Apr 25, 2010

ZAID IBRAHIM: HALANG HUDUD PADA TAHUN 2001, TAPI NIK AZIZ TAK PULAK KOMEN HAL TU

 Zaid Ibrahim memang famous disebabkan perangai minum arak dan suka berjudi dia, tapi apa yang lebih kurang asam dengan orang tua ini ialah pada tahun 2001 dia pernah memfailkan saman injuksi kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana cuba hendak laksanakan hukum Hudud. 

Zaid sekarang sudah join PKR bukan PAS. PKR rakan sekutu PAS. PKR bukan PAS. Jika bersekutu tak bermaksud kena semua setuju. Bersekutu lebih bermaksud kerjasama. Tapi kalau dengan orang yang anti hudud yakni anti islam pun PAS sanggup bekerjasama [padahal dulu PAS yang marah betul ngan Zaid ini], maka tentu2 dengan kafir laknat pun PAS boleh bekerjasama. Semuanya atas nama politik bukan nama islam pun. 

Mungkin inilah maksud NiK Aziz dan Khalid Gagap MB Selangor, semua benda adalah politik, dan sebab itu ada orang melacurkan diri dan agama demi politik. Prinsip asas perjuangan parti boleh ditolak ketepi, diubah pada hari ini, dan esoknya atau ditukar terus demi survival politik. Betul lah kata Khalid, Tindakan manusia adalah politik dan ini adalah kata2 dari aristotle dan bukan Nabi. 

Kisah Zaid Saman Kelantan Pasal Hudud ada di bawah ini:

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Tarik balik saman hudud, elak bala lebih besar Husam
Kiriman pada Saturday, January 01 @ 22:43:52 SGT Dilulus oleh JunDullah


KOTA BHARU Anggota Parlimen Kota Bharu, Dato Zaid Ibrahim diminta menarik balik samannya ke atas kerajaan negeri berkaitan hukum hudud, bagi mengelak bala lebih besar menimpa rakyat Kelantan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Haji Husam Musa berkata, sebelum ini tidak pernah berlaku ada orang Islam yang sanggup mencabar hukum Allah di mahkamah.

Jangan biarkan hukum tersebut tergantung di mahkamah. Ini kerana ia boleh mengundang bala daripada Allah Taala,” katanya pada ceramah di Kampung Gong Dermin dekat sini, malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kubang Kerian, Ustaz Abdul Rahman Yunus.

Sebelum ini, Zaid yang juga seorang peguam dibenarkan mahkamah mencabar keputusan Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 kerana didakwa bercanggah dengan perlembagaan Persekutuan.

Zaid yang juga bekas Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan memenangi pilihan raya umum lalu di kawasan Parlimen Kota Bharu mengalahkan calon daripada Keadilan, Nik Mahmood Nik Hassan.

Kes tersebut dibicarakan di Mahkmamah Tinggi Kuala Lumpur dan sehingga kini belum lagi selesai.

Husam yang juga Adun Kijang bimbang terhadap bala daripada Allah yang lebih besar datang kerana ada hambaNya secara terang-terangan melawan hukum hudud.

Sebelum itu, ketika merasmikan mesyuarat agung Koperasi Persatuan Bekas-Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Kelantan beliau berkata, banjir besar yang melanda Kota Bharu baru-baru ini, ada kaitan dengan bala ditimpa ke atas penduduknya.

Katanya, Allah menurunkan bala yang besar kerana manusia sendiri melakukan sesuatu bercanggah kehendakNya.

Banjir yang melanda Kota Bharu baru-baru ini adalah terburuk sejak lebih 20 tahun lalu, di mana di tempat sukatan banjir di Tambatan Diraja mencatat bacaan sehingga tujuh meter.

“Malangnya pada pilihan raya umum lalu, penduduk di Kota Bharu memberi undi kepada calon yang secara terang-terangan menyaman hukum Allah. Mereka perlu insaf dan berisytifar sekarang.

“Al Quran telah menceritakan apabila berlaku sesuatu perbuatan zalim di kalangan manusia, Allah akan menurunkan bala yang mengena sesiapa sahaja,” tambah beliau.

Pengerusi PBPM Cawangan Kelantan, Haji Daud Ismail berkata, bencana tsunami yang mengakibatkan puluhan ribu menjadi korban di beberapa negara kerana kemungkaran semakin berleluasa sekarang.

Katanya, umat Islam sekarang sudah meninggalkan ajaran al Quran dan Hadis serta bersedia pula bersekongkol dengan golongan Yahudi.

Nasharuddin pula berkata, Malaysia di bawah kepemimpinan Perdana Menteri sekarang lebih banyak beralah terhadap tuntutan Singapura yang mahu menggunakan ruang udara Johor sebagai tempat latihan tenteranya.

Katanya, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sanggup memberi kebenaran itu selepas dikenakan syarat Perdana Menteri Singapura sebagai jalan penyelesaian bagi membolehkan rakyat Malaysia yang pernah bekerja di Singapura mengeluarkan caruman dalam kumpulan wang simpanan pekerja.

Katanya, keadaan seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh mengacam keselamatan negara sendiri. - mj

Paskelantan OnLine

0 Responses: