Feb 7, 2012

Parlimen di baik pulih: Berapa kos untuk baik pulih?

Ada berita Parlimen sudah "Sakit". Bangunan usang itu sudah lama sangat berdiri. Sudah usang tapi masih dipelihara dan dipulihara. Untuk apa? sebab banyak sangat kenangan. Sentimental betul orang kita.

Nah terdapat pula cakap-cakap bahawa kos baikpulih Parlimen dah cecah ratusan juta (dekat2 sebilion). Kalau itu yang betul maka Parlimen Malaysia perlu maklum pada rakyat Malaysia berapa banyak kos sebenar baikpulih itu.

Bukan apa, sebagai badan yang telus tentu mereka juga tak mahu masuk laporan audit tahun depan. Dan kali ini tolong jangan babitkan Kerajaan sebab Parlimen itu adalah entiti bebas cabang demokrasi. Dan tolong juga faham bahawa dalam Parlimen ada Jawatankuasa khas di bawah Dewan Negar dan Dewan Rakyat yang bertanggungjawab terhadap baik pulih ini. Jawatankuasa ini diketuai oleh semua wakil dalam Dewan Rakyat/Negara iaitu pembangkang dan BN. Jadi keputusan adalah keputusan bersama dan perlu dibuat oleh Kerajaan.

Kalau mahal sangat kos baik pulih adalah lebih patut kita buat tempat baru macam Sarawak dan Johor. Murah dan terbaik.

salam

Azmin Ali dan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya

Umum tahu,  Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) telah ditubuhkan di Dewan Rakyat. Umum tahu PSC ditubuhkan hasil respon Kerajaan terhadap Bersih 2.0 (Walau apa pun yang dikata sebaliknya oleh Kerajaan). Umum juga tahu bahawa PSC telah pun ke merata Malaysia menjalankan pendengaran awam bagi mendapatkan maklum balas serta pandangan orang ramai berhubung apa yang orang awam mahunkan dan rasakan bagi menambah baik proses pilihan raya Malaysia. Pendengaran awam telah dijalankan di Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Kelantan dan akhir sekali pada bulan Januari 2012 di Johor Bahru.

PSC ini dianggotai oleh 9 orang Ahli Dewan Rakyat yang dilantik oleh Dewan Rakyat. 5 ahli daripada BN, 3 daripada PAS, DAP dan PKR manakala seorang lagi daripada ahli yang BEBAS yang bukan BN/PAS/DAP/PKR.

PAS di wakili Kuala Krai ( Dr.Hatta), DAP oleh Rasah dan PKR oleh Azmin Ali. Bebas oleh Wangsa Maju, BN oleh Kangar, Menteri Mosti, Hulu Selangor, Alor Gajah dan Kapit.

Apa yang menarik, dalam banyak-banyak YB ini, Azmin Ali. Cuba tanya pada Azmin, berapa kali dia datang ke Pendengaran awam PSC? berapa kali pula dia hadir sepenuh masa. Dan ini perlu juga ditanya pada Wee Chee Keong (Wangsa Maju). Apa yang Wangsa Maju buat ketika ponteng PSC?.

Apa yang hendak dikatakan adalah komitment YB-YB ini terhadap pendengaran awam dan PSC ini sendiri. Jadi kalau hendak sudah diberi tapi sampai masa tidak bagi sepenuh perhatian, macam inikah gaya YB?

salam

http://www.rencahmalaysia.blogspot.com/

Mengenal Mereka yang melawan: komunis lawan British sama macam Tok janggut, Dato' Bahaman dan Mat Kilau lawan British?

Ada orang yang berkata:

"Kamu mengatakan komunis bukan pejuang kemerdekaan. Kamu juga mengatakan bahawa polis yang mati semasa komunis membunuh mereka itu adalah pejuang kemerderkaan dan Polis ini adakah pekerja penjajah British.  Adakah kamu sedar bahawa Tok Janggut, Dato' Bahaman dan Mat Kilau adalah pejuang kemerdekaan yang melawan penjajah British untuk kemerdekaan?, maka oleh itu komunis dan Tok Janggut, Dato' Bahaman serta Mat Kilau adalah pejuang kemerdekaan.".

Jawapan saya adalah begini.

Benar Tok Janggut, Dato' Bahaman dan Mat Kilau  adalah pejuang kemerdekaan. tetapi komunis bukan pejuang kemerdekaan. Walau musuh mereka sama (British) tetapi objektif mereka sangat berbeza. Ini kerana fasa pejuangan (masa) mereka berbeza.

Mengapa?

Sebenarnya bagi saya, pada zaman Tok Janggut, Dato' Bahaman dan Mat Kilau (dan beberapa pejuang kemerdekaan yang lain) melawan British adalah fasa pertama ke arah kemerdekaan. Ini terjadi antara tahun 1400 (Kejatuhan Melaka) sehingga 1930an apabila Malaya Union ditubuhkan (dan dibubarkan serta diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu). Pada fasa ini, perjuangan kemerdekaan adalah secara perang iaitu bersenjata. Kita telah lihat kegagalan gerak kerja seperti ini. Matlamat utama Tok Janggut, Dato' Bahaman dan Mat Kilau adalah bagi mendapatkan pemerintahan sendiri tanpa campur tangan British.

Fasa kedua bermula dengan jelas pada 1930an apabila orang melayu mula bersatu melawan British dengan cara perbincangan. Dan akhirnya Malaya Union dibubarkan dan diganti dengan persekutuan tanah melayu yang merdeka pada 31 Ogos 1957.

Nah disini bezanya fasa itu.

Mengapa fasa itu penting. Fasa itu penting kerana dari tahun 1930an terjadi orang Melayu telah belajar bahawa kalau Jepun, Itali dan Jerman boleh kalah dalam perang senjata kepada British dan kuncu-kuncunya maka apatah lagi bangsa Melayu. Kemerdekaan hanya boleh dicapai dengan perbincangan. Dan itulah yang terjadi.

Pada masa itu kita sudah pun ke arah kemerdekaan. Dan pekerja (termasuk askar, polis dan pegawai-pegawai Kerajaan) adalah caretaker kepada sebuah Kerajaan yang bakal merdeka.

Pada masa itu Komunis mula menjalan kegiatan subversif untuk menghancurkan gerakan kemerdekaan dan persediaan Tanah Melayu ke arah Kemerdekaan. Komunis berharap agar dapat menawan Tanah Melayu dan seterusnya menubuhkan sebuah republik dengan campur tangan komunis Rusia dan China.

Jadi, apakah beza Tok Janggut, Dato' Bahaman dan Mat Kilau dan komunis? dengan jelas bahawa Tok Janggut, Dato' Bahaman dan Mat Kilau mahu menubuhkan sebuah negara merdeka tanpa campur tangan British manakala Komunis mahu menubuhkan sebuah republik komunis dengan campur tangan Komunis.

Jadi, saya benar-benar merasakan bahawa sekiranya kita sudah hampir merdeka dan telah pun merdeka (ketika komunis masih membunuh rakyat Malaysia) maka tiada gunanya komunis masih melancarkan pembunuhan terhadap rakyat Malaysia. Akhirnya terbukti bahawa Komunis tidak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan tetapi berjuang untuk menghancurkan kemerdekaan.

salam.


Aug 29, 2011

KHAS UNTUK MAT SABU KHALWAT: INI VIDEO KAMU

Hari ini keluar dalam surat khabar melayu Utusan Malaysia bahawa Mat Sabu Khalwat (MSK) terlupa apa yang dia cakapkan dalam ceramahnya yang menghina anggota polis Melayu Islam dan anak bini mereka yang berjuang menentang Komunis anti tuhan di Bukit Kepong.

Menurut video itu, MSK dalam ceramah berkata bahawa anggota polis itu adalah anggota british, jadi kalau mereka mati pun bukan kerana mempertahankan negara dan oleh itu bukan mati sebagai pejuang kemerdekaan. MSK berkata bahawa mereka yang menyerang itulah pejuang kemerdekaan terutama kepada seorang melayu komunis bernama muhamad indera.

Mungkin benar kata MSK bahawa semasa peristiwa penyembelihan anggota polis bersama anak bini mereka di bukit kepong pada 23 Februari 1950 [klik sini untuk baca kisah Penyembelihan Komunis terhadap Anggota Polis Melayu Islam Bukit Kepong] Malaya atau Tanah Melayu pada masa itu belum merdeka kerana kita hanya merdeka pada 31 Ogos 1957. Mungkin MSK merasakan bahawa sehingga ke tarikh merdeka maka semua kita yang bekerja di bawah pentadbiran British adalah anjing British. Tapi MSK lupa (macam biasa) bahawa pada tahun 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan harapan untuk membimbing orang Melayu dan bukan Melayu bagi mentadbir negara mereka sendiri. Jadi secara alaminya, mereka yang bekerja dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1.2.1948 adalah  pejuang kemerdekaan yang sedang belajar dan sedang berusaha untuk mentadbir negerinya. Adakah mereka ini layak digelar bukan pejuang kemerdekaan? MSK perlu belajar mengingati fakta ini, jangan sesekali lupa bahawa keadaan sosio ekonomi pada masa itu tidak membolehkan kemerdekaan diberi tanpa bimbingan. Kalau tidak tentu hura hara keadaannya.

Sebagai tambahan, MSK mungkin melihat penyembelihan orang islam, anak-anak kecil dan wanita di balai polis bukit kepong oleh pengganas komunis adalah suatu perkara biasa. Biasa dibuat pada penentang ideologi. Pendapat dan pandangan ini adalah sangat sinonim dengan PAS. Orang yang tidak sehaluan atau yang tidak menyokong PAS akan dianggap kafir dan terus ke neraka, manakala orang yang menyokong PAS akan ke syurga walaupun dia kafir.

MSK perlu jawab ini, adakah kematian anak-anak kecil dan wanita-wanita di peristiwa penyembelihan bukit kepong adalah perkara yang tidak apa? adakah MSK sanggup menyatakan bahawa bunuh orang islam, anak-anak kecil dan wanita dibolehkan walaupun mereka ini berlainan pendapat?

Akhir sekali, untuk MSK, supaya anda tidak lupa. Saksikan video ceramah kamu. Jangan lupa pula. Mat Sabu Khalwat, mungkin kamu lupa kamu pernah dituduh berkhalwat dan video khalwat kamu sudah mula dipasarkan orang, tapi kamu jangan sesekali lupa bahawa kematian orang yang kamu label sebagai bukan pejuang kemerdekaan itu adalah seribu kali lebih baik daripada kamu yang hanya duduk diam goyang kaki tunggu duit dari Penang. Kamu perlu minta maaf kepada semua anggota polis dan keluarga mereka yang mati dalam peristiwa penyembelihan Bukit Kepong, kamu juga perlu mohon maaf kepada semua anggota keselamatan dan penduduk Malaysia.




Aug 22, 2011

Apabila Murtad dijadikan isu politik.

PAS selalu kata mereka akan laksanakan hukuman hudud. PAS selalu kata mereka adalah juara islam di Malaysia. PAS selalu kata mereka akan memperjuangkan hukum dan hak orang islam di Malaysia. Tetapi apabila sampai ketikanya PAS adalah yang pertama lari dari perjuangan. Kerana apa? kerana undi, kerana ingin berkuasa.

Buktinya?  ada di bawah ini. Video yang tertera adalah bukti bahawa gerakan murtad sedang dijalankan di Selangor. Apabila JAIS membuat siasatan, maka JAIS yang dipersalahkan. MP Shah Alam si Khalid Gereja tak henti-henti menyalahkan JAIS. Katanya malu dengan tindakan JAIS. Apatah lagi si MB Selangor Khalid Gagap yang lebih simpati pada kristian berbanding penguatkuasa JAIS. Hari pertama siasatan dibuat, MB Selangor ini telah menelefon Padri Kristian memohon maaf atas tindakan JAIS tersebut. Inilah sikap seorang islam yang memegang tampuk kuasa. Sanggup melutut memohon maaf kepada kristian kerana tindakan orang islam yang cuba menyelamatkan akidah orang islam yang lain. Tahniah Khalid-Khalid. Patut tukar nama jadi keldai-keldai.

Sekarang ini yang betul-betul bersama-sama JAIS dalam PAS adalah Dewan Pemuda PAS dan juga Datuk Dr. Hassan EXCO PAS Kerajaan Negeri Selangor. Yang lain-lain macam si Mat sabu khalwat langsung tak bersuara almaklumlah dah terima banyak dari DAP Pulau Pinang.

Bagi menyelamatkan keadaan maka ada pemimpin PAS kata siasatan JAIS dalangnya UMNO. Bagi aku, kalau orang yang beri maklumat tu DAP pun, tak salah untuk disiasat. Sekurang-kurangnya mereka ini memberikan maklumat untuk menyelamatkan akidah,  daripada membuta tulikan deria macam PAS. Adakah kalau maklumat itu daripada UMNO maka ia satu kesalahan? kalau begitu ternyata PAS meletakkan politik di no 1 agama di no 2. bagi mereka, UMNO adalah bapak setan, jika UMNO adalah bapak setan maka semua maklumat daripada UMNO haram didengar walaupun maklumat itu adalah untuk kebaikan agama islam. Inilah dia politik. Apabila politik melebihi segalanya, maka agama menjadi no 2. Silap haribulan agama jadi no kesejuta. 

Jadi kepada PAS, inilah masa untuk tunjukkan anda banguna dalam sidang DUN Negeri. mintak Kerajaan Negeri buat satu undang-undang halang orang islam murtad di Negeri. INi anda boleh buat kerana undang-undang Islam bawah negeri. Tak perlu takut pada Kerajaan Persekutuan.

Kalau anda kata UMNO ni anti Islam, orang UMNO akan masuk neraka, dan anda adalah penyelemat umat islam Malaysia maka Lahirkan niat islam anda. Bangkit, buatlah satu demonstrasi besar-besarkan. Hentam Kerajaan. Katakan anda berjuang untuk islam. Katakan anda berdemo untuk selamatkan akidah islam atau anda hanya berdemo demi si Ambiga yang sokong murtad itu?.

Mungkin itulah taraf PAS sebenarnya, parti yang korup agama. Bercakap mengenai agama tetapi lebih setan daripada setan.





Jun 30, 2011

Bersih atau bershit?

Sudah terlalu lama blog ini dibiarkan bersarang. Idea untuk menulis itu ada. Cuma masa yang tidak mengizinkan. Terlebih lagi penulis sekarang berada pada posisi yang sangat sukar untuk memberikan pandangan takut-takut menyalahi prinsip diri.

Apa-apa pun, ulasan kali ini adalah bagi perhimpunan haram BERSHIT AKA BERSIH.

Apa-apa perhimpunan haram adalah sesuatu yang menyalahi undang-undang. Suatu perhimpunan mesti mendapatkan permit di bawah seksyen 27 Akta Polis. Isunya banyak. Adakah si Ambiga telah cuba mendapatkan permit? rasanya tidak. Bongkak dan sombong Ambiga ini. Dia duduk di Bar Council bercerita tentang undang-undang namun dia adalah penyangak no 1 di Malaysia yang menentang undang-undang.

Satu lagi isu penting ialah mengapa KL? mengapa perhimpunan bodoh ini dibuat di KL? mengapa tidak di Pulau Pinang? mengapa tidak di Selangor? mengapa tidak di Kelantan? Jawapnya mudah, monyet-monyet ini takut menganggu penduduk di sana. Takut dengan Cina Pulau Pinang yang hendak berniaga.Jadi KL lah tempat terbaik.

Kalau setakat hendak menyerahkan memorandum tidak perlu berarak di KL. Buat sahaja di tempat tertutup Pokok Sena atau di kawasan Parlimen Bakri atau di tempat Khalid Gagap. Ada monyet yang menjerit di Parlimen yang menyatakan bahawa perarakan ini bagus kerana ramai orang datang. Ramai orang datang maka perniagaan akan bagus. Maka kepada monyet ini, bawa sahaja perarakan itu ke tempat parlimen anda. Tengok sejauh mana ia akan menambahkan perniagaan di kawasan itu. Orang bodoh seperti ini memang tidak layak bercakap. Niat untuk berarak itu telah menunjukkan masalah. Ada orang berniaga nak mencari masalah? ada orang yang berarak itu hendak beli makan dan minum? wahai monyet maka ketahuilah kamu bahawa perarakan itu adalah untuk tujuan merosakkan dan bukan untuk tujuan santai. Disebabkan itu maka ramai orang akan tidak adakan keluar rumah dan perniagaan akan ditutup wahai monyet.

Orang KL telah lama terkena dek perkara-perkara bodoh macam ini. Perarakan ini akan menyebabkan jem, ketidak pastian keselamatan dan kerugian pada masa dan tenaga. Orang KL dari Isnin sampai Jumaat akan mengalami Jem. Hanya pada hari minggu la orang KL hendak berehat. DAtang orang luar daripada KL, datang ke KL, datang ke Kampung orang KL, buat biadap ganggu orang KL. Ini adalah perbuatan biadap oleh monyet-monyet yang bertopeng manusia. Bayangkan keluarga terpaksa duduk dirumah kerana takut keselamatannya, bayangkan kenduri kendara yang mungkin akan dihadiri oleh pengantin dan ibu bapa pengantin sahaja, bayangkan mereka sakit yang tersekat dalam kesesakan. Mereka ini semua orang KL. Orang luar akan pulang kerumah selepas ini, relax di rumah main dengan anak-anak sementara orang KL yang terpaksa menerima bahana perbuatan monyet-monyet ini.

Ada satu hal lagi yang menarik, Ambiga ini adalah anti ISlam. Dia telah bercakap mengenai Murtad, menganjurkan forum murtad dan dalam kes Lina Joy murtad merupakan penyokong kuat kes itu. Ini orang yang monyet-monyet dalam PAS sokong? ternyata PAS memang telah tukar 360% daripada pejuang Islam kepada pejuang kafir laknatullah. TAHNIAH PAS!

Kepada Menteri Amaran Dalam Negeri, bangunlah. Lama sangat tidur. Gunakan ISA untuk halang benda-benda sebegini. Jangan takut kalau benar.

www.rencahmalaysia.blogspot.com


May 2, 2011

TIAN CHUA CINA DAP BERCAKAP TENTANG HUKUM ISLAM. PAS MACAM BIASA SENYAP!

Tian Chua si Cina DAP yang aku tak tahu dia ni Budha atau kristian atau pagan atau apa pegangan jadah agamanya. Tapi aku pasti si DAP ni belum menjadi Muslim penganut agama islam. Tian Chua ni memang hebat. Lebih hebat daripada LKT atau si LGE atau Karpal atau Gobind (team anak beranak dalam DAP). TC ni hebat sebab dia mampu berhujah bercakap tentang hukum hakam islam. Cuba klik sini untuk tengok alkisah ustaz TC http://anginperubahan.blogspot.com/2011/05/tian-chua-persenda-agama-islam.html.

Aku rasa kat Malaysia ni TC memang hebat. Boleh duduk kat bawah wali selipar untuk minta fatwa baru. Dan macam biasa PIS aka PAS akan tetap mempertahankan rakan DAP kafir harbi mereka walaupun terang terang si kafir ni mengejek aka menghina islam.

PAS kalau ada telur pergilah tegur rakan Kafir kamu tu. Itupun kalau ada telur! kalau tak, macam biasalah, pakai purdah dan pergi main dengan bini orang lain dalam keretapi atau di hotel puduraya, itu je sebabnya korang ada telur! (kalau ada).

salam.

Mar 5, 2011

APABILA POLITIK DIJADIKAN AGAMA!

Ada orang hidupnya adalah berdasarkan kepercayaan politik. Politik itu adalah agama. Maka dia pun mencari apakah parti yang mempunyai kepercayaan yang sama dengannya.

Maka jadilah ia PAS. Parti yang taksub kepada politik dan menjadikan agama itu sebagai emblem politiknya.

Politik hanyalah sebahagian daripada kehidupan. Politik bukan kehidupan. Ia merangkumi kemungkinan banyak pun 20% daripada kehidupan. Tetapi bagi puak PAS, politik adalah kehidupan. Mereka ini hidup dengan politik, makan dengan politik, minum dengan politik dan akhirnya berak pun dengan politik.

Mereka melihat semua dengan politik. Saman yang dikeluarkan oleh pihak polis kepada pesalah dikatakan bersifat politik, pembelian peralatan pertahanan negara disifatkan pembelian politik, penggubalan undang-undang disifatkan politik, pemberian subsidi kepada orang melayu dikatakan pemberian politik, keputusan mahkamah dikatakan keputusan politik. Bagi mereka dunia ini berputar atas paksi politik. silap haribulan nak kawin pun politik.

Tapi sebenarnya yang menjadikan kepercayaan politik ini adalah akar umbi sahaja. Kebanyakkan Pemimpin tertinggi PAS tidak pula mengamalkan kepercayaan politik ini. Lihat sahaja 2-3 orang Ahli Parlimen PAS. Di Parlimen mereka boleh duduk bergelak ketawa dengan orang-orang UMNO. Gelak sakan. Hulur rokok dan adakalanya hulur dokumen projek.

Yang kena tipu hidup-hidup adalah orang bawah akar umbi. Kesian.

APABILA MASTURAH PENIPU: MAK BOREK ANAK RINTIK?

Cerita banyak pun tak guna. Inilah padahnya apabila anak dan emak sama-sama naik membuatkan ramai orang naik. Naik menyampah. Alahai adik, baru setahun jagung, pengamalan pun takde dah nak belajar menipu. Mungkin inilah dia pembelajaran tambahan yang dibenarkan oleh ibunya Mariam.

Pelajar dihantar belajar ke Universiti untuk menimba pengetahuan berguna. Bagi Masturah, pembelajaran berguna termasuk menipu dan membohong dan ini disokong oleh ibunya sendiri agaknya dan inilah dia bakal pemimpin muslimat PAS. Seperti biasa diajar awal-awal lagi untuk menipu. TAHNIAH PAS!.

Memang hebat anak beranak ini. Tahniah untuk UM kerana berjaya menghasilkan graduan serupa ini. Padanlah kalau diluar sana kebanyakkan graduan UM dikategorikan sebagai banyak cakap, tak pandai buat keje dan banyak berpolitik.

Sila baca dilink di bawah untuk lihat pendedahan terbaru mengenai kes penipuan Masturah Wakil Pro-M yang hilang sekejap, timbul sekejap, hilang ingatan dan takde ingatan. Ceh, macam sinetron Indonesia pulak.

HARAKAHDAILY FITNAH UMI HAFILDA?

Harakahdaily iaitu lidah rasmi PAS, macam biasa, macam selalu, memang la surat kabar politik murahan dan cap sampah. Daripada Wartawan sampailah bos atas, semua memang cap haprak.

Mengapa tidak? jawabnya mudah. Demi "soru" dan juga ideologi maka mereka ini sanggup menipu, memutarbelit fakta, buat cerita pembohong dan sanggup aniaya orang lain.

Contoh terbaik kes Umi Hafilda yang dianayai oleh Harakahdaily. lihat sini http://rajahmas.blogspot.com/2011/03/harakah-memfitnah-gambar-ummi-menjadi.html. Maka terbukti Harakah macam empunyanya juga adalah haprak dan tidak boleh dipercayai.

Kalau inilah suara bagi parti Islam maka terbuktilah inilah islam songsang ciptaan PAS. Islam ajaran sesat.

PAS. PARTI AJARAN SESAT!