Jul 30, 2010

DR KHIR: Pasir: Kemusnahan Alam Sekitar, Penyelewengan dan Kerajaan Kartun

Thursday, July 29, 2010

Pasir: Kemusnahan Alam Sekitar, Penyelewengan dan Kerajaan Kartun

1. Selasa lepas saya membawa sekumpulan pemberita untuk melawat sebuah kawasan perlombongan pasir di Kambing Susu berhampiran Berjuntai Bestari dan Rawang. Ia bukan perlombongan haram seperti yang dilaporkan oleh sesetengah akhbar. Ia merupakan kawasan perlombongan yang ada permit tetapi melanggar undang-undang dan dipercayai ada unsur penipuan yang serius.

2. Permit melombong pasir di Kambing Susu diberikan kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) sepanjang 10 KM sejak pertengahan tahun lalu. Saya dimaklumkan KSSB pula membahagikan kawasan ini kepada 6 kontraktor yang berdaftar dengannya. Ada yang dapat 1KM ada yang dapat 2 KM. Mereka ini diberi kebenaran mengeluarkan pasir sungai.

3. Dalam masa yang sama KSSB juga mengeluarkan permit mengeluarkan pasir atas tanah atau lombong berhampiran kawasan tersebut.

4. Lawatan ke kawasan tersebut menunjukkan tidak ada satu kawalan alam sekitar dibuat dengan terancang. KSSB dengan sewenang-wenangnya mengubah aliran sungai Selangor masuk ke dalam lombong miliknya. Sebahagian sungai Selangor telah terputus kerana aliran sungai tersebut diubah ke dalam kawasan perlombongan berhampiran.

5. Saya difahamkan apabila berlaku hujan lebat, air sungai akan mengalir dengan deras sambil membawa pasir masuk ke dalam lombong tersebut. Ini membolehkan kontraktor untuk pasir lombong mengaut pasir sungai. Kontraktor terbabit juga menggunakan dua kaedah lombong iaitu dengan mengorek dan menyedut.

6. Kaedah menyedut ini sangat bahaya kerana orang biasa tidak akan mengetahui ke dalaman yang telah dibuat oleh kontraktor terbabit. Jika terlalu dalam, maka pada masa akan datang akan berlaku banyak kejadian tanah runtuh di sekeliling. Malah tidak mustahil tompokan tanah yang tinggal sedikit sahaja di tengah kawasan perlombongan pasir tersebut boleh runtuh. Ini akan menyebabkan pencawang elektrik di tanah tersebut akan turut tumbang.

7. Dua isu alam sekitar yang sangat serius di sini ialah kemusnahan aliran Sungai Selangor dan ke dalaman lombong yang mungkin sehingga mencecah 50 kaki boleh menyebabkan tanah runtuh. Sebahagian Sungai Selangor tersebut telah mati kerana terputus aliran air. Saya cabar mana-mana konsultan alam sekitar yang berkomplot dengan kerajaan negeri Selangor agar turun ke sana dan mengulas isu ini.

8. Saya juga dimaklumkan bahawa kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh KSSB di Kambing Susu tidak diberi panduan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP - Environmental Management Plan)seperti yang sepatutnya. Kerajaan negeri Selangor sebelum ini memperkenalkan EMP bagi setiap projek pembangunan mahu pun pengeluaran hasil bumi seperti pasir ini. Baru-baru ini juga YB. Elizabeth Wong menyatakan bahawa kerajaan negeri masih menggunakan EMP untuk perlombongan pasir ini. Malangnya EMP tersebut tidak diberikan kepada kontraktor yang terbabit. Jadi apa guna EMP tersebut?
Penyelewengan KSSB

9. Satu lagi isu serius di Kambing Susu ialah dakwaan penyelewengan oleh KSSB. Saya mendapat dokumen yang menunjukkan KSSB hanya membayar doket sebanyak RM 12, 000 kepada pejabat Tanah dan Galian Hulu Selangor antara Mei - Disember 2009 bagi permit melombong pasir sungai sepanjang 10 KM Sungai Selangor di mukim Sungai Tinggi - Serendah.

10. Pada Mei 2009, KSSB membayar sebanyak RM 5, 400.00 bagi kebenaran mengeluarkan hasil pasir berjumlah 1800 meter padu di kawasan 10 KM bagi bulan Jun - Ogos 2009. Pada Ogos 2009, KSSB membayar lagi RM 3, 000.00 bagi kawasan yang sama bagi menyambung permit mengeluarkan pasir untuk 1 ribu meter padu pasir. Pada Oktober 2009 KSSB membayar sebanyak 3, 600 lagi untuk mengeluarkan 1200 meter padu pasir sehingga Disember 2009.

11. Namun berdasarkan dokumen yang dihantar kepada saya dan disahkan pula oleh salah satu kontraktor KSSB, sebuah syarikat yang mendapat permit di situ Jendela Teguh Sdn Bhd telah membayar KSSB sebanyak RM 171, 400.00 dalam tempoh Jun - Disember 2009. Berdasarkan pembahagian royalti sebanyak RM 4 kepada KSSB dan RM 3 kepada PTG bagi setiap meter padu yang dikeluarkan (171, 400.00/7 x 3), PTG sepatutnya menerima tidak kurang daripada RM 73, 457.00 bagi permit pengeluaran pasir kawasan tersebut dari Jun - Disember 2009.

12. Ini hanya bagi 1KM milik syarikat tersebut. Ada lagi 9 KM yang diberikan kepada syarikat lain. Jika dibuat kiraan kasar 1KM boleh menghasilkan RM 73 ribu, maka 10 KM boleh menghasilkan sekitar RM 730 ribu kepada Pejabat Tanah dan Hulu Selangor. Apakah ini bukan penyelewengan dan korupsi.

13. Penyelewengan ini berpunca daripada kaedah pengawasan dan pengurusan yang dilakukan oleh KSSB bukannya PTG. Dahulu kuasa mengira dan menentukan jumlah kutipan ditentukan oleh PTG melalui buku doket. Mereka yang diberi kebenaran pasir perlu membayar doket terus kepada PTG dan ia dalam bentuk buku beserta no siri. Ini mengelakkan sebarang penyelewengan.

14. Malangnya hari ini, KSSB membeli doket kepada PTG dan kemudiannya mengeluarkan doket sendiri melalui cetakan komputer. Ini membolehkan pelbagai manipulasi dibuat kerana ia dilakukan oleh sebuah entiti swasta.

15. Menurut maklumat yang ada pada saya, sehingga Jun 2010 Jendela Teguh telah membayar sebanyak RM 910, 000 kepada KSSB. Namun jumlah yang dibayar kepada PTG hanyalah RM 213, 000.00. Berdasarkan nisbah pembahagian, PTG sepatutnya menerima RM 390, 000.00.

16. Jumlah bayaran KKSB kepada PTG sebanyak RM 213, 000.00 merupakan jumlah keseluruhan perlombongan pasir di Kambing Susu ini d. Jumlah yang dibayar oleh Jendela Teguh hanyalah untuk 1 KM kawasan pengeluaran pasir yang peruntukkan kepadanya. Bayangkan apa yang terjadi kepada kawasan seluas 9 KM lagi. Satu sen pun tidak masuk kepada PTG. Jika benar maklumat ini maka kita tertanya-tanya siapa yang dapat laba?

17. Saya tidak kata saya benar 100 peratus dalam isu ini. Namun angka-angka yang ada menunjukkan satu siasatan secara serius perlu dilakukan bukan sekadar menafikan atau membuat tuduhan kebudak-budakkan kepada "pembawa mesej" seperti saya.
Kerajaan Kartun

18. Saya terbaca kenyataan YB Elizabeth Wong dalam The Star hari ini kononnya ia perlombongan pasir haram dan mencemarkan alam sekitar. Isu perlombongan pasir haram tidak timbul kerana saya tidak menyatakan ia perlombongan haram. Apa yang saya katakan ialah berlaku penyelewengan dan kemusnahan alam sekitar.

19. Beliau mendakwa EMP dibuat sebelum permit dikeluarkan. Tapi mengapa kontraktor terbabit tidak mendapat EMP? Apakah YB Elizabeth faham beza antara EMP dengan EIA - Kajian Kesan Alam Sekitar? Apa guna ada pelan pengurusan alam sekitar tetapi tidak memberikan kepada kontraktor terbabit supaya alam sekitar terjaga?

20. Saya juga terkejut apabila beliau menafikan berlakuknya masalah perubahan aliran sungai dan runtuhan ban sungai di Kambing Susu sedangkan puluhan wartawan dan lensa kamera menyaksikannya sendiri kejadian tersebut.

21. Lebih melucukan YAB Menteri Besar semalam (seperti dilaporkan oleh Sinar Harian hari ini) turut mengakui fakta ini dan berjanji untuk memperbaikinya.
Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri menyiasat dakwaan ban tersebut dipecahkan oleh pihak berkepentingan.

“Kita sudah siasat dan jawapannya ban itu perlu dibetulkan dan KSSB akan menanggung kos tersebut. Kita juga menghantar jurutera untuk melihat keadaan tersebut,” katanya. - Sinar Harian

22. Bukankah ini merupakan kerajaan kartun? Menteri Besar mengakui, EXCO Menafikan? Saya kata ada berlaku kemusnahan alam sekitar dan penyelewengan di kawasan perlombongan Kambing Susu, Elizabeth pula kata ia bukan kawasan pengeluaran pasir haram. Janganlah buat cerita kartun banyak sangat. Lagi pun isu haram atau halam perlombongan pasir bukan di bawah potfolio beliau, jadi mengapa terlebih sudu dari kuah? Ada apa-apakah?

23. Tindakan melatah Elizabeth seolah-olah membuktikan bahawa perjuangan beliau terhadap alam sekitar dahulu bukan ikhlas tetapi hanya alat untuk memburukkan kerajaan lalu. Bagaimana seorang pejuang alam sekitar seperti YB. Elizabeth boleh menafikan tanpa menyiasat terlebih dahulu? Nampaknya kepentingan diri dan parti sudah lebih penting daripada kepentingan rakyat dan alam sekitar.

24. Sekarang ini tidak banyak kita saksikan kartun-kartun berinspirasikan "lawan bodoh". Tapi kerajaan negeri hari ini sangat komited untuk meneruskannya. Mereka mendakwa hasil pendapatan pasir zaman saya sangat kurang berbanding sekarang. Memanglah kurang kerana pengeluarannya kurang dan dilakukan atas tanah persendirian.

25. Dahulu PTG hanya mengutip RM 3 setiap meter padu daripada pengusaha pasir kerana ia adalah tanah persendirian. Sekarang ini kerajaan negeri mengutip RM 7 kerana ia dilakukan atas tanah kerajaan. Yang tidak pernah dijelaskan ialah berapa banyak pasir dikeluarkan sekarang berbanding zaman saya dahulu? Kalau hendak dapat duit banyak dari pasir, koreklah satu Selangor ini maka akan bertambah dengan banyaklah pendapatan hasil pasir.

26. Hendak tingkatkan pendapatan pasir tidak perlu KSSB atau tokoh korporat terkemuka, pegawai PTG pun tahu sebab yang perlu dibuat ialah keluarkan permit banyak-banyak dan kutip cukai RM 3 untuk satu meter padu. Soalnya, apakah ini pengurusan hasil negeri yang betul? Meningkatkan hasil pasir dengan melombong secara besar-besaran? Apa kata selepas ini kita buat pula pembalakan secara besar-besaran? Tentulah jumlah hasil balak Selangor akan meningkatkan dengan banyak dan bolehlah kerajaan negeri mendabik dada berjaya meningkatkan hasil balak pula.

27. Saya harap kerajaan negeri tidak terus buat cerita kartun untuk memperbodohkan orang ramai. 
dipetik daripada sini 
www.rencahmalaysia.blogspot.com

Gempar ! Ketua AMK Selangor sudah jadi penyamun projek!!


Oleh Medan Info Kita

Wow! Sukar untuk dipercayai tetapi ianya benar benar berlaku..!

Blogmaster menerima sms daripada seorang Ahli Majlis yang juga seorang pimpinan PKR Negeri Selangor...
Isi kandungan sms yang menyenaraikan projek projek disapu bersih oleh Jonah @ Khairul Anuar Zainuddin Ketua AMK PKR Negeri Selangor. Haaah..! Ketua AMK Negeri Selangor pun sapu projek..? Pelik..! Dalam ceramahnya menghentam BN-UMNO dengan pelbagai tuduhan rasuah.. tetapi diri sendiri sebenarnya menjadi Penyamun Tarbus...
Beginilah kisahnya nasib rakyat negeri Selangor. Wakil rakyat PKR terlibat dengan memunggah kekayaan membenarkan perompak perompak pasir sehingga negeri kesayangan kita ini berlubang lubang jadinya... Ketua AMK Negeri pula kini dikatakan menjadi penyamun projek tempatan...
Inilah kandungan sms yang sedang disebarkan kepada semua Ketua AMK Cabang seluruh negeri Selangor..;
-message details - from : +6019*******, time : 00;12 date; 29/07/2010 - Slm kpd semua Ketua2 AMK Cabang. Saya mohon sdra2 tanya kpd sdra Jonah kemana duit yg dia dpt hasil dr projek-projek dibawah dimana beliau telah mnggunakan nama AMK negeri selangor bg mndptkn projek trsebut dn sepatutnya duit itu adalah utk tabung AMK negeri :
  1. Projek dr MBSA bernilai hampir satu juta [boleh rujuk sdra Haris Bakar/Pem Ketua Cabang S.Alam]
  2. Projek menurap jalan dr jalan dr MBPJ 1.8 juta
  3. Projek Billboard di MPAJ atas nama Pridana Media
  4. Projek Billboard di MBPJ juga atas nama Pridana Media
  5. Projek Billboard di MBPJ atas nama Redberry sdn bhd
  6. Yg terkini projek di MBPJ hampir satu juta juga kononnya utk AMK selangor. Banyak lg projek2 dr PBT lain tp saya akn bongkar satu persatu.
<<<<>>>>>

Demikianlah kisahnya semakin ramai menjadi Penyamun dalam kerajaan negeri Selangor. Kini rakyat dinegeri Selangor perlu menjadi hakim dan saksikan sendiri bagaimana rakusnya petualang petualang dari Pakatan.

Apabila mereka menaiki pentas ceramah bukan main lagi kata nista dilemparkan pelbagai cemuhan kepada pimpinan UMNO-BN, tetapi natijahnya merekalah Penyamun Besar!

dipetik daripada sini 

Jul 10, 2010

Biasiwa dan Kuota Melayu/Anak negeri Sabah dan Sarawak

Banyak orang bercakap tentang pemberian biasiswa oleh Kerajaan Persekutuan. Dan selalunya ia akan dikaitkan dengan JPA sebagai agensi pelaksana pemberian biasiswa ini.

Isu kuota ini hangat sekarang ini. Kenapa sekarang? sebabnya mudah sahaja.  Dulu semasa zaman ekonomi tengah naik, ramai orang mampu untuk menyekolahkan anak-anak mereka tanpa bantuan Kerajaan. Malahan ramai yang tak mahu pun bantuan Kerajaan sebab tak nak terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan. Oleh itu pada masa itu, biasiswa ini dipandang enteng oleh bukan melayu/bumiputera. 

Setelah kemelesetan ekonomi, maka kuasa untuk membuang duit sudah berkurang. Nak makan pun susah. jadi mereka ini dalam keadaan terdesak untuk meminta bantuan Kerajaan untuk menyekolahkan anak-anak ke peringkat tertinggi. Kemudian apabila mereka melihat kepada pemberian Kerajaan, tiba-tiba mereka rasa bahawa eh..kenapa skit sangat ni, macam mana anak aku nak belajar tinggi-tinggi dengan free ni? . Atas alasan itu maka bertempik la si mamat itu menyatakan tidak adil itu dan ini padahal dulu tiada kedengaran barang sekelumit pun suara nya itu. Dah susah baru cari Kerajaan.

Secara asasnya, pemberian biasiswa adalah terletak pada Kerajaan. Dalam usaha pemberian tersebut Kerajaan adalah terikat kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan antara lainnya bahawa YPDA perlu memberikan kuota kepada Melayu/Anak negeri sabah/Sarawak dalam hal biasiswa, danasiswa, permit, lesen etc. 

Jadi dalam pemberian itu Kerajaan hendak tidak mesti ada kuota untuk Melayu/Anak negeri sabah/Sarawak. Dan yang paling menarik ia perlu juga dibuat berdasarkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menerangkan hak sama rata. Tetapi Perkara 8 juga bercerita tentang positif discrimination yang mana kalau ia dinyatakan dalam Perlembagaan secara khusus (contoh Perkara 153 tadi) maka positif discrimination itu boleh dibuat. 

Cuma isunya adalah, yang patut buat kouta itu adalah YDPA bukan PM, bukan TPM bukan Nazri Aziz, bukan LKS, BUKAN LGE dan bukan Karpal Singh dan anak-anaknya.

Sebarang kuota yang kurang, perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dinyatakan dalam Fasal (5) Perkara 159. 

Jadi kalaulah isu ini diperkatakan dan dibahaskan, sebenarnya ia melawan kehendak YPDA dan Sultan-Sultan MElayu. Ada orang hendak menjadi derhaka ke?

salam.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Jun 23, 2010

Pulau Pinang: DAP AKAN TUKAR TYT dan Tubuhkan Polis Sendiri?

Dikabarkan disini  ada ura-ura DAP hendak tukarkan Gabenor TYT Melayu kepada jawatan Datuk Bandar. DAP juga berura-ura menubuhkan polis mereka sendiri yang mungkin bersamaan dengan  Askar Seri Timbalan Negeri Johor .  Apa yang penting sangat dengan kedua-dua perkara ini? yang penting ialah ia menunjukkan bahawa terdapat usaha berterusan pihak Chauvenist Cina DAP untuk menghapuskan pengaruh dan kuasa Melayu dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang. Jawatan Datuk Bandar adalah jawatan pemilihan yang boleh dipilih oleh berdasarkan PilihanRaya. Jawatan Gabebor adalah jawatan lantikan DYMM atas cadangan Kerajaan Pusat. Kalau kita lihat senario yang ada di Pulau Pinang, ternyata kalau Pilihanraya diadakan untuk memiliha Datuk Bandar, maka pastilah yang akan banyak mengundi ialah kaum Cina. Adakah kaum Cina akan undi orang Melayu sebagai Datuk Bandar?

Untuk isu Polis pula andai kata ia benar, terbukti DAP memang tidak percayakan PDRM sehingga sanggup menubuhkan sendiri pasukan Polis sendiri yang tentunya taat setia mereka adalah kepada DAP. Dan tentunya dengan adanya Polis sendiri ini maka DAP akan lebih bermahajaralela dan  Kongsi Gelap akan bersuka ria. Kita tidak lupa terhadap tuduhan kepada ADUN DAP Selangor yang sampai sekarang masih tidak menafikan penglibatan dia dengan Kongsi Gelap. Begitu juga dengan kes DAP di Johor yang dikaitkan dengan Kongsi Gelap. Apa-apa pun DAP perlu tahu imej mereka yang anti Polis dan pro Kongsi Gelap amat diketahui ramai.

Salam.

Jun 16, 2010

PRU13: MP BUKAN MELAYU PAS LOMPAT PARTI KE DAP

Kuala Lumpur, 30 Jun 2013. 

Seramai 7 orang MP PAS telah meletak jawatan dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS dan sekaligus mereka isyihar keluar PAS. Mereka ini merupakan antara 10 calon Bukan Melayu  PAS yang telah diletakkan dalam PRU13 yang lalu yang mana menyaksikan kemenangan  pakatan DAP-PKR-PAS. Dalam PRU yang lepas Pakatan DAP-PKR-PAS telah memenangi 113 daripada 222 Kerusi Parlimen dengan DAP mendapat 50 kerusi, PAS dengan 57 kerusi  manakala PKR dengan 6 kerusi. 

Sejak 2 bulan lepas apabila DAP menyuarakan hasrat menjadi Perdana Menteri maka PAS telah menentang hasrat DAP itu dengan mengatakan bahawa hanya orang islam boleh menjadi pemimpin negara dan DAP boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tambahan pula  PAS adalah parti utama yang memenangi banyak kerusi Parlimen, oleh itu DAP perlu memenuhi janji mereka iaitu DAP akan hanya meminta jawatan kedua negara sekiranya pakatan pembangkang menang. 


Ketujuh-tujuh MP tersebut sekarang ini bersetuju untuk  menganggotai DAP bagi memantapkan aspirasi demokrasi nasional. Salah seorang MP  tersebut iaitu Encik P. Putumayam yang menang di Parlimen Bandar Tun Razak menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakan bukan islam yang lain akan menyertai DAP bagi membolehkan DAP mendapat kerusi terbanyak dan oleh itu menurut Perlembagaan Malaysia, Ketua bagi DAP akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tambahan lagi Encik P. Putumayam berkata dalam PAS mereka ini tidak bebas, pada mulanya mereka memang menyokong PAS tetapi setelah berapa lama dalam PAS mereka berpendapat bahawa PAS terlalu islamik dan ini tidak sesuai kepada ideologi Malaysia untuk semua. 

DAP dalam kenyataan balas mereka hari ini menyatakan bahawa situasi sudah berubah dan mereka kini adalah tonggak Pakatan dan seharusnya berhak memegang tampuk pemerintahan negara. Presiden DAP iaitu Encik Lim Guan Eng akan menghadap YPDA untuk mendapat perkenan menjadi Perdana Menteri. 

Dalam masa yang sama, Penasihat PKR yang kini dalam penjara dikatakan tidak akan mendapat pengampunan Diraja. Penasihat PKR tersebut Encik Anwar Ibrahim telah disabitkan kesalah meliwat bekas pembantu dia Adik Saiful oleh Mahkamah Tinggi. Peguam Anwar Ibrhaim iaitu YB Karpal Singh pula dalam kenyataan medianya menyatakan disebabkan Anwar tidak mendapat pengampunan Diraja maka sabitan terhadap anwar adalah kekal. Oleh itu Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri. 

Sumber dalaman PKR pula menyatakan bahawa mereka sekarang ini tidak berdaya membuat apa-apa kerana kerusi Parlimen yang dimenangi mereka adalah ciput dan Penasihat Parti pula adalah tidak berkemampuan berbuat apa-apa. 

Seorang Professor parti pembangkan yang mengangkat dirinya sendiri sebagai pakar dalam bidang perlembagaan menyatakan bahawa 7 MP BUkan Islam tersebut sudah melanggar sumpah yang dibuat dalam PAS dan oleh itu perlu dihukum. Apabila ditanya apakah sumpah tersebut, pakar itu berkata bahawa setiap ahli/MP PAS dikehendaki membuat janji bahawa mereka tidak akan mengkhianati Parti dan sekiranya mereka mengkhianati parti maka bercerai talak tigalah mereka dengan isteri atau isteri-isteri mereka. 

Agensi berita har-har-har. 

Jun 15, 2010

ADUN PAKATAN LOMPAT PARTI- BETUL KATA PKR PERAK!

DAP hilang satu kerusi DUN di Perak

SHAH ALAM 15 Jun - Terlalu banyak berpolitik hingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, K.Keshvinder Singh mengumumkan keluar dari DAP berkuatkuasa hari ini.
Serentak dengan itu Keshvinder turut melepaskan semua jawatan dalam parti dan memilih untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN). - Utusan

Jun 12, 2010

SOALAN BOCOR SPM 2010


Soalan Objektif

1) Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke-7?

a) Lim Guan Eng
b) Hadi Awang
c) Bro Anwar Bin Ibrahim
d) Khairy Jamaluddin


2) Bilakah Bro Anwar Bin Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia?

a) 16 September 2008
b) 16 September 2010
c) 16 September 2020
d) Sebelum kiamat


3) Pada 16 September 2008, Bro Anwar Bin Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di hadapan...

a) Potret Yang Dipertuan Agong
b) Karpal Singh is King
c) Raja Thailand
d) Maharaja Jepun


4) Parlimen Malaysia pada 16 September 2008 telah menyaksikan peralihan kuasa setelah Ketua Pembangkang mendapat bilangan kerusi yang mencukupi daripada...

a) Ahli Parlimen Barisan Nasional
b) Ikea
c) Kedai Perabot Lim Kit Siang & Sons
d) Rumah Khalid Gagap


5) Pada 12 September 2008, Tian Chua telah ke Taiwan bersama beberapa ahli parti pembangkang kerana...

a) Menyertai kursus penanaman Dragon Fruit
b) Melobi penajaan daripada tokey judi haram
c) 'Memburu' ahli parlimen BN
d) Memujuk geng Erdogan Pas melompat parti


6) Gerakan aktivis kaum India yang memberi kesan kepada keputusan PRU-12 dikenali sebagai...

a) Makkal Sakhti
b) Makkal Ossai
c) Muthel (Telur) Tosai
d) Rawa Tosai


7) Siapakah di antara berikut merupakan pemimpin kanan gerakan Hindraf?

a) P. Poco Poco
b) P. Uthayakumar
c) P. Ramlee
d) Sivaji The Boss


8) Dewan Undangan Negeri Perak mencatat sejarah pada tahun 2009 apabila mengadakan persidangan di....

a) Bawah Pokok
b) Tepi Longkang
c) Gerai Cendol bawah pokok dekat 
roundabout depan Super Kinta
d) Kedai Mamak


9) Pakatan Pembangkang telah memulakan gerakan mengembalikan imuniti serta undang-undang memperkasa Institusi Diraja di Malaysia, tetapi ianya terpaksa dihentikan kerana...

a) Nizar mohon derhaka
b) Zaid Ibrahim lawan sultan
c) Kerana baru tersedar bahawa raja mereka yang sebenar adalah Karpal Singh is King
d) Karpal Singh suruh Bro Anwar Bin Ibrahim bertaubat


10) Siapakah yang digelar sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz oleh Naib Presiden PAS, Husam Musa?

a) Nik Aziz
b) Abdul Hadi Awang
c) Khairy Jamaluddin
d) Lim Guan Eng


11) "Khalifah Umar Abdul Aziz aka LGE" telah menentang perlaksanaan undang-undang apa?

a) Pemakaian tali keledar belakang
b) Had laju lebuhraya persekutuan
c) Undang-undang tubuh negeri Perak
d) Hudud dan penubuhan negara Islam


12) Perdana Menteri Malaysia ke-5 telah diberi gelaran sebagai...

a) Bapa Pemodenan
b) Bapa Demokrasi
c) Bapa Mertua Khairy Jamaluddin
d) Bapa banyak mau tidur daa?


13) Kegagalan Bro Anwar Bin Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-7 Malaysia pada 16 September 2008 adalah kerana...

a) Parlimen tidak bersidang pada tarikh berkenaan
b) YDPA tidak memperkenankan perlantikan beliau
c) Kerusi yang beliau dapat hanya dibeli dari Ikea
d) Anwar menunggu Pak Lah membalas suratnya kerana pada akhir surat tersebut Anwar menulis "Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"


14) Siapakah sekutu Bro Anwar Bin Ibrahim yang setiap tahun menyumbang dana ke dalam tabung PKR?

a) Israel & Amerika Syarikat
b) Yahudi & Nasrani
c) Mossad & CIA
d) Semua jawapan di atas


15) Siapakah di antara pelaku berikut yang wajib mandi junub?

a) Peliwat
b) Mangsa liwat
c) Mokhtar CIFUT
d) Pemakan karipap sambil bertanya, "Are you ok?"


16) Manakah di antara perkara berikut yang masih berleluasa di Kelantan walaupun Pas sudah memerintah negeri tersebut selama 20 tahun?

a) Kegiatan perjudian
b) Kegiatan pelacuran
c) Penjualan arak secara terbuka
d) Pembalakan secara haram
e) Sampah, kekotoran dan bau busuk di serata negeri
f) Ramai gadis tidak menutup aurat serta seksi
g) Perpecahan sesama umat Islam
h) Semua jawapan di atas


17) Dari sumber manakah DAP menjana kewangannya?

a) Judi haram & pelacuran
b) Kumpulan kongsi gelap
d) SPA Qistina
e) Bro Anwar Bin Ibrahim kasi duit


18) Pihak manakah yang sering menggerakkan bantuan kemanusiaan ke Gaza serta lantang membela rakyat Palestin sejak dulu hingga kini?

a) Tun Dr. Mahathir Mohamad
b) Kerajaan Malaysia @ BN
c) Perdana Global Peace Organisation
d) Kecuali PKR, PAS & DAP


Soalan Subjektif


Soalan 1
Terangkan mengapa Bro Anwar Bin Ibrahim pada asalnya hendak membuat usul undi tidak percaya terhadap Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia, tetapi beliau kemudiannya mengubah fikiran untuk mengusulkan 'undi percaya' kepada diri sendiri untuk jawatan Perdana Menteri?


Soalan 2
Apakah perbezaan antara gerakan melompat parti 16 september BERBANDING gerakan Adun BN Perak melompat parti ke PKR, dan kemudiannya melompat kembali kepada BN bersama beberapa adun PKR serta DAP?


Soalan 3
Kejadian apakah yang menyebabkan penyokong PAS berbaring beramai-ramai di atas jalanraya Ipoh dan berikan kesan tindakan berbaring mereka itu?


Soalan 4
Mengapakah Yang Dipertuan Agong dikatakan 'BERHAK' melantik Bro Anwar Bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia, TETAPI Sultan Perak pula dikatakan 'TIDAK BERHAK' melantik Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak?

dipetik dari sini 
www.rencahmalaysia.blogspot.com

Jun 11, 2010

POLIS PATAH KAKI AKIBAT MENJALAN TUGAS


KALAU BUAT KERJA, PUBLIK YANG KENA MUSIBAH, POLIS YANG KENA. MAKA ADA CHAMPION RAKYAT AKAN TURUN DATANG MERATAH MARUAH POLIS. 

TAPI BILA POLIS YANG KENA MUSIBAH AKIBAT PUBLIK, TAK ADA ORANG YANG DATANG JADI CHAMPION DIA. HARAM JADAH. INILAH ORANG-ORANG POLITIK. HANYA TOLONG UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.JENGUK MUKA PUN TAK ADA. PATUTLAH KP POLIS MARAH BETUL DENGAN ORANG POLITIK.

ORANG POLITIK, CAKAP TAK SERUPA BIKIN. 
KATANYA "AKAL TAK DATANG SEKALI"
JAWAB KU "SEBAB ITU AKALMU PENDEK"

ORANG POLITIK, DEPAN CAKAP BERDERAU-DERAU
HAKIKATNYA EKOR BERGELUMANG TAHI

ORANG POLITIK, DATANG TAK DIUNDANG
PERGI TAK DISURUH

ORANG POLITIK, KALAU DATANG ITU MESTI BERSEBAB
KALAU TAK, JANGAN HARAP NAK NAMPAK BATANG HIDUNG




May 17, 2010

BN KALAH DI SIBU!

Seperti biasa orang-orang Cina telah mengundi DAP. Sudah sampai masa Kerajaan mengajar orang-orang Cina untuk mengundi Kerajaan. Untuk itu, Kerajaan perlu HENTIKAN SEMUA BANTUAN KEPADA ORANG-ORANG CINA DALAM APA-APA BENTUK sehingga Kerajaan tahu apa yang bermain dalam kepala hotak si Cina-CIna ini. Sehingga itu, tak perlu dibazirkan berjuta-juta kepada mereka. Simpan untuk pribumi Sabah/Sarawak/Melayu.

BN perlu tahu, bahawa SUPP/MIC/MCA sudah gagal dalam mendapatkan sokongan kaum yang mereka wakili sedangkan UMNO sudah pun mendapat semula mandat/kepercayaan orang-orang Melayu. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

May 13, 2010

REAKTOR NUKLEAR MALAYSIA: APABILA DAP PERSOALAN CADANGAN NUKLEAR MALAYSIA







DAP melalui Lim Guan Eng KM PP [klik sini untuk baca ]  telah meminta Kerajaan Persekutuan untuk menimbangkan semula pembinaan reaktor nuklear pertama Malaysia.  LGE menyatakan bahawa Malaysia mempunyai simpanan tenaga sebanyak 40% dan sebenarnya hanya memerlukan 20% sahaja. Dengan adanya reaktor ini ia akan menambah lagi simpanan tenaga elektrik Malaysia. LGE berpendapat bahawa ini tiada gunanya. 


Apa yang LGE kurang faham ialah kos menghasilkan tenaga elektrik tersebut. Pada masa ini tenaga elektrik Malaysia dihasilkan melalui beberapa cara. Pada masa ini penghasilan elektrik adalah melalui gas asli (60%), arang batu (24%) dan tenaga air (hidro) [Klik sini ] 






 Kos penghasilan tenaga tersebut adalah seperti di rajah di bawah ini.






Jika kita dapat mengurangkan kos tenaga tersebut maka kos elektrik dapat dikurangkan dan ia pasti dapat mengurankan tarif elektrik yang sedang dikenakan kepada rakyat [Klik ini untuk lihat tarif elektrik ]. Dengan kata mudahnya, reaktor nuklear dapat menghasilkan tenaga elektrik dengan lebih banyak dan lebih murah yang mana ia akan menjadikan elektrik lebih murah kepada rakyat. 


Inilah  yang sebenarnya LGE kena tahu. LGE kena faham kos penghasilan elektrik bukannya berapa banyak elektrik yang disimpan. 


Untuk pemahaman lanjut tentang reaktor nuklear di Malaysia, sila layari artikel di bawah ini


Tenaga Nasional Bhd (TNB) Menetapkan sasaran operasi memulakan tenaga nuklear Loji pertamanya menjelang tahun 2025. FAQ Kuasa Elektrik Nuklear di bawah adalah bagi meningkatkan penerimaaan orang awam untuk merealisasikan cadangan penggunaan teknologi nuklear di Malaysia.
(Sumber : http://livewire.hq.tnb.com.my/corporateinfo/NuclearPower/default.aspx)

01. Berapakah kuasa elektrik yang dijanakan oleh sebuah loji kuasa nuklear secara am?


Secara am loji kuasa nuklear menjana kuasa elektrik di antara 500 MWe hingga 1500 MWe. Pada tahun 2007, purata penjanaan kuasa elektrik yang dihasilkan oleh sebuah loji kuasa nuklear adalah 850 MWe.


Terdapat 439 buah loji jana kuasa nuklear yang beroperasi di 30 buah negara di seluruh dunia. Peratusan tenaga elektrik yang dihasilkan oleh loji kuasa nuklear ini adalah 16% daripada jumlah keseluruhan tenaga elektrik dunia.

02. Apakah perkembangan penjanaan kuasa nuklear di dunia?


Sehingga 30 Ogos 2007, sejumlah 439 buah loji nuklear dengan jumlah keupayaan 371,671 MWe sedang beroperasi di 30 buah negara, di samping 30 buah loji lagi dengan jumlah keupayaan 23,414 MWe yang masih dalam pembinaan di 12 buah negara. Selain itu, 41 buah loji lain dengan anggaran jumlah keupayaan 43,000 MWe sedang dirancang di 11 buah negara, manakala 113 buah loji lain dengan jumlah keupayaan 82,000 MWe turut dicadangkan.
03. Berapakah pecahan tenaga yang dihasilkan oleh loji jana kuasa nuklear berbanding loji-loji jana kuasa lain?


Pada 2005 loji-loji nuklear yang beroperasi dianggarkan menyumbang 20% daripada jumlah penjanaan kuasa elektrik seluruh dunia pada tahun 2005, berbanding dengan 48% bagi arang batu, 7% bagi kuasa hidro, 15% bagi gas asli , 7% bagi minyak dan petroleum dan 3% tenaga boleh diperbaharui. Keadaan ini berbeza dengan situasi Malaysia, yang bergantung pada gas asli bagi 62% daripada jumlah penjanaan elektrik negara dalam tahun 2005, berbanding 28% bagi arang batu, 7% bagi kuasa hidro dan 3% bagi minyak dan petroleum.

04. Apakah kelebihan sumber tenaga nuklear?


Secara umum, loji kuasa nuklear mempunyai rekod keselamatan yang sangat cemerlang sejak hampir 60 tahun yang lalu apabila loji kuasa nuklear mula dibina pada tahun 1950-an. Sumber tenaga nuklear mampu:


i. menjamin keselamatan perbekalan tenaga negara kerana semua jenis bahan api nuklear, iaitu uranium, torium atau plutonium, mengandungi tenaga spesifik (specific energy) yang tinggi.



ii. keselamatan perbekalan tenaga negara tentunya akan lebih terjamin, terutama dalam keadaan pengurangan (depletion) sumber tenaga yang lain di dalam negara, terutama simpanan atau rizab minyak mentah dan gas asli negara.

iii. Dari segi perlindungan alam sekitar, kadar penghasilan gas rumah hijau atau karbon (carbon burden) yang jauh lebih rendah bagi setiap unit kuasa elektrik yang dijana, dan berjaya mengurangkan kira-kira 8% daripada jumlah penghasilan karbon dioksida dunia berbanding dengan sumber tenaga lain. Keseluruhan rantaian bagi penjanaan kuasa nuklear (production chain) daripada perlombongan uranium sehingga kepada pelupusan sisa nuklear hanya menghasilkan di antara 1 hingga 6 g karbon bagi setiap kilowatt-jam elektrik.
05. Berapakah jumlah bahan api nuklear berbanding dengan bahan api lain yang diperlukan untuk ...


Berikut adalah jadual perbandingan penggunaan bahan api yang diperlukan bagi penjanaan sesebuah loji jana kuasa elektrik berkeupayaan 1000 MWe tanpa henti selama setahun:06. Bolehkah loji jana kuasa nuklear ini menghasilkan letupan seperti bom atom jika berlaku sebarang kemalangan?


Secara umum, adalah sesuatu yang mustahil bagi sesebuah loji jana kuasa nuklear untuk menghasilkan letupan seperti bom atom akibat kemalangan dan kegiatan sabotaj. Ini kerana komposisi bahan yang digunakan sebagai bahan api untuk penjanaan elektrik adalah amat berbeza dengan bahan-bahan yang terdapat dalam bom.


Kejadian kemalangan di Chernobyl, suatu kemalangan yang paling dahsyat dalam sejarah tenaga nuklear dunia tidak menghasilkan letupan yang kuat seperti bom atom walaupun diakui terdapat beberapa siri letupan yang menyebabkan pembebasan bahan radioaktif ke udara.
07. Berapa banyakkah sisa nuklear yang dihasilkan oleh loji-loji nuklear di dunia?


Sisa-sisa nuklear yang dihasilkan pada masa kini, 97% daripadanya dikategorikan sebagai sisa peringkat rendah dan sederhana. Sisa ini biasanya dibuang di tempat pembuangan sisa nuklear yang ditetapkan dan tidak akan mendatangkan risiko atau kemungkinan cemaran.


Bagi sisa-sisa peringkat tinggi yang dianggarkan sebanyak 12,000 tan dihasilkan di seluruh dunia, kaedah pengurusan sisa ini adalah berbeza dengan mengambil kira kesan dan risiko yang mungkin dihadapi pada masa hadapan.
08. Mengapa sesetengah orang membantah penggunaan teknologi nuklear ini untuk penjanaan tenaga elektik?


Isu berkaitan bantahan ini adalah rumit dan biasanya ia dipengaruhi oleh faktor persepsi berbanding fakta sebenar. Namun kebanyakan bantahan adalah berpunca daripada keraguan terhadap teknologi itu sendiri, seperti soal-soal keselamatan, pengurusan sisa nuklear dan kemungkinan digunakan untuk tujuan persenjataan.
09. Berapa bilangan loji jana kuasa utama yang terdapat di Malaysia?


Bilangan loji jana kuasa elektrik utama di Malaysia adalah 32 buah di Semenanjung Malaysia dan 15 buah di Sabah dan Sarawak. Jumlah keseluruhan tenaga elektrik yang dijana oleh kesemua loji jana kuasa ini ialah 20,663 MWe dengan kapasiti penjanaan sebanyak 96,060 GWh per tahun.
10. Berapa peratus sumber bahan api yang digunakan bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik di Malaysia?


Peratusan sumber bekalan bahan api yang digunakan bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik di Malaysia berdasarkan jumlah penjanaan eletrik negara sebanyak 90,060GWh adalah seperti di bawah
11. Mengapa tenaga elektrik dari sumber nuklear tidak digunakan secara menyeluruh di seluruh dunia?


Di sesetengah tempat, penggunaan tenaga elektrik berasaskan nuklear boleh menjadi lebih mahal berbanding penggunaan arang batu, gas atau lain-lain. Secara umumnya, ia bergantung kepada kos arang batu atau bahan api tersebut di mana tenaga elektrik tersebut dijana.
12. Mengapa tenaga nuklear kini menjadi perhatian masyarakat dunia sebagai sumber tenaga masa depan?


Ini disebabkan di kebanyakan tempat di dunia, tenaga elektrik yang dihasilkan daripada loji kuasa nuklear adalah lebih murah berbanding daripada sumber alternatif yang lain. Ia juga disifatkan sebagai ‘teknologi bersih’, iaitu tanpa pembebasan karbon dioksida ke atmosfera.


13. Apakah faktor-faktor yang mendorong semakin banyak negara bercadang untuk melaksanakan program tenaga ...


Berikut adalah faktor-faktor yang terlibat:


• peningkatan tahap keselamatan kendaliannya hasil perkembangan teknologi;


• pemendekan masa pembinaan loji-loji tersebut, iaitu dari 10 hingga 12 tahun menjadi 3 

hingga 6 tahun;

• pemanjangan jangka hayat loji-loji tersebut dari 25 hingga 40 tahun ke 60 tahun


• peningkatan keberkesanan penggunaan bahan api uranium dalam loji-loji tersebut
14. Apakah alternatif lain selain teknologi nuklear dalam penghasilan tenaga elektrik?


Ya, bagi loji jana kuasa berskala besar, arang batu dan gas biasa digunakan sebagai bahan api bagi mendapatkan bekalan elektrik secara berterusan dan stabil. Arang batu mudah diperolehi dan secara relatifnya adalah murah. Namun begitu, bagi setiap 1 kilowatt-jam tenaga elektrik yang dihasilkan menggunakan arang batu, sejumlah 1 kilogram karbon dioksida terhasil. Penggunaan gas sebagai bahan bakar pula bergantung kepada harga pasaran yang tidak menentu .Penggunaan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy), contohnya kuasa angin, walaupun bersih, namun ia tidak dapat membekalkan tenaga elektrik secara berterusan.
15. Adakah penggunaan kuasa nuklear ini ekonomik?


Bagi sesetengah negara, terutama negara-negara yang tidak mempunyai sumber tenaga alternatif, penggunaan kuasa nuklear ini adalah sangat ekonomik. Di Malaysia, walaupun kita mempunyai sumber-sumber tenaga seperti minyak dan gas, sumber-sumber ini amat terhad dan semakin berkurangan. Jika mengambil kira faktor alam sekitar seperti penghasilan karbon dioksida, kuasa nuklear adalah sangat sesuai di digunakan di Malaysia untuk penjanaan elektrik.
16. Apakah perbandingan kos modal bagi pembinaan loji jana kuasa nuklear berbanding sumber-sumber tenaga lain?


Kos perbandingan modal boleh dirujuk pada graf di bawah


17. Apakah perbandingan kos penjanaan bagi loji jana kuasa nuklear berbanding loji-loji lain?


Perbandingan kos penjanaan loji-loji boleh dirujuk di bawah:


18. Bagaimana dengan jaminan bekalan bahan api nuklear secara berterusan?


Oleh kerana bahan api nuklear mengandungi tenaga yang banyak berbanding dengan bahan api lain, penggunaan tenaga nuklear mampu mempertingkatan keselamatan perbekalan tenaga negara untuk tempoh jangka panjang. Risiko terputusnya bekalan bahan api nuklear akan mudah ditangani dengan menyimpan stok bahan api nuklear untuk beberapa tahun, kerana sesebuah loji jana kuasa nuklear berkeupayaan 1,000 MWe hanya memerlukan 100 tan metrik uranium untuk mula beroperasi, dan daripada jumlah ini, cuma 30 tan metrik uranium yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik sepanjang sesuatu tahun.
19. Adakah penggunaan kuasa nuklear selamat ?


Secara umum, jika dirujuk kepada bilangan loji kuasa nuklear di seluruh dunia, penggunaan teknologi nuklear adalah yang paling selamat. Ini dapat dibuktikan dengan pengalaman pengoperasian yang melebihi 12,600 tahun reaktor* diseluruh dunia. Reka bentuk loji kuasa nuklear ini juga sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa supaya masalah besar atau kemalangan dapat dibendung di dalam struktur loji itu sendiri.


* tahun reaktor ditakrifkan sebagai jumlah keseluruhan tahun beroperasi bagi setiap reaktor di seluruh dunia
20. Bagaimanakah sisa nuklear diuruskan?


Semua sisa diproses terlebih dahulu supaya tidak lagi aktif seterusnya ditempatkan dalam bekas-bekas tertentu dan diuruskan mengikut prosedur yang ditetapkan, tidak seperti sisa daripada bahan bakar lain yang kebanyakannya dilepaskan ke persekitaran. Sesetengah sisa adalah tinggi radioaktivitinya, tetapi lazimnya ia dalam kuantiti kecil yang mudah diuruskan. Bagi pelupusan sisa-sisa radioaktif dengan kepekatan tinggi, ia akan disimpan jauh di perut bumi (long term disposal in deep geological depository) bagi suatu tempoh masa panjang.
21. Di manakah sumber uranium boleh diperolehi?


Sumber uranium ini boleh didapati dengan meluas di seluruh dunia. Dalam tahun 2005, tujuh belas buah negara mengeluarkan uranium, di antaranya ialah Kanada (27.9%), Australia (22.8%), Kazakhstan (10.5%), Rusia (8.0%), Namibia (7.5%), Nigeria (7.4%), Uzbekistan (5.5%), Amerika (2.5%),Ukraine (1.9%) dan China (1.7%). Walau bagaimanapun di seluruh dunia usaha pencarian lombong-lombong baru uranium giat dijalankan bagi memenuhi permintaan yang dijangka bertambah pada masa hadapan.


Selain itu, uranium yang telah digunakan boleh dikitar dan digunakan semula.
22. Adakah aktiviti perlombongan uranium boleh menjejaskan alam sekitar?
Benar, semua aktiviti perlombongan yang tidak dipantau akan menjejaskan alam sekitar. Perhatian dan tindakan daripada pihak berkuasa bagi memantau aktiviti perlombongan sumber bahan mineral termasuk uranium, arang batu dan bahan-bahan lain adalah amat diperlukan dalam perkara ini.
23. Adakah keselamatan (safety) penggunaan tenaga nuklear terjamin?


Tidak. Semua loji jana kuasa elektrik tidak sepenuhnya selamat. Namun, kajian oleh pelbagai pihak telah membuktikan bahawa operasi loji-loji jana kuasa nuklear pada amnya adalah jauh lebih selamat daripada pendedahan manusia kepada sumber sinaran dan keradioaktifan semula jadi dan buatan manusiayang lain. Contohnya, dedahan yang diterima semasa proses sinar-X perubatan adalah 2000 kali lebih tinggi daripada dedahan yang diterima oleh seseorang yang tinggal berhampiran dengan loji kuasa nuklear. Graf di bawah menunjukkan perbandingan dedahan yang berkaitan.


24. Apakah perbandingan kemalangan jiwa bagi sumber tenaga nuklear berbanding sumber tenaga lain di dunia?


Walaupun telah berlaku beberapa kemalangan serius di loji-loji jana kuasa serta loji-loji pemprosesan bahan api nuklear pada masa lalu, khususnya kemalangan di Chernobyl, Ukraine, pada 1986, di Three Mile Island, Pennsylvania, Amerika Syarikat, pada 1979, dan di Windscale(Sellafield sekarang), United Kingdom pada 1957, hanya kemalangan di Chernobyl yang mengakibatkan kemalangan jiwa pekerja dan orang awam, di samping kemalangan jiwa pekerja dalam kemalangan di loji pemprosesan bahan api nuklear di Tokaimura, Jepun, pada 1999 dan di Khysthm, Russia, pada 1957. Jika dibandingkan dengan industri dan aktiviti manusia dalam bidang lain, secara keseluruhannya, bilangan kemalangan nuklear adalah jauh lebih kecil, walau pun kesan sesuatu kemalangan nuklear mungkin lebih besar dan serius.

Perbandingan Kemalangan Jiwa Dalam Kemudahan Sektor Tenaga Di Dunia


Mengikut Sumber Tenaga Pada Tahun 1970 Hingga 1992
(Sumber: University of East Anglia; Paul Scherrer Institut
dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)


25. Adakah loji jana kuasa nuklear selamat daripada bencana alam sekitar?
Ya, loji-loji jana kuasa nuklear telah terbukti selamat daripada bencana alam. Ini adalah kerana sebelum sesebuah loji jana kuasa nuklear didirikan, data tentang pelbagai aspek ciri tapak tersebut dikumpul dan dianalisis bagi mengkaji kesesuaiannya sebagai tapak loji jana kuasa nuklear. Sesuatu tapak loji yang telah dipilih itu perlu dibuktikan selamat untuk selama 100 tahun ke hadapan dengan membuktikan yang tapak berkenaan selamat selama 100 tahun ke belakang.


Untuk tujuan ini, data tentang pelbagai aspek ciri berikut diperlukan bagi mengkaji kesesuaiannya sebagai tapak loji jana kuasa nuklear, iaitu:

i. ciri-ciri demografi
termasuk taburan penduduk persekitaran, corak penggunaan tanah, sumber makanan penduduk, seperti sayur-sayuran, buah-buahan, makanan laut, daging, produk tenusu, penggunaan air bawah tanah, dan sumber pendapatan serta pekerjaan;

ii. ciri-ciri meteorologi
termasuk arah aliran dan corak pengalihan udara, ciri-ciri penyebaran atmosfera serta mikroiklim, kejadian meteorologi terdahulu yang ekstrem, seperti ribut, taufan, penyonsangan atmosfera, kabus tebal (stagnation weather) dan kesan lain;

iii. ciri-ciri seismik dan tektonik
termasuk kompilasi katalog sejarah gempa bumi meliputi kawasan sehingga 300 kilometer sekeliling, aktiviti volkanik, seperti penerobosan bahan volkanik ke permukaan bumi, seperti di Kampung Batu Hitam, Kuantan, Pahang;

iv. ciri-ciri geologi dan geoteknik
termasuk keadaan batuan asas (base rock) serta kesan peluluhawaan (weathering) terhadapnya, dan amplikasi pergerakan seismik;

v. ciri-ciri geomorfologi dan oseanografi
termasuk tindakan oseanografi normal dan ekstrem, pergerakan angin, ombak, tsunami, pasang surut arus laut, kesan-kesan litoral atau pesisir pantai, serta geomorfologi pantai atau evolusi bentuk pantai, dan profil kedalaman pesisiran (coastal bathymetry);

vi. ciri-ciri hidrogeologi dan hidrologi
termasuk ciri geokimia dan geofizik, sejarah banjir sungai dan pasang-surut air laut, sifat hidrolik bagi bahan-bahan sub-permukaan, keseimbangan hidrologi, perbandingan di antara arus sungai dan hujan, penyejatan (evapo-transpiration), kondensasi atau pemeluwapan, larian permukaan (surface runoff), penyerapan hujan (precipitation infiltration) dalam batuan merekah dan terluluhawa, ciri-ciri sistem akuifer di kawasan sekeliling dan arus serta potensi kegunaan sumber air bawah tanah;

vii. ciri-ciri alam sekitar dan ekologi
termasuk pencirian flora, fauna, hidupan akuatik, pergerakan spesis migrasi, seperti burung, dan kesan pembinaan loji nuklear terhadapnya; dan,

viii. ciri-ciri aktiviti manusia
termasuk pengenalpastian sumber-sumber potensi aktiviti manusia terhadap keselamatan loji nuklear, seperti aktiviti industri gas dan minyak, ketenteraan, lapangan terbang, struktur empangan, saluran paip, dan sistem pengangkutan darat, laut dan udara yang mungkin berbahaya kepada loji nuklear.
26. Adakah loji kuasa nuklear memerlukan air yang banyak?


Tidak, jumlah air yang digunakan adalah sama dengan loji jana kuasa lain. Secara umum, loji kuasa nuklear ditempatkan berhampiran pantai bagi membolehkan air laut digunakan bagi tujuan penyejukan.
27. Adakah loji kuasa nuklear pada masa ini boleh digunakan bagi aktiviti selain daripada penjanaan kuasa elektrik?


Secara am, loji kuasa nuklear hanya boleh digunakan bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik kerana ia akan sentiasa dipantau oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) melalui aktiviti safeguard dan tertakluk kepada Perjanjian Ketakcambahan (NPT). Walau bagaimanapun terdapat loji kuasa nuklear yang tidak tertakluk kepada NPT dan boleh digunakan bagi tujuan ketenteraan.
28. Selain menghasilkan tenaga elektrik, adakah teknologi nuklear dapat digunakan untuk tujuan lain?


Selain daripada menghasilkan tenaga elektrik, loji-loji kuasa nuklear generasi keempat ini mampu menghasilkan hidrogen cecair yang boleh diedarkan melalui sistem paip untuk digunakan sebagai bahan api gantian petroleum bagi sektor pengangkutan, industri, domestik, komersial dan juga sektor-sektor lain. Hidrogen cecair ini juga boleh digunakan sebagai bahan dinginan kriogenik (cryogenic coolant) untuk talian penghantaran elektrik berkeupayaan tinggi yang berasaskan superkonduktor.
29. Apakah tahap penggunaan tenaga nuklear di Malaysia dan apakah bidang-bidang dan perbandingan ...


Penggunaan tenaga nuklear di Malaysia selama ini hanya tertumpu untuk tujuan keamanan, dalam bidang-bidang yang selain daripada penjanaan kuasa elektrik, khususnya dalam bidang-bidang perubatan, perindustrian, pertanian dan pemeliharaan alam sekitar. Penggunaan seperti ini adalah lazim bagi kebanyakan negara membangun dan adalah berbeza daripada negara-negara maju yang lebih tertumpu kepada penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan kuasa elektrik.
30. Adakah projek tenaga nuklear dapat menampung kenaikan harga minyak dan gas yang bertambah mahal?


Projek tenaga nuklear bukan bertujuan untuk menampung kenaikan harga minyak dan gas yang bertambah mahal tetapi sebagai alternatif kepada penjanaan sumber tenaga elektrik. Ini adalah bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap sumber minyak dan gas untuk penjanaan tenaga elektrik.
31. Bagaimanakah penerimaan masyarakat terhadap penggunaan tenaga nuklear di Malaysia?


Penerimaan masyarakat Malaysia secara umumnya adalah sangat rendah. Namun, jika rakyat Malaysia diberi maklumat yang jelas mengenai kebaikan tenaga nuklear, sentimen negatif rakyat terhadap penggunaan nuklear dapat dikikis. Oleh itu, kerajaan tidak ada masalah untuk melaksanakan penggunaan tenaga nuklear pada masa hadapan.
32. Bagi rantau Asia Tenggara, negara manakah yang mempunyai perancangan untuk membina ...


Di kalangan negara-negara di Asia Tenggara, Indonesia telah mengambil keputusan untuk membina 4 buah loji jana kuasa nuklear dengan jumlah keupayaan 4,000 MWe menjelang tahun 2016, sementara Vietnam akan membina 2 buah loji kuasa nuklear dengan jumlah keupayaan 2,000 MWe menjelang tahun 2018, dan Thailand akan membina 2 buah loji kuasa nuklear dengan keupayaan 2,000 MWe menjelang tahun 2021.
33. Dari segi ekonomi, adakah Malaysia sudah bersedia untuk melaksanakan program kuasa nuklear?


Tahap pembangunan ekonomi dan industri negara difikirkan telah berada pada tahap yang sesuai dengan tahap dijangka akan membolehkan penyerapan teknologi dan keupayaan yang perlu dibangunkan, berdasarkan kepada kedudukan Malaysia berbanding dengan negara-negara lain yang telah terlebih dahulu melaksanakan program penjanaan kuasa nuklear.


34. Adakah Malaysia bersedia ke arah penggunaan tenaga nuklear dari segi pembangunan modal insan?


Ya, beberapa langkah bagi memantapkan pembangunan modal insan telahpun dilakukan, di mana seramai 322 Pegawai Penyelidik yang terlatih dalam pelbagai bidang teknologi nuklear dan juga teknologi yang berkaitan.


Selain daripada itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah merancang dan melaksanakan pelbagai program dengan kerjasama agensi-agensi kebangsaan dan antarabangsa yang lain. Program-program ini termasuk dalam aspek-aspek berikut:

i. Mendapatkan kerjasama luar untuk mengadakan latihan dalaman mengenai kuasa nuklear; iaitu latihan asas sehingga peringkat pakar, secara berperingkat untuk kakitangan terbabit sebagai persediaan negara untuk membangunkan loji jana kuasa nuklear di masa hadapan;

ii. Menghantar kakitangan terbabit untuk latihan luaran yang dianjurkan oleh negara-negara lain yang mempunyai loji kuasa nuklear dan badan-badan antarabangsa yang berkaitan seperti Agensi Tenaga Atom Antarabagsa (IAEA), Forum Kerjasama Nuklear di Asia (FNCA) dan Perjanjian Kerjasama Serantau bagi Penyelidikan, Pembangunan dan Latihan berkaitan dengan Sains dan Teknologi Nuklear di Asia dan Pasifik (RCA);

iii. Mendapatkan kerjasama luar untuk kursus kuasa nuklear berkumpulan dalam Malaysia dan tempat untuk latihan individu jangka sederhana dan panjang di luar negara; dan,

iv. Mencadangkan bidang pengajian sains dan kejuruteraan nuklear diwujudkan di Institut Pengajian Tinggi Malaysia, menyediakan draf struktur kursus ijazah bidang kuasa nuklear, mengkaji serta menyediakan rangka dan mata pelajaran bagi kursus ijazah, profesional dan separa profesional berkenaan dengan kuasa nuklear, dan akhir sekali menyenaraikan tenaga pengajar pakar dalam bidang ini dari seluruh dunia. Pada tahun 2007, Senat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah membuat keputusan untuk menubuhkan Fakulti Sains dan Kejuruteraan Nuklear dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bercadang untuk menawarkan bidang kejuruteraan nuklear pada peringkat sarjana. 



Sehubungan dengan itu kedua-dua universiti tersebut telah meminta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk membantu merancang kursus ijazah kuasa nuklear dan mengkaji serta menyenaraikan mata pelajaran yang sesuai dan mendapatkan khidmat tenaga pengajar di kalangan pakar dari seluruh dunia untuk bidang sains dan kejuruteraan nuklear. Setelah itu, timbul minat institusi-institusi pengajian tinggi tempatan lain untuk memulakan kursus pengajian sains dan kejuruteraan nuklear di universiti mereka.
35. Adakah perlaksanaan penggunaan tenaga nuklear di Malaysia akan ditentang oleh pihak-pihak tertentu ...


Tidak. Malaysia melaksanakan program tenaga nuklear untuk tujuan bekalan kuasa elektrik, kerana Malaysia bukan sahaja telah menandatangani triti dan perjanjian yang membuktikan bahawa negara ini telah menolak sama sekali sebarang hasrat untuk membangunkan senjata nuklear, tetapi juga telah mempelopori inisiatif antarabangsa untuk mengharamkan pembangunan, pemilikan atau pun penggunaan senjata nuklear oleh semua pihak. Amerika Syarikat, Persekutuaan Rusia, Perancis, China, Kanada, Argentina dan Brazil telah menjalin kerjasama dua hala bagi membantu Malaysia membangunkan keupayaan untuk melaksanakan program penjanaan tenaga nuklear kelak, terutamanya dari segi pembangunan modal insan dan kepakaran berkenaan.




www.rencahmalaysia.blogspot.com