Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Medical Proforma & Kelompongan "attempted" Di Dalam Kes Liwat Anwar Ibrahim !
Kes liwat Anwar Ibrahim menjadi lebih menarik apabila soal bicara melibatkan protokol dan penjelasan dari segi perubatan walau pun setakat ini para peguam lebih banyak menyentuh luaran medical proforma yang dijadikan bahan saksi.
Yang penulis perhatikan, mencari kesalahan teknikal (Technical Fault) di dalam medical proforma adalah modus operandi yang sangat jelas ditunjukkan oleh peguambela Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Karpal Singh hari ini.
Mereka mempertikaikan ayat "attempted" sodomy dan oral sex di dalam medical proforma sebagai asas kepada permohonnan mereka agar kes tersebut digugurkan.
Tidak ada salahnya apabila pihak peguambela cuba mencari kelompongan di dalam kronologi pemeriksaan, mengambil data-data di dalam proforma, pengambilan dan penyimpanan sampel, pemeriksaan laboratori sehinggalah ke hari bahan bukti itu dikeluarkan di dalam perbicaraan.
Itulah tugas peguam walau pun kita semua tahu Karpal Singh sendiri yang mengatakan Anwar peliwat. Etika atau tidak...itu kena tanya Karpal Singh sendiri.
Tetapi untuk menggunapakai ayat "attempted" untuk menggugurkan kes liwat Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang sangat lemah dan tidak kukuh. "Attempted" sodomy atau oral sex yang diperkatakan bukanlah diagnosis akhir proforma medikal tersebut.
Dan di dalam perubatan, perkataan 'alleged' lebih banyak dipakai daripada perkataan 'attempted'. Penulis sendiri menggunakan perkatan 'alleged' ke atas kes-kes perubatan kerana belum terbukti lagi sehinggalah segala keputusan makmal telah diterima.
Tetapi sebahagian besar mereka yang mengikuti perkembangan kes tersebut tidak mempunyai latarbelakang ilmu perubatan. Maka, interpretasi mereka sudah tentu tidak tepat dan hanya bergantung kepada apa yang ditulis di dalam media tanpa memahami isi kandungan proforma dan prosedurnya.
Dan di dalam perubatan, terdapat beberapa lapisan protokol sebelum mencapai diagnosis akhir. Malah, terdapat lapisan yang dipanggil differential diagnosis di mana beberapa diagnosis kemungkinan diketengahkan.
Manakala diagnosis akhir adalah berasaskan kepada keputusan kolektif yang bersandarkan kepada keputusan makmal yang tepat seperti pemeriksaan DNA dan sebagainya. Precision dan kelangsungan protokol menjadi sangat penting jika ianya melibatkan aspek medico-legal yang membawa kes ke mahkamah.
Oleh itu, sebagai seorang doktor perubatan, penulis bersetuju dengan kenyataan Hospital Kuala Lumpur Emergency Care Specialist Dr Khairul Nizam Hassan yang mengatakan bahawa perkataan "attempted" yang dipertikaikan oleh Karpal Singh hanyalah sekadar 'guide' sahaja dan bukannya diagnosis akhir pemeriksaan ke atas Saiful Bukhari.
Nampaknya, Karpal Singh dan peguambela Anwar Ibrahim yang lain terpaksa mencari lain 'lubang' lain di dalam kes liwat yang sedang berjalan. Kes masih panjang lagi dan human error adalah satu kelemahan manusia yang sangat biasa. Kerana itu manusia perlukan protokol dan proforma untuk kes liwat Anwar Ibrahim.
Seperkara lagi, kajian mengatakan adalah biasa jika seorang mangsa liwat itu menyalahkan diri sendiri kerana terjadinya liwat tersebut tesebut sehingga cuba mempercayai bahawa individu itu menyangkakan beliau turut memberi izin (Brichnum, 1991)
Male rape victims suffer a similar fear that female rape victims face -- that people will believe the myth that they may have enjoyed being raped. Some men may believe they were not raped or that they gave consent because they became sexually aroused, had an erection, or ejaculated during the sexual assault.
These are normal, involuntary physiological reactions. It does not mean that the victim wanted to be raped or sexually assaulted, or that the survivor enjoyed the traumatic experience. Sexual arousal does not necessarily mean there was consent.
Dipetik daripada Blog M.I.M