Jan 15, 2011

PPP-FTA-EU-TPPP

Ada sesuatu yang sedang terjadi. Bukan Rahasia diperingkat antarabangsa kita sedang berunding untuk meliberalisasikan Perolehan Kerajaan (GP). Jadi kita sedang berunding dengan EU untuk FTA dan juga kita sedang berunding dengan Amerika, Singapork, Brunei, Vietnam, Chile, New Zealand, Australia dan Peru [Apa dia TPPP? klik sini].

Dulu rundingan FTA Malaysia-US gagal sebab GP. Sekarang ini kita buka peluang untuk US masuk GP Malaysia melalui TPPP. Lebih hebat lagi kita masuk TPPP dengan pelbagai negara. Kalau one to one nation pun kita tak mampu nak buat, bayangkan kita buat dengan pelbagai negara, sekali GUS!. Memang hebat kita.

Apa-apa pun, dengan terbukanya TPPP ini, maka yang akan untung besar ialah syarikat-syarikat daripada Singapura. Kenapa? Ceritanya begini. Bagi memudahkan pemahaman kita buat contoh. Bajet 2012 nanti memperuntukan (katakan) RM1.2Bilion untuk projek sekolah. RM1.2B itu termasuk semua sekali, iaitu pembinaan sekolah, maintenance dan perolehan bahan-bahan kelengkapan sekarang. Dalam FTA ada satu peruntukan tentang nilai kemasukan iaitu yang dipanggil "threshold". Fungsi nilai ini adalah untuk menentukan bila masanya yang syarikat luar boleh masuk dan bid dalam tender Malaysia. Lagi rendah nilai threshold lagi mudahlah syarikat asing bida tender kita.

Pada masa ini, kita memang tutup langsung untuk syarikat luar masuk dalam tender Kerajaan Malaysia sebab Kerajaan nak bagi tender projek Kerajaan kepada kontraktor tempatan. Dengan nilai threshold tersebut maka adalah peluang untuk syarikat asing masuk tender dan Kerajaan kena pertimbangkan dan bagi peluang sama rata untuk syarikat asing ini macam syarikat tempatan juga. Nah memang liberal kan?. Masalah ngan nilai threshold ini ialah ia akan ambil kira keseluruhan projek tadi bukannya as in place. Contoh, projek sekolah RM1.2 B untuk bina 100 sekolah. Maka nilai projek itu adalah RM 1.2B mengikut FTA!. Tak boleh pecah kecil. Kalau Threshold itu ditetapkan RM100 juta, maknanya semua boleh disapu bersih oleh syarikat asing. Nah, kenapa singapura yang kita takutkan? mudah sahaja, dia paling dekat dan paling mampu untuk kaut semua projek Kerajaan. Dan katakan nilai threshold adalah RM20 juta, memang lagi bergumbira la si temasik.

Jadi, alkisahnya, maka itu la dia Malaysia. Tepuk dada tanya selera.

http://www.rencahmalaysia.blogspot.com/

Berbalik kepada cerita Singapork tadi,

0 Responses: