Sep 8, 2008

Apabila kesamarataan dijadikan keadilan: akhirnya melayu pun merundum!

Kesamarataan tidak semestinya membawa keadilan
Dilulus terbit pada Saturday, September 06 @ 20:07:10 MYT oleh
SongkokPutih



Oleh MOHD. ARIF ATAN

5 September 2008.

 
 

Adakah rakyat Malaysia berbilang kaum hari ini termasuk kalangan para pemimpin tidak memahami atau sengaja menidakkan perbezaan antara kesamarataan dan keadilan?

 
 

Ini kerana kedua-dua konsep tersebut yang nampak sama maksudnya tetapi berbeza gagal dimengerti apabila melihatkan pendirian dan tindakan yang telah dilakukan mutakhir ini.

Akibatnya, berlakulah ketidakadilan pada ketika kesamarataan terlalu diberi penekanan yang seterusnya menyebabkan sebelah pihak semakin "memendam rasa" manakala sebelah pihak lagi seperti "naik lemak".

 
 

Adakah pemberian tanah ribuan ekar dan peruntukan beratus ribu ringgit untuk tujuan penempatan, pendidikan dan kebudayaan kepada bukan Melayu seperti yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Perak dan Kedah itu benar-benar adil kepada orang Melayu sebagai kaum dominan yang masih banyak perlu diberi perhatian di negara ini?

 
 

Perlu ditegaskan, kesamarataan (equality) tidak semestinya membawa keadilan (equity). Apatahlagi dalam konteks negara ini yang rupa bentuk bangsa Malaysia dan perpaduannya begitu rapuh kerana kaum Cina dan India masih kuat dicengkam rasa perkauman sedangkan orang Melayu pula terlalu banyak bertolak-ansur.

 
 

Walaupun dalam Fasal (8) Perkara 1  Perlembagaan Malaysia menyatakan semua orang adalah sama rata dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang tetapi itu bukanlah tiket untuk pihak tertentu yang anti-nasionalisme sebaliknya kuat cauvinismenya mengeksploitasi peruntukan itu demi kepentingan politik kepartian masing-masing.

 
 

Kedudukan bahasa kebangsaan (Perkara 152), agama persekutuan (Perkara 3) serta kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera (Perkara 153) yang merupakan sebahagian daripada antara unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan negara ini tidak wajar sewenang-wenangnya "dikaji semula" dengan tujuan menghapuskannya atas alasan mahu mewujudkan kesamarataan dengan kelompok etnik lain.

 
 

Apa yang berlaku di seberang Tambak Johor wajar diteladani agar virus "pisang berbuah dua kali" tidak merebak ke negara ini. Jika diteliti senarai menteri kabinet Singapura didapati hanya seorang sahaja menteri Kabinet Melayu iaitu Yaacob Ibrahim daripada kira-kira 20 portfolio yang ada manakala etnik India Singapura yang merupakan kelompok ketiga terbesar mempunyai 4 orang menteri.

 
 

Adakah itu adil kepada etnik Melayu sebagai penduduk asal dan kelompok kedua terbesar di republik itu sedangkan jumlah dan kedudukan portfolio yang dipegang oleh menteri berketurunan India pun mengatasi Melayu?

 
 

Malah, penekanan melampau akan konsep kesamarataan turut mengheret kepada ketidakadilan yang seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati orang Melayu sebagai penduduk asal kawasan yang dikategorikan Dunia Melayu (Malay Archipelago) ini.

 
 

Ini dapat dilihat daripada keluhan seorang pembaca akhbar Berita Harian Singapura (3 September 2008) yang khuatir melihatkan semakin banyaknya papan tanda dan siaran TV berbahasa Inggeris dan Mandarin serta ramai pegawai tinggi pemerintah di negaranya kini yang tidak tahu bertutur bahasa Melayu.

 
 

Tidakkah keadaan tersebut telah atau bakal menimpa negara ini pula jika peralihan kerajaan baru yang diuar-uarkan pada 16 September menjadi kenyataan akibat tidak faham akan perbezaan konsep kesamarataan dan keadilan?

 
 

Akhbar Sin Chew Daily keluaran 2 September lalu melaporkan Lim Kit Siang bakal mencipta sejarah sebagai orang Cina pertama menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat memerintah.

 
 

Apa ertinya laporan tersebut jika bukan berbau perkauman Cina? Adilkah jawatan Timbalan Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu di dalam sebuah negara yang memiliki lebih 65 peratus kaum Melayu dan Bumiputera?

 
 

Tuntutan dan desakan yang semakin kuat hari ini seolah-olah menggambarkan orang Cina dan India ditindas serba-serbi selama kedatangan keturunan mereka ke tanah air ini sejak kurun ke-19 lalu yang kemudiannya dengan mudah memperoleh kerakyatan negara ini ketika di ambang kemerdekaan seterusnya hidup selesa sehingga hari ini.

 
 

Oleh itu, pemahaman dan tafsiran semua pihak berhubung konsep kesamarataan dan keadilan mestilah jelas. Pemimpin-pemimpin Melayu sama ada dari UMNO/BN, PAS dan PKR malah DAP mesti berhati-hati dalam strategi dan tindakan politik mereka agar tidak membawa bala kepada generasi bangsa Melayu kita sendiri kemudian hari.

 
 

Pendek kata, keadilan itu adalah setiap orang dapat apa yang sepatutnya dia dapat bukannya mesti sama banyak atau mesti ada sama seperti orang Melayu/Bumiputera miliki.

 
 

Dalam masa yang sama, prinsip keadilan dan kesamarataan yang diamalkan oleh masyarakat dan pemimpin Melayu bermula dari zaman kesultanan kerajaan-kerajaan negeri Melayu selama ini mesti dicontohi oleh orang bukan Melayu jika mereka tahu sedar diri akan di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung.

 
 

 
 

MOHD. ARIF ATAN,

Cheras, Kuala Lumpur.

 
 

* Penulis ialah graduan Sarjana Muda Pengajian Melayu (Sosio-Budaya/ Kesusasteraan) . Kini berkhidmat sebagai Pembantu Penyelidik di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Dipetik dari sumber email.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Sep 2, 2008

TAHNIAH KEPADA RAKYAT MELAYU PERAK: KERAJAAN PR BERJAYA MENAMBAT HATI PENGUNDI CINA!

Beri tanah sekolah Cina luar biasa

Oleh Abdul Razak Din

IPOH 1 Sept. – Langkah Kerajaan Negeri Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina disifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa dan belum pernah dilakukan sebelum ini.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, jika pun mahu dilakukan, ia seharusnya turut diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah-sekolah Tamil yang rata-ratanya masih berkeadaan daif.

Beliau yang juga seorang pendidik percaya langkah Kerajaan Perak itu mempunyai motif untuk menarik sokongan politik.

Katanya, jika dilaksanakan ia boleh meningkatkan jurang dan tahap pendidikan antara kaum Cina dengan masyarakat Melayu serta India.

''Saya fikir dengan pemberian tanah seluas 44 hektar kepada setiap sekolah persendirian Cina itu, ia mampu menjana pendapatan seperti melaksanakan projek komersial atau ladang sawit supaya sekolah berkenaan mempunyai kemampuan kewangan sendiri dan memperkukuhkan lagi operasi sekolah persendirian Cina untuk menjadi lebih berdaya maju.

''Setahu saya, sekolah-sekolah Cina tidak perlu bantuan lagi kerana mereka mempunyai lembaga sekolah yang cergas dan aktif dalam mencari sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai persekolahan mereka," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah Kerajaan Perak menganugerahkan 400 hektar tanah kepada sekolah persendirian Cina di negeri itu supaya ia dapat mengusahakan tanah berkenaan dan menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membiayai kos pentadbirannya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dipetik sebagai berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah berkenaan pada masa kini tidak memadai.

Oleh itu, sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberi tanah kepada sekolah tersebut yang membolehkan mereka menubuhkan syarikat bagi mengusahakan tanah berkenaan.

Ekoran daripada itu, Pergerakan Pemuda UMNO Perak meminta supaya penganugerahan tanah tersebut tidak mengenepikan kepentingan Melayu dan Islam dalam sebarang keputusan kerajaan negeri.

Ketua Pemudanya, Zainol Fadzi Paharudin berkata, langkah kerajaan negeri itu tidak salah tetapi pada masa yang sama perlu berlaku adil kepada sekolah agama dan pondok.

Mohd. Hilmi yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Darul Ridzuan di Selangor dan Wilayah Persekutuan berkata, GMP akan membuat kajian dan membuat tindakan sewajarnya terhadap perkara tersebut.

Katanya, dalam tempoh baru lima bulan memerintah, kerajaan pembangkang telah melakukan banyak perkara luar biasa untuk kepentingan politik mereka.

''Apa yang akan terjadi dalam tempoh lima tahun akan datang, sudah tentu lebih banyak lagi yang akan dilaksanakan untuk menarik sokongan rakyat daripada masyarakat tersebut," katanya

Aug 26, 2008

Mengapa Anwar menang di Permatang Pauh…

10 sebab mengapa Anwar menang di Permatang Pauh: (Part 1)


 

  1. Memang Permatang Pauh itu kubu kuat dia. Kalau dia kalah mesti orang semua pelik;
  2. Bayangkan kalau bakal PM (Kalau) datang dari tempat anda, tak ke anda bangga? Mesti anda akan vote dia;
  3. Kalau Anwar bertanding tempat lain (cth Lembah Pantai) peluang nak menang tu 30% je;
  4. Rakyat sana sayangkan dia;kat sini belum tentu;
  5. Isu semua di pihak Anwar, kalau kalah pun dia ada isu, kalau menang pun dia ada isu;

Aug 6, 2008

13 Mei 1969: Malaysian Malaysia & Artikel 153

13 Mei 1969: Malaysian Malaysia & Artikel 153

Gambar di atas adalah dari buku pengkisahan 13 Mei yang diluluskan oleh kerajaan ketika itu. Sila lihat gambar asal di laman Forum MyKMU.Net.

Soalan saya kepada intelektual kaum China adalah mudah – mengapa kamu pertikaikan perlaksanaan dan pemanjangan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walhal DEB hanyalah kaedah merealisasikan hasrat Artikel 153 Perlembagaan?

Walhal datuk nenek kamu dalam kebijaksanaan mereka sudah bersetuju untuk berkontrak sosial dengan Melayu, termasuk menerima Artikel 153?

Datuk nenek kami orang Melayu telah bersetuju merelakan kamu berkongsi bumi ini dengan kamu, bersetuju memberi kerakyatan kepada kamu, dengan syarat kamu bersetuju untuk menjamin hak dan mengiktiraf ketuanan Melayu ke atas bumi ini [1].

Semasa British ada, kerana kamu terlalu takutkan British, sepatah bantahan pun kamu tidak luahkan kepada Reid Commission yang menulis Perlembagaan Malaysia [2]. Bantahlah, jika benar Artikel 153 dan lain-lain artikel yang kamu tidak bersetuju itu sememangnya zalim. Mengapa tidak bantah?

Tetapi setelah British pergi, lain pula cerita kamu. Sampai hari ini kamu masih lagi merengek tidak bersetuju dengan banyak hal dalam Perlembagaan Malaysia.

Sebenarnya, mudah sangat untuk kita selesaikan segala maslaah yang bersangkutan dengan DEB dan hak istimewa Melayu. Tidak perlu laungkan MERITOKRASI. Kamu orang usulkan saja supaya Artikel 153 di mansuhkan. Kerana peruntukan Artikel 153 itu sendiri tidak membolehkan meritokrasi. Kerajaan Dolah yang ada kini tentunya akan akur. Habis cerita.

Tidak perlu fitnahkan DEB lewat menuduh Al Marhum Tun Razak mencetuskan 13 Mei sebagai kaedah rampas kuasa, coup de tat dari Al Marhum Tuakun Abdul Rahman [3]. Tidak perlu ambil jalan berliku mempalitkan haram DEB itu, kerana dilahirkan dari coup de tat satu perbuatan mendapatkan kuasa politik yang segajat anggap cara haram.

Tidak perlu sindir bahawa China ramai mati kerana 13 Mei, demi membolehkan Melayu kecap senang melalui DEB yang terhasil ekorannya. Sindir bahawa Al Marhum Tun Razak itu tamak kuasa sehingga sanggup rampas kuasa. Dan tanpa menyebut sepatah ayat, sindir bahawa Najib anak sulong Tun Razak adalah dari baka yang sama.

Dan Brader Anwar Ibrahim pun tidak perlu ke hulu ke hilir membuang masa mencabar kewibawaan, otoriti Artikel 153 di bawah penyamaran menegakkan keadilan – mempropogandakan betapa DEB itu sudah tidak relevan dan sepatutnya dimansuhkan [4], [5].
Cakap terus terang – Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pihak kaum bukan-Melayu dan dalam rangka memancing undi China khususnya untuk PRU 12, mahukan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia di mansuhkan. Jadikan itu manifesto pilihan raya PKR. Selesai semua masalah. Mudah, kan?

Ini tidak, kamu puak China chauvinis dan wira baru kamu telah mengambil jalan persis yang diambil Lee Kuan Yew. Yakni ambil jalan payah yang lagi hiporik, yang malangnya semua orang boleh baca.

Lee Kuan Yew pun tidak pertikaikan Artikel 153 secara terang-terangan, cuma dengan penuh sopan santun, dia mahu dan laungkan MALAYSIAN MALAYSIA. Yang kini sayangnya, ramai anak muda Melayu tergoda dengan ungkapan frasa ini, lalu turut bersetuju membabi buta.
Mengikut sejarah rasmi Singapura, asalnya slogan “Malaysian Malaysia” adalah konsep ciptaan Lee Kuan Yew dalam berdepan dengan fraksi chauvinis China dalam People’s Action Party (PAP) [6] yang kemudiannya berpecah menubuhkan parti Barisan Sosialis [7].

Racial tensions increased dramatically within a year and was fuelled by Barisan Sosialis's tactics of stirring up communal sentiment to discredit the government of Singapore and the federal government of Malaysia. In particular, the Chinese in Singapore disdained being discriminated against by the federal policies of affirmative action, which granted special privileges to the Malays guaranteed under Article 153 of the Constitution of Malaysia. There were also other financial and economic benefits that were preferentially given to Malays. Lee Kuan Yew and other political leaders began advocating for the fair and equal treatment of all races in Malaysia, with a rallying cry of "Malaysian Malaysia!".

Dari deskripsi rasmi yang dikeluarkan PAP, apa yang dapat dibaca dengan jelas ialah perbezaan pendekatan di antara Lee Kuan Yew dan Lim Chin Siong Setiausaha Agung Barisan Sosialis terhadap apa bentuk implementasi Artikel 153. Maksudnya, sejak tahun 1961 lagi, sebelum Persekutuan Malaysia di tubuhkan pun, sudah ada prototype, janin atau lembaga kasar DEB. Dan di ketika itu pun, kaum China sudah tidak senang.

Pembawah umum di antara kedua-dua pemimpin China Singapura itu ialah mereka jelas tidak menyukai sebarang bentuk affirmative action (tindakan membetulkan) yang menghidupkan Artikel 153. Cuma cerdik-bodoh menjadi garis pemisah di antara mereka.

Di satu pihak, Barisan Sosialis yang kononnya pro-komunis mengambil sikap perkauman terus terang tidak setuju dengan Artikel 153. yang menampakan benci terhadap Melayu.

Di pihak yang lain pula Lee Kuan Yew pun tidak sukakan Melayu dijamin hak istimewa. Cuma sikap dia tidak nyata membenci. Kerana dia cuma minta kesaksamaan hak dan pembahagian sumber antara Melayu dengan kaum lain. Lee Kuan Yew tidak meletak bangsa China di hadapan, dia cuma mahukan meritokrasi. Yang dalam kata lain, bermaksud Melayu tidak layak diberi sebarang layanan istimewa.

Maka laungan Malaysian Malaysia – yang bermaksud negara Malaysia hak semua penduduk tanpa ada kaum yang mendapat keistimewaan.

Dipetik dari : www.mimpiboneka.blogspot.com

Apabila Jalur Gemilang dikibarkan terbalik: Cadangan paling KURANG AJAR!


Our beloved is in extreme danger!

Flying the flag upside down. Sheih of Kickdefella asked me a while ago what I thought if he was to launch a campaign to state our despair and our frustrations as a people. I told him that I will join him. I have said I am fed up with our politicians' preoccupation with politics, politics and more politics. I went on cyber-strike recently to say how fed up I was. I still am, like Sheih still is:


"... it is the nation who is in distress. We are facing economic uncertainty and the citizens are facing all sorts of difficulties facing it. We are losing our competitive edge and we are losing our territories too." - Sheih Azidi
Click H E R E to find out who are displaying the Jalur Gemilang upside down as a sign of distress.NOTE: Displaying the flag upside down is internationally accepted to denote extreme distress. It is not a sign of disrespect for the flag. Read here.Updated 3.15 pm: A commenter said it is an offence to display the flag upside down in India. Please read here.

dipetik dari www.rockybru.blogspot.com

www.rencahmalaysia.blogspot.com

p/s

Pengkhianatan tertinggi yang boleh dilakukan oleh seseorang warganegara ialah apabila dia menjual negaranya; apabila dia memalukan negaranya; apabila dia menghina negaranya; dan apabila dia hilang taat setia kepada negaranya.

Dalam hal ini, rockybru dan rakan-rakannya, adalah pengkhianat kelas wahid. Mereka hilang taat setia kepada Raja, negara, bangsa dan agama.

Mengibarkan bendera dengan terbalik, untuk apa pun alasannya, adalah penghinaan kepada maruah negara. Ia juga adalah penghinaan kepada YDPA, Perlembagaan, Parlimen, Kerajaan dan akhirnya warga Malaysia lain yang sayangkan negara.

Walaupun golongan pengkhianat ini hanya mengibarkan bendera cyber dan bukan bendera Jalur Gemilang sebenar, tetapi niat dan tujuan mereka tetap sama. Iaitu menghina negara.

Alasan untuk mengambarkan dan meminta pertolongan ( in distress) harus dilonggokkan ke sampah. Kepada siapa golongan pengkhianat ini hendak meminta tolong? amerika? singapore? israel? ; dan kepada siapa mereka hendak menunjukkan distress ini?

Atas alasan apa pun, golongan seperti ini ibarat api dalam sekam, gunting dalam lipatan. Hanya tahu menjadi tali barut luar. Menghina negara

Berapa ramai perajurit, pejuang kemerderkaan dan anak watan Malaysia terkorban ketika mempertahankan negara atas nama Jalur Gemilang?

Mungkin golongan pengkhianat ini suka sekiranya bendera Jalur Gemilang digantikan dengan bendera bintang tiga, kalau tidak pun bendera negara jiran yang melaungkan slogan "ganyang Malaysia"?. Kerana dari gaya mereka ini, itu lah yang mereka mahu.

Dan akhir kata, kepada golongan pengkhianat ini, adakah anda sanggup selepas ini mengantung gambar YPDA secara terbalik? . Pada ketika ini, jawapannya adalah "ya". Mereka, golongan pengkhianat ini sanggup berbuat apa saja untuk menghina negara.

Dati itu, sedarlah. Ada kalangan kita yang menanguk di air keruh. Yang akan menerima habuan apabila negara Malaysia ini porak peranda. Segala bukti sudah di depan mata. Apabila negara ini aman, mereka akan cuba menghancurkan. Kemana anda selepas itu?

Kepada golongan pengkhianat ini, kembalilah semula ke pangkal jalan. Kebodohan dalam melakukan tindakan mencerminkan sifat dan akal anda. Apa yang anda dapat ialah seribu macam penentangan. Dimana taat setia mu? Dimana tumpah darah mu? dimana ?

Jul 28, 2008

KABINET BARU MALAYSIA: SELEPAS 16 SEPTEMBER?


Gambar ini diambil dari http://www.pembelamelayu.com/ ..
www.rencahmalaysia.blogspot.com


DAP- Teresa Kok bantah tulisan Jawi di papan tanda

DAP- Teresa Kok bantah tulisan Jawi di papan tanda

http://www.pembelamelayu.com/
Sumber: http://anginperubahan.blogspot.com(anginperubahan)

Teresa Kok bersama dengan sekumpulan penyokong DAP telah membantah cadangan DBKL untuk menulis jalan jalan di Kuala Lumpur dengan tulisan Bahasa Malaysia dan Jawi pada 14 Februari 2008. Teresa complaint tentang tulisan jawi ini sebelum dia membakar dan memanggang lima ekor Encik B selepas pilihan raya ke-12.

(Gambar 1: Teresa Kok menunjukan rasa tidak puas hati kepada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh).

Teresa Kok bersama dengan sekumpulan penyokong DAP telah membantah cadangan DBKL untuk menulis jalan jalan di Kuala Lumpur dengan tulisan BahasaMalaysia dan Jawi pada 14 Februari 2008. Teresa complaint tentang tulisan jawi ini sebelum dia membakar dan memanggang lima ekor Encik **** selepas pilihan raya ke-12.

(Gambar 2:Teresa Kok sekali lagi menunjuk pada tulisan jawi di Jalan Taman Tan Yew Lai). Apakah tulisan jawi itu sesuatu yang dianggap racist juga?

(Gambar 3: Teresa Kok bersama dengan tiga orang lagi ahli parlimen DAP menunjukkan cadangan nama jalan dalam Bahasa Malaysia, Cina dan India dan diserahkan kepada En Shaari (PA kepada Datuk Bandar KL).

Tiada lagi tulisan jawi).
Mengapa mereka tidak suka sangat pada tulisan jawi?
Pada 24 Julai, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) berkata kerajaan negeri PKR dan DAP di Pulau Pinang bersedia menunaikan janji melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan di Pulau Pinang.

Nama jalan akan dibuat sebagaimana cadangan Teresa Kok pada 14 Februari 2008. Mengapa benci benar DAP pada tulisan jawi? Soal bahasa ini sudah termaktub dalam perlembagaan, jadi mengapa DAP cuba laksanakan perkara ini di Pulau Pinang?.

Sedikit demi sedikit, mereka menghimpit dan cuba menenggelamkan identiti orang Melayu. Mungkin kerana logo UMNO itu bertulisan jawi, sebab itulah agaknya DAP benci benar pada UMNO. Apakah orang Melayu dalam PKR hendak bersekongkol sama dengan tindakan DAP ini? Atau ingin mengikut jejak Dr Mujahid Yusof Rawa membantah tindakan DAP ini.

dipetik dari: http://anginperubahan.blogspot.com
www.rencahmalaysia.blogspot.com

Jul 25, 2008

APABILA HAK BUMIPUTERA DIAMBIL: MANA AHLI PERLIMEN PAKATAN RAKYAT?

Seimbangkan pelajar kita

PERSIDANGAN Dewan Rakyat pada Khamis lepas telah menyaksikan satu perbahasan hebat antara penyokong kerajaan dan barisan pembangkang mengenai penstrukturan baru kuota biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam. Hampir pasti, mereka yang terdiri daripada bukan bumiputera merasakan bahawa tindak-tanduk ahli-ahli Parlimen BN sebagai terlalu dis- kriminasi dan berbau perkauman.

Kepada para pembaca bukan bumiputera, sebelum membuat keputusan sama ada hujah ahli-ahli Parlimen BN tersebut berbau perkauman, izinkan saya berkongsi beberapa persoalan asas berhubung perkara sensitif tersebut:-

* Menurut sumber Kementerian Luar, berapakah jumlah pelajar kita di luar negara? Daripada jumlah tersebut, berapa peratuskah merupakan pemegang biasiswa dan berapa pula di atas perbelanjaan sendiri?

* Daripada jumlah atas tanggungan sendiri, berapa peratus pula terdiri daripada bumiputera?

* Seperti yang telah ditunjukkan oleh seorang ahli Parlimen semasa persidangan tersebut, bumiputera merupakan 66 peratus daripada rakyat Malaysia. Tetapi mengapakah jumlah mereka yang belajar atas tajaan sendiri tidak menunjukkan komposisi berikut? Apakah yang menjadi penghalang utama?

* Jika dipersoalkan pula golongan bukan bumiputera miskin yang tidak dapat biasiswa, bukankah kita mempunyai PTPTN? Adakah PTPTN mendiskriminasi kaum atau tertakluk kepada sebarang kuota? Pemohon tabung ini tidak perlu sebarang bentuk cagaran dan satu-satunya syarat memohon ialah tiga kredit sahaja dalam peperiksaan SPM.

Berlainan dengan biasiswa di mana pemegangnya perlu berkhidmat dengan kerajaan selama beberapa tahun, pelajar PTPTN bebas bekerja di mana sahaja. Komitmen yang diperlukan hanyalah pembayaran balik secara ansuran serendah RM150 sebulan selepas enam bulan tamat pengajian (pinjaman dari bank memerlukan pembayaran ansuran dibuat sejurus selepas dana dikeluarkan).

Kenapa tidak boleh melihat PTPTN sebagai satu langkah alternatif yang hampir setaraf dengan biasiswa?

* Dengan melanjutkan pelajaran ke luar negara di institusi ternama, seseorang pelajar itu akan mendapat pengiktirafan dan pendedahan yang tinggi dan dapat bekerja di mana-mana syarikat di serata dunia. Jika mereka pulang ke tanah air, sudah menjadi satu tradisi syarikat ternama dan antarabangsa untuk memilih pelajar ini berbanding rakan-rakan dari universiti atau kolej tempatan. Mereka akan mendapat faedah pekerja, latihan dan pendedahan antarabangsa yang lebih tinggi daripada penjawat perkhidmatan awam dan syarikat sendirian berhad atau enterprise.

Apakah kesan senario ini kepada pegangan ekuiti, jurang pendapatan antara kaum dan kualiti kehidupan? Bagaimana pula kesannya kepada anak-anak mereka dan generasi yang berikutnya?

* Kita tidak boleh menghalang pelajar bukan bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di atas perbelanjaan mereka sendiri. Tetapi apakah tindakan yang kerajaan boleh lakukan untuk memperbetulkan ketidakseimbangan berikut? Bukankah satu-satu caranya adalah dengan menghantar lebih ramai bumiputera ke luar negara?

DR. FAIZAL TAJUDDIN
Kuala Lumpur

Dipetik dari www.utusan.com.my/forum

p.s MANA AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT YANG KONONNYA BERJUANG ATAS DASAR KEADILAN? KALAU BETUL ADIL MENGAPA TIDAK MEMBANTAH HUJAH RAKAN-RAKAN MP ANDA YANG BUKAN BUMIPUTERA? MENGAPA DIAM?

TINDAKAN JPA YANG MENGURANGKAN ANGKA BIASISWA UNTUK BUMIPUTERA ADALAH KERANA PAKATAN RAKYAT (PADA AWAL SIDANG 2008) MEMEKAK MEMINTA HAK LEBIH UNTUK PELAJAR BUKAN BUMIPUTERA.

JADI SIAPA SALAH? PANDAI SANGAT KAMU NI AZMIN (PKR GOMBAK). TERIMA KASIH UNTUK INI!.

Bahasa Melayu bakal jadi sejarah di P. Pinang?

Bahasa Melayu bakal jadi sejarah di P. Pinang?

SAYA adalah anak jati Pulau Pinang. Dilahir dan dibesarkan di Pulau Pinang dengan persekitaran sebelumnya adalah bahasa Melayu menjadi bahasa utama seluruh negeri.
Selama berdekad, saya belum pernah berjumpa atau mendengar ada orang Cina tempatan mahupun pelancong Cina yang tersesat di negeri ini kerana tidak faham papan tanda yang ditulis menggunakan bahasa Melayu.

Oleh sebab itu, saya benar-benar tidak memahami atas alasan apa lagi bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Dr. Thor Teong Ghee inginkan bahasa Mandarin diletakkan pada papan tanda jalan negeri ini.

Saya menuntut penjelasan Teong Ghee, berikan statistik orang tempatan ataupun pelancong China yang tersesat di Pulau Pinang semasa ketiadaan bahasa Mandarin pada papan tanda jalan negeri ini.

Sayugia diingatkan kepada semua terutamanya orang Melayu, sebelum ini alasan terdapatnya penduduk Cina tempatan tidak tahu bertutur dan memahami bahasa Melayu serta kedatangan pelancong dari China sebagai alasan utama untuk menghalalkan perkara ini.

Sekarang diberikan pula alasan bahawa bahasa Mandarin ini perlu kerana Georgetown telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia. Nampak sangat di sini pembohongan besar yang sedang dilakukan. Apa kena mengena pengiktirafan oleh UNESCO ini dengan keperluan bahasa Mandarin di Pulau Pinang?

Seperkara lagi, rakyat Malaysia apakah ini jika masih tidak faham dan bertutur dalam bahasa Melayu sesudah 50 tahun negara merdeka? Jika berterusan seperti ini, sampai bila kaum Cina Pulau Pinang akan dapat memahami bahasa Melayu?

Sudahlah banyak papan tanda perniagaan serta kain rentang di negeri ini dalam bahasa Mandarin, nama jalan pun hendak diMandarinkan juga?

Kepada pihak yang berkenaan, mohon beringat, jangan difikir kaum Melayu tidak dapat membaca gerak langkah sedemikian.

Saya menyeru semua orang Melayu terutama Melayu Pulau Pinang tanpa mengira fahaman politik bangkit menentang usaha terbaru yang dilakukan di Pulau Pinang sekarang.
Apa hak Teong Ghee serta parti Gerakan untuk meminta semua kaum saling hormat menghormati antara satu sama lain jika mereka sendiri mencampakkan perasaan hormat terhadap kaum lain ke dalam tong sampah?

Adakah kerana majoriti kaum di Pulau Pinang adalah Cina maka apa sahaja perkara yang menyentuh kepentingan kaum terbabit akan dianggap sebagai tidak menghormati kaum lain serta perkauman? Maka apa sahaja yang berkaitan dengan kaum terbabit perlu diutamakan segera?

Dalam hal ini saya melihat nasib orang Melayu umpama mentimun yang dilanyak oleh durian. Sehinggakan bahasa yang ada pun ingin disisihkan.

Ditambah pula perselisihan sesama orang Melayu yang membuatkan kita benar-benar menang sorak kampung tergadai. Jika beginilah keadaannya, bahasa Melayu bakal menjadi sebuah sejarah 50 tahun lagi dan orang Melayu Malaysia akan mengalami nasib yang sama seperti Melayu Singapura.

Saya sekali lagi merayu semua kaum Melayu di Malaysia, bersatulah agar segala kepincangan ini dapat diperbetulkan.

PUTERA TANAH MELAYU
Pulau Pinang

Dipetik dari www.utusan.com.my/forum

p.s : Adakah Pulau Pinang akan jadi Singapura ke 2? : Tepuk Dada Tanya Selera.

Jul 23, 2008

Penasihat PKR dilanda konflik dalaman : Apa sebenarnya ni?

Penasihat PKR dilanda konflik dalaman

Written by Berita Harian

Wednesday, 23 July 2008 01:12

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dilanda konflik dalaman diri kerana terlalu ghairah menubuhkan kerajaan baru sebelum 16 September depan sehingga sanggup mengambil tindakan yang tidak masuk akal. Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Abdul Rahman Dahalan, berkata setiap hari rakyat dimomokkan dengan hasrat Anwar menggulingkan kerajaan sedia ada, tetapi beliau tidak menyedari hasrat itu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Anwar harus sedar kerajaan yang ada hari ini bukan satu rejim di hujung tanduk dan tidak mendapat mandat yang besar daripada pengundi. Beliau kena menghormati kerajaan, memang setiap orang politik nak jadi ketua, tapi beliau tiada peranan tersendiri.

“Anwar sebagai pembangkang hanya berkisar kepada bagaimana untuk membuat huru-hara dalam negara dan mengadakan demonstrasi jalanan. Kalaulah beliau jadi Perdana Menteri apakah budaya demonstrasi nak dihalalkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Rahman diminta mengulas sama ada menerima panggilan dan menerima kunjungan susulan daripada ‘duta kecil’ pembangkang untuk memujuknya menyertai Pakatan Rakyat dan dijanjikan sejumlah wang serta kedudukan dalam kerajaan.

Pada 15 Mei lalu, akhbar ini dalam laporan muka depannya menyebut, pembangkang yang terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), sanggup menawarkan ganjaran besar hingga boleh memberi kesenangan hidup kepada dua tiga generasi keluarga Ahli Parlimen yang berpaling tadah. Malah, jumlah wang yang ditawarkan dijangka berlipat ganda dalam masa terdekat bagi merealisasikan impian Anwar untuk membentuk kerajaan sebelum 16 September ini.

Abdul Rahman juga berkata, Penasihat PKR itu lupa pembangkang turut mempunyai tanggungjawab dalam arena politik kerana jika tidak berbuat begitu, kerajaan dan negara ini akan dilihat sebagai negara yang tidak bertamadun. “Pilihan raya umum sudah habis, terimalah keputusan dan cuba lagi pada 2013,” katanya.

dipetik dari : www.kulitpisang.com

p.s

duit-duit di mana kau duit. duit-duit, kalau ada duit tentu ada pendapatannya, duit-duit.
duit-duit, sape yang bagi kau, duit-duit.

kepada mana-mana ahli Pakatan Rakyat (sorry..jap2 aku pun rakyat juga, tapi aku tak berpakat ngan PKR, DAP DAN PAS, kena tukar nama ni..) kalau baca posting ini, tolong jawabkan kepada aku, dalam pilihanraya yang lepas, mana datangnya duit PKR ? kalau setakat derma berapa banyak sangat derma korang leh dapat. tunjuk audit skit. entah-entah ada orang sponsor kot..entah-entah "derma" dari negara luar kot? entah-entah dari negara yang bekalkan maklumat spy bahawa DSAI akan kena terkena? entah la. tapi tolong jawab ye!.

www.rencahmalaysia.blogspot.com