Banyak orang bercakap tentang pemberian biasiswa oleh Kerajaan Persekutuan. Dan selalunya ia akan dikaitkan dengan JPA sebagai agensi pelaksana pemberian biasiswa ini.
Isu kuota ini hangat sekarang ini. Kenapa sekarang? sebabnya mudah sahaja. Dulu semasa zaman ekonomi tengah naik, ramai orang mampu untuk menyekolahkan anak-anak mereka tanpa bantuan Kerajaan. Malahan ramai yang tak mahu pun bantuan Kerajaan sebab tak nak terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan. Oleh itu pada masa itu, biasiswa ini dipandang enteng oleh bukan melayu/bumiputera.
Setelah kemelesetan ekonomi, maka kuasa untuk membuang duit sudah berkurang. Nak makan pun susah. jadi mereka ini dalam keadaan terdesak untuk meminta bantuan Kerajaan untuk menyekolahkan anak-anak ke peringkat tertinggi. Kemudian apabila mereka melihat kepada pemberian Kerajaan, tiba-tiba mereka rasa bahawa eh..kenapa skit sangat ni, macam mana anak aku nak belajar tinggi-tinggi dengan free ni? . Atas alasan itu maka bertempik la si mamat itu menyatakan tidak adil itu dan ini padahal dulu tiada kedengaran barang sekelumit pun suara nya itu. Dah susah baru cari Kerajaan.
Secara asasnya, pemberian biasiswa adalah terletak pada Kerajaan. Dalam usaha pemberian tersebut Kerajaan adalah terikat kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan antara lainnya bahawa YPDA perlu memberikan kuota kepada Melayu/Anak negeri sabah/Sarawak dalam hal biasiswa, danasiswa, permit, lesen etc.
Jadi dalam pemberian itu Kerajaan hendak tidak mesti ada kuota untuk Melayu/Anak negeri sabah/Sarawak. Dan yang paling menarik ia perlu juga dibuat berdasarkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menerangkan hak sama rata. Tetapi Perkara 8 juga bercerita tentang positif discrimination yang mana kalau ia dinyatakan dalam Perlembagaan secara khusus (contoh Perkara 153 tadi) maka positif discrimination itu boleh dibuat.
Cuma isunya adalah, yang patut buat kouta itu adalah YDPA bukan PM, bukan TPM bukan Nazri Aziz, bukan LKS, BUKAN LGE dan bukan Karpal Singh dan anak-anaknya.
Sebarang kuota yang kurang, perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dinyatakan dalam Fasal (5) Perkara 159.
Jadi kalaulah isu ini diperkatakan dan dibahaskan, sebenarnya ia melawan kehendak YPDA dan Sultan-Sultan MElayu. Ada orang hendak menjadi derhaka ke?
salam.
www.rencahmalaysia.blogspot.com
0 Responses:
Post a Comment