Cerita di bawah memang menarik pun kepada semua kakitangan awam.
[klik sini untuk baca temubual dengan Angkasa oleh radio tempatan mengenai isu yang hampir sama]
.....................................................
Kalau anda kakitangan Kerajaan ada membuat pinjaman kewangan membabitkan ANGKASA yang mana potongan tersebut di buat kepada gaji anda, maka wajib anda kisah hal ini.
Selama ini potongan gaji anda itu bukan percuma. Untuk transfer potongan tersebut dari pusat pembayar (PTJ) kepada institusi yang memberi pinjaman tersebut (macam koperasi),anda (ya anda) kena bayar FI RM 10 (duit caj) . Fi ini diambil oleh Angkasa. Padanlah tahun lepas (2009) sahaja Angkasa untung RM2.6B!.
Sekarang ini Kerajaan akan mewartakan bahawa fi yang boleh dikenakan adalah RM 1. Ini pastinya menjimatkan kakitangan Kerajaan. Tetapi bagi Angkasa, ini adalah malapetaka. Selama ini kalau tak kerana transaksi ini tentu dah lama Angkasa mati muflis. Bayangkan berapa ramai kakitangan yang meminjam wang menggunakan Angkasa, dengar kabar sampai 800,000 ribu orang daripada 1.3 Million kakitangan Kerajaan ada membuat pinjaman begitu. Bayangkan, tiap-tiap bulan Angkasa goyang kaki dapat 800,000 x RM 10!. Jadi tentu-tentu bila Kerajaan nak buat begitu, Angkasa melompat.
Angkasa dah bersuara. Mereka tetap nak untung. Walaupun yang rugi nanti orang Kerajaan. Tapi apa yang CUEPACS buat? CUEPACS senyap. Membisu macam orang bisu, pekak macam orang tuli dan membutakan mata macam orang buta. CUEPACS bab-bab ini memang tak boleh harap. Kalau bab naikkan gaji, mintak bonus memang dialah juara. Patutnya CUEPACS pada masa ini kenalah bersetuju dan menyokong penuh dasar Kerajaan itu kerana ia pasti menguntungkan warga kakitangan Kerajaan. Dan CUEPACS patut lebih aktif lagi dengan mencadangkan kepada Kerajaan supaya semua faedah pinjaman membabitkan kakitangan Kerajaan dikenakan hanya 1-2% sahaja berbanding 3-6% sekarang.
Jadi Haji Omar, kamu duduk sebagai Presiden CUEPACS kena lah bersuara. Kalau boleh buat memorandum terus kepada PM. Tapi melihat gaya sekarang, rasanya si Haji Omar ini pasti akan macam biasa, senyap aja.
dipetik daripada : www.ideapelampau.blogspot.com
Oct 31, 2010
ANGKASA, CUEPACS DAN CAJ RM 1
amirrash Oct 31, 2010 Comments (0 )
Oct 10, 2010
KISAH 1MDB, PHB DAN DPSB
Satu Malaysia dah kenal apa dia 1MDB. 1MDB adalah nama kepada 1 Malaysia Development Corporation yang dulunya dikenali sebagai TIA Berhad (Terengganu Investiment Agency) . Antara yang dikaitkan dengan 1MDB adalah Jho Low. Pemuda Cina ini adalah antara yang duduk dalam BOD 1MDB.
Apa yang menariknya tentang JL ialah dia ini merupakan orang yang dikatakan membawa
Mudabala Development Corporatioan (MUDALA) ke Malaysia. MUDALA ini dikatakan akan melabur sebanyak RM22Bilion dalam projek di Malaysia.
Dari laporan yang diterima, JL pernah bersekolah di UK dan dia ini memang baik dengan seorang putera arab daripada Abu Dhabi. Putera raja ini kemudiannya memberikan JL menguruskan pelaburan putera tersebut. Atas sebab itu maka JL dapat membawa pelaburan putera itu ke Malaysia. Dan pastinya pelaburan itu adalah dalam bentuk MUDALA. Dan JL dikatakan dilantik menjadi special advisor kepada seseorang yang sangat hebat.
Jadi, apa kena mengena nama PHB dan DPSB dalam tajuk di atas?. Apa yang ramai orang tahu ialah 1MDB telah diberikan hak untuk membangunkan kawasan TUDM Sg Besi dan kawasan di sekitarnya iaitu kawasan Dataran Perdana. Kedua-dua kawasan ini bernilai jutaan ringgit dan keuntunganya pula adalah bernilai RM150 Bilion dalam masa 10 tahun.
Apa yang orang ramai tidak tahu ialah sebelum ini, kawasan Dataran Perdana telah diserahkan untuk dimajukan oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB). PHB pula dipunyai olehYayasan Bumiputera.
Jadi, siapa pula DPSB? DPSB adalah Dataran Perdana Sdn Bhd sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan. DPSB telah diberikan hak untuk "memajukan" Dataran Perdana. Kedua-dua PHB dan DPSB akan mendapat untung besar sekiranya mereka berjaya membangunkan tanah Dataran Perdana.
Untuk mendapat tanah di Dataran Perdana. PHB dan DPSB telah membelanjakan jutaan ringgit untuk pampasan dan urusan tanah. Urusan ini pula membabitkan usaha selama 10 tahun.
Setelah menandatangani perjanjian beli tanah dengan Pejabat Tanah dan Galian, dan hanya menunggu masa untuk PTG menukar nama dalam geran tanah tersebut, tiba-tiba PHB dan DPSB ditolak tepi dan tanah tersebut diberikan kepada 1MDB!. Nasib baik BOD PHD dan DPSB tidak melatah. Kalau tidak hmm...
Jadi, iktibar dari cerita ini adalah hak yang sepatutnya diberikan kepada orang lain dengan sewenang-wenangnya di berikan kepada orang lain. Kesian bumiputera, kalau tidak tanah di Sg Besi dan sekitarnya pasti milik bumiputera.
http://www.rencahmalaysia.blogspot.com/
amirrash Oct 10, 2010 Comments (0 )