Nov 21, 2008

Abdul Razak Baginda: Kenyataan pertama kepada Media

Razak Baginda: Henti fitnah Najib


Oleh TAN MING WAI
21 November 2008

PENAMPILAN PERTAMA... Abdul Razak Baginda memberikan sidang akhbar pertamanya sejak dibebaskan bagi menjelaskan pelbagai perkara berhubung kes Altantuya di Hotel Maya, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dalam penampilan pertamanya sejak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu meminta semua pihak berhenti menyebar fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isteri.
Pada sidang akhbarnya di Hotel Maya di sini hari ini, beliau berkata, dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor mengenali atau pernah menemui Altantuya adalah tidak benar.

“Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isterinya. Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti.


“Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran. Hari ini saya ingin jelaskan seperti mana keterangan saya kepada polis, Najib tidak terlibat,” katanya pada sidang akhbar selama hampir 45 minit itu yang sesak dengan wakil media tempatan serta asing.
Sebelum sesi soal jawab, Abdul Razak turut membaca dan mengedarkan kenyataan akhbar tiga muka surat kepada pihak media.

Hadir menemani Abdul Razak ialah bapanya, Datuk Abdullah Malim Baginda dan tiga peguamnya, Avtaran Singh, Rozana Abdullah dan Alex Tan.

Abdul Razak, 48, menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan Najib yang dikenalinya sejak awal tahun 1990-an.

Jelasnya, sejak dibebaskan baru-baru ini, beliau tidak pernah bertemu, bercakap atau berhubung sama ada dalam bentuk perbualan, penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun e-mel dengan Najib.

“Saya kenal Najib secara profesional sebelum kemudiannya secara peribadi. Tetapi ada yang mendakwa saya ialah pembantu atau setiausaha politik beliau. Itu tidak benar,” tegasnya.
Abdul Razak menambah, selepas dibebaskan, beliau sempat merujuk semula laporan-laporan mengenai kes tersebut dan mendapati banyak fitnah dan tuduhan tidak berasas dilemparkan terhadap dirinya dan Najib yang disiarkan menerusi media terutamanya Internet.

“Banyak pembohongan berlaku sepanjang tempoh saya ditahan, macam-macam mereka cerita... saya kahwinlah, saya jumpa si mati (Altantuya) di partilah, saya ada anaklah. Semuanya fitnah, tapi orang minat baca seterusnya terus percaya semua itu,” ujar beliau.

Mengenai gambar yang menunjukkan beliau bersama Najib dan Altantuya yang pernah jadi isu sebelum ini, beliau menyifatkan sesiapa yang mempercayai kesahihan gambar itu sebagai ‘bodoh’.




“Saya disiasat oleh Suruhanjaya Multimedia ketika di dalam penjara dan saya ditunjukkan gambar tersebut. Bagi saya hanya orang yang benar-benar bodoh yang percaya gambar itu asli.
“Sejenak melihat gambar itu pun kita tahu ia gambar yang diubah suai, lebih lagi wanita dalam gambar itu bukannya si mati, sebaliknya seorang model Korea,” jelasnya.

Dalam sidang akhbar yang bermula pukul 9.30 pagi itu, atas nasihat peguamnya beliau mengelak daripada menyentuh perkara-perkara mengenai perbicaraan kes pembunuhan Altantuya yang masih belum selesai.

Pada 31 Oktober lalu, Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya iaitu selepas 22 bulan ditahan di Penjara Sungai Buloh serta menghadapi 151 hari perbicaraan.

Pada 6 November lalu, beliau dijadual mengadakan sidang akhbar di lokasi yang sama namun dibatalkan pada saat akhir.

Abdul Razak memberitahu, sidang akhbar ketika itu terpaksa dibatalkan atas sebab dirinya masih dalam proses menyesuaikan diri selepas meringkuk hampir 22 bulan dalam penjara.
Abdul Razak mengulangi bahawa beliau tidak melakukan kesalahan terhadap Altantuya dan ia telah dibuktikan menerusi keputusan mahkamah yang membebaskannya.


Ditanya sama ada Altantuya mempunyai kaitan dengan satu rundingan pembelian kapal selam, beliau berkata: “Tiada kaitan langsung. Semua orang malas dan tidak menyemak fakta.
“Biar saya beritahu jangka masa ia berlaku. Perjanjian ditandatangani pada Jun 2002 tetapi saya hanya kenal si mati pada November 2004. Justeru, saya langsung tidak nampak kaitannya, namun begitu hubungan kami tetap dan terus diperkatakan.”


Katanya, beliau tidak terkejut malah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya bapa Altantuya, Shaariibu Setev yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah ingin membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

“Itu adalah haknya, saya tidak bersalah dan tidak ada apa untuk dibimbangkan.
“Bagaimanapun, saya mengucapkan simpati saya yang tidak terhingga kepada keluarga si mati... biarkan beliau (Altantuya) bersemadi dengan aman,” katanya,

Ditanya di mana beliau mengenali Altantuya, Abdul Razak berkata: “Ini melibatkan soal kematian, di mana saya jumpa dia itu tidak membawa apa-apa makna. Apa yang saya hendak beritahu ialah Najib tidak pernah jumpa wanita itu. Oleh itu, apa diperkatakan selain daripada itu adalah bohong semata-mata.”


Pada 31 Oktober lalu, Abdul Razak, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan Altantuya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin.


Dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh ibu dua anak lelaki yang berumur 28 tahun itu di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam, 19 Oktober 2006, dan 1 pagi keesokannya.


Pada 14 November lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang mengetuai barisan pendakwaan kes itu telah memutuskan tidak akan memfailkan rayuan atas pembebasan Abdul Razak kerana alasan hakim yang memutuskan kes itu telah pun membuat penemuan fakta dalam membebaskan Abdul Razak.


Mahkamah menetapkan 15 Januari tahun depan untuk mereka mengemukakan keterangan membela diri.



.........................................................................................................................................................................

Kenyataan penuh Razak Baginda (Kenyataan Akhbar)

IZINKAN saya pertama sekali merakamkan penghargaan saya kepada saudari/saudari sekalian di atas kehadiran saudara/saudari pada pagi ini. Saya juga ingin terlebih dahulu memohon maaf kerana tidak dapat bertemu saudara/ saudari sebelum ini.

Izinkan saya mulakan dengan mengucap syukur Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Agung kerana adanya saya di sini hari ini, di antara saudara/saudari sebagai seorang yang bebas.

Saya telah menghabiskan selama 22 bulan di penjara dan dengan petunjuk Allah SWT jua, dengan keyakinan penuh bahawa saya tidak bersalah dan sokongan yang diberikan oleh keluarga dan kawan karib yang telah membantu saya melalui apa yang boleh saya katakan sebagai satu tempoh yang sangat menekan, sangat menduga dan sangat menyedihkan sepanjang usia 48 tahun saya.

Kata-kata tidak akan mampu menggambarkan dan menyatakan penghargaan saya yang amat mendalam terhadap keluarga saya yang telah bersama-sama saya mengharungi waktu yang sangat mencabar ini. Kasih sayang dan dedikasi mereka yang tidak terhingga yang memberi saya kekuatan.

Setiap hari Sabtu tanpa gagal, keluarga saya akan datang melawat saya semasa tempoh lawatan mingguan. Sejumlah lebih 100 kali mereka datang melawat dan lawatan mereka adalah kemuncak dari seminggu saya. Sungguh, saya sangat bertuah.

Mungkin lumrah manusia apabila seseorang di dalam kesusahan, ramai yang menjauhkan diri. Saya telah menjangkakan ini dan tepat sekali, lumrah manusia ini tidak pernah mungkir. Saya telah menyambut dua kali Hari Raya di dalam penjara. Sebelum di penjara, menjelang Hari Raya saya akan terima ratusan kad raya. Bagi dua tahun yang lepas, saya terima tidak lebih dari dua puluh keping kad.

Kepada mereka yang telah menghantar ucapan selamat kepada keluarga saya dan kepada yang segelintir yang pernah hadir di mahkamah, saya mengucapkan terima kasih. Kehadiran dan sokongan anda sangat bermakna kepada saya dan keluarga saya.


Terima kasih yang tidak terhingga dari saya kepada para peguam saya yang bukan sahaja telah bekerja keras di dalam kes saya tetapi juga telah datang melawat saya di penjara. Semasa Perang Dunia Kedua, apabila askar ditawan sebagai tawanan perang, memang menjadi tugas mereka untuk melepaskan diri. Tentu sekali, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk melepaskan diri, bagaimanapun saya tetap terlepas kerana fikiran saya sentiasa bebas.


Zahirnya seseorang boleh dipenjara tetapi fikirannya tidak mungkin terpenjara. Keluarga saya, kawan karib, para peguam saya dan buku-buku saya telah membantu saya melepaskan diri, kerana fikiran saya tidak pernah terpenjara. Kepada saya, inilah pelepasan diri yang bermakna.

Ramai orang cenderung mempunyai tanggapan yang sempit dan negatif tentang penjara dan pihak penguasanya. Bagaimanapun, saya ingin menyatakan di sini, ia bukanlah satu tugas yang mudah dan umumnya saya dapati pihak penguasa penjara telah menunjukkan satu tahap profesionalisme yang tinggi. Penghargaan saya juga untuk mereka.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada tahanan-tahanan lain. Mereka telah menolong saya melalui kehidupan di penjara yang antaranya, mereka menunjukkan kebaikan yang ikhlas kepada saya. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan semoga yang terbaik untuk mereka.


Pembohongan
Tidak ada perkataan yang mampu menyatakan dan menggambarkan kesengsaraan yang dilalui keluarga saya selama hampir dua tahun. Sejak saya ditahan dalam bulan November 2006, banyak yang telah diperkatakan oleh ramai orang.

Pembohongan dan tanggapan yang tidak berasas telah dijadikan asas yang kononnya dikatakan kebenaran. Kebenaran sebenar sudah tidak lagi menjadi penting. Seolah-olah tiada siapa yang berminat lagi untuk mengetahui perkara yang sebenar.

Beberapa pihak telah membuat usaha yang bersepadu untuk memutarbelitkan kisah sebenar sehingga menjadi timbunan sampah sarap. Pembohongan cepat sekali memintas kebenaran. Seperti yang dikatakan Shakespeare dalam Henry IV, "Pembohongan sudah setengah pusingan mengelilingi dunia sebelum kebenaran sempat menyarung kasutnya."


Saya akui saya sendiri merasa terperanjat menyaksikan bagaimana kes saya telah digembar-gemburkan sebegitu liar dan orang yang tidak tahu-menahu muncul di tengah persoalan dan berjaya memesongkan pandangan sedemikian ramai orang.

Ramai yang telah ikut serta dan terbawa dengan perbuatan yang tidak benar ini. Yang tidak bersalah menjadi mangsa sementara yang berdusta bermaharajalela. Orang ramai mudah diperdaya dan mereka percaya apa yang ingin mereka percaya, tanpa menghiraukan kebenaran.
Saya sedar akan adanya mereka yang sentiasa mencurigai dan memutar-belitkan segala apa yang saya katakan untuk meremeh dan menyalah tafsir kata-kata saya.

Saya terperangkap dalam situasi 'dipersalahkan jika berbuat sesuatu dan dipersalahkan jika tidak berbuat sesuatu'.

Ada yang menasihatkan saya supaya tidak memberi sebarang kenyataan kerana ia akan hanya menjadi satu usaha yang sia-sia. Kata mereka, apa pun yang saya katakan tiada bezanya kerana orang lebih suka dengan tafsiran mereka sendiri meskipun diceritakan yang sebenarnya. Walaupun setelah kisah yang sebenar muncul, orang-orang seperti ini akan mempunyai penjelasan mereka sendiri. Seakan suatu yang tidak boleh dimenangkan.

Bagaimanapun, saya rasa jika saya tidak berani dan cuba melawan arus untuk menyatakan yang sebenarnya, saya hanya memejamkan mata dan malah membenarkan pembohongan berterusan. Saya akan cuba dengan rasa penuh tanggungjawab menegakkan kebenaran mengatasi kepalsuan. Bagi saya, mengambil sikap tidak peduli adalah tidak bertanggungjawab. Seperti kata Martin Luther, "Di sini saya berdiri, saya tidak dapat berbuat lebih, tolonglah saya Tuhan."


Ahli Media Sekalian,

Saya merayu kepada anda semua supaya berhenti menyebarkan fitnah tentang YAB Datuk Sri Mohd. Najib Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri dan isterinya. Saya tahu bahawa Datuk Sri' dan isteri tidak pernah menemui si mati, Altantuya. Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada TPM dan isterinya.

Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti. Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran.


Saudara/saudari mungkin cukup mengerti perbicaraan kes masih berlangsung. Saya telah dinasihatkan oleh peguam saya supaya tidak menyentuh secara khusus kes saya demi memelihara keluhuran perbicaraan tersebut.


khir sekali, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT bagi membenarkan dan menguatkan lagi bukti yang saya tidak bersalah di mahkamah. Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah melakukan kesalahan kepada si mati. Walaubagaimanapun, saya ingin mengucapkan simpati saya yang tidak terhingga kepada keluarga si mati ke atas kehilangan mereka.

Ribuan terima kasih di atas perhatian saudara/saudari.

Nov 14, 2008

salam baru

salam kepada semua pembaca blog ini. penulis tidak dapat menerbitkan utusan baru dalam blogs ini disebabkan kesibukan masa.

walau bagaimana sekalipun, selepas minggu depan, insyallah, blog ini akan kembali ceria.

nantikan topik-topik menarik yang akan diterbitkan:

1. anwar dan tarikh rampasan kuasa: tarikh baru disember 2008;

2. politik UMNO: dari akar umbi ke pucuk pimpinan

3. parlimen: 2004 dan 208 - apa bezanya?

4. MP baru lembah pantai: apa yang sudah dibuat oleh puteri reformasi ini?

5. Tindakan baru Kerajaan Pulau Pinang: singapura no 2?

nantikan topik-topik ini.

salam

www.rencahmalaysia.blogspot.com

p.s
sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau tajuk menarik yang boleh dibincangkan disini, komen sahaja disini

Oct 6, 2008

kartun: antara teresa dan anwar




kartun-kartun ini dipetik dari pelbagai laman web. sekadar hiburan. www.rencahmalaysia.blogspot.com Apabila politik menjadi kehidupan, maka kekotoran dan ketaksuban akan menjadi darah dan daging.

Sep 30, 2008

Selamat menyambut Aidil Fitri 2008


Setelah penat sebulan berpuasa, menahan nafsu, lapar dan dahaga, Kini masa yang ditunggu telah tiba, masanya untuk kita meraikan kejayaan bersama-sama
di syawal yang mulia.

www.rencahmalaysia.blogspot.com mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri 2008 kepada semua muslimin dan muslimat khususnya kepada pelawat dan pembaca www.rencahmalaysia.blogspot.com.

Semoga Aidilfitri ini akan mengeratkan hubungan kita dengan mereka yang tersayang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Sep 24, 2008

pak LAH turunkan harga minyak!


ada ura-ura kerajaan nak turunkan harga minyak pada rabu (24 September 2008). Tapi harga yang nak diturunkan cuma 0.15. Jadi harga baru ialah RM 2.30. Turunkan harga sampai RM2.20 atau RM2.00. Barulah adil. Kepada Pak Lah, Dengar rintihan kami.



Sep 22, 2008

Antara teressa dan YB zulkifli nordin: sikap double standard pakatan rakyat


Usik-usik:

Perkembangan baru-baru ini amat menarik hati. Terutama janji-janji penasihat PKR bahawa PR

akan merampas kuasa pada 16 september 2008, kemudian ditunda ke 20 september 2008 dan

akhir sekali 29 september 2008. Dengan nada yang penuh yakin beliau melemparkan harapan

dan janji-janji manis kepada 20 ribu penyokong beliau semasa perhimpunan 16 september lepas.

Penasihat PKR memang pandai bermain kata – kata sehinggakan ramai yang terpesona dan

dikelirukan. Semenjak pertama kali beliau menyatakan bahawa PR akan merampas kuasa

ramai yang sudah menjangak bahawa tidak mungkin beliau mampu melaksanakan impian itu.

Akhirnya ia menjerat beliau. Berita terbaru yang diterima menyatakan bahawa Anwar akan

menganjakkan lagi tarikh rampasan kuasa itu kepada selepas 13 oktober. Ini kerana beliau telah

dinasihatkan oleh penasihat-penasihat beliau bahawa tiada upaya untuk PKR merampas kuasa

pada 20 ataupun 29 oktober ini nanti. Jelas ternyata janji-janji anwar mungkin gagal lagi.


Antara Teressa dan Yb Zulkifli nordin. Ternyata mereka yang memperjuangkan islam dan hak

melayu dianggap ancaman kepada pakatan rakyat. Ini jelas terlihat pada tindakan jawatankuasa

displin PKR yang memangggil YB Zulkifli atas pembabitan beliau dalam menegakkan kepentingan

islam. [rujuk artikel dari YB sendiri di bawah].

Berlainan pula dengan DAP yang terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada

Teressa walaupun teressa mengaku beliau tidak sukakan tulis jawi pada papan tanda jalan.

Ditambah dengan tuduhan yang beliau terbabit dalam kisah masjid kinrara, teressa dilihat jaguh

kepada masyarakat bukan islam/melayu di Malaysia.


Inilah perbezaan sebenar antara DAP dan PKR melawan PAS. DAP lebih bersifat tidak berkenan

dengan islam manakala PKR lebih sekular manakala PAS dengan islamnya. Jadi sudah tentu ada

sikap double standard dalam kes berkaitan YB zulkifli da teressa. Inilah dia perjuangan PR. Jaguh

bukan islam/melayu; penderhaka islam/melayu.

www.rencahmalaysia.blosgpot.com

Assalamua'laikum to all.

Pagi tadi saya dipanggil J'kuasa Disiplin PKR untuk 'facts finding mission' sebagai langkah awal kepada prosiding disiplin terhadap saya.. Saya dimaklumkan JKD akan merujuk perkara ini kepada Biro Politik setelah selesai 'fact finding missionnya'. Biro Politik akan menentukan tindakan selanjutnya.

JKD tadi terdiri dari 3 ahli panel iaitu Tuan Syed Hussin Ali (Timb. Pres), Tuan Din Marican dan YB Hee.

Saya diminta memberi penjelasan tentang penglibatan saya dalam Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anti Islam anjuran Bar Council pada 7 Sya'ban lepas.

Saya nyatakan dengan jelas bahawa saya mewakili pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI) dan bukannya PKR semasa mengetuai himpunan aman tersebut.


Juga saya nyatakan bahawa saya bukannya anti dialog. Malahan saya telah terlibat dengan beberapa dialog termasuk dengan Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu Kristian Budha & Sikh, Suhakam, kumpulan-kumpulan Kristian, malahan saya pernah berdialog dengan Paderi Kristian Melayu.

Namun pada pandangan saya Bar Council adalah jelas golongan anti-Islam dengan rentetan penglibatan mereka daripada kes mendalangi Kumpulan Artikel 11, IFC, melibatkan diri secara partisan kepada kes-kes murtad dan lain-lain lagi.

Panel JKD menyatakan tindakan saya mungkin terlalu agresif. Saya nyatakan bahawa Islam bukan sahaja memerlukan watak lemah lembut saperti Abu Bakr, tetapi juga watak keras dan tegas spt 'Umar ibnu Khattab. Tambahan Bar Council bukan jenis yang memahami bahasa diplomasi, maka ia perlu difahamkan dgn bahasa lain.

Saya akui mungkin saya ada terkasar bahasa dengan seorang hadirin iaitu peguam Latheefa Koya semasa di luar bangunan. Namun saya nyatakan itu adalah kerana tindakan beliau yang jelas provokatif terhadap Himpunan aman pagi itu. Namun kalau itu adalah satu kesalahan, saya nyatakan saya bersedia memohon maaf.

Namun saya nyatakan dengan tegas bahawa saya tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai Himpunan Aman membantah tindakan Bar Council mengadakan forum anti-Islam tersebut. Malahan saya nyatakan bahawa kalau Bar Council bercadang untuk mengulangi keangkuhan sikap anti-Islam mereka ini, sudah pasti mereka akan dapati saya akan akan berada disana untuk mempertahan dan membela Islam. I'll be their worst nightmare if they continue with their arrogance and anti-Islam attitude.

Saya nyatakan bahawa nothing can stand between me and Islam. Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam.

Malahan saya menyatakan dengan jelas bahawa selain menjaga kebajikan rakyat dan pengundi saya di Kulim Bandar Bharu, misi utama saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk berusaha untuk memartabatkan dan menobatkan Islam, syariat dan institusinya melalui constitutional reform, sebagaimana yang dicadang dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam beberapa keputusan sebelum daripada ini.

Ahli panel ada menyebut kemungkinan prinsip dan pendirian saya ini akan bercanggah dengan pendirian PKR.

Saya mengulangi pendirian dan prinsip saya bahawa 'for me, Islam come first, the rest are second'.

Well, prosiding berjalan dengan baik dan suasana yang very friendly. Cuma masing-masing ada pendirian dan prinsip yang perlu dipertahankan. Diakhir prosiding, saya ucapkan terima kasih kepada ahli panel. The ball is now in their hand to make the necessary recommendations to the Political bureau of PKR.

In the meantime, saya akan berlepas untuk mengerjakan umrah 18 Ramadhan/ 18 Sep ini.

I have to do a very serious thinking as to my future role as MP. Saya sangat conscious bahawa saya akan bertanggungjawab di hadapan ALLAH kelak untuk setiap tindakan dan pendirian saya khususnya dalam hal ehwal Islam. Saya berdoa moga ALLAH memberikan saya petunjuk dan hidayahNya bagi saya membuat keputusan yang benar disisiNya dan untuk mencartakan perjuangan saya dimasa akan datang.


Adios..

Zulkifli Noordin

Dipetik dari: http://zul4kulim.blogspot.com

Sep 19, 2008

Polemik permainan PAP di singapura mula diguna oleh DAP di Malaysia?: senyapkan nadi melayu, mufliskan Utusan

Usik sedikit:

Baca kedua-dua artikel dibawah seolah-olah menunjukkan bahawa DAP sudah menggunakan tektik PAP di singapura?

Adakah DAP sudah mula belajar dari kejayaan PAP dalam men "senyap"kan lawan mereka di singapura? Kalau disingapura lawan kerajaan disana akan dimufliskan melalui tindakan saman di Mahkamah. Adakah ini akan menjadi taktik terbaru DAP?

Dalam untuk melemahkan utusan Malaysia yang selama ini menjadi suara orang melayu, DAP sudah mula mengorak langkah memufliskan utusan? Lihat sahaja tindakan karpal singh dan teressa. Mungkin selepas ini walaupun utusan menang saman ini, utusan akan tidak lagi menjadi begitu vocal dalam memperjuangkan agenda melayu?

Hanya waktu yang akan menentukannya.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

dipetik dari:www.thestar.com.my

Friday September 19, 2008 MYT 5:33:02 PM

Teresa Kok released from ISA detention (Update 6)


 

KUALA LUMPUR: Seputeh MP Teresa Kok was released from detention under the Internal Security Act at about 1pm on Friday.

Her father Kok Kim Tong and mother Poh Seh Kwon were at the Jalan Travers police station here when she was released.

"I am happy that I have been released and I'm okay," she told reporters gathered at the police station.

"I do not know why I was released today, just as I do not know why I was detained," she added.

Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar said that Kok had been released at 1.30pm after investigations showed there was no reason to detain her any further.

"She has released unconditionally," he added.

Kok, 44, later Friday told a press conference at the DAP headquarters in Petaling Jaya that she would sue Utusan Malaysia and its columnist Zaini Hassan over articles written about her.

She also said she would sue former Selangor Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo over his statements about her, and the Government for unlawful detention (see full statement below).

Kok said that throughout her detention, she was repeatedly asked three questions:

1) Whether she had mobilised a group of residents at Bandar Kinrara to present a petition to oppose the Azan at the Bandar Kinrara mosque;

2) Whether she had made a statement that 30% of the allocation for the Selangor Religious Department should be given to other non-religious bodies; and

3) Whether she was opposed to Jawi wordings in road signages in Kuala Lumpur.

Kok also said that the police never explained to her why she had been detained.

"I kept asking why I had been detained but the police never told me why," she added, saying that she gave her full co-operation to the police during her eight-day detention.

Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim and DAP leaders showed up in full force for the press confenrence.

The Kinrara assemblyman and senior Selangor state executive councillor was detained one week ago, together with Malaysia Today editor Raja Petra Kamarudin and Sin Chew Daily reporter Tan Hoon Cheng.

Tan was released after 18 hours.

Kok was detained because she was considered a potential threat to national security for "racial incitement" after she was accused of petitioning a mosque to reduce the volume for azan (the call to prayer), something which she had vehemently denied.

The accusation surfaced in a Sept 10 article in Utusan Malaysia quoting former Selangor Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

The accusation was refuted by the Kinrara mosque committee chairman and Kota Raja MP Dr Siti Mariah had lodged a police report against Dr Mohd Khir on this issue.

Kok also lodged a police report against the Malay daily, its columnist Zaini Hassan and Dr Mohd Khir.

"I believe one of the excuses for my ISA detention is in relation to that article and I place Utusan Malaysia, Zaini Hassan and Dr Mohd Khir Toyo responsible for my arrest," she had stated in her police report.

On Monday, Kok filed a habeas corpus application in the High Court for her release citing that her arrest and detention under the Internal Security Act was unlawful.

Sankara said then that the court had fixed Sept 23 for hearing but said they would apply for Sept 22 instead as he had another case and Karpal Singh would be in East Malaysia on that date.


 

Karpal sues Utusan for RM10m


 

KUALA LUMPUR: Bukit Gelugor Member of Parliament Karpal Singh has filed an RM10mil suit against Utusan Melayu (M) Sdn Bhd over a defamatory article in its Malay daily Utusan Malaysia regarding his purported comments on Islam.

The writ of summons was filed at the Civil High Court registry in the Jalan Duta Court Complex today through his law firm, Karpal Singh & Co.

In his statement of claim, Karpal, who is also a lawyer, claimed the article entitled DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu (DAP reminded not to inflame sentiments of Malays) published on Aug 25, had stated that he made the comments on Islam in his welcoming speech at the 15th DAP National Congress held on the previous day.

He claimed the defamatory words were understood to mean, among others, that Karpal was a politician bent on creating ill-will among the different communities in the country, was absolutely false and malicious and were intended to destroy his professional and political careers.

The DAP national chairman said he had consistently maintained in his public speeches and during his membership of Parliament in the Dewan Rakyat for the last 26 years that Islam was the official religion of the country as provided under Article 3 (1) of the Federal Constitution.

Karpal said he gave notice to Utusan for retraction and apology without prejudice to his right to commence legal proceedings against the Bahasa Malaysia daily newspaper.

He stated that it would be in Utusan's best interests to comply with his demand for mitigation purposes on damages which could ultimately be ordered against the newspaper by the court.

He said Utusan complied with his demand and had published an article entitled Ralat on Aug 26, retracting and giving its unconditional apology to him and accepted that the words complained of, had no basis.

Karpal noted that the publication of the defamatory words by Utusan on the eve of the polling day of the Permatang Pauh by-election parliamentary seat was to defame him in his capacity as a Pakatan Rakyat coalition leader, with a view to ensure that de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim lost in the by-election.

He sought RM10mil in general damages, aggravated damages, exemplary damages, interest, costs and any relief deemed proper by the court. -- Bernama


 


 


 

LOMPAT PARTI: akhirnya terbukti ejen pembankang kaki rasuah!

Hasan Malek buat laporan kepada BPR

KUALA PILAH 18 Sept. – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malek (gambar) membuat laporan berhubung tawaran lompat parti kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di pejabat agensi itu di Seremban, kelmarin.

Ahli Parlimen Kuala Pilah itu berkata, langkah itu bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan lanjut terhadap kes berkenaan ekoran pendedahan yang dilakukannya sebelum ini.

Menurutnya, beliau tidak boleh berdiam diri mengenai isu tersebut kerana ia melibatkan maruah parti dalam jangka panjang.

''Saya berbuat demikian bukan kerana hendak mengeruhkan keadaan. Adalah menjadi tanggungjawab saya mendedahkan kes tersebut kerana mereka telah melakukan satu perkara tidak bermoral.

''Atas kesedaran ini juga saya mengambil keputusan untuk membuat laporan kepada BPR," ujarnya pada sidang akhbar selepas melancarkan program Hati Kuman Sama Dicicah anjuran Parlimen Kuala Pilah di sini hari ini.

Hasan sebelum ini mendedahkan usaha pihak pembangkang memujuknya meninggalkan UMNO dan menyertai pakatan pembangkang

Ekoran pendedahan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) membuat laporan kepada BPR jika didatangi ejen parti pembangkang supaya melompat parti.

Akhbar hari ini turut melaporkan kenyataan Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bahawa tindakan tegas boleh diambil kepada mana-mana Ahli Parlimen yang tidak melaporkan kepada badan itu jika mereka ditawarkan ganjaran wang tunai untuk melompat parti.

Hasan berkata, wakil-wakil rakyat BN yang lain juga harus melakukan perkara yang sama sekiranya mereka didatangi oleh mana-mana pihak menawarkan lompat parti.

Dipetik dari : www.utusan.com.my

www.rencahmalaysia.blogspot.com


 

usik sedikit:

untuk berkuasa sanggup rasuah. Bagi duit untuk lompat parti. Pasti banyak duit tersebut. Mana pembangkang dapat duit? Siapa yang taja? Amerika? Singapura? Israel? IMF?

Belum pun berkuasa sudah pandai hendak rasuah. Andaikata berkuasa bagaimana agaknya gejala rasuah ini. Mungkin selama ini yang kuat rasuah puak(a) ini.

Akhirnya yang berkokok jantan menentang rasuah rupa-rupanya penyagak utama rasuah. Ibarat ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang najis.


 

Hadiah kepada islam: bermula di Kinrara puchong.. mari teka parti mana yang bertanggungjawan dalam hal ini?

Masjid akur bantahan bukan Islam

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Kuliah Subuh yang hanya berlangsung seminggu sekali di Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara, Puchong tidak lagi menggunakan pembesar suara selepas 189 penduduk bukan Islam menghantar petisyen bantahan.

Bilal masjid berkenaan, Bahrudin Maskor, 47, berkata, petisyen bantahan dibuat pihak terbabit dengan alasan kuliah Subuh pada setiap hari Ahad itu menganggu tidur mereka.

"Selepas menerima petisyen pada Februari lalu, nazir masjid, Abdul Rahman Nasir mengarahkan saya supaya tidak memasang pembesar suara di menara sebaliknya hanya mengunakan pembesar suara di bahagian dalam sahaja.

"Bantahan itu hanya untuk hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am sahaja, untuk hari lain mereka tidak ada masalah malah mengakui bunyi pembesar suara itu boleh mengejutkan mereka dari tidur," katanya.

Bahrudin yang ditemani Imam Masjid Batu 12, Puchong, Mohd. Zainal Khamis berkata demikian selepas memberi keterangan kepada polis kira-kira pukul 1.30 petang berhubung isu kontroversi petisyen itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Pada 8 September lalu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mendedahkan wujud usaha pihak tertentu yang dipercayai didalangi salah sebuah parti politik membuat petisyen membantah azan di Puchong dan Kota Damansara.

Mengulas lanjut, Bahrudin berkata, penggunaan pembesar suara di menara masjid sewaktu kuliah Subuh telah lama dilaksanakan pihaknya.

Katanya, ia berikutan permintaan golongan wanita Islam di kawasan berdekatan yang mahu mengikuti kuliah itu dari rumah.

"Bagaimanapun kerana petisyen itu, penggunaan pembesar suara di menara masjid dihentikan serta-merta," katanya.

Ditanya, adakah petisyen itu turut membantah laungan azan, beliau berkata perkara itu tidak dinyatakan.

"Ada cakap-cakap di kalangan pihak yang membuat petisyen itu supaya laungan azan turut diperlahankan," katanya.


 

Dipetik dari:www.utusan.com.my

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Sep 16, 2008

ANWAR MASIH MEMPERBODOHKAN RAKYAT: CERITA PEMBOHONGAN 16 SEPTEMBER 2008!

Majoriti cukup untuk tubuh kerajaan - Anwar


 

Harakahdaily

Tue | Sep 16, 08 | 8:30:26 am MYT

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Hrkh) -Pakatan Rakyat memiliki jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.

Iklan

  

  

  

  

Menurut Penasihat Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, majoriti yang ada ketika ini sudah dapat menubuhkan kerajaan baru.

Tambahnya, semalam pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan berhubung senarai jumlah Anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 15,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya di sini semalam, tidak memberitahu nama-nama mereka yang terlibat.

Menurut Bernama, Anwar mendakwa satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri nanti untuk membincangkan perkara berkaitan dakwaan beliau mengenai peralihan kuasa.

Beliau juga menggesa kedua-dua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan.

"Untuk pertahankan negara yang bebas, bukan dicengkam oleh undang-undang yang zalim. Kalau kita (Pakatan Rakyat) memerintah, saya janji ISA akan dimansuhkan dan tahanan politik dibebaskan," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan mengangkat martabat bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana Malaysia akan hebat jika dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung PAS,Dato' Kamaruddin Jaafar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden KeADILan, Mohd Azmin Ali. - mks._

p.s

Harakah pun dah jadi serakah. Masih nak memperjuangkan apa yang tak masuk dek akal. Kalau Parlimen tak bersidang bagaimana nak tukar kerajaan?. Ingat Demokrasi di Malaysia ini memperuntukkan 3 entiti berbeza untuk check dan balance. Entiti pertama : Parlimen, Entiti kedua: Kehakiman dan entiti ketiga: Kerajaan. Dalam Malaysia, hanya jika Parlimen bersidang barulah satu undi tidak percaya boleh dilaksanakan kepada PM. Dengan undi tidak percaya itu maka PM mungkin boleh digantikan dan begitu juga dengan anggota kabinet yang lain. Kalau Parlimen tidak bersidang, di mana logiknya untuk tukar kerajaan?

Dan satu lagi, Nampak sangat si Anwar ini akan menghancurkan Melayu. Bermula dengan memartabatkan bahasa Inggeris dan Cina kemudian bahasa India dan akhir sekali memberikan hak keistimewaan bumiputera kepada bangsa lain. TAHNIAH PKR! Sememangnya KETUA kamu ada cirri-ciri pengkhianat bangsa melayu.


 

www.rencahmalaysia.blogspot.com