Nov 20, 2010

TEGURAN KHAS UNTUK RAIS YATIM - MENTERI KEBUDAYAAN MELAYU LA SANGAT

Dr. Rais Yatim, Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan adalah seorang menteri Melayu. Kata-kata beliau mencerminkan kebudayaan Melayu, lemah lembut dan bersopan santun.

TAPI sayangngya Rais Yatim mungkin tak tahu bahawa Akademi Seni Warisan dan Kebangsaan (ASWARA) di bawah seliaan kementerianya adalah tempat berkembangnya budaya anti Melayu. Budaya yang dibawa oleh ASWARA adalah sangat teruk. Lihat saja pemakaian pelajar-pelajar melayu di sana. Macam tak cukup baju tak cukup duit nak beli kain.

Rais, pergilah tengok di ASWARA. Betapa teruknya pemakaian pelajar-pelajar kat sana. Ada yang terselak baju. Ada yang senteng baju. Ada yang kain terbelah sampai nampak bontot. Itu tak kira lagi puting susu yang nak terjojol keluar.

INikah ASWARA? tukar nama la. Dari Akademi seniwa warisan kepada Akademi seni Maksiat. Mungkin dalam rangka kerja ASWARA seni itu bermakna less baju less kain. 

Nov 14, 2010

POLITIK MALAYSIA MASIH POLITIK KAUM

Ada satu perkara dalam politik Malaysia yang tidak akan berubah untuk satu jangka masa yang lama.

Perkara itu ialah politik perkauman. Ini adalah fakta. Malaysia ditubuhkan atas sebab politik perkauman. Kalau tak kerana itu sampai kiamat Malaysia tetap akan jadi koloni British yang laparkan bahan mentah Malaysia.

Parti-parti yang ditubuhkan atas nama politik perkauman terus hidup manakala parti yang kononnya ditubuhkan atas nama perpaduan pelbagai kaum (multi racial party aka MCP) ada yang telah ditalkinkan atau pun sebenarnya menjadi  single racial party aka SRP.

Parti Negara adalah contoh terbaik parti MCP yang telah ditalkinkan. Ditubuhkan oleh Pengasas UMNO iaitu Dato' ONN parti yang memperjuangkan agenda pelbagai kaum ini dikebumikan tak sampai beberapa tahun penubuhannya. Parti Negara ditalkin kerana idea satu parti untuk semua kaum adalah sesuatu yang tidak rasional terutama pada masa-masa negara baru hendak merdeka.

PKR, DAP, PPP dan Gerakan adalah antara parti-parti MCP yang telah menjadi SRP. Lihat sahaja siapa yang menduduki kerusi apex parti tersebut. Dari Atas sampai bawah, yang banyak menganggotai parti tersebut adalah kaum dari satu kaum sahaja dan mereka ini yang mendominasi arah tujuan dan perjuangan parti tersebut.

Ambil contoh PKR. Siapa pemimpinya? Anwar dan anak beranak serta Azmin dan the geng. Mereka ini Melayu. Berapa kerat pemimpin kaum lain dalam PKR?

Contoh terbaik pula ialah DAP. DAP menyatakan bahawa mereka adalah MCP. Tetapi jika dilihat susun atur pucuk pimpinan parti tersebut, ternyata yang mengawal, yang menentukan dasar, yang menyumbang duit, yang menjadi propaganda adalah kaum Cina dan isu Cina. Mana datangnya "multi racial? DAP? Berapa kerat orang India dan Melayu dalam DAP? Berapa kerat pula individu bukan cina yang dapat menjadi pemimpin DAP dan dihormati dalam DAP?. Lihat saja sayap pemuda DAP. Ada atau tidak bukan Cina dalam sayap parti tersebut?

PPP dan Gerakan merupakan parti yang ditubuhkan atas nama MCP. Masing-masing ditubuhkan pada tahun 1953 di perak dan 1968 di PP. Masing-masing mengatakan bahawa mereka memperjuangkan multi racial interest. Tetapi hakikatnya kedua-dua parti ini ialah parti India dan parti Cina. Dari pucuk pimpinan hinggalah ke akar umbinya, didominasi oleh kaum-kaum itu. Hala tuju dan agenda perjuangannya juga ditentukan oleh kaum-kaum tersebut.

Soalan yang ditanya, mengapa blog ini membangkitkan hal MCP dan SRP. Jawapannya mudah. Perjuangan politik Malaysia dari dulu hingga kini akan sentiasa dibayangi oleh kaum. Walaupun sekuat mana hujah menyatakan bahawa ideologi satu parti satu kaum ini telah diterima, namun sejarah membuktikan bahawa penerimaan itu hanyalah bersifat kosmetik sahaja. di luar nya memang nampak cantik. Cantik mengenai hak sama rata, hak untuk semua, tetapi di dalam parti itu,yang mendominasi akan memperjuangkan hak kaum dominasi tersebut.

Manusia tetap manusia. Lebih-lebih lagi dalam politik. Sokongan itu adalah nyawa. Jadi, kalau anda adalah seorang pemimpin Cina dalam DAP adakah anda akan membuat agenda bukan Cina dalam DAP? tentu tidak. Anda tahu bahawa DAP adalah parti yang 90% didominasi CIna. MAlahan sumber kewangannya pun kemungkinan besar 99% datangnya dari sumbangan kaum CIna. Adakah anda akan melawan mereka yang menyokong anda? anda tahu bahawa DAto' Onn lebur dalam Parti UMNO disebabkan ideologi kesaksamaan kaumnya. Jadi ada belajar daripada hal ini yang mana akhirnya anda pun membawa agenda Cina dalam DAP.

Jadi janganlah tertipu dengan slogan bahawa parti-parti MCP ini memperjuangkan hak semua bangsa sedangkan mereka adalah rasist. Mereka lebih rasis daripada parti perkauman. MCP ini hanya menggunakan topeng MCP kerana tahu bahawa jika mereka adalah SRP pastinya mereka sudah awal-awal lagi ditalkinkan kerana mereka tahu bahawa politik perkauman sudah dibawa dengan baik oleh UMNO, MCA dan MIC. Dan mereka tahu bahawa mereka tiada ruang untuk menyelit dalam politik perkauman ini.


WAJIB LULUS SEJARAH, 13 MEI DAN DAP

Akhirnya DAP membawa utusan malaysia dalam dewan di DUN PP. Dalam sejarah itu terjadi. Kononnya atas alasan bahawa Utusan menyemarakkan rasa benci kepada DAP atas sebab komentar kolumunis Utusan mengenai peristiwa 13 Mei yang perlu dijadikan sebagai hari yang diingati. Hari muhibbah kata Utusan macam yang PAP Singapura (abang kepada DAP) buat. Di Singapura PAP menggunakan 13 Mei sebagai hari perpaduan kaum. PAP bersungguh-sungguh membuat demikian kerana mahu masyarakat Cina di Singapura mengingati kejadian tersebut. Mengapa demikian? tentulah sebab yang paling nyata, peristiwa 13 Mei mengingatkan masyarakat Cina Singapura bahawa ia mungkin terjadi lagi. Dengan ingatan tulus ikhlas tersebut pastilah PAP akan terus mendapat undi Cina Singapura yang tak mahu Melayu berkuasa semula di Singapura.

Senario ini berbeza di Malaysia yang majoriti penduduknya adalah Melayu yang mana peristiwa 13 Mei diingati sebaliknya oleh masyarakat Melayu. Sudah tentu ini menakutkan DAP. Kalau rakyat Malaysia faham sejarah, tentu-tentu peristiwa 13 Mei dan DAP tidak dapat dipisahkan. Akhirnya DAP tahu bahawa hari tersebut akan menyebabkan DAP "bungkus" pada PRU13 nanti.

Jadi, disebabkan ini maka subjek sejarah yang wajib lulus pada SPM nanti tentu tidak disenangi oleh DAP. Yelah mana taknya, sejarah tak pernah menipu. Terutama kepada si penipu dan pengacau. Kerana dengan adanya sejarah maka kisah mereka takkan hilang.