Mar 11, 2009

Perjumpaan Pak Lah dan Anwar di Langat: Ada udang disebalik batu?

Semalam satu perkara tergempar terjadi. Mungkin kebetulan atau buatan orang, PM dan exTPm berjumpa disebuah madrasah di Langat. Atas tujuan apa? untuk sebab apa? perjumpaan itu terjadi 3 jam sebelum TPM membentangkan bajet mini RM 60 Bilion di Parlimen. Adakah ada udang disebalik batu? kita saksikan nanti kesudahan drama ini.

















berita pertama: 10 Mac 2009 dipetik dari http://www.anwaribrahim.com/




Pertemuan Dengan Pak Lah

By Anwar Ibrahim
Categories: Aktiviti, Anwar and Catatan


Terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadhiran saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi.

Saya dijadual ke Madrasah Nurul Iman untuk sambutan Maulidur Rasul dan meraikan Tuan Guru Sheikh Mahmud. Di antara tetamu adalah ulama’ dari Indonesia, Gambia, India, Patani dan lain-lain. Turut sama adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin.

Saya dan Azizah terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin!

Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba. Saya disambut Sheikh Mahmud dan menjamah hidangan bersama Datuk Seri Abdullah, Profesor Bhokin dan para ulama’ yang hadhir.

Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ka Parlimen.

ANWAR IBRAHIM




berita kedua: dipetik dari http://www.msomelayu.blogspot.com/

Ekoran Pertemuan Abdullah – Anwar Selesema Najib sudah Membawa kepada Demam

POSTING saya sekejap tadi mengenai pertemuan yang memungkin terselit mini perundingan antara Anwar Ibrahim dengan Abdullah Ahmad Badawi dinafikan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akim dalam blognya. Anwar sendiri juga membuat penjelasan segera berhubung berita bersifat spekulatif tetapi berfakta itu juga menerusi blognya.

Kata Iskandar, Anwar dan Abdullah hanya bertemu dan makan tengah yang dinamakan makan untuk keamaan dunia? Tidak ada perundingan selepas itu.

Manakala menurut Anwar pula pertemuan itu biasa yang menyempatkan dia ngobrol perkara-perkara biasa sahaja dengan Abdullah. Apakah perkara biasa itu?

Shamsul menampilkan gambar menunjukkan Anwar sedang santap bersama Abdullah dengan Sheikh Mahmud Majzub sedang makan ditengah. Jelas lauk pauk yang dihidang untuk dua negawaran itu makan berbeza dengan apa yang dihidang di luar untuk para tetamu lain.
Sepanjang peristiwa itu Sheikh Mahmud senantiasa berada di tengah manakala Anwar dan Abdullah di sisi.

Dalam konteks dan suasana hari ini tidak salah kalaupun Anwar mengadakan rundingan dengan Abdullah. Dan jika berlaku mini rundingan itu mestilah berhubung dengan pelan peralihan kuasa yang bakal berlaku dalam Umno selepas Mac nanti.

Anwar berhak menyatakan apa-apa pandangannya kepada Abdullah sebagai sahabat dan atas kapasitinya sebagai ketua pembangkang pada pertemuan seperti itu.
Sebagai ketua pembangkang Anwar tentu mempunyai maklumat-maklumat yang bermanfaat untuk diketahui dan dikongsi oleh Abdullah sebagai perdana menteri untuk kebaikan bangsa dan negara.

Setidak-tidaknya Anwar menasihati Abdullah agar jangan begitu mudah menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Mohd Najib Razak. Sekiranya Anwar meluahkan itu atau membuat rayuan begitu ia juga bukan perkara baru, kerana dalam parlimen Anwar pernah menyatakan kesediaan untuk menyokong Abdullah terhadap apa-apa tindakan dan keputusannya yang memerlukan suara ahli parlimen.

Bahkan Anwar sempat bangun dan meminta rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat ikut bangun menunjukkan menyatakan sokongan kepada Abdullah. Mesej yang ditunjukkan oleh ketua pembangkang itu jelas bagi Abdullah.

Kalaupun Anwar membuat rayuan itu dalam mini prundingan ia berpandukan kepada perkembangan terkini di sekitar Najib. Dan adalah wajar kalau Abdullah mendengar apa yang mungkin disuarakan oleh Anwar pada pertemuan tadi, baik ketika di meja makan ataupun di dalam bilik.

Shamsul Iskandar mendedahkan bahawa pertemuan Anwar dengan Abdullah itu sekadar di mejakan makan sahaja. Itulah yang hendak ditegaskan oleh Shamsul.
Apakah selepas makan itu sementara menunggu solat Zohor mereka tidak berganjak ke dalam bilik berdekatan meja makan itu? Dan apakah Iskandar juga turut sama menyelit ke dalam bilik berkenaan dan mendengar kesemua butir bicara mereka? Dan apakah keperluannya dari segi politik untuk Shamsul menafikannya?

Saya difahamkan sendiri oleh seorang ahli MPT PKR yang turut hadir, (berkedudukan seperti Shamsul di dalam rumah itu) menurutnya ada berlaku pertemuan enam biji mata antara mereka bertiga; Anwar, Abdullah dan Sheikh Mahmud. Pastilah Shekh Mahmud berada ditengah.

Menurut ahli MPT itu Sheikh Mahmud ada mengatakan sesutau yang penting untuk kedua pemimpin itu. Tidak terniat untuk saya mencatatkan antara dialog Sheikh Mahmud dalam bilik itu seperti mana dituturkan oleh ahli MPT berkenaan, tetapi cukuplah kalau dikatakan ia sangat menarik. Iya sangat menarik.

Pasti esok wartawan akan memburu Abdullah untuk mendapat ulasan daripadanya. Sama-samalah pula kita dengar apa yang dikatakan Abdullah dan sama-sama kita padan dengan apa yang diucapkan oleh Anwar dan Shamsul itu. Takdirnya sama, maka terimalah persamaan itu.

Mengenai Shamsul Iskandar, sekiranya kedatangan Abdullah itu tidak ada mengada mengapa beliau bersusah berlari anak untuk menyambut Abdullah sebaik mengetahui ketibaan Abdullah. Apakah sambutan itu sebagai mnghormati pemimpin nombor satu negara? Ataupun sambutan itu kerana menghormati kedatangan delagasi pertama untuk bertemu dan berunding secara tidak langsung?

Ketika ditanya apakah yang dibicarakan (ngobrol) oleh Anwar dan Abdullah semasa mereka makan, Shamsul hanya berkata no comment? Apakah no comment itu beliau mendengar sesuatu atau tidak mendengar apa-apa? Atau tidak mahu menjelaskan apa yang diketahui kerana sebab-sebab tertentu?

Logiknya untuk apa Abdullah beriya hadir pada waktu itu sedangkan majlis untuknya diaturkan besok. Hari ini yang menjadi tetamu utama ialah Anwar Ibrahim. Kehadiran Anwar itu dicatatkan dalam kad jemputan kehormatan yang saya terima. Selain nama Anwar, kad jemputan itu mencatat nama Drs H Muhammad Yusuf Kala, Naib Presiden Indonesia.
Nama lain dalam kad jemputan itu ialah, Dr Bohkin Bhalakula, timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Thailand.

Ingatlah kepada bidalan lama yang masih relevan sekiranya tidak ada mengada tempua tidak akan bersarang rendah. Pastinya kehadiran Abdullah dan Anwar ke madrasah Nurul Iman itu ada rahmat dan yang pastinya mereka dihantar oleh Allah untuk bertemu, bertentangan mata dan berjabat salam.

Apa yang dapat disaksikan dan dirasakan ia sungguh memberi erti besar. Tidak mustahil dalam menghuraikan erti dan hikmah pertemuan Abdullah – Anwar tengah hari tadi ia menyebabkan selesama Najib semasa membentang minit bajet di parlimen tadi semakin melarat dan mungkin akan membawa kepada demam dan panas kepada pula. [wm.kl 9:30 pm 10/03/09]

Eksklusif Selasa


Abdullah dan Anwar Berunding di Hulu Langat?

TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.

Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantikan oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.

Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.

Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.

Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.

Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!

Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.

Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.
“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?

Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.

Mar 10, 2009

Najib dan Akhbar Perancis tambah PPSMI

Beberapa minggu lepas terdapat satu artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini.com yang menyerang TPM (Najib). Artikel ini ditulis oleh seorang wartawan di Akhbar Perancis. Apa yang menarik ialah suatu artikel lain yang menyentuh hal sama. berikut ialah petikan dari kedua-dua sumbe tersebut:

berita pertama: Akhbar: Najib jumpa Altantuya di kelab

Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam. Beliau juga pernah bersumpah mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan. Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersekongkol dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.

dipetik dari www.malaysiakini.com

berita kedua: Si Gay Juga Dicari Anwar

Oleh Teh Tarik Satu!
Malaysia-Instinct.com Mac 6hb, 2009

Membaca tulisan Arnaud Dubus wartawan akhbar Liberation yang berpusat di Peranchis mengenai cara Altantuya dibunuh dan kaitannya dengan Datuk Seri Najib Tun Razak membuatkan kawan terfikir untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapa si penulis tersebut.

Bukan apa, sebagai orang yang telah lama bergelumang dalam dunia kewartawanan dan pernah menjalani latihan kewartawanan di beberapa negara Eropah termasuk Peranchis membuatkan kawan berpendapat tentu wartawan ini agak istimewa sehingga dicari oleh pihak yang berkepentingan di Malaysia.Lebih menarik, wartawan tersebut dalam rencananya turut menyebut beliau telah ke Kuala Lumpur dan Ulan Bator untuk menyiapkan rencananya dan ia tentu melibatkan kos yang besar.

Timbul juga persoalan, siapa yang dijumpainya di Kuala Lumpur? Anwar Ibrahim? Khairy Jamaluddin? Karpal Singh atau Saiful Bahri Azlan. Kawan tidak ada jawapan untuk ini tetapi dalam kotak fikiran kawan tentu ada individu berpengaruh yang turut dijumpainya.Ini feel biasa wartawan senior yang selalu terbang ke luar negara.Siapa pula yang menajanya? Adakah ia ditanggung oleh akhbar Liberation atau orang lain?

Kawan tak rasa akhbar Liberation menanggung semua perbelanjaan semata-mata untuk membuat rencana yang boleh dibuat dengan mencantumkan beberapa artikel karut yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin sebelum ini. (Baca sini, sini dan sini)

Bersangkutan daripada pencarian kawan juga menyebabkan kawan mengingati kembali kisah sebelum tersiarnya tulisan yang dipaparkan menerusi akhbar dalam bahasa Peranchis tersebut.Beberapa hari lalu, kawan diberitahu oleh seseorang bahawa berita ini akan keluar. Sumber kawan adalah orang yang biasa melakukan tugas penyiasatan dan penjejakan tetapi kawan yakin dia bukan perisik. Kawan baru sekali berjumpa dengannya.Disebabkan itu, kawan tidak menganggap ia sebagai maklumat yang sahih atau bertaraf A1 dan hanya mendengarnya sebagai maklumat yang perlu disaring walaupun dia ada menyebut nama Liberation dan Dubus.

Sekarang kawan ada sebab untuk mempercayai cerita sahabat baru ini. Dan kawan ingin berkongsi dengan yang lain tentang apa lagi yang diperkatakannya.Menurut sahabat itu lagi, berita tersebut memang dirancang dengan teliti.

Penggerak di belakang tabir ialah John Soh Chee Wen dan beberapa rencana lain juga telah dirancang bertujuan untuk menggemparkan rakyat negara ini menjelang Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Tulisan-tulisan tersebut akan dimuatkan dalam beberapa akhbar lain dan kemudiannya akan memenuhi portal berita dan blog yang lazimnya pro pembangkang. Nama Malaysiakini turut disebut. Ia akan digerakkan dengan aktif dalam tempoh sehari dua ini dan nampaknya ia telah bermula.Katanya lagi, gerakan yang sama akan turut dibuat di Filipina, Thailand dan Indonesia bertujuan untuk menghancurkan imej Najib.

Adakah pendekatan ini akan berjaya? Kita tunggu dan lihat kerana kawan masih menerima beberapa maklumat baru yang dalam proses pengesahan termasuk penglibatan individu lain dalam menyebarkan maklumat kepada pihak asing walaupun maklumat tersebut hampir semuanya telah basi.

Pencarian kawan juga menemui sesuatu yang menarik tentang siapa Dubus yang sebenarnya. Facebook miliknya mudah dicapai dan banyak maklumat boleh ditemui di situ.Dan kisah gelapnya pula menyebut bahawa lelaki 'cute' ini adalah seorang biseksual dan gemar meniduri gadis-gadis manja. Dubus juga adalah seorang yang gemar melepak di kelab-kelab gay di kota Bangkok dan mudah tertarik dengan jejaka tampan.Kawan tak tahulah kalau di kota Bangkok beliau ada berjumpa dengan Anwar atau tidak. Sebab Anwar pernah ke Bangkok dan dengar ceritanya ketika ke sana tahun lalu pemimpin tersebut turut membawa Saiful Bukhari Azlan.

Kawan yakin Dubus dan Anwar ada kaitan sebab anwaribrahimblog.com adalah yang paling awal memaparkan tulisan Dubus ini bukannya Rockybru, Zorro atau The Malaysia Insider.

Satu lagi penemuan kawan yang menarik ialah tentang siapa pemilik akhbar Liberation ini. Didapati Edouard Rothschild adalah pemegang saham terbesar dalam akhbar yang berhaluan kiri ini.Beliau juga adalah peneraju Rothschild & Cie Bank yang ditubuhkan pada tahun 1987.

Adalah dipercayai beliau pernah berhubung dan bekerjasama rapat dengan Anwar menerusi Bank Dunia dan IMF di samping Foundation For The Future di mana Anwar adalah pengerusinya.Memang hebat gerakan yang dirancang. Cuma kawan lebih berminat untuk mengetahui siapa pula yang akan diperkudakan untuk menjayakan agenda menumbangkan Najib.

dipetik dari:
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/03/mendedah-pendedahan-akhbar-liberation.html

www.rencahmalaysia.blogspot.com

usik-usik:
menarik bukan? melihat permainan politik kotor PKR. Ini pemimpin malaysia PKR? lupakan sahaja.

berita terbaru: bantahan anti ppsmi akan dibawa kedalam menifesto pembangkang di pilihan raya kecil serata malaysia. Akhirnya terbukti juga, memang pembangkang kaki putar alam. menurut mereka perjuangan bahasa bukan perjuangan politik. tapi buktinya? adakah ini yang kita cari? terbukti PAS yang tegar dalam memperjuangkan ketuanan islam akhirnya lembik dan terpaksa guna perjuangan melayu dalam menifesto mereka. ingat "bahasa melambangkan bangsa".

klik disini dan lihat bagaimana Dr Hasan menipu kita semua. http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/03/pendedahan-mengenai-gmp-dr-hasan.html

baca ini juga:

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=76315 -- penafian orang kuat GMP tentang kenyataan Dr Hasan