Mar 16, 2014

MH370: SUATU IMAGINASI GILA

IM NOT AN EXPERT, THIS IS JUST MERE SPECULATION BASED ON MY FICTITIOUS IMAGINATION.

1. Pesawat MH370 melencong daripada arah yang telah ditetapkan. 

2. Dalam MH370 ada sekumpulan pakar advance microprocessor. 

3.Dalam MH370 ada warga negara China, Rusia, Amerika dan pelbagai lagi.

4, Dalam MH370 ada kargo yang mana kargo ini dikawal oleh dua bekas navy seal US yang diupah khas daripada sebuah syarikat keselamatan Amerika. Dikhabarkan dua orang navy seal ini mati atas sebab yang sangat disangsikan sebelum kargo ini naik ke MH370.

5. Kargo ini telah dipantau oleh General Staff of Rusia (GRU) sejak awal lagi kargo ini dikesan. 

6. GRU telah memaklumkan kepada China berkenaan hal ini. China memaklumkan bahawa ia telah ambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan semuanya selamat. 

7. Terdapat laporan bahawa ada agent Iran, Amerika, China dan Russia dalam pesawat MH370.

8. Ada maklumat menyatakan bahawa Kapten Zaharie telah dipanggil last minute untuk memandu pesawat itu. Kapten Zaharie sangat berpengalaman dan mahir dalam pemanduan boeing dan dia dikatakan mampu untuk mendaratkan pesawat boeing di landasan yang pendek. 

9. Terdapat pergelutan dalam pesawat. Agent US dapat tahu bahawa terdapat agent-agent asing yang akan merampas kargo. agent-agent telah bertempur di dalam pesawat. Agent US menang.

10. Agent maklumkan kepada US bahawa China dan Russia tahu akan kargo. Kargo akan dirampas sekiranya mendapat di China. US memang sudah standby pesawart AWACS berdekatan. Pesawat AWACS merapati MH370, paksa pilot untuk ikuti arahan atau ditembak jatuh. Pilot akur. Pesawat AWACS jammed semua signal dan mimic serta fake signal untuk membuat MH370 halimunan. 

11. Pesawat masih dikesan oleh radar pertahanan Malaysia. TUDM bersiap sedia. TUDM terima arahan untuk lepaskan pesawat sebab ada threat untuk letupkan pesawat. 

12. Pesawat keluar daripada radar tentera Malaysia. MAS umum pesawat hilang. 

13. Pesawat mendapat di namning China. Mengisi minyak dan bekalan makanan. China akur sebab banyak warganegara China dalam Pesawat. Info pendarat terlepas kepada pihak awam. Pesawat berlepas semula ke arah Australia. 

14. Kenapa Australia, negara itu memang kawan baik US dan mempunyai kawasan yang sangat luas untuk pendaratan pesawat tanpa dikesan. 

15. Apakah isi kargo tersebut? ia sangat berharga dan berkaitan dengan sistem peperangan yang hendak diletakkan di sekitar balkan. Isu Rusia dan Ukraine sangat memerlukan tindakan ketenteraan yang melibatkan kargo ini. 

sekian.

Mar 11, 2014

MH370 : BERSEDIA UNTUK MENERIMA KETAKJUBAN

Ada satu blog saya suka ikuit. Kupasan blognya sangat logik dan selalu tepat. Ada satu entri dalam blog itu yang membuatkan saya berfikri panjang. saya panjangkan entri tersebut untuk pandangan anda. Wallahualam. 

MH370 : BERSEDIA UNTUK MENERIMA KETAKJUBAN

1. Penat saya membuat pelbagai teori dan spekulasi dari pelbagai sudut ilmu, sejarah dan kes-kes berkaitan dengan penerbangan dan ketenteraan apabila apa yang saya terima benar-benar mencabar minda logikal saya.
2. Saya merupakan antara orang pertama yang membuat status bahawa pesawat tersebut sudah musnah akibat satu letupan yang saya syaki bom di muncung pesawat (saya update status saya di Facebook bahawa pesawat sudah berada di dalam lautan/musnah bertentangan dengan idea majoriti orang lain yang percaya pesawat sedang ditawan)
3. Saya juga antara orang pertama dari segelintir orang yang melihat bahawa pesawat sudah pun berada di dalam lautan.
4. Saya antara orang yang menolak pendapat bahawa pesawat sudah dirampas dan kononnya di bawa ke lokasi rahsia, saya juga menolak teori kemungkinan juruterbang telah membuat satu tindakan yang membahayakan orang.
5. Yang saya tidak tolak ialah pesawat mungkin dibom dari dalam dan saya juga tidak mengambil ringan hipotesis kemungkinan pesawat sebenarnya ditembak oleh peluru berpandu dari udara ke bumi kerana kemampuan seperti itu dimiliki oleh Vietnam melalui S300 buatan Russia.
6. Senjata misil jarak jauh seperti ini sehingga boleh memintas peluru berpandu balistik juga dimiliki oleh kapal-kapal perang Amerika Syarikat (AS).
7. Semua itu rupa-rupanya tidak ada kaitan langsung.
HILANG MENJADI MISTERI, TIMBUL MENAMBAHKAN MISTERI
8. Akhirnya dengan peluang yang ada, saya dilaporkan bahawa kapal terbang malang tersebut berada di dalam lautan yang gelap, lebih kurang 300 meter.
9. Pesawat berada di dalam keadaan baik, 100 peratus atau 90 peratus dalam bentuk asal tanpa kecacatan yang ketara.
10.Semua penumpang berada di dalam pesawat, terikat di tempat duduk masing-masing dan berada dalam keadaan yang baik walaupun sudah berhari-hari di dalam laut.
KEJADIAN TIMBUL
11.Pesawat akan timbul menurut kiraan saya di antara Jumaat/malam Sabtu atau hari Ahad ini, genap tujuh atau lapan hari ia hilang.
12.Ia akan timbul dalam perairan di sebelah Vietnam
13.Timbulnya akan mengkagumkan dunia…sebuah pesawat besar yang berada di tengah lautan.
14.Pihak berkuasa boleh mengambil barang-barang dan tubuh-tubuh mangsa yang saya rasa berada dalam keadaan yang masih elok.
15.Timbulnya pesawat ini akan menimbulkan persepsi baru dan keajaiban dalam sejarah penerbangan atau perubahan pada sikap manusia itu sendiri.
16.Tentang wujudnya dimensi yang kita boleh sifatkan tanda-tanda kekuasaan Allah.
17.Saya juga menjadi orang pertama yang mengumumkan berita ini “pelik tapi benar”, tak payah tuduh kerajaan atau TUDM, TLDM, ATM, LLN, TNB tahu kisah ini kerana semua orang hatta teknologi tercanggih milih kuasa besar pun pening…
NOTA PENULIS : SAYA TIDAK PAKSA ANDA PERCAYA, TUNGGU AJELAH, TAK LAMA PUN, TINGGAL 3-4 HARI SAHAJA LAGI/KALAU TIDAK BETUL, ANGGAP JELAH SEBAGAI ANGIN LALU