Jun 30, 2011

Bersih atau bershit?

Sudah terlalu lama blog ini dibiarkan bersarang. Idea untuk menulis itu ada. Cuma masa yang tidak mengizinkan. Terlebih lagi penulis sekarang berada pada posisi yang sangat sukar untuk memberikan pandangan takut-takut menyalahi prinsip diri.

Apa-apa pun, ulasan kali ini adalah bagi perhimpunan haram BERSHIT AKA BERSIH.

Apa-apa perhimpunan haram adalah sesuatu yang menyalahi undang-undang. Suatu perhimpunan mesti mendapatkan permit di bawah seksyen 27 Akta Polis. Isunya banyak. Adakah si Ambiga telah cuba mendapatkan permit? rasanya tidak. Bongkak dan sombong Ambiga ini. Dia duduk di Bar Council bercerita tentang undang-undang namun dia adalah penyangak no 1 di Malaysia yang menentang undang-undang.

Satu lagi isu penting ialah mengapa KL? mengapa perhimpunan bodoh ini dibuat di KL? mengapa tidak di Pulau Pinang? mengapa tidak di Selangor? mengapa tidak di Kelantan? Jawapnya mudah, monyet-monyet ini takut menganggu penduduk di sana. Takut dengan Cina Pulau Pinang yang hendak berniaga.Jadi KL lah tempat terbaik.

Kalau setakat hendak menyerahkan memorandum tidak perlu berarak di KL. Buat sahaja di tempat tertutup Pokok Sena atau di kawasan Parlimen Bakri atau di tempat Khalid Gagap. Ada monyet yang menjerit di Parlimen yang menyatakan bahawa perarakan ini bagus kerana ramai orang datang. Ramai orang datang maka perniagaan akan bagus. Maka kepada monyet ini, bawa sahaja perarakan itu ke tempat parlimen anda. Tengok sejauh mana ia akan menambahkan perniagaan di kawasan itu. Orang bodoh seperti ini memang tidak layak bercakap. Niat untuk berarak itu telah menunjukkan masalah. Ada orang berniaga nak mencari masalah? ada orang yang berarak itu hendak beli makan dan minum? wahai monyet maka ketahuilah kamu bahawa perarakan itu adalah untuk tujuan merosakkan dan bukan untuk tujuan santai. Disebabkan itu maka ramai orang akan tidak adakan keluar rumah dan perniagaan akan ditutup wahai monyet.

Orang KL telah lama terkena dek perkara-perkara bodoh macam ini. Perarakan ini akan menyebabkan jem, ketidak pastian keselamatan dan kerugian pada masa dan tenaga. Orang KL dari Isnin sampai Jumaat akan mengalami Jem. Hanya pada hari minggu la orang KL hendak berehat. DAtang orang luar daripada KL, datang ke KL, datang ke Kampung orang KL, buat biadap ganggu orang KL. Ini adalah perbuatan biadap oleh monyet-monyet yang bertopeng manusia. Bayangkan keluarga terpaksa duduk dirumah kerana takut keselamatannya, bayangkan kenduri kendara yang mungkin akan dihadiri oleh pengantin dan ibu bapa pengantin sahaja, bayangkan mereka sakit yang tersekat dalam kesesakan. Mereka ini semua orang KL. Orang luar akan pulang kerumah selepas ini, relax di rumah main dengan anak-anak sementara orang KL yang terpaksa menerima bahana perbuatan monyet-monyet ini.

Ada satu hal lagi yang menarik, Ambiga ini adalah anti ISlam. Dia telah bercakap mengenai Murtad, menganjurkan forum murtad dan dalam kes Lina Joy murtad merupakan penyokong kuat kes itu. Ini orang yang monyet-monyet dalam PAS sokong? ternyata PAS memang telah tukar 360% daripada pejuang Islam kepada pejuang kafir laknatullah. TAHNIAH PAS!

Kepada Menteri Amaran Dalam Negeri, bangunlah. Lama sangat tidur. Gunakan ISA untuk halang benda-benda sebegini. Jangan takut kalau benar.

www.rencahmalaysia.blogspot.com