Jun 22, 2013

Dewan Rakyat: Kerusi Azmin nun jauh di belakang, Si Khalid Ibrahim duduk senior

1. Hari ini kedudukan kerusi Dewan Rakyat telah ditentukan. 

2. Kedudukan ini adalah berdasarkan seniority (link berita) berbanding dahulu yang mengikut blok parti. Kedudukan seniority ini akan menunjukkan kedudukan kekananan dan juga kedudukan pentingnya seseorang itu. Macam kedudukan BN, makin hampir dengan PM maka itu menunjukkan betapa tinggi kedudukan kekananan dan juga kepentingan ahli Dewan Rakyat itu kepada parti BN.

3. Cuba perhatikan kedudukan MB Selangor dan juga YB Gombak Azmin Ali. (Link berita)  Di mana Azmin? sepatutnya Azmin di tempat Khalid Ibrahim iaitu kedudukan yang berdekatan dengan Anwar Ibrahim. Tetapi kali ini Azmin diletakkan dihujung Khalid Ibrahim. Padahal si Azmin adalah Timbalan Ketua PKR yang menjadikan dia lebih senior daripada Khalid Ibrahim. 

4.  Akhirnya Azmin kehujung juga. Kesian Azmin, mungkin akan tiba masa Azmin akan keluar PKR menjadi bebas. Mana tau. Segalanya mungkin dalam PKR.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: