Feb 8, 2010

Dialog PAS UMNO: NIK AZIZ "BERGURAU" LAGI


Keikhlasan Nik Aziz Boleh Di Pertikai!


























TIADA angin masakan pokok bergoyang. Tetapi ada masanya, pokok tidak perlu menunggu angin untuk bergoyang. Jika ada tangan-tangan kasar menggoncang, maka bergoyang juga pokok. Jika ada monyet-monyet nakal melompat dari dahan ke dahan pokok, maka akan bergoyang juga pokok itu. 

Lebih daripada itu, pembangunan pesat menyaksikan jentolak bukan setakat menggoyangkan pokok malah mampu mencabut hingga ke akar.

Begitu halnya dalam kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin. Biarpun tidak diketahui apa puncanya beliau sekonyong-konyong inginkan Pas dan UMNO berbincang - tetapi tidak boleh dinafikan ada muslihat di sebalik pendirian terbaru itu.

Semestinya punca kenyataan tersebut bukan sekadar angin, atau tangan-tangan kasar, jauh sekali monyet-monyet nakal.

Tetapi ada kemungkinan ia disebabkan oleh jentolak yang semakin mara 'merebahkan' satu demi satu kekuatan dalam Pas tanpa menoleh kebelakang lagi.

Senario itu pasti membimbangkan. Sebuah parti yang satu ketika dulu dihormati kerana konsistensi perjuangannya dan barisan pemimpin yang bulat tekadnya, kini semakin hilang arah.

Krisis dalaman tidak mampu disembunyikan daripada pengetahuan umum, apatah lagi konflik yang secara terang-terangan dipertontonkan umpama wayang pacak yang masih mempunyai peminat biarpun dalam era teknologi maklumat.

Di Selangor, pertentangan di kalangan barisan kepimpinan Pas negeri sangat jelas. Di Kelantan begitu juga. 

Di peringkat pusat pun sama - konflik antara Dewan Ulama dan barisan kepimpinan muda menjadi rahsia terbuka sejak beberapa tahun lalu. Istilah kronisme yang satu ketika dulu ditujukan khas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kini dikongsi parti itu. Tidak terhenti setakat itu, tali yang mengikat hubungan Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP juga semakin longgar memburukkan lagi krisis dalaman parti itu.

Antara Pas dan DAP sememangnya tidak pernah ada titik pertemuan. Pertentangan antara cita-cita penubuhan negara Islam dan gagasan Malaysian Malaysia amat diketahui. Secara prinsipnya, perjuangan kedua-dua tidak akan pernah boleh menjadi satu aliran. Sehingga sekarang pemimpin DAP, Karpal Singh masih tega dengan kata-kata 'over my dead body' jika Pas mahu melaksanakan penubuhan negara Islam. 

Begitu juga Lim Kit Siang. Tidak pernah ada kata-lata aluan tentang matlamat suci Pas itu. Pendirian serta matlamat DAP jelas dan tidak pernah berganjak sedikit pun. Bagi mereka Malaysia tidak akan menjadi negara Islam selama-lamanya. Hukum-hakam Islam tidak akan menjadi teras Perlembagaan negara jika nasib menyebelahi pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan.

Meskipun Lim Guan Eng menjadikan Khalifah Umar Al-Aziz idolanya, namun untuk menerima idea penubuhan negara Islam tidak sama sekali. Dalam banyak hal kedudukan pemimpin Islam sendiri tidak dihargai. Percanggahan itu nyata dan tidak boleh dinafikan biar pun barisan pemimpin Pas berwajah manis memberitahu antara Pas, DAP, PKR sepakat tetapi hakikatnya tidak begitu.


Alasan


Atas alasan itulah, ada kumpulan dalam Pas yang menyanggah idea bekerjasama atau membentuk pakatan dengan DAP. Ada kumpulan yang lantang bersuara supaya dikaji semula hubungan sulit Pas-DAP. Mengapa Pas (yang memperjuangkan Islam) bermati-matian mahu bekerjasama dengan DAP? 

Nik Abdul Aziz ada jawapannya. DAP tidak tahu mengenai Islam maka segala-galanya menjadi wajar, berbanding UMNO yang sememangnya Islam tetapi menurut beliau tidak melaksanakan Islam, justeru sewajarnya ditentang.

Penjelasan itu dibuat ketika cakap-cakap mengenai adanya perbincangan antara segelintir pemimpin Pas dan UMNO mengenai masa depan orang Melayu dan umat Islam.

Ketika itu apa saja idea mahu mempertemukan pemimpin Pas dan UMNO ditentang, disanggah dan ditolak mentah-mentah. Bagi Mursyidul Am Pas itu, UMNO tidak selayaknya duduk semeja dengan parti itu. Pas hanya layak bekerjasama, berpakat dan bergabung dengan DAP dan PKR - tetapi tidak dengan UMNO.

Pas boleh bersekongkol dengan bukan Melayu dan bukan Islam tetapi tidak boleh semeja rundingan dengan Melayu dan Islam yang berbeza parti dengan mereka. Itu pendirian jelas Nik Abdul Aziz. Mukadimah untuk membentuk perpaduan Melayu yang diterajui oleh dua parti terbesar mewakili bangsa Melayu dan umat Islam ditutup dengan kata penyudah yang amat muktamad - tidak akan ada masa depan untuk rundingan antara Pas-UMNO.

Penutup itu menyaksikan Pas biar pun kelihatan sangat kekok dan janggal meneruskan kerjasama dengan DAP sambil cuba mengukuhkan ikatan dengan PKR. Biar pun amat jelas pakatan yang dijalin semakin rapuh disebabkan konflik dalaman dan percanggahan terang-terangan di kalangan barisan kepimpinan masing-masing.

Terlalu banyak percanggahan berbanding persamaan. Ketiga-tiga entiti itu hanya bersatu matlamat - untuk menumbangkan kerajaan BN, tetapi pada masa yang sama tidak ada jalan sehala demi mengorbankan prinsip perjuangan masing-masing.

Sebab itu, apabila Nik Abdul Aziz membangkitkan perihal sudah tiba masanya Pas dan UMNO duduk semeja berbincang, pasti ayat-ayat itu dilontarkan dalam sedar. Bukan bermimpi atau mengigau jauh sekali ajak-ajak ayam. Pasti ada puncanya apabila secara tiba-tiba perseteruan Pas-UMNO yang menurut Mursyidul Am Pas itu telah berlarutan 50 tahun mahu ditemukan di meja rundingan.

Maka hanya sekarang? Mengapa tidak dua atau tiga tahun lepas atau sekurang-kurangnya bernada positif ketika orang kuat parti itu memulakan mukadimah perpaduan dengan UMNO sedikit masa dulu?

Adakah keikhlasan di sebalik pelawaan itu? Jika ada, di mana tahapnya? Sekadar ajak-ajak ayam? Atau mahu mempermainkan perasaan dan memperlekehkan usaha menyatukan orang Melayu di bawah platform dacing dan bulan? Ini kerana Mursyidul Am itu sebelum ini tidak pernah kisah perseteruan antara Pas-UMNO. Tidak pernah ada nada positif apabila bercakap mengenai kerjasama antara kedua-dua parti - sedangkan bersama bukan untuk bergabung parti sebaliknya memperkukuhkan usaha memartabatkan kedudukan Islam dan Melayu.

Semestinya usaha itu tidak disenangi rakan sebantal - DAP. Untuk menjaga hati DAP, apa salahnya dikorbankan Melayu. Apa salahnya ditolak tepi agenda duduk semeja dengan UMNO seperti sebelum ini? Itukah pendirian yang sedang cuba dikendurkan oleh Nik Abdul Aziz?

Persoalan itu mesti dijawab secara ikhlas oleh pemimpin Pas. Jika Mursyidul Am itu menentang hebat idea Datuk Seri Hadi Awang untuk bermuzakarah dengan UMNO, mengapa sekarang muncul pula gesaan di pihaknya supaya dua seteru itu duduk semeja?

Bukankah kedengaran pelik dan janggal? Penjelasan lanjut Nik Abdul Aziz semalam menceritakan paras keikhlasan menimbulkan idea mengajak pemimpin UMNO duduk berbincang.

Menteri Besar Kelantan itu mahu rakan-rakannya - DAP dan PKR turut dilibatkan. Maknanya perbincangan yang melangkaui isu Melayu dan Islam itu mesti mendapat restu sekutu Pas. Di meja mana rundingan seperti itu boleh dilaksanakan? Bukankah DAP tidak akan bersetuju manakala PKR yang penasihatnya memusuhi UMNO, pasti menolak sama sekali untuk duduk di meja yang sama.

Perlukah perbincangan mengenai Islam dan Melayu melibatkan pemimpin DAP yang semestinya menentang keras apa sahaja agenda berkaitan perkara itu?

Dalam hal ini, barisan kepimpinan Pas perlu ikhlas, jelas dan tegas. Jangan disentuh soal pertemuan dan perbincangan jika ia hanya bertujuan mencetuskan reaksi dan keterujaan.


Goyang


Jangan juga diajukan cadangan seumpama itu hanya kerana kedudukan serta sokongan terhadap Pas dilihat semakin goyang. Maka untuk mengalih tumpuan dan isu, UMNO menjadi sasaran dan diumpan. Pemimpin Pas mungkin menjangkakan sambutan memberangsangkan di pihak UMNO. Selepas itu hasrat tersebut dibatalkan, silap-silap haribulan UMNO pula ditempelak dan dipersalahkan.

Perihal Melayu dan Islam bukan saja melingkari ahli-ahli Pas-UMNO. Ia melibatkan rakyat majoriti, justeru setiap cetusan idea untuk menyatukan parti-parti yang terlibat ke arah memartabatkan Melayu dan Islam sememangnya ditunggu-tunggu.

Perjuangan itu bukan bersifat bermain pondok-pondok. Hari ini bina pondok, esok dirobohkan dan bina pondok lain. Hari ini merajuk, esok dipujuk, boleh berbaik semula. Perihal penyatuan bangsa dan memartabatkan agama menuntut kesungguhan. Ini kerana jika Melayu dan Islam tidak lagi percaya kepada parti-parti yang mendakwa berjuang ke arah itu, sukar untuk mengembalikan keyakinan mereka.

Pas pernah meneroka kerjasama UMNO demi memperkukuhkan kedudukan bangsa dan agama. Biarpun tidak bertahan lama tetapi percubaan itu cukup terpahat di hati orang Melayu dan umat Islam. Ia bukan mustahil dilaksanakan sekali lagi - mesti ada kesungguhan, paling penting keikhlasan. Kedua-dua nilai itu semakin menyusut dan hanya boleh dikembalikan oleh barisan pemimpin Pas-UMNO jika mereka benar-benar serius mahu mengangkat kedudukan bangsa Melayu dan umat Islam.
Wallahuallam. - UM

Suara Politik
Taminsari

dipetik daripada belantan 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

p.s

Lagi sekali Nik Aziz keluar suatu kenyataan memerangkap UMNO. Apa yang Nik Aziz nak cakap ialah kenapa UMNO tak nak terima Islam sebagai dasar perjuangan UMNO. Inilah isu pokok sebenarnya. Sepatutnya apa yang UMNO perlu tanya semula pada PAS ialah kenapalah PAS ini sejak azali kata UMNO tak perjuangkan Islam. Adakah segala bentuk benda-benda keislaman yang UMNO telah laksanakan tidak dikira sebagai Islam? sebagai contoh BaitulMal, Undang-Undang Keluarga Islam, Majlis Fatwa etc..adakah itu tidak dikira sebagai UMNO memartabatkan Islam dan secara langsung menyatakan UMNO memperjuangkan Islam? ada tak UMNO pernah kata mereka tak memperjuangkan Islam. Mana datang nya idea pada pihak PAS yang menyatakan hanya PAS sahaja yang memperjuangkan islam? Kalau pun UMNO tidak menggunakan label "islam" pada segala yang mereka buat, tidak bermakna islam itu tidak diperjuangkan oleh UMNO.  Dan lagi menarik PAS yang patut katakan pada UMNO mengapa slogan negara islam ditukar oleh PAS kepada negara berkebajikan dalam menifesto PAS PRU ke 12 yang lepas. Apakah alasan PAS agaknya. 

Siapa perjuangkan Islam sebenarnya? perlukah islam diletakkan pada nama? (contoh negara berkebajikan), adakah dengan meletakkan "islam" pada nama parti menyatakan parti itu parti islam? adakah meletakkan nama islam pada perlembagaan parti menyatakan parti itu parti islam? tepuk dada tanya selera.


ROBOH GERAI: APABILA HARAKAH BERBICARA SETENGAH TIANG

Haprak Daily dan Mansor pembohong besar tuduh kerajaan BN dulu keluarkan arahan robohkan gerai !!


Satu 
pembohongan besar oleh Haprak Daily yang menuduh bahawa tindakan arahan merobohkan gerai peniaga Melayu ini adalah daripada kerajaan BN . haha

Wahai Dr Mansor dan haprak Daily , Hang ingat rakyat PP bodoh ka atau buta ke ??
Adakah arahan kerajaan BN dulu yang sebelum Mac 2008 ini masih lagi berjalan hingga Jan 2010 ??? Nak bohong untuk dengan menuding jari kepada pihal lain pun agak-agak la Dr Mansor ....

Hang pun dah terikut penyakit DAP iaitu jika berlaku sesuatu isu disalahkan kepada kerajaan BN dulu ..

Yang lagi seorang pulak Ahli Majlis MPPP makan elaun buta saja setiap bulan sehingga tak tahu langsung kerja merobohkan gerai2 peniaga Melayu ..haha haha . Habis itu siapa yang keluarkan arahan kepada MPPP robohkan gerai2 jika ahli Majlis sendiri pun tak tahu ..

Untuk Ahli Majlis MPPP yang makan elaun buta setiap bulan , Nak tahu arahan dan tindakan terbaru MPPP terhadap gerai2 peniaga terbaru . 
klik di sini 


baca juga kisah siri kezaliman kerajaan diktator Guan Eng terhadap peniaga Melayu
Gerai peniaga buah di dalam Parlimen Anwar sendiri pun dirobohkan 
mpsp pilih bulu robohkan kedai peniaga
kerajaan LGE bohong tidak robohkan gerai penjaja sementara 

Kerajaan PP mahu roboh pondok nelayan Tanjung Bungah 

Uniknya Pulau Pinang

Nasib peniaga Melayu di bawah kerajaan negeri DAP semakin ditindas 

Lim Guan Eng robohkan Kedai DOREMI 
Diskriminasi kerajaan PP , chalet kecil Batu Feringgi diancam dirobohkan
dipetik daripada pejuangbangsa 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

PAS NAK SAMAN BLOG PRO KERAJAAN: WA HALAL KU WA HARAM MU

Monday, February 8, 2010

PAS double standard !! PAS buat kartun jenaka terhadap BN boleh , tetapi mereka haram & berdosa .


Puak pakatan haprak kepanasan apabila kartun dan imej mereka menjadi bahan lawak dan dikartun oleh sahabat blogger jefrey.

Yang terbaru Haprak Daily akhbar lidah bercabang PAS menyiarkan laporan polis dibuat keatas sahabat blogger jefrey damien kerena mereka berasakan terhina apabila gambar seksi dan wali selipar sedang makan "kek" disiarkan.


Haprak Daily-Nik Aziz Kesal lakaran Blog Cuba Mengaibnya

KOTA BHARU, 7 Feb: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan dirinya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai perlakuan tersebut sekiranya tiada orang berbuat demikian.
(Gambar: Mejar (B) Mohamad Ibrahim (kanan) dan Hisyam Fauzi menunjukkan salinan laporan polis)

Namun beliau amat berterima kasih kepada pihak yang telah terlebih dahulu membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut.

“Saya ucap terima kasihlah kepada pihak yang membuat laporan polis terhadap perkara itu,” katanya selepas majlis penyampaian cek Takaful Kifaalah kepada 2,040 wasi di Dewan Majlis Daerah Machang, di sini hari ini.

Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar dengan aksi liwat.


Laporan polis dibuat telah mengesahkan genetik ahli PAS mempunyai naluri pondan,hati mudah tersentuh dan akan meracau jika mereka diserang,walhal selama lebih 12 tahun mereka menghina,fitnah dan caci maki para pemimpin UMNO dan BN melalui lakaran dan imej kartun,masih ingatkan anda gambar Tun Mahathir memakai baju paderi dan firaun?,sedikit sekelumit mereka tidak berasakan rasa mereka akan menjadi bahan pada satu masa kelak.Roda sudah berputar,ingatlah,kami blogger tidak akan gentar dengan ugutan dari jalang seperti PAS .

contoh kerja pakatan haprak yang kononnya mereka turut sama berasa 'lucu'


Heboh satu negara apabila Tian Chua menabur fitnah,juak PAS turut sama menjilat taik fitnah dengan mengedarkan gambar palsu Ds Najib?
gambar ini masih berada di blog Tian Chua dan Chegu Bard

Berkokok bersorak sakan para juak haprak percaya dengan gambar fitnah tersebut.Tetapi bagaimana pula gambar dibawah ini?

Kenapa?tak percaya ker?



Sekarang zaman sudah berubah,Pisau menyeru sahabat blogger agar tidak tunduk kepada ugutan oleh puak jalang politik ini. Sialan seperti PAS dan juak pakatan haprak harus diajar,pekung mereka sedikit demi sedikit telah terbuka,rakyat dipertontonkan sikap betapa munafik dan hipokritnya juak juak haprak PAS.

sumber : pisau.net


Komen PB

PAS memang parti double standard !! Depa buat kartun mcm orang gila oleh kartunis gila mereka Zunar dlm harakah tak pa , tetapi bila blogger pro kerajaan buat sikit , sudah kena laporan polis !! Sekarang ini , apa yang depa lakukan dahulu, telah pulang kembali mengenai muka sendiri. Mungkin sudah tidak tahan malu , dan perang saraf depa dengan menggunakan kartun dan ilustrasi serta photoshop element pun tidak menjadi lagi , Haprak daily dan gerombolan dalam PAS-Baru mula melalak dengan membuaty tindakan bodoh membuat polis report ..haha

Wahai puak2 PAS, harus diingat perbuatan ini sebenarnya adalah balasan tuhan kepada PAS yang telah 11 tahun mengejek dan menghina pemimpin kerajaan menerusi kartun dulu . 

PAS patut bertaubat !!!
dipetik daripada pejuangbangsa 
www.rencahmalaysia.blogspot.com
P.s
Apabila dulu geng-geng PAS/PKR/DAP yang buat benda-benda macam ini, tak ada pulak si PAS memekak. Yang ada mereka diam sahaja. Sekarang apabila sudah terkena pada batang hidung sendiri, PAS mula hendak menyaman. Dasar PAS!. halal kalau aku yang buat, haram kalau kamu yang buat. Tapi inilah politik, dengan adanya idea macam ini sekurang-kurangnya tumpuan rakyat terhadap kacau bilau politik pembangkang akan terpesong sedikit. Diversion seperti ini yang amat diperlukan oleh PAS. 

Jan 14, 2010

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH DI INDONESIA: DIPETIK DARIPADA EMEL


FORWARDED EMAIL


Assalamualaikum w.b.t….



 



Brother & sisters..





Just want to share something with you all…



Think carefully for our next future generations…



Remember the quote “to see the future of nation just look at their youth @ youngster…



What their done is the mirror of what will happen in future….”

So what happen now give big implication on our next generation…



It’s a story about using Allah as same word as other God which in Christian they believe Jesus is the son of God.

So, the Malaysian Christian (which I believe only some of them) currently claim that the word Allah not only belong to Muslim but also for them..



For me, it’s really sad they can’t even simplest thing & hurt Malaysian people really bad…



After many decade we Malay Muslim had sacrifice a lot for the others Malaysian (neither race or religion) in the name of unity but right now when it relate to ‘Aqidah’ & purity of Islam religion it’s really too much….



I don’t want our past mistake happen again & again…..



I believe this part of the Jewish plan.



So to all Muslim, please come unite & protect our beloved religion & country….



P/S : Here I attached some interesting photo that may open any Muslim eye regarding this matter….



So, please don’t say in the name of democracy, or whatever…..





What the kids will think after this if Allah can be seen at church like this??




It’ll make them confuse like ‘we can pray Allah at church’ or ‘Allah has more than one’???



What will happen next??








This already happen in East Malaysia , so please do something before its spread here…









Don’t wait until it happen like in Indonesia which lot of confusion like this….






That time ‘Murtad’ is normal & can’t be stop anymore….



Again, to all my Muslim friend lets unite and face this for sake of our future…

Thanks…..



Allahuakbar!!  Allahuakbar!!  Allahuakbar!!



Wassalam…










Subject:  FW: Penggunaan nama Allah oleh non muslim di Indon   



  



  



Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia .. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini... (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that's a fact!)   



  



Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya   



  



Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah. . bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!" aku langsung tergolek.... astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..   



  



Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi aku.. wakakaka...   



  



Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!" aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye..   



  



Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah 'usha' buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman Anda Kepada Allah" bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi... lah, buku dakwah Kristian rupanya..   



  



risau gak klu jadi camni kat mesia   



  







di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan "rumah allah"...mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi malaysia mengamalkan demokrasi-sekular  




www.rencahmalaysia.blogspot.com

Jan 11, 2010

LAGI ORANG POLITIK AKSIDEN DI PERAK: KONSPIRASI LAGI?

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi terbabit dalam kemalangan

11/01/2010 6:49pm


IPOH 11 Jan. — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung terbabit dalam kemalangan apabila kereta yang dinaiki melanggar bahagian belakang sebuah lori di Km344, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Tapah hari ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Roslan Bek Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Kok Chung dan pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kok Chung ketika itu dalam perjalanan dari utara ke selatan dengan menaiki kereta Perdana V6, katanya ketika dihubungi hari ini. - Bernama


p.s


 Mungkin ada konspirasi politik sebab kejadian ini berlaku dekat tapah negeri Perak? hahaha...