Mar 14, 2013

PRU13: Tarikh Sebenar Parlimen Terbubar Secara Automatik: 28 April 2013 atau 30 April 2013?.

1. Pembubaran Parlimen merupakan perkara yang hebat diperkatakan pada masa ini. Ia menjadi topik kegemaran penghuni warung kopi dan juga menjadi tekaan si penjudi nombor. 

2. Azalinya, Pembubaran Parlimen terjadi apabila Yang di-Pertuan Agong (YPDA) membubarkan Parlimen selaras dengan nasihat Perdana Menteri Malaysia. Kuasa YPDA untuk membubarkan Parlimen adalah di bawah Perkara 55(2)  Perlembagaan Persekutuan.

"55
(2 ) The yang di-pertuan Agong may prorogue or dissolve Parliament.".

3.  Mengikut Perkara 55(3), Parlimen hendaklah berjalan selama lima tahun daripada tarikh ia mula-mula bersidang. Mengikut rekod Parlimen, kalau ada rekod di Parlimen, Parlimen kedua belas bersidang pada 28 April 2008 iaitu selepas PRU pada 8 Mac 2008.
"55
(3) Parliament unless sooner dissolved, shall continue for five years from the date of its first meeting and shall then stand dissolved.".
 4.   Jadi kalau diikutkan Perkara 55(2) dan 55(3) Perlembagaan Persekutuan, sekiranya YPDA tidak mengumumkan pembubaran Parlimen lebih awal, tarikh PRU ke 13 adalah pada hari Parlimen terbubar secara automatik iaitu pada 28 April 2013.
5. Namun begitu, Pengerusi SPR berpendapat sebaliknya. Beliau berpendapat bahawa tarikh Parlimen terbubar secara automatik adalah pada 30 April 2013. Ini adalah berdasarkan kepada nasihat Penasihat Undang-Undang SPR yang datangnya daripada Jabatan Peguam Negara.
6.  Alasan mengapa 30 April adalah sangat mudah. Ini kerana walaupun 28 April ialah tarikh sebenar Parlimen bubar secara automatik namun disebabkan 28 April 2013 jatuhnya pada hari ahad maka ia (tarikh bubar) berganjak ke hari bekerja iaitu hari isnin 29 April 2013. Lagi sekali, walaupun (baca dengan nada "akak-akak") 29 April itu patutnya Parlimen terbubar namun pembubaran hanya terjadi pada 30 April 2013. Sekali lagi Pengerusi SPR tidak pula menyatakan adakah Parlimen terbubar pada jam 12.01 minit pagi atau jam 10.00 pagi 30 April 2013. 
7. Nasihat yang diberikan oleh Jabatan Peguam Negara kepada Pengerusi SPR berkenaan tarikh pembubaran Parlimen mungkin datangnya daripada Seksyen 54 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388]. Seksyen 54 menyatakan mengenai pengiraan tempoh masa. Menurut Seksyen tersebut tempoh masa dikira melalui cara yang berikut:

Computation of time

54 (1) In computing time for the purposes of any written law—

 (a)   a period of days from the happening of an event or the doing of any act or thing shall be deemed to be exclusive of the day on which the event happens or the act or thing is done;
(b)   if the last day of the period is a weekly holiday or a public holiday (referred to in this subsection as excluded days) the period shall include the next following day which is not an excluded day;

(c)    where any act or proceeding is directed or allowed to be done or taken on a certain day, then, if that day happens to be an excluded day, the act or proceeding shall be considered as done or taken in due time if it is done or taken on the next following day which is not an excluded day; and
(d)   where any act or proceeding is directed or allowed to be done or taken within any time not exceeding six days, excluded days shall not be reckoned in the computation of the time.

(2) Where no time is prescribed within which anything shall be done, that thing shall be done with all convenient speed and as often as the prescribed occasion arises.

 8. Tafsiran sebegini memang mudah. Mudah sangat. kiraan tempoh masa bermula adalah pada selepas kejadian dan tempoh akhir masa tersebut hendaklah dikira dengan menolak  hari cuti (yang dikatakan excluded day).

9. Kiraan seperti ini adalah merupakan satu kiraan yang sangat pelik. Pening dan silap haribulan tak betul. Parlimen mempunyai tempoh yang tetap. Tempoh masa ialah lima tahun yang dikira daripada hari pertama Dewan Rakyat bersidang. Jadi hari pertama bersidang tersebut boleh dikira hari Lesen Yang Berhormat. Lesen tersebut membolehkan Yang Berhormat mendapat faedah menjadi Ahli Yang Berhormat. 

10. Jadi sekiranya Lesen itu sudah mempunyai tarikh luput (iaitu 5 tahun @ 28 April 2013) maka kalau hari luput lesen itu ialah hari ahad ataupun hari cuti umum tidakkah itu bermakna lesen itu tetap mati pada hari tersebut?. Kalau kiraan SPR diambil kira, maka semua lesen-lesen kenderaan yang mati pada hari Jumaat (bagi negeri-negeri yang cuti mingguannya jatuh pada hari bukan ahad), hari Ahad atau hari cuti peristiwa akan hanya mati pada hari esoknya. 

11. Cuba bayangkan peningnya kiraan sebegini. Perlu diingat juga, tarikh kemalangan juga boleh berubah. Dan yang paling hebat, ulang tahun kemerdekaan juga boleh berubah pada tahun 2014. Malaysia akan merayakan ulang tahun kemerdekaan ke 57  pada tanggal 31 Ogos 2014. Kalau mengikut kiraan SPR, Malaysia akan hanya mencapai kemerdekaan ke 57 pada 1 September 2014 Isnin kerana 31 Ogos 2014 akan jatuh pada hari Ahad.

www.rencahmalaysia.blogspot.com
Rujukan:
 

Mar 12, 2013

Sabah itu Malaysia: Lagi Pertempuran di Lahad Datu, 3 Pengganas Suluk mati ditembak, Dua Anggota Keselamatan Tercedera manakala Seorang Anggota Keselamatan Meninggal Dunia

Terkini Jam 4.17 Petang: 

1. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi. Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi. 

2. Angkatan Tentera Malaysia telah melaporkan berlakunya serang hendap di kawasan ZL 10, Sungai Nyamuk. Beberapa siri berbalas tembakan telah berlaku di mana menyaksikan akhirnya 3 musuh telah ditembak mati manakala 2 lagi cedera. 

3. Difahamkan musuh yang tercedera telah melarikan diri. Seorang anggota ATM juga telah tercedera ekoran dari pertempuran itu dan telah dikejarkan ke Hospital Sandakan dengan helikopter PDRM.

4. Di bawah ialah gambar Kpl Khairul Anuar yang ditembak di Lahad Datu pagi tadi. Dalam keadaan stabil di Hospital Sandakan.



Adakah ini juga lakonan wahai pembangkang ?

Berita mutakhir..

5. Pbt Mohd Hurairah dari 7MD, Kem Kukusan Tawau, Sabah terbunuh dalam pertempuran dI Kg Tg Batu Lahad Datu pagi tadi. Arwah berasal dari Kelantan. Al Fatihah untuk perwira kita. Pertempuran yang berlaku pada pukul 1045 pagi tadi. Dua anggota ATM juga tercedera. 
6. Doakan perajurit negara agar dikuatkan iman dan taqwa kepada Allah. Tiada Misi Terlalu Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar, Tugas Diutamakan. Selamat Berjuang Pahlawan Semoga Beroleh Kemenangan !!!
 
credit to: 
(a)    www.bharian.com.my
 
(b)   http://perigitimur.blogspot.com/2013/03/terkini-lahad-datu-masih-berdarah-3.html
 
www.rencahmalaysia.blogspot.com
 

Sabah itu Malaysia: Akhirnya Menteri Pertahanan Akui Anggota Keselamatan Malaysia Dibunuh Dengan Kejam Oleh Pengganas SULUK!

1. Pada Sabtu 2 Mac 2013, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, sepasukan 25 Anggota Keselamatan telah melakukan siasatan di Kampung tersebut kerana terdapat maklumat yang menyatakan bahawa anggota pengganas Suluk berada di Kampung tersebut.

2.  Pada lebih kurang jam  lebih kurang 6.30petang, pasukan keselamatan ini telah diserang hendap. Serangan ini membunuh 6 orang anggota keselamatan. 

3. Pada masa serangan tersebut, dikhabarkan bahawa ada antara anggota tersebut telah disembelih, dikeluarkan otak, mata dikorek juga dipotong tangan ketika anggota tersebut masih hidup.

4. Berita keganasan tidak perikemanusiaan tersebut merupakan hangat diperkatakan dalam laman web sosial namum tidak pernah dinafikan atau disahkan oleh pasukan keselamatan dan ia menjadi rahsia besar keganasan pengganas Suluk. 

5.Akhirnya pada 7 Mac 2013 perkara ini disahkan oleh Polis dan dinyatakan semula oleh oleh Menteri Pertahanan kita bahawa memang benar anggota pasukan keselamatan kita diperlakukan sebegitu oleh penganas Suluk. . Mungkin ini lah antara penyebab mengapa akhirnya serangan besar-besaran dibuat ke atas kubu pengganas suluk tersebut. 




6. Semoga pengganas-pengganas Suluk ini akan dicantas leher dan mati dalam keadaan yang mengaibkan!

lagi kisah menyayat hati anggota keselamatan kita:

link (a)
http://www.xlupa.com/2013/03/6-anggota-polis-matitali-barut.html?showComment=1362821206574
link (b)
http://www.malaysiakini.com/news/223156


Mar 10, 2013

Sabah itu Malaysia!: Penaja Lanun Suluk telah terbongkar?

1. Ada satu laman web pro Kerajaan. Kata artikel dalam laman web itu, dalang penaja keganasan dan pembunuhan oleh lanun Suluk telah terbongkar. Betul atau tidak, wallahualam.

2. Kalau mahu teruskan membaca, sila klik disini "dalang penaja pembunuhan anggota keselamatan di sabah terbongkar"

sekian. terima kasih.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Mar 8, 2013

PRU13: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yang Akan Melompat ke Parti Pembangkang.

1. Dikhabarkan bahawa gerak bahasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri sedang dicurigai.

2. Dikhabarkan juga bahawa Menteri tersebut dicurigai kerana beliau sangat baik dengan pembangkang terutama DAP. Ini dapat dilihat daripada beberapa keputusan yang dibuat oleh Menteri tersebut yang bersifat pro pembangkang; dan beberapa maklumat Kerajaan/BN yang bocor kepada pembangkang sumbernya hanya Menteri itu yang tahu.

3. Terdapat beberapa kata-kata orang yang menunjuk  bahawa kroni Menteri tersebut mendapat banyak kontrak perkhidmatan dan pembinaan di negeri Pulau Pinang. Antara syarikat kroni Menteri tersebut adalah syarikat rm2 yang mendapat konttrak baru-baru ini yang menjadi tajuk berita. 

4. Dikata orang juga bahawa dalam banyak keputusan yang dibuat oleh Menteri ini, kabinet telah diberikan gambaran yang salah atau tidak tepat hingga kabinet memberikan kebenaran yang silap kepada Menteri yang sekor ini.

5. Dan khabarnya, kalau Menteri ini tidak lagi menjadi calon BN maka dia akan jadi orang pertama yang mencium tangan DSAI. 

6. Itulah khabarnya. Benar atau tidak? rasanya lebih benar daripada biasa.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Sabah itu Malaysia: Mereka yang menangguk di air yang keroh

1. Nama malaysia sudah harum di dunia kerana membantu usaha perdamaian di selatan filipina dengan termeterainya perjanjian bangsamoro

2. Perkara ini menakutkan golongan pembangkang di malaysia yang sentiasa mahukan imej malaysia buruk dimata dunia.

3. Usaha peperangan memerlukan jumlah wang yang besar dan banyak. Ia juga memerlukan logistik dan bantuan sokongan yang tepat dan cepat. Jadi, siapa yang sanggup mengeluarkan wang dan bantuan kepada lanun sulu ? Siapakah yang mengaut keuntungan hasil daripada peperangan ini?

4. Ada dua yang akan mendapat untung daripada kematian peperangan ini. Yang pertama mungkin negara asing dan kedua pembangkang malaysia.

5. Mengapa negara luar?, perdamaian di selatan filipina akan mengurangkan kebergantungan terhadap kuasa luar asean. Ini tentu mengusarkan kuasa luar tersebut. Jadi penajaan usaha keganasan terhadap malaysia tentu menjadikan bahagian tersebut kembali bergolak dan menjadikan keperluan kehadiran kuasa tersebut kembali diperlukan.

6. Seterusnya ini juga akan menjadikan imej malaysia buruk di mata dunia dan usaha perdamaian yang dibuat oleh malaysia gagal dan keadaan tidak stabil kembali semula.

7. Berbalik kepada pembangkang pula, isu ic yang diberikan kepada pelarian beragama islam yang dikatakan menyokong kerajaan adalah isu yang menjadi duri dalam daging kepada pembangkang. Mereka tahu selagi pelarian ini masih menyokong kerajaan maka selagi itu usaha mereka untuk menawan putrajaya tidak akan menjadi kenyataan.

8. Jadi, bagi memporak perandakan pelarian ini maka tindakan perlu diambil terlebih lagi masa untuk PRU13 semakin hampir. Bagi menghalang pelarian ini keluar mengundi atau menukar pendirian pelarian untuk mengundi pembangkang maka satu isu besar perlu dilaksanakan.

9. Atas perkara ini maka pembangkang telah dikatakan berjumpa dengan orang-orang filipina 4 bulan sebelum pencerobohan berlaku. Dalam perjumpaan itu tentu pelbagai janji ditaburkan sehingga lanun kiram sanggup datang ke lahad datu untuk mendapatkan suatu tanah yang bukan hak mereka lagi.

10. Sekiranya peperangan terjadi dan ia telah terjadi, tentu golongan pelarian akan menyokong bangsa mereka sendiri. Kematian bangsa mereka akan menjadikan pelarian tidak lagi menyokong kerajaan dan tentunya pada PRU13 mereka tidak lagi mengundi kerajaan. Dikhabarkan bahawa terdapat 80,000 pelarian yang boleh mengundi di Sabah. Itu satu jumlah yang cukup besar. Kehilangan 80k undi sudah tentu mampu menumbangkan kerajaan sedia ada.

11. Akhirnya, yang untung bukanlah kerajaan atau parti pemerintah melainkan kuasa-kuasa lain.

12. Soalan cepu emas, siapakah dimalaysia yang mempunyai sejumlah duit yang banyak yang mampu melabur dan menaja keganasan sebegini? Mungkin mereka (pembangkang) yang berjumpa orang-orang filipina tersebut boleh memberikan jawapan.

13. Pada masa artikel ini diterbitkan, dikhabarkan bahawa ayah kepada Saiful Bukhari yang diliwat oleh DSAI telah membuat  kenyataan bahawa dia (ayah saiful) mengaku bahawa terdapat usaha untuk memburukan DSAI oleh anaknya. Saiful dalam kenyataan balas menidakkan apa yang dinyatakan oleh ayahnya dan berpendapat bahawa sudah sampai masa DSAI menghentikan membeli orang dengan duit.

14. Ini menunjukkan bahawa DSAI sedang menggunakan isu liwat sebagai diversion isu yang terjadi di Sabah iaitu penglibatan pembangkang dalam konflik Sabah hingga mencetuskan huru hara di sana. Apa-apa pun isu ini hanya boleh dijawab oleh pembangkang sahaja. Tapi mengikut firasatnya, tidak lama lagi pasti ada puak pembangkang yang akan membukan mulut mengenai hal Sabah ini, yang pasti ia tentunya akan mengoyahkan jalur ikatan pembangkang.

15. "tanya sama anwar apa pasal goyang nanti jawab anwar liwat dah datang". Apa kod? Mokhtar.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Mar 3, 2013

Sabah itu Malaysia!: Serangan Pengganas Suluk ke atas Lahad Datu, siapa dalangnya


Analisis: Pencerobohan Lanun Sulu Di LahadDatu



1. Siapakah Yang Menceroboh?

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2

Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.
tenterasultan

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?
Tidak.

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.
mahakuttah
Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?

‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:
“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.2

4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?
Ya.

Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.
Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.5

5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?

Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.

Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.
Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.
maimbung
Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. ‘Kesultanan Sulu’ tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa politik di Sabah.

6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?

Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.6


manila
The Manila Times melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.
ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:
A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.7
(Seorang pegawai tentera Filipina yang ditemuramah Reuters juga berkata bahawa kumpulan tersebut merupakan pengikut kepada waris Sultan Sulu – sebuah kepulauan di selatan Filipina – yang diundang ke Sabah oleh seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.)
abs
ABS-CBN News melaporkan seorang pegawai tentera Filipina memberitahu Reuters bahawa kumpulan penceroboh telah diundang seorang ahli politik pembangkang.

The Star melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ditanya samada laporan yang mengatakan bahawa pihak pembangkang menjemput kumpulan penceroboh tersebut ke Sabah adalah benar, menjawab:
Who is the one who gave it?8
(Siapa yang beri?)

7. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?

Tidak.

Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.
Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.

2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.

cession

8. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?

Royal House of Sulu9, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.

Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

9. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?

Tidak.

Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkanMemorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.

Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.
427
Memorandum Order No. 427 ialah bukti terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Kesultanan Sulu. Tiada sebarang memorandum dikeluarkan untuk mana-mana individu yang mengaku ‘sultan’ selepas itu. Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu tetapi pernah menuntut wilayah yang kononnya masih menjadi hak Kesultanan Sulu.

10. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?

Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.

Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagaiJabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre(Pembunuhan Corregidor).

William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.

11. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?

Tipis.

Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Ketiga, geran pajakan yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.

Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:
Article 3
The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.
(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)14
Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).15

Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

RUJUKAN:
1. “Sulu sultan’s army stakes Sabah claim,” philstar.com, 16 Februari, 2013,http://www.philstar.com/headlines/2013/02/16/909400/sulu-sultans-army-stakes-sabah-claim
2. “Pengikut Sultan Sulu Tidak Akan Tinggalkan Lahad Datu,” mStar Online, 18 Februari, 2013, http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/2/18/mstar_berita/20130218160807&sec=mstar_berita
3. “Salasilah Hubungan Kesultanan Brunei-Suluk,” SMJ-Site,http://www.freewebs.com/julabbi_cairo12/familytree.htm
4. “The true Sultan of Sulu,” http://www.fakesulusultans.com/
5. “Gov’t to assess Sabah claim,” BusinessWorld Online, 21 Februari, 2013,http://www.bworldonline.com/content.php?section=Nation&title=Gov%E2%80%99t-to-assess-Sabah-claim&id=66237
6. “Our Sultan of Sulu and Sabah,” The Manila Times Online, 16 Februari, 2013, http://www.manilatimes.net/index.php/opinion/editorials/41591-our-sultan-of-sulu-and-sabah
7. “‘Royal Sulu Army’ in Malaysia stand-off,” ABS-CBNnews.com, 15 Februari, 2013, http://www.abs-cbnnews.com/nation/02/14/13/royal-sulu-army-malaysia-stand
8. “We did not invite Sulu gunmen, says Anwar,” The Star Online, 22 Februari, 2013, http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/22/nation/12745258&sec=nation
9. “Sultan of Sulu,” Sultaniyyah Sin Lupah Sughttp://www.royalsultanateofsulu.org/#!sultan-of-sulu
10. William Larousse, A Local Church Living For Dialogue: Muslim-Christian Relations in Mindanao-Sulu (Philippines), Editrice Pontificia Universita Gregoriana, 2001.
11. Michael Leifer, Michael Leifer: selected works on Southeast Asia, Institute of Southeast Asian Studies, 2005.
12. Andrew T. H. Tan, A Handbook of Terrorism and Insurgency in Southeast Asia, Edward Elgar Publishing Limited, 2007.
13. Alfred W. McCoy, Policing America’s Empire: The United States, The Philippines, and the Rise of the Surveillance State, The University of Wisconsin Press, 2009.
14. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,”International Court of Justice, 17 Disember, 2002, http://www.icj-cij.org/docket/files/102/7714.pdf

Aug 15, 2012

APA BENDA INI SUARAM DAN KES SCORPENE!

Pada minggu terakhir Dewan Rakyat bersidang (21-28 Jun 2012) PKR telah membawa satu ucapan penangguhan berkenaan kes Scorpene. Jadi sebelum ia menjadi isu, baik pula kita telek siapa yang membawa isu Scorpene ini. Dan sebagaimana yang kita sedia tahu bahawa kes ini di bawa oleh SUARAM suatu NGO yang tak NGO yang lebih banyak kontroversi daripada Scorpene itu sendiri. Di bawah ini adalah beberapa petikan mengenai siapa SUARAM sebenarnya. Jadi Jelaslah bahawa SUARAM adalah bukan NGO tetapi adalah satu cabang gerak saraf PKR. …………………………………………………………………………………………………. Scorpene: Suaram Is Controlled by PKR SUARAM, a Non-Governmental Organization (NGO) which was established by the family of former ISA detainees where they were those who had threatened the country’s security, often portray the organization as something that is transparent, independent and that they would fight for human rights and justice. It was established on August 5, 1989 right after Operasi Lalang with its main objective which is to abolish ISA for those who were denied the rights to be tried. But, as to a rational and smart Malaysian in analyzing information, SUARAM us an organization that fights to ensure that the country would be open to danger by providing rights, time and space for criminals or terrorists to operate. And as Malaysians, SUARAM is just another one of the opposition’s shadow, or to be more specific, PKR and DAP, in hopes to bring down the government. SUARAM is never transparent, independent and they certainly do not fight for justice or the rights of anyone. SUARAM is only fighting for the opposition’s political agenda who are objected to a republican nation, liberal mindset and not to just destroy special rights, but also everything that has to do with Islam and the Malay culture. This can be seen when this NGO somehow went too much in creating the issue as if the issue of the Scorpene submarines were tried in France Court. it began with SUARAM making complaints in France Court regarding DCN, which is a submarine-maker company of the country, saying that the company had given bribes to another company, Perimekar Sdn Bhd from Malaysia. The complaint was then exaggerated with lies saying that the Prime Minister and his wife were involved in the murder of Altantuya who was charged as the translator during the trading procedure of Scorpene. Altantuya was said to have been killed because she asked for a little part from the bribe. From there, SUARAM also played the story saying that the PM will be be given subpoena by the court of France. All the ‘details’ about the case were spread by SUARAM through series of press conferences, few of them include those between May 3 and May 26 recently. However, we need to keep in mind that up until today, the information regarding this case has only been given from SUARAM and their lawyers without any presence of evidence. Their statements were then taken by bloggers and opposition leaders as concrete evidence, as if it was already decided by the judges, which was then ‘fed’ to the minds of Malaysians. The government had made a smart response by not saying much about this matter. Instead, the PM had gone under oath, in an Islamic manner, denying the charge and he gave an appropriate response in the Dewan Rakyat. The government needs to take a careful measure so that it would not cause any harm to court procedures which is said by the SUARAM, going under progress in France. SUARAM is the only one who cannot wait for the result from the court so that they could spread yet many more statements. SUARAM’s exuberance in this issue is simply hard to be understood. Considering that they are the opposition and the opposition is SUARAM, so it should be obvious that the General Election is coming soon because they are getting more and more exited lately. The evidence saying that SUARAM is actually the opposition is not that hard to see. Just look at the list of important people in the NGO, and we could see they they are also important people in the opposition coalition in Malaysia. Few of them include: 1. Cynthia Gabriel is the Director of SUARAM and appears to be leading the SUARAM Scorpene probe. The Selangor state government, run by Pakatan Rakyat, appointed Gabriel as a municipal councillor in the Petaling Jaya City Council; 2. Dr. Kua Kia Soong is a former DAP Member of Parliament; 3. Sivarasa Rasiah is a PKR Member of Parliament of Subang, Petaling; 4. Irene Fernandez is a PKR supreme council member; 5. Dr. Syed Husin Ali is the former Deputy President of PKR; 6. Tian Chua is the PKR Member of Parliament for Batu; 7. S. Arutchelvan is the Secretary-General of the Parti Sosialis Malaysia, which works closely with PKR; 8. Dr. Nasir Hashim is the President of Parti Sosialis Malaysia, which works in close alliance with the Pakatan Rakyat coalition; 9. Elizabeth Wong is a former Coordinator for SUARAM. She is now a PKR state assembly member in Selangor; 10. Pramesh Chandran works for Malaysiakini and is close friends with Tian Chua. The two were members of the Network of Overseas Students Collective of Australia together with Elizabeth Wong. The conclusion is, SUARAM do not have evidence in linking the PM in the murder case of Altantuya. SUARAM also do not have the evidence where bribery did occur during the purchase of Scorpene. But, we have the evidence where SUARAM do not act as an independent body because they are just the shadow of the opposition where they only want to bring down the government. Thus, it is not a surprise that SUARAM would not hesitate to lie, twist or even create stories about the corruption and murder just to fulfil their objective. http://www.isuhot.com/?p=1427 www.rencahmalaysia.blogspot.com ................................................................................................................................... Submarines: Who Is Funding SUARAM To Lie? A straight-forward purchase of military assets has never before been politicized in a way the SUARAM did with the scorpene submarines. The submarines case ‘emerged’ again in Bangkok recently, when SUARAM made a press statement to brief on the progress of the investigation by the French. Admitting that the case sounded like a Hollywood spy thriller, SUARAM continued to precede the court, calling the government corrupt and the Prime Minister, a murderer! The judge said that the investigations will not complete in 2-3 years, so why can’t SUARAM just sit still and wait for the verdict? Why the press conference? Why the publicity? Why now? In talking about the case, one must have a fair knowledge of SUARAM’s background. With the General Election around the corner, the motive of SUARAM in bringing back the dead is clear. SUARAM is an NGO that has been highly critical of the government. This is understandable as it was formed by families of ISA detainees. In other words, it was formed out of grudges, vandettas, revenge and it breathes on unsettle scores with the government. And working with the oppositions is the best way to revenge the government. SUARAM claimed to have gained full privileged access to the 153 investigation papers from the public prosecutor’s office and now selectively briefing the people from the list. It is obvious that SUARAM is trying to portray itself as an independent board that has the power to determine justice. Whereas, in this case, SUARAM is just a plaintiff a.k.a the complainant who has no right to draw conclusion as whether corruption did occur, what more link it to murder. Therefore, as a responsible organization with no hidden or evil agenda, it is only best and sensible for SUARAM to let the case proceed ‘peacefully’ in court. But SUARAM just can’t sit still. They need to tarnish the government’s image and smear the PM’s name in order to help the opposition gain some political mileage, up till the election. Should their lies be exposed later after the election, then be it. Right now, the SUARAM is determined to continue lying that the PM or his wife had murdered Altantuya, a Mongolian model cum an interpreter and a mistress, who asked for her part of the commission from the scorpene’s transactions. But their lies have already been exposed. The original ‘hollywood spy thriller’ script has been scrapped-off by the writer himself, Raja Petra Kamaruddin (RPK). In an interview, RPK exposed how he made-up the hearsay story, as ordered by some parties in the oppositions. The script was also way too dramatic that it failed to tally with the facts. The facts remained that at the time of the murder, the PM was attending a ‘buka puasa’ program in Kedah while his wife, Datin Seri Rosmah had a separate ‘buka puasa’ program with the orphanage in Tabung Haji, Kuala Lumpur. There are video, pictures and alibis to confirm that Datin Seri Rosmah was never at the crime scene, as written by RPK, in his original script. The PM didn’t know Altantuya, and that’s a fact too. The badly ‘doctored-picture’ by Tian Chua, Vice President of PKR showing them together, is in itself a proof of lie made by the oppositions. To stress the fact that he didn’t know the girl, the PM was more than ready to swear in the name of Allah, as according to the Islamic procedures – and he did, not once, but 4 times. No Muslims in their right minds would swear in the name of Allah should they are not truly innocent. The Malaysian court not only could not find anything to connect the PM or the wife with the murder but there were also no commissions or an Interpreter ever mentioned in the murder trial. This is because, Altantuya was not an interpreter as there was no interpreter needed in the scorpene’s transactions since all conversations and documentations are in proper English. So, looking at it all, it is no doubt that Scorpene and Altantuya’s life was nothing but a political game for the Oppositions…and SUARAM too. In their statement, SUARAM claimed to have gained full privileged access to the 153 investigation papers from the public prosecutor’s office and now selectively briefing the people from the list. It is obvious that SUARAM is trying to portray itself as an independent board that has the power to determine justice. Whereas, in this case, SUARAM is just a plaintiff a.k.a the complainant, who has no right to draw conclusion as whether corruption did occur, what more link it to murder. Nevertheless, SUARAM admitted that they can’t take any evidence outside of France and that the briefing was based on no hard evidence, but their words alone. Well, we have heard enough of their words and the more we hear, the fishier it becomes. How do we take words from the families of the people who were caught under ISA – most probably for potentially imposing danger to national security? How do we take words from the people who are full of hatred and grudges? How do we take their words when most of their words have been proven to be lies? In scrutinizing SUARAM’s motive, we must agree that grudges alone do not generate money. So, where does SUARAM get all the money to hire two highly paid French lawyers, namely Joseph Breham and William Bourdon to represent them? Are they paid by the hour, like most western and european lawyers are? Note that these lawyers were taken to Malaysia and then Bangkok just for publicity purposes. And how many of SUARAM’s officers are there in France to monitor the case, and for how long? Who paid for their travelling expenses, lodging, meals, refreshments, documentations? …And how much? We know that SUARAM is small organization, almost unknown to ordinary Malaysians. How can they afford all these? I’m sure, by now everybody would agree that it is beginning to look like SUARAM is the one should be under trial, not our government. http://www.freemalaysiakini2.com/?p=32467 www.rencahmalaysia.blogspot.com

Mar 6, 2012

KE MANA PSC ELECTION?

Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Berhubung Proses Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC Election) telah selesai membuat lawatan kerja ke tiga negara di Eropah. Lawatan kerja tersebut bermula pada 21 hingga 28 Februari membabitkan lawatan kerja ke negara UK, Jerman dan Denmark.

Menarik betul pilihan PSC ini. mengapa UK, Jerman dan Denmark? mungkin PSC berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk melihat sistem pemilihan kerajaan di ketiga-tiga buah negara ini. UK menggunakan sistem first past the post [baca disini tentang sistem first past the post] dalam pemilihan wakil rakyatnya seperti di amalkan di Malaysia, Jerman pula menggunakan mix system representation yang mana ia melibatkan gabungan sistem first past the post dan proportional representation [baca disini tentang proportional representation] satu sistem yang mana orang jerman sendiri pening kepala manakala Denmark menggunakan sistem proportional repsentation sahaja.

Ini bermakan PSC telah melihat tiga sistem pemilihan yang berbeza. Namun apa yang hendak dikatakan adalah di Jerman PSC telah memilih antara lainnya untuk berjumpa yayasan Konrad Adenuer ( atau bahasa jermannya Konrad-Adenauer-Stiftung : baca disini tentang yayasan ini)

Kita tahu bahawa yayasan ini merupakan suatu yayasan yang menyokong gerakan zionis dan adalah tenaga pembiaya di belakang parti PKR dan Bersih.

Jadi apa ke bendanya yang dibuat oleh PSC di Yayasan Kristian tersebut? hanya PSC sahaja yang boleh menjawab.

Menyentuh Denmark, apa yang hendak dikatakan lagi. Denmark tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan di Malaysia. Negara yang lebih banyak tanah daripada manusia itu tidak mempunyai kes berkaitan proses pemilihan yang boleh dikaji oleh Malaysia. Seleksi terbaik sepatutnya adalah Itali atau Belgium.