Feb 11, 2011

ADUN SRIMUDA: APABILA OKT KES JENAYAH DAPAT BANTUAN RM2JUTA DARIPADA MB SELANGOR

Adun SriMuda YB Shuhaimi Shafiei iaitu ADUN PKR telah dituduh di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina Sultan Selangor dalam kes pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Utusan Malaysia pada 4 Februari 2011 telah menyatakan bahawa:

Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Kota Raja sebelum ini mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan dalam blognya yang disiarkan pada 30 Disember lalu.

ADUN itu antara lain turut menyatakan pelantikan jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Malah, Shuhaimi menerusi kenyataan dalam laman blog berkenaan seolah-olah turut memberi amaran kepada institusi beraja Selangor agar tidak berterusan bertindak membelakangkan MMKN atau berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

Tidak cukup dengan itu, wakil rakyat tersebut turut menyatakan kononnya rakyat akan menolak sebarang tindakan ‘beraja di mata, bersultan di hati’ oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja.

Berikutan kenyataannya itu, Shuhaimi menerima kecaman dan kritikan hebat serta beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya agar beliau diambil tindakan tegas.

Hasil daripada itu maka diwar-warkan pula bahawa Kerajaan Selangor di bawah pimpinan MB Gagap akan membantu YB Sri Muda untuk menanggung kos kes tersebut. Menurut Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) kos minimum untuk mendapatkan peguam adalah dalam lingkungan RM100,000 tambahan beliau lagi memandangkan kes ini akan berlanjutan ada kemungkinan ia mencapai kos RM2juta yang mana ini akan diambil oleh MB Gagap daripada duit cukai/duit rakyat Selangor. 

Secara undang-undangnya MB Gagap boleh gunakan duit rakyat Selangor untuk bagi pada ADUN Sri Muda bagi membiayai kos guaman tersebut. Namun mekanisma pemberian itu perlu mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri terdahulu terutama Bahagian Kewangan Negeri. 

Isunya disini, daripada peruntukan mana yang hendak digunakan oleh MB Gagap tersebut? Kalau benarlah ada wang yang hendak dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri maka ada kemungkinan ia perlu mendapatkan kelulusan DUN atau setidakpun kelulusan EXCO Negeri. MB Gagap kena ingat bahawa wang Kerajaan Negeri adalah wang rakyat dan ia tidak boleh dibelanjakan sewenang-wenangnya walaupun atas arahan MB Gagap. Mungkin MB gagap lupa bahawa ini bukan syarikat yang boleh dikeluarkan duit sesuka hati.

Satu lagi isu yang perlu diberi perhatian ialah berkenaan dengan moraliti membantu ADUN Sri Muda ini dalam kes jenayahnya. 

ADUN ini didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 iaitu satu kesalahan jenayah. Kesalahan jenayah adalah satu kesalahan terhadap "state" (ataupun dalam kata mudah kesalahan terhadap rakyat yang mana Kerajaan (mewakili rakyat) mengambil tindakan mendakwa Orang Kena Tuduh (OKT) (Penjenayah)tersebut).

Ada terdapat pelbagai jenis kesalahan jenayah. Ada kesalahan merasuah, merompak, merogol, membunuh, mencuri dan kesalahan menghasut. Semua kesalahan ini adalah kesalahan jenayah yang dilakukan terhadap orang ramai/rakyat.

Jadi rasionalnya, tuduhan hasutan merupakan tuduhan jenayah sama macam tuduhan kes merasuah, merompak, merogol, membunuh dan mencuri. Jadi kalau yang mendakwa itu adalah Kerajaan (State) yang mewakili rakyat apa kejadahnya si MB Gagap ini menggunakan wang rakyat untuk membantu OKT ADUN Sri Muda ini?

Tidakkah itu mendatangkan mockery (penghinaan) kepada sistem perundangan negara apabila Kerajaan membantu seorang OKT?

Perlu juga diingatkan disini bahawa Kerajaan hanya boleh mempertahankan seorang anggota pentadbiran/DUN/Parlimen/Kakitangan Kerajaan atas kesalahan yang melibatkan apa-apa perbuatan yang dilakukan atas jawatan mereka. Itupun dilakukan melalui Peguam Negara. Sekiranya Peguam Negara merasakan bahawa peguam luar boleh dilantikan untuk membantu anggota pentadbiran/DUN/Parlimen/Kakitangan Kerajaan itu tadi barulah seorang peguam luar boleh dilantik. Selalunya kos prosiding tersebut tidaklah setinggi mana.

Ada dua lagi perkara yang menarik. Pertama kenapa PKR tidak mahu mengeluarkan duit sendiri mempertahankan ADUN mereka? adakah mereka tiada lagi duit? Kedua kalau tidak ada duit sekalipun, PKR diwar-warkan dianggotai oleh ramai peguam. Tentu sahaja peguam-peguam PKR ini boleh memberikan suatu kes probono (percuma) kepada ADUN OKT ini yang mana ia pasti lebih menjimatkan.

Perkara terakhir yang perlu juga dibangkitkan disini ialah tuduhan hasutan kepada ADUN Sri Muda adalah hasutan terhadap Sultan. Sultan merupakan Ketua Kerajaan Negeri. Apa yang menariknya, duit Kerajaan (yang mana Sultan ditomahkan oleh ADUN Sri Muda itu adalah Ketua Negeri) itu hendak digunakan bagi membantu ADUN OKT tersebut? sangat menarik. Ini seolah-olah menyatakan bahawa MB Selangor bersetuju dengan tindakan ADUN Sri Muda yang mentomahkan Sultan Ketua Kepada MB Selangor?

0 Responses: