Razak Baginda: Henti fitnah Najib
Oleh TAN MING WAI
21 November 2008
PENAMPILAN PERTAMA... Abdul Razak Baginda memberikan sidang akhbar pertamanya sejak dibebaskan bagi menjelaskan pelbagai perkara berhubung kes Altantuya di Hotel Maya, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 20 Nov. – Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dalam penampilan pertamanya sejak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu meminta semua pihak berhenti menyebar fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isteri.
Pada sidang akhbarnya di Hotel Maya di sini hari ini, beliau berkata, dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor mengenali atau pernah menemui Altantuya adalah tidak benar.
“Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isterinya. Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti.
“Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran. Hari ini saya ingin jelaskan seperti mana keterangan saya kepada polis, Najib tidak terlibat,” katanya pada sidang akhbar selama hampir 45 minit itu yang sesak dengan wakil media tempatan serta asing.
Sebelum sesi soal jawab, Abdul Razak turut membaca dan mengedarkan kenyataan akhbar tiga muka surat kepada pihak media.
Sebelum sesi soal jawab, Abdul Razak turut membaca dan mengedarkan kenyataan akhbar tiga muka surat kepada pihak media.
Hadir menemani Abdul Razak ialah bapanya, Datuk Abdullah Malim Baginda dan tiga peguamnya, Avtaran Singh, Rozana Abdullah dan Alex Tan.
Abdul Razak, 48, menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan Najib yang dikenalinya sejak awal tahun 1990-an.
Jelasnya, sejak dibebaskan baru-baru ini, beliau tidak pernah bertemu, bercakap atau berhubung sama ada dalam bentuk perbualan, penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun e-mel dengan Najib.
“Saya kenal Najib secara profesional sebelum kemudiannya secara peribadi. Tetapi ada yang mendakwa saya ialah pembantu atau setiausaha politik beliau. Itu tidak benar,” tegasnya.
Abdul Razak menambah, selepas dibebaskan, beliau sempat merujuk semula laporan-laporan mengenai kes tersebut dan mendapati banyak fitnah dan tuduhan tidak berasas dilemparkan terhadap dirinya dan Najib yang disiarkan menerusi media terutamanya Internet.
Abdul Razak menambah, selepas dibebaskan, beliau sempat merujuk semula laporan-laporan mengenai kes tersebut dan mendapati banyak fitnah dan tuduhan tidak berasas dilemparkan terhadap dirinya dan Najib yang disiarkan menerusi media terutamanya Internet.
“Banyak pembohongan berlaku sepanjang tempoh saya ditahan, macam-macam mereka cerita... saya kahwinlah, saya jumpa si mati (Altantuya) di partilah, saya ada anaklah. Semuanya fitnah, tapi orang minat baca seterusnya terus percaya semua itu,” ujar beliau.
Mengenai gambar yang menunjukkan beliau bersama Najib dan Altantuya yang pernah jadi isu sebelum ini, beliau menyifatkan sesiapa yang mempercayai kesahihan gambar itu sebagai ‘bodoh’.
“Saya disiasat oleh Suruhanjaya Multimedia ketika di dalam penjara dan saya ditunjukkan gambar tersebut. Bagi saya hanya orang yang benar-benar bodoh yang percaya gambar itu asli.
“Sejenak melihat gambar itu pun kita tahu ia gambar yang diubah suai, lebih lagi wanita dalam gambar itu bukannya si mati, sebaliknya seorang model Korea,” jelasnya.
“Sejenak melihat gambar itu pun kita tahu ia gambar yang diubah suai, lebih lagi wanita dalam gambar itu bukannya si mati, sebaliknya seorang model Korea,” jelasnya.
Dalam sidang akhbar yang bermula pukul 9.30 pagi itu, atas nasihat peguamnya beliau mengelak daripada menyentuh perkara-perkara mengenai perbicaraan kes pembunuhan Altantuya yang masih belum selesai.
Pada 31 Oktober lalu, Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya iaitu selepas 22 bulan ditahan di Penjara Sungai Buloh serta menghadapi 151 hari perbicaraan.
Pada 6 November lalu, beliau dijadual mengadakan sidang akhbar di lokasi yang sama namun dibatalkan pada saat akhir.
Abdul Razak memberitahu, sidang akhbar ketika itu terpaksa dibatalkan atas sebab dirinya masih dalam proses menyesuaikan diri selepas meringkuk hampir 22 bulan dalam penjara.
Abdul Razak mengulangi bahawa beliau tidak melakukan kesalahan terhadap Altantuya dan ia telah dibuktikan menerusi keputusan mahkamah yang membebaskannya.
Abdul Razak mengulangi bahawa beliau tidak melakukan kesalahan terhadap Altantuya dan ia telah dibuktikan menerusi keputusan mahkamah yang membebaskannya.
Ditanya sama ada Altantuya mempunyai kaitan dengan satu rundingan pembelian kapal selam, beliau berkata: “Tiada kaitan langsung. Semua orang malas dan tidak menyemak fakta.
“Biar saya beritahu jangka masa ia berlaku. Perjanjian ditandatangani pada Jun 2002 tetapi saya hanya kenal si mati pada November 2004. Justeru, saya langsung tidak nampak kaitannya, namun begitu hubungan kami tetap dan terus diperkatakan.”
“Biar saya beritahu jangka masa ia berlaku. Perjanjian ditandatangani pada Jun 2002 tetapi saya hanya kenal si mati pada November 2004. Justeru, saya langsung tidak nampak kaitannya, namun begitu hubungan kami tetap dan terus diperkatakan.”
Katanya, beliau tidak terkejut malah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya bapa Altantuya, Shaariibu Setev yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah ingin membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
“Itu adalah haknya, saya tidak bersalah dan tidak ada apa untuk dibimbangkan.
“Bagaimanapun, saya mengucapkan simpati saya yang tidak terhingga kepada keluarga si mati... biarkan beliau (Altantuya) bersemadi dengan aman,” katanya,
“Bagaimanapun, saya mengucapkan simpati saya yang tidak terhingga kepada keluarga si mati... biarkan beliau (Altantuya) bersemadi dengan aman,” katanya,
Ditanya di mana beliau mengenali Altantuya, Abdul Razak berkata: “Ini melibatkan soal kematian, di mana saya jumpa dia itu tidak membawa apa-apa makna. Apa yang saya hendak beritahu ialah Najib tidak pernah jumpa wanita itu. Oleh itu, apa diperkatakan selain daripada itu adalah bohong semata-mata.”
Pada 31 Oktober lalu, Abdul Razak, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan Altantuya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin.
Dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh ibu dua anak lelaki yang berumur 28 tahun itu di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam, 19 Oktober 2006, dan 1 pagi keesokannya.
Pada 14 November lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang mengetuai barisan pendakwaan kes itu telah memutuskan tidak akan memfailkan rayuan atas pembebasan Abdul Razak kerana alasan hakim yang memutuskan kes itu telah pun membuat penemuan fakta dalam membebaskan Abdul Razak.
Mahkamah menetapkan 15 Januari tahun depan untuk mereka mengemukakan keterangan membela diri.
.........................................................................................................................................................................
Kenyataan penuh Razak Baginda (Kenyataan Akhbar)
IZINKAN saya pertama sekali merakamkan penghargaan saya kepada saudari/saudari sekalian di atas kehadiran saudara/saudari pada pagi ini. Saya juga ingin terlebih dahulu memohon maaf kerana tidak dapat bertemu saudara/ saudari sebelum ini.
Izinkan saya mulakan dengan mengucap syukur Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Agung kerana adanya saya di sini hari ini, di antara saudara/saudari sebagai seorang yang bebas.
Saya telah menghabiskan selama 22 bulan di penjara dan dengan petunjuk Allah SWT jua, dengan keyakinan penuh bahawa saya tidak bersalah dan sokongan yang diberikan oleh keluarga dan kawan karib yang telah membantu saya melalui apa yang boleh saya katakan sebagai satu tempoh yang sangat menekan, sangat menduga dan sangat menyedihkan sepanjang usia 48 tahun saya.
Kata-kata tidak akan mampu menggambarkan dan menyatakan penghargaan saya yang amat mendalam terhadap keluarga saya yang telah bersama-sama saya mengharungi waktu yang sangat mencabar ini. Kasih sayang dan dedikasi mereka yang tidak terhingga yang memberi saya kekuatan.
Setiap hari Sabtu tanpa gagal, keluarga saya akan datang melawat saya semasa tempoh lawatan mingguan. Sejumlah lebih 100 kali mereka datang melawat dan lawatan mereka adalah kemuncak dari seminggu saya. Sungguh, saya sangat bertuah.
Mungkin lumrah manusia apabila seseorang di dalam kesusahan, ramai yang menjauhkan diri. Saya telah menjangkakan ini dan tepat sekali, lumrah manusia ini tidak pernah mungkir. Saya telah menyambut dua kali Hari Raya di dalam penjara. Sebelum di penjara, menjelang Hari Raya saya akan terima ratusan kad raya. Bagi dua tahun yang lepas, saya terima tidak lebih dari dua puluh keping kad.
Kepada mereka yang telah menghantar ucapan selamat kepada keluarga saya dan kepada yang segelintir yang pernah hadir di mahkamah, saya mengucapkan terima kasih. Kehadiran dan sokongan anda sangat bermakna kepada saya dan keluarga saya.
Terima kasih yang tidak terhingga dari saya kepada para peguam saya yang bukan sahaja telah bekerja keras di dalam kes saya tetapi juga telah datang melawat saya di penjara. Semasa Perang Dunia Kedua, apabila askar ditawan sebagai tawanan perang, memang menjadi tugas mereka untuk melepaskan diri. Tentu sekali, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk melepaskan diri, bagaimanapun saya tetap terlepas kerana fikiran saya sentiasa bebas.
Zahirnya seseorang boleh dipenjara tetapi fikirannya tidak mungkin terpenjara. Keluarga saya, kawan karib, para peguam saya dan buku-buku saya telah membantu saya melepaskan diri, kerana fikiran saya tidak pernah terpenjara. Kepada saya, inilah pelepasan diri yang bermakna.
Ramai orang cenderung mempunyai tanggapan yang sempit dan negatif tentang penjara dan pihak penguasanya. Bagaimanapun, saya ingin menyatakan di sini, ia bukanlah satu tugas yang mudah dan umumnya saya dapati pihak penguasa penjara telah menunjukkan satu tahap profesionalisme yang tinggi. Penghargaan saya juga untuk mereka.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada tahanan-tahanan lain. Mereka telah menolong saya melalui kehidupan di penjara yang antaranya, mereka menunjukkan kebaikan yang ikhlas kepada saya. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan semoga yang terbaik untuk mereka.
Pembohongan
Tidak ada perkataan yang mampu menyatakan dan menggambarkan kesengsaraan yang dilalui keluarga saya selama hampir dua tahun. Sejak saya ditahan dalam bulan November 2006, banyak yang telah diperkatakan oleh ramai orang.
Pembohongan dan tanggapan yang tidak berasas telah dijadikan asas yang kononnya dikatakan kebenaran. Kebenaran sebenar sudah tidak lagi menjadi penting. Seolah-olah tiada siapa yang berminat lagi untuk mengetahui perkara yang sebenar.
Beberapa pihak telah membuat usaha yang bersepadu untuk memutarbelitkan kisah sebenar sehingga menjadi timbunan sampah sarap. Pembohongan cepat sekali memintas kebenaran. Seperti yang dikatakan Shakespeare dalam Henry IV, "Pembohongan sudah setengah pusingan mengelilingi dunia sebelum kebenaran sempat menyarung kasutnya."
Saya akui saya sendiri merasa terperanjat menyaksikan bagaimana kes saya telah digembar-gemburkan sebegitu liar dan orang yang tidak tahu-menahu muncul di tengah persoalan dan berjaya memesongkan pandangan sedemikian ramai orang.
Ramai yang telah ikut serta dan terbawa dengan perbuatan yang tidak benar ini. Yang tidak bersalah menjadi mangsa sementara yang berdusta bermaharajalela. Orang ramai mudah diperdaya dan mereka percaya apa yang ingin mereka percaya, tanpa menghiraukan kebenaran.
Saya sedar akan adanya mereka yang sentiasa mencurigai dan memutar-belitkan segala apa yang saya katakan untuk meremeh dan menyalah tafsir kata-kata saya.
Saya sedar akan adanya mereka yang sentiasa mencurigai dan memutar-belitkan segala apa yang saya katakan untuk meremeh dan menyalah tafsir kata-kata saya.
Saya terperangkap dalam situasi 'dipersalahkan jika berbuat sesuatu dan dipersalahkan jika tidak berbuat sesuatu'.
Ada yang menasihatkan saya supaya tidak memberi sebarang kenyataan kerana ia akan hanya menjadi satu usaha yang sia-sia. Kata mereka, apa pun yang saya katakan tiada bezanya kerana orang lebih suka dengan tafsiran mereka sendiri meskipun diceritakan yang sebenarnya. Walaupun setelah kisah yang sebenar muncul, orang-orang seperti ini akan mempunyai penjelasan mereka sendiri. Seakan suatu yang tidak boleh dimenangkan.
Bagaimanapun, saya rasa jika saya tidak berani dan cuba melawan arus untuk menyatakan yang sebenarnya, saya hanya memejamkan mata dan malah membenarkan pembohongan berterusan. Saya akan cuba dengan rasa penuh tanggungjawab menegakkan kebenaran mengatasi kepalsuan. Bagi saya, mengambil sikap tidak peduli adalah tidak bertanggungjawab. Seperti kata Martin Luther, "Di sini saya berdiri, saya tidak dapat berbuat lebih, tolonglah saya Tuhan."
Ahli Media Sekalian,
Saya merayu kepada anda semua supaya berhenti menyebarkan fitnah tentang YAB Datuk Sri Mohd. Najib Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri dan isterinya. Saya tahu bahawa Datuk Sri' dan isteri tidak pernah menemui si mati, Altantuya. Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada TPM dan isterinya.
Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti. Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran.
Saudara/saudari mungkin cukup mengerti perbicaraan kes masih berlangsung. Saya telah dinasihatkan oleh peguam saya supaya tidak menyentuh secara khusus kes saya demi memelihara keluhuran perbicaraan tersebut.
khir sekali, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT bagi membenarkan dan menguatkan lagi bukti yang saya tidak bersalah di mahkamah. Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah melakukan kesalahan kepada si mati. Walaubagaimanapun, saya ingin mengucapkan simpati saya yang tidak terhingga kepada keluarga si mati ke atas kehilangan mereka.
Ribuan terima kasih di atas perhatian saudara/saudari.
0 Responses:
Post a Comment