalah penyelemat umat islam Malaysia maka Lahirkan niat islam anda. Bangkit, buatlah satu demonstrasi besar-besarkan. Hentam Kerajaan. Katakan anda berjuang untuk islam. Katakan anda berdemo untuk selamatkan akidah islam atau anda hanya berdemo demi si Ambiga yang sokong murtad itu?.

Mungkin itulah taraf PAS sebenarnya, parti yang korup agama. Bercakap mengenai agama tetapi lebih setan daripada setan.