Jun 3, 2013

Hari-Hari Selepas PRU: NAJIB LEMAH DAN INILAH AKIBATNYA!!

1. Selepas proses PRU13 yang lepas, Pembangkang mula berarak mengadakan demo, menghina Jentera Kerajaan, Menghina proses pilihan raya yang adil, mengutuk polis dan mengeji UMNO parti yang paling banyak menang kerusi.

2. Pembangkang tidak dapat menerima kekalahan mereka. Bagi mereka Menifesto mereka sudah cukup bagus untuk memenangi PRU. Tetapi mereka silap. Menifesto mereka hanyalah menarik kepada golongan bandar yang rata-rata adalah pengundi cina. 

3. Menifesto pembangkang tidak menarik hati pengundi luar bandar. Pengundi luar bandar tidak kena tol, jadi penurunan tol tidak berguna pada mereka. Pengundi luar bandar tidak terlalu memberi perhatian kepada kereta baru jadi penurunan harga kereta dan penurunan harga minyak tidak menarik pada mereka. Tetapi pengundi luar bandar mahukan bantuan kehidupan. Mereka melihat BRIM, KRIM dan Klinik 1 Malaysia sebagai sesuatu yang menarik perhatian mereka dan mereka mengundi BN. 

4. Pembangkang tidak mahu mengakui ini semua. Pembangkang gagal. Pemimpin mereka gagal. Anwar Ibrahim gagal. Menifesto mereka itu hanya berjaya di bandar tetapi gagal di luar bandar dan pembangkang tahu bahawa inisiatif  Kerajaan selepas ini di bandar-bandar seperti PRIMA akan menukar sokongan pengundi bandar kepada BN.

5. Disebaban ketakutan ini, maka Pembangkang mula melancarkan kempen demo dan serangan siber kepada institusi di Malaysia. Serangan terhadap Polis dan SPR telah pun dimulakan manakala serangan terhadap Agong baru sahaja bermula.  Itu tidak termasuk serangan terhadap kedaulatan sabah dan sarawak. 

link berita:

6. Mengapa serangan-serangan ini berterusan? ia berterusan kerana kegagalan PM Najib Tun Razak dalam menghalang dan menahana gerakan sebegini. Najib menjadi terlalu lemah dalam mempertahankan negaranya. Najib seolah-olah tidak mampu bertindak menahan kepala-kepala yang merosakkan perpaduan dan amalan demokrasi negara ini. Malahan Najib dilihat semakin mengikut telunjuk desakan pembangkang terutama DAP dengan menyatakan bahawa SPR akan diletakkan di bawah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. INI ADALAH PETUNJUK BAHAWA NAJIB AKAN KAWTOW (TUNDUK) LAGI KEPADA DAP!!. 

7. Kepada NAJIB, tolonglah, bertindak tegas. Ambil contoh Singapura yang tidak memberi muka kepada mana-mana orang yang cuba menggangu gugat sistem negara itu. Kalau Najib masih tidak mahu bertindak, maka sudah sampai masa, UMNO parti yang menang kerusi Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak, Parti yang menang besar dalam PRU13 perlu menukar Presiden mereka. President yang lemah tidak layak memimpin. UMNO dan Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak perlukan pemimpin yang aggresif mempertahankan Malaysia dan hak-hak Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: