Ada orang hidupnya adalah berdasarkan kepercayaan politik. Politik itu adalah agama. Maka dia pun mencari apakah parti yang mempunyai kepercayaan yang sama dengannya.
Maka jadilah ia PAS. Parti yang taksub kepada politik dan menjadikan agama itu sebagai emblem politiknya.
Politik hanyalah sebahagian daripada kehidupan. Politik bukan kehidupan. Ia merangkumi kemungkinan banyak pun 20% daripada kehidupan. Tetapi bagi puak PAS, politik adalah kehidupan. Mereka ini hidup dengan politik, makan dengan politik, minum dengan politik dan akhirnya berak pun dengan politik.
Mereka melihat semua dengan politik. Saman yang dikeluarkan oleh pihak polis kepada pesalah dikatakan bersifat politik, pembelian peralatan pertahanan negara disifatkan pembelian politik, penggubalan undang-undang disifatkan politik, pemberian subsidi kepada orang melayu dikatakan pemberian politik, keputusan mahkamah dikatakan keputusan politik. Bagi mereka dunia ini berputar atas paksi politik. silap haribulan nak kawin pun politik.
Tapi sebenarnya yang menjadikan kepercayaan politik ini adalah akar umbi sahaja. Kebanyakkan Pemimpin tertinggi PAS tidak pula mengamalkan kepercayaan politik ini. Lihat sahaja 2-3 orang Ahli Parlimen PAS. Di Parlimen mereka boleh duduk bergelak ketawa dengan orang-orang UMNO. Gelak sakan. Hulur rokok dan adakalanya hulur dokumen projek.
Yang kena tipu hidup-hidup adalah orang bawah akar umbi. Kesian.