Mar 2, 2010

Terdapat 10 MP PKR yang dikatakan akan meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan ANuwar Aljuburi... Pembangkang kata Umno beli... Pembangkang boleh cakap yang dia suka... tetapi yang meninggalkan PKR sebelum ini bukanlah seorang dua.. tetapi dah beratus ramainya...

Dari Ezam sampailah kepada Tan Tee Beng... ramai dah tu... Semua yang keluar ialah pendokong 'totok' reformasi yang berjuang bersama ANuwar sewaktu masa dahulu... orang yang percaya perjuangan Anuwar ... jadi bagaimana mereka boleh berubah hai sekelip mata dalam keadaan Pakatan Kuat dan PKR menjadi teraju... Jawapannya mudah kerana mereka rasa tertipu dengan Anuwar Aljuburi...

Strategi PKR bagi membunuh politik mereka pula dengan mendakwa UMNO membeli pemimpin ini... ianya hanya tuduhan niat jahat pemimpin Pakatan dan kroni mereka.. hakikatnya apa yang berlaku ialah masalah dalaman berlaku dalam PKR sangat teruk... semua pemimpin atasan sedang berebut kuasa.. ANuwar pula si tongong boneka DAP tak dapat mengawal dan 'favour' kepada beberapa pemimpin....

berikut ialah 10 MP PKR yang dikatakan akan meninggalkan PKR:

1. Zulkifli Noordin - Kulim-Bandar Baharu
2. Azan Ismail - Indera Mahkota
3. Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
4. Amran bin Ab Ghani - Tanah Merah
5. Ab Aziz Ab Kadir - Ketereh
6. Ahmad bin Kassim - Kuala Kedah
7. Rashid bin Din - Merbok
8. Zainal Abidin Ahmad - Hulu Selangor
9. Kamarul Bahrin Abbas - Teluk Kemang
10. Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Senarai nama ini sebenarnya diambil dari blog pembangkang Manjung Mari ni.. betul atau tidak ini hanya spekulasi semata-mata, kita tunggu tengok la dulu. Cuma kita harap sesangat lah, jangan ada pimpinan Pakatan yang menggelarkan mereka mereka ni sampah semata mata nak sedapkan hati penyokong saja dan sekaligus menutup kelemahan sendiri dalam pengurusan ahli.

Buktikan bahawa lompatan mereka mereka adalah disebabkan oleh ketidakcekapan dan ketidakupayaan pemimpin PKR sendiri mendokong perjuangan parti. Perlu telus dalam kenyataan bukan sekadar melepas diri dari tanggungjawab.

APa lagi... jom keluar beramai-ramai dari PKR!!!

dipetik daripada sini 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Penjelasan tentang isu Qazaf yang telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah

Penjelasan tentang isu Qazaf yang telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah telah diedarkan oleh Blog Ustaz Moden (klik sini) dan diharap saudara/i dapat menyebarkannya seluas mungkin penjelasan ini.

Memandangkan Suara keadilan edisi 19 - 26 Jan 2010 halaman 6 -7 telah menyentuh tentang isu qazaf dengan menyiarkan tajuk" Mahkamah Tinggi Syariah perlu bicara kes qazaf saiful" maka di sini kita kita perlu menyebarkan jawapan balas terhadap artikel tersebut.

Dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan qazaf HANYA dikenakan ke atas seseorang yang TIDAK TERLIBAT dalam perbuatan zina atau liwat, yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau liwat.

Justeru dalam hal ini Saiful adalah mangsa dan jelas TERLIBAT dalam kes liwat ini.

Maka akta di atas tidak dapat dikenakan terhadap Saiful kerana beliau adalah mangsa liwat dan bukan pihak ketiga yang langsung tidak ada kena mengena dengan kes tersebut.

Harap kerjasama tuan/puan untuk menyebarkan penjelasan ini..

Terima kasih.


Soalan 1 : Apakah pengertian qazaf?

Jawapan : Para ulama berbeza pendapat dalam mendefinisikan qazaf seperti berikut:

i. Menurut Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan pegangan dua murid kanan Imam Abu Hanifah¹, iaitu Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina atau liwat'².

ii. Pada pandangan Imam Abu Hanifah, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina sahaja'³. Justeru, menurut beliau, perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat, tidak boleh dikenakan hukuman qazaf ⁴. Hukumannya ialah ta’zir⁵.

Soalan 2 : Adakah seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, boleh dikenakan hukuman qazaf?
Jawapan : Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, TIDAK BOLEH dikenakan hukuman qazaf apabila dia dapat membawa empat orang saksi⁶. Dalam keadaan ini, hukuman hudud akan dijatuhkan ke atas perogol atau peliwat⁷, bukannya pengadu.

Soalan 3 : Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan rogol atau liwat, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, adakah akan dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, hendaklah dilihat :

i. Jika dia tidak dapat membawa sebarang bukti⁸ yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, dia akan dikenakan hukuman qazaf kerana telah menuduh orang lain berzina atau meliwat tanpa sebarang bukti.
Firman Allah⁹, “Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik”.

ii. Jika dia membawa bukti yang menunjukkan berlakunya kejadian rogol atau liwat, dia akan dibebaskan dan tidak dikenakan hukuman qazaf¹⁰.

Soalan 4 : adakah ini bermakna seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, tanpa membawa empat orang saksi, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf?
Jawapan : Ya. Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf walau pun gagal membawa empat orang saksi.

Berdasarkan keterangan ulama, boleh disimpulkan, setiap aduan rogol atau liwat perlu melalui proses berikut:

i. Pihak berkuasa perlu mengumpul bukti-bukti yang menunjukkan mangsa betul-betul dirogol atau diliwat;

ii. Apabila terdapat bukti yang menunjukkan pengadu memang dirogol atau diliwat, pengadu akan dibebaskan tanpa dikenakan sebarang hukuman¹¹;

iii. Jika pengadu tidak mampu mengemukakan sebarang bukti, atau pihak berkuasa tidak menemui apa-apa bukti yang menunjukkan pengadu betul-betul dirogol atau diliwat, pengadu boleh dikenakan hukuman qazaf. Ini kerana pengadu tersebut telah menuduh seseorang melakukan zina atau liwat tanpa sebarang bukti.

Dalil kenyataan-kenyataan di atas ialah keterangan Imam Abd al-Bar. Beliau menyatakan:
Para ulama telah berijma’¹² bahawa perogol [dikenakan]¹³ keatasnya [hukuman] hudud jika terdapat bukti yang mensabitkan [hukuman] hudud [ke atasnya]¹⁴ atau dia mengakuinya¹⁵. Jika tidak ada [bukti yang boleh mensabitkan hukuman hudud], maka [dikenakan] ke atasnya¹⁶ hukuman¹⁷ dan tiada sebarang hukuman ke atasnya¹⁸ apabila terbukti bahawa dia¹⁹ memaksa dan mendesaknya²⁰ [melakukan zina tanpa kerelaannya]. [Wujudnya paksaan melakukan zina] itu diketahui dengan [adanya kedengaran] tempikan [mangsa], [suaranya] meminta pertolongan dan jeritannya, serta [diketahui wujudnya paksaan melakukan zina apabila dikenal pasti] dia seorang gadis, yang boleh diketahui melalui darahnya²¹ dan seumapanya yang boleh menerangkan keadaannya [bahawa dia dipaksa]²² ...Kami tidak mengetahui [wujudnya] sebarang khilaf²³ di kalangan ulama bahawa [wanita] yang dipaksa [melakukan zina] tiada [sebarang hukuman] hudud²⁴ [dikenakan] ke atasnya apabila terbukti [wujudnya] paksaan [keatas] nya dengan [bukti-bukti seperti yang] kami sebutkan dan [yang] seumpamanya”

Soalan 5 : Apakah bukti yang boleh digunakan bagi menunjukkan berlakunya jenayah rogol atau liwat?

Jawapan : Seperti yang disebutkan oleh sesetengah ulama zaman silam²⁵, bukti tersebut seperti:

i. Mangsa datang melapor kes rogol atau liwat sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan kemaluannya berdarah jika dia seorang gadis;

ii. Mangsa didengari berteriak meminta tolong; atau

iii. Tertuduh dilihat membawa masuk mangsa ke dalam rumahnya²⁶ secara paksa.
Pada zaman sekarang, kajian saintifik boleh digunakan sebagai bukti kes rogol atau liwat seperti laporan perubatan, ujian DNA, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan sebagainya.

Soalan 6 : Apakah dalil yang menunjukkan bahawa mangsa rogol atau liwat, tidak dikenakan hukuman qazaf bila menuduh seseorang merogol atau meliwatnya dengan membawa bukti seperti yang dinyatakan?²⁷.
Jawapan : Dalilnya iala keterangan Imam al-Baji²⁸. Beliau berkata :
“Jika kedua-dua³⁰ orang [saksi] tidak melihatnya³¹ dipaksa [melakukan persetubuhan] dan [tidak juga menyatakan] kemungkinan dia dipaksa [melakukan persetubuhan]³², tetapi dia datang [kepada pihak berkuasa] sambil berpaut padanya³³ dalam keadaan berdarah³⁴ jika dia [seorang] gadis, atau [datang sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan] tidak berdarah jika dia seorang janda... maka dalam kitab Ibn al-Mawaz [yang memetik] daripada Abdul Malik dan [ulama-ulama] selainnya, [dinyatakan bahawa] “dia tidak dikenakan [hukuman] hudud³⁵ disebabkan tuduhannya ke atasnya³⁶”.

Soalan 7 : Jika mangsa rogol atau liwat tidak mampu mendatangkan empat orang saksi, tetapi dapat membawa bukti-bukti seperti yang dinyatakan³⁷, bagaimana dengan tertuduh?
Jawapan : Jika mangsa dapat mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, tertuduh dikenakan hukuman seperti berikut:

i. Membayar wang dalam jumlah yang sama dengan mas kahwin semasa kepada mangsa³⁸. Hukuman ini dikenakan dengan dua syarat, iaitu terdapat saksi yang melihat tanda-tanda berlakunya jenayah rogol atau liwat³⁹; dan mangsa bersumpah bahawa dia telah dirogol⁴⁰.

ii. Hakim boleh mengenakan hukuman ta’zir-iaitu hukuman yang diserahkan kepada budi bicara hakim-ke atas tertuduh seperti hukuman denda, penjara, sebat, buang daerah dan sebagainya.

iii. Hukuman ta’zir wajib dikenakan ke atas setiap individu yang melakukan maksiat yang tidak ditentukan hukumannya oleh syarak⁴¹.

[PERBICARAAN KES QAZAF MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN UNDANG-UNDANG SYARIAH MALAYSIA]

Soalan 8 : Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mahkamah manakah yang mempunyai kuasa membicarakan kes rogol atau liwat?
Jawapan : Menurut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, kes yang tidak melibatkan Undang-undang Keluarga Islam, dan kes tersebut berada di bawah kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, mahkamah yang berhak membicarakannya ialah mahkamah sivi atau jenayah, bukannya Mahkamah Syariah.

Soalan 9 : Mengikut Undang-Undang Syariah di Malaysia, adakah mangsa yang mengadu dirogol atau diliwat, akan dikenakan hukuman qazaf apabila gagal membawa empat orang saksi?
Jawapan : Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan qazaf HANYA dikenakan ke atas seseorang yang TIDAK TERLIBAT dalam perbuatan zina atau liwat, yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau liwat.

Ini bermakna, akta ini tidak merangkumi mangsa atau orang yang melakukan zina atau liwat itu sendiri, yang mendakwa perogol merogolnya atau menyatakan pasanganya melakukan zina dengannya.
______________________________________

1. Iaitu pengasas Mazhab Hanafi

2. Majid Muhammad (1997), al-Hudud Fi al-Fiqh al-Islami, Kuwait: Maktabah al-Falah, hlm 75

3. Ibid

4. Humana qazaf iaah 80 kali sebatan

5. Ta’zir ialah hukuman yang dijatuhkan berdasarkan budi bicara hakim. Lihat al-Zuhayli, Wahbah (1989), al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, cetakan ketiga, Damsyiq : Dar al-Fikr, jld 6 hlm 18.

6. Iaitu empat orang saksi yang menyaksikan kejadian rogol atau liwat.

7. Menurut pandangan Imam Abu Hanifah, peliwat hanya akan dikenakan hukuman ta’zir, bukannya hukum hudud. Lihat Ibn al-Hamam, Kamaluddin Muhammad Ibn Abdul wahid, Fath al-Qadir, Damsyiq : Matba’ah Mustafa al-Hilabi, Jld.5, hlm. 263

8. Contoh-contoh bukti yang boleh digunakan akan dinyatakan selepas ini.

9. Surah an-Nur :4

10. Dalil kepada kenyataan ini akan dinyatakan pada halaman berikutnya.

11. Dalam keadaan ini, yang dikenakan hukuman ialah tertuduh seperti yang akan dijelaskan.

12. Ijma’ ialah “persepakatan para mujtahidin dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w setelah kewafatan baginda s.a.w, dalam mana-mana zaman, berkenaan sesuatu hukum syarak”. Lihat al-Zuhayli, wahbah (1986), Usul al-Fiqh al-Islami, Damsyiq : Dar al-Fikr, Jld. 1, hlm 490.

13. Perkataan dalam [ ] adalah tambahan penulis bagi menerangkan maksud asal teks.

14. Iaitu empat orang saksi yang melihat dengan jelas kejadian rogol tersebut seperti melihat pen dimasukkan ke dalam tudungnya. Apabila wujud saksi seperti ini, progol dikenakan hukuman hudud.

15. Yakni mengakui bahawa dia merogol. Pengakuan tertuduh dianggap bukti yang boleh dijatuhi hukuman hudud.

16. Iaitu tertuduh.

17. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa seseorang yang dituduh merogol tetap akan dihukum apabila terdapat bukti. Jika bukti yang ada adalah selain daripada empat orang saksi-akan dinyatakan selepas ini-, tertuduh dikenakan hukuman ta’zir. Dengan ini, dapat difahami, dalam kes rogol, empat orang saksi diperlukan bagi mensabitkan hukuman hudud ke atas perogol. Tetapi bagi membebaskan mangsa rogol dari hukuman qazaf, empat orang saksi tidak diperlukan. Yang diperlukan hanyalah bukti-bukti yang akan disebut selepas ini-yang menunjukkan berlakunya kes rogol.

18. Iaitu mangsa rogol yang mengadu kes rogol.

19. Iaitu tertuduh.

20. Iaitu pengadu.

21. Iaitu darah yang keluar dari kemaluannya akibat dirogol.

22. Keterangan Imam Abd a-Bar ini bermakna bukti-bukti yang menunjukkan seseorang pengadu dirogol, tidak terhad kepada apa yang dinyatakan dalam teks di atas.

23. Perselisihan pandangan.

24. Samada hukuman zina atau qazaf.

25. Iaitu Imam al-Baji dalam kitabnya al-Muntaqa Syarh Muwatto’ Imam Malik seperti yang akan dinyatakan dan Imam Abd al-Bar dalam kitabnya al-Istizkar seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

26. Iaitu rumah tertuduh

27. Lihat jawapan bagi Soalan 5

28. Beliau merupakan ulama dari Mazhab Maliki.

29. Al-Baji, Sulaiman Ibn Khalaf (1999), al-Muntaqa Syarh Muwatto’ Malik, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Jld 4 hlm. 21.

30. Imam al-Baji menyebut ‘kedua-dua saksi’ kerana sebelum petikan di atas beliau memperkatakan tentang wanita yang mendakwa dirogol tanpa membawa empat orang saksi. Maka ‘dua orang saksi’ diambil sebagai contoh bagi saksi yang kurang daripada empat orang.

31. Iaitu wanita yang mendakwa dirogol.

32. Maksudnya saksi tidak memberikan sebarang keterangan yang menunjukkan kemungkinan mangsa dirogol seperti melihat mangsa dilarikan, mangsa dikasiri tertuduh dan sebagainya.

33. Iaitu pada tertuduh

34. Maksudnya dalam keadaan kemaluannya berdarah.

35. Iaitu hukuman qazaf.

36. Iaitu tertuduh

37. Lihat jawapan bagi soalan 5.

38. Dalam menentukan kadar semasa mas kahwin hendaklah dilihat kepada status, pendidikan, tempat tinggal mangsa dan sebagainya.

39. Seperti tertuduh dilihat membawa mangsa masuk ke dalam rumanya secara paksa seperti yang dinyatakan.

40. Al-Baji (1992), op.cit, jld 4, hlm 21.

41. Zaydan, Abdul karim (1992), Usul ad-Da’wah, Baghdad : Maktabah al-Quds, hlm. 293





Sumber asal daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)



www.rencahmalaysia.blogspot.com

Feb 22, 2010

FACEBOOK PAPAGOMO DAN SAIFUL DI HACK!

Bukti Papagomo dan Saiful kaki fitnah

Rasanya dah ramai orang kenal cybertrooper UMNGOK yang sekor nih si papagomo, kali ni CiLiK© nak tunjukkan bukti si papagomo ni memang kaki fitnah, selalu timbulkan isu yang bukan-bukan untuk mengelirukan rakyat, lebih-lebih lagi pembaca blog dia.Korang yang sokong papagomo ni kalau tak nampak jugak fitnah dia CiLiK© tak tahulah kalau nak terus jadi buta terpulanglah. Kita sampaikanlah apa yang benar, yang tak benar jangan direka-reka. Kita mencari kebenaran bukan kontroversi. Korang dah sedia maklum kan betapa besarnya dosa fitnah? Kalau rasa hebat sangat nak lawan kuasa Allah nak tunjuk kuat dengan Allah, dipersilakan..... taburlah fitnah sesuka hatimu.....



Kat bawah ni CiLiK© tunjukkan screenshot perbualan Saiful dengan papagomo di facebook. Sila klik untuk membesarkan image.Diorang ni bukan kira Halal haram pahala dosa, main bedal semacam je.....







Nuffnang Ads













Mungkin korang pelik kan macam mane cilik boleh dapat screenshot perbualan Saiful Bukhari Azlan ni dengan papagomo betul tak? Kalau dah nama penipu pemfitnah, macam-macam cara Allah akan bukakan aib. Nak tahu macam mana dapat screenshot? Ok klik sini


Dipetik dari sini 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

p.s

kalau FB dah kena hack tentunya komen2 tersebut pun boleh jadi diada-adakan. 

Feb 19, 2010

LIM GUAN ENG MENIPU LAGI?: KES PERUNTUKAN ISLAM DI PULAU PINANG

Malay Feb 18.JPG

PostHeaderIcon Peruntukan Islam: Guan Eng Sembunyi Fakta


nb

Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa menyembunyikan fakta sebenar di sebalik dakwaan kononnya kerajaan negeri memperuntukkan RM24.3 juta untuk pembangunan hal ehwal umat Islam di Pulau Pinang pada tahun ini.


Ini kerana, jumlah sebenar peruntukan yang disediakan bagi tujuan itu didakwa hanyalah RM11 juta, lebih rendah berbanding RM12.2 juta yang diberi ketika era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008.

Pengerusi Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohd. Yussoff Hamid ketika membuat pendedahan itu berkata, peruntukan RM24.3 juta yang dinyatakan kerajaan negeri sebenarnya turut merangkumi perbelanjaan tahunan bagi kos pengurusan agensi agama Islam.

''Bajet pengurusan berjumlah RM13 juta adalah bajet mengurus yang diperuntukkan secara tahunan untuk membayar emolumen termasuk gaji kakitangan agensi di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Islam.
''Jadi, jika ditolak (RM13 juta) daripada RM24 juta, peruntukan sebenar hanyalah RM11 juta. Nampaknya, fakta-fakta yang diberikan tidak jelas malah menimbulkan keraguan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Guan Eng yang kini berdepan kritikan kerana didakwa meminggirkan nasib orang Melayu dan Islam berusaha memulihkan imej kepimpinannya dengan mendedahkan kepada umum peruntukan bagi pembangunan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP itu dalam ucapan dan siri ceramah pakatan pembangkang berkali-kali mempertahankan pentadbirannya yang didakwa lebih peka terhadap pembangunan umat Islam berbanding pentadbiran BN sebelum ini.

Kerajaan negeri turut menaikkan sepanduk dan kain-kain rentang sekitar negeri ini tertera peruntukan RM24.3 juta pada tahun ini yang didakwa meningkat sekali ganda berbanding RM12.2 juta ketika era pemerintahan BN pada tahun 2008

dipetik daripada sini 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Feb 10, 2010

Pelajar Melayu Koma kemalangan dengan ADUN Sekinchan Ng Sue Lim : Mana Keadilan untuk Pelajar Melayu tersebut!

Adun Sekinchan Ng Sue Lim mabuk dan langgar pelajar Melayu ?

Dia minta keadilan untuk TBH, tapi siapa nak minta keadilan untuk budak Melayu
yang dia langgar lari semasa dalam keadaan mabuk tu? Siapa nak tolong? Ronnie Liu?


ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim, sedang disiasat polis berkaitan dengan satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Universiti Industri Selangor (Unisel) Seksyen 7, Shah Alam pada 12.30 pagi, 8 Februari 2010.

Menurut sumber, kemalangan yang berlaku pada tengah malam itu membabitkan seorang pelajar universiti tempatan. Pelajar Melayu tersebut dalam keadaan koma sekarang. Sehingga petang tadi belum ada laporan dibuat oleh pihak keluarga mangsa terbabit. Manakala Ng Sue Lim dikatakan telah membuat laporan dan menyalahkan pelajar terbabit.

Seorang saksi yang memberi maklumat menyatakan YB Ng Sue Lim mungkin berada dalam keadaan mabuk berikutan kesan bau arak yang cukup kuat ketika bercakap di tempat kejadian dan ketika membuat laporan polis.

Bagaimanapun terdapat tanda tanya mengapa Polis Seksyen 11, Shah Alam yang menerima laporan tidak mengarahkan wakil rakyat DAP itu menjalani ujian alkohol serta-merta.

www.selangordaily.com

Komen PB

PB harap pihak polis Selangor di Seksyen 11 Shah Alam jalankan siasatan ini telus dan adil . Jangan takut dan tunduk kepada tekanan oleh Pakatan Rasuah Selangor ini bagi mempertahankan pemimpin mereka yang sudah melakukan kesalahan undang2 ini . Pemimpin2 DAP yang chauvinist sepert ini tidak harus kita lindungi atau diberi muka undang-undang.

Buat pimpinan UMNO SELANGOR di atas sana , kenapa tak reti-reti lagi ke membela nasib pelajar Melayu yang koma ini ?? Tak kan nak tunggu arahan Najib kot baru nak pergi melawat keluarga ini . Datuk Noh , Ketua2 Bahagian UMNO Selangor mana pi ?? Kata sudah jadi UMNO Juara Rakyat ??? 

Kepada Pakatan Rakyat pulak terutama PAS, mereka ini memang tidak akan melakukan pembelaan terhadap nasib malang pelajar Melayu ini kerana mereka hanya membela jika ada political milleage terhadap parti mereka . Tambahan lagi , ada pulak penyokong mereka cakap kita hanya membela Islam sahaja bukan bangsa Melayu .

PB juga setuju denga pandangan rakan blogger Pisau bahawa bayangkan lah jika yang dilanggar itu seorang pelajar berbangsa cina atau india,dan yang melanggar itu seorang Adun dari BN,apa akan terjadi? Pasti melompat punya puak2 chauvinist DAP dan beberapa pemimpin PKR dan PAS akan bising satu Malaysia mendesak Adun BN itu meletakkan jawatan .

Jadikan kes Teoh Beck hock sebagai contoh cukup la bagaimana sikap puak-puak berfikiran komunis dan chavinist ini menuduh SPRM bersalah sampai sanggup tunjuk perasaan dan dijadikan isu politik mereka . Ini kes sekarang Adun DAP langgar pelajar Melayu sapa nak bela ?? Awal2 lagi mereka dah salahkan pelajar Melayu ini .

Itu pun ada lagi Melayu dalam Pakatan yang masih lagi buta dan mengagungkan DAP chauvinis dan ultra kiasu ini . Mati hidup semula pun DAP tak kan tolong bela Melayu !!

dipetik daripada pejuangbangsa 

www.rencahmalaysia.blogspot.com