Apr 15, 2008

Cadangan wujud bandar Cina di Selangor: adakah ini benar?


Teresa Kok mahukan sebuah Bandar Cina berinfrastruktur dan Universiti
Written by Otai Siber
Monday, 14 April 2008

selepas isu kandang babi kini Teresa Kok , exco kanan negeri Selangor mahukan pula sebuah Bandar Cina, lengkap dengan infrastruktur dan universiti di Selangor dengan harapan akan menarik pelabur dari negeri China. Niat beliau untuk menarik pelabur dari negeri China ini dialu-alukan kerana Selangor dan juga Malaysia menghargai globalisasi dari negara tersebut.

Ia merupakan amal baik dalam globalisasi dan kapitalisma global zaman ini.

Tetapi untuk mendirikan satu zon khas untuk orang-orang China adalah satu perkara yang bersifat perkauman dan akan mewujudkan perpecahan kaum. Teresa Kok yang bagaikan seorang pemimpin yang kini lupa daratan dan beranggapan DAP adalah sebuah parti yang paling kuat sekarang dan mahu menukar negeri Selangor kepada budaya perkauman.

Mungkin Teresa mengetahui bahawa suara DAP amat kuat dalam kerajaan negeri Selangor, tanpa DAP, Pakatan rakyat tidak mungkin akan dapat menubuhkan kerajaan. Beliau tentu mahu menempa kejayaan dalam masyarakat Cina apabila berjaya menunaikan semua permintaan kaum Cina.

Bagi beliau, dengan kerajaan Selangor meluluskan budget 100 juta bagi ladang penternakan babi telah melonjakkan nama beliau sebagai pejuang kaum Cina di negeri Selangor. Jika kerajaan Selangor meluluskan juga permintaan Teresa Kok kali ini, bererti Selangor akan menjadi sebuah negeri mirip Pulau Pinang di mana ekonomi dikuasai oleh orang-orang Cina,

Bangkitlah daripada lamunan…… mana Hassan Ali yang kini hanya diam membisu dan cuba melarikan diri daripada wartawan apabila ditanya mengenai isu pembiakan dan ladang babi terbesar di Selangor.

dipetik dari : http://www.kpmu.net/

www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: