Jan 8, 2010

Edisi Hangat : Penulis di Harakahdaily Akan Buat Laporan Polis Terhadap Panglima !

Pertama : Penulis ruangan pembaca di Harakahdaily yang telah disebut tulisannya di sini ( kira iklan percuma ) telah datang bertamu ke blog kerdil Panglima. Kasar bahasanya dan seperti tidak melambangkan seorang muslim yang baik dan murni akhlaknya.

Komen beliau :

SALAM

lain kali tanya si penulis secara jelas.
jgn buat tafsiran sendiri

sebab yang tulis tu aku

aku cakap kejadian itu tiada unsur politik. tapi tidak salah YB Nizar berwaspada dan perlu diiringi oleh pegawal peribadi, pegawai khas dan pemandunya. Sekadar berwaspada

apa yang aku tulis itu tanpa membangkitkan sebarang unsur menyalahkan UMNO sama sekali.

macam kemalangan YB Dato Prof Zul, aku ada kata ke ia ada unsur politik? siap ia disahkan oleh PM time itu, ia takde unsur politik.

sekali lagi aku cakap. cuma berwaspada terhadap sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku

Cuma aku minta kepada pihak PAS negeri, perketatkan tahap keselamatan beliau.

itu je..
takde kaitan pun dengan UMNO atau BN

pohon kenyataan ini disiarkan, atau suatu laporan polis akan saya buat

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Mantan S/U Pas Jalan Yadi Sungai Udang


Begini rupa ahli PAS yang bagi saya kira hebat juga tulisannya hingga disiarkan di Harakahdaily...

tulisan beliau yang lain ada di link ini http://www.harakahdaily.net. Kira satu lagi promosi tanpa bayaran kepada penulis muda Harakahdaily ini.

Nak tahu blog dia ? boleh ke sana di link inihttp://www.mdikhqoi.blogspot.com/


Jika beginilah rupa akhlak ahli PAS ini saya rasa patutlah ahli PAS sanggup berbaring di tengah jalan menghalang kereta Sultan Perak satu ketika dulu. Mereka memang nekad dan sanggup buat laporan polis untuk dapatkan publisiti walaupun terhadap blog picisan macam blog saya...

Saya memahami kegelisahan hati mereka tentang masalah negara kita tetapi ia tidak boleh menjadi sebab untuk ditujukan tuduhan tersebut kepada pihak lain khasnya UMNO !

Kita perlu rasional dan tidak emosional dalam semua perkara. Termasuk dari membuat andaian negatif bahawa kemalangan dan dikiaskan dengan pihak UMNO..

Dengan penyiaran komen menafikan maksud penulis itu di sini maka saya rasa semua pihak tidak perlu lagi salah sangka dengan maksud beliau.

Semoga penulis muda ini akan berhati-hati dalam penulisannya...


...........dipetik daripada panglima perang cyber 
p.s

Mungkin blog ini pun akan dibuat laporan polis? hahaa...mantan..mantan. kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai, kalau takut ditafsirkan sebegitu rupa penulisan, jangan la menggatal nak menulis. Duduk rumah la diam-diam lagi bagus.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Jan 7, 2010

KEMALANGAN NIZAR: HARAKAH KATA MUNGKIN IA TELAH DIRANCANG, TETAPI ADAKAH PAS YANG MERANCANG KEMALANGAN INI?





Link harakah disini 
..................................
APAKAH yang anda rasa apabila membaca petikan di atas? saya merasakan bahawa MANTAN SETIAUSAHA PAS JALAN YADI SUNGAI UDANG dan HARAKAH cuba menangguk di air keruh. 



MEREKA cuba mendapatkan publisiti murahan. Bagi HARAKAH inilah masa untuk menabur fitnah kepada UMNO. Dan bagi IKMAL mungkin inilah masa untuk beliau membuat comeback kedalam PAS setelah manjadi mantan. Mungkin beliau berharap dengan corak tulisan sebegitu jahat maka beliau akan jadi popular dan lantas berhak diberikan perhatian untuk masuk semula ke gelanggan PAS?
MUNGKIN kemalangan ini memang dirancang tetapi oleh siapa dan untuk tujuan apa?.  Tidakkah orang-orang PAS dan mantan setiausaha PAS ini terfikir bahawa boleh jadi kemalangan ini telah dirancang oleh orang-orang PAS sendiri?. 
BOLEH jadi ini merupakan plan terakhir mereka setelah rakyat mula menerima pentadbiran BN di Perak. Dengan adanya kemalangan ini maka penyokong dan perancang kemalangan ini tentunya mendapat dua perkara. Yang pertama ialah publisiti terhadap kejadian ini dan keduanya dapat menunjukkan pula bahawa EX MB Perak dianiaya oleh UMNO. 


RAKYAT tentunya akan tertarik kepada kejadian ini dan pastinya ia akan dijadikan propaganda oleh PAS  dalam mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka. Dalam beberapa bulan ini sokongan rakyat kepada mereka telah dan hampir pupus. Jadi mereka amat terdesak untuk membuat stunt yang membolehkan mereka mendapat perhatian rakyat. 


ADENGAN seperti ini bukan tidak pernah dibuat PAS. Dalam PRK Bagan Pinang PAS pernah mengatakan bahawa ahlinya dibelasah padahal daripada bukti yang ada menunjukkan bahawa itu adalah perancangan PAS sendiri [klik sini untuk baca penipuan PAS] .


MAKA kita boleh membuat andaian bahawa kejadian seperti ini mungkin dirancang oleh PAS kerana mereka pernah melakukan perkara yang sama sewaktu di Bagan Pinang dan ada kemungkinan mereka akan mengulang taktik yang sama.


P.S: 
Mungkin  MANTAN nak menangguk undang di air keruh?


www.rencahmalaysia.blogspot.com

NIZAR EX MB PERAK ACCIDENT: ADAKAH INI BALASAN CASH ATAS DOSA2 DIA?


















Update : (11.00am) Nizar telah dimasukan ke ward 8C kerana tekanan darahnya agak tinggi.Nothing serious.Beliau telah terlanggar divider jalan sewaktu mengelakkan sebuah kereta yang tiba-tiba keluar dari persimpangan 'Seruan Islam'.
==========================================
DS Nizar telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya pagi tadi berhadapan Hotel Casuarina di Ipoh.Saya dimaklumkan keretanya telah terbalik dalam kemalangan tersebut

Beliau sedang menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Besar Permaisuri Tengku Bainun, Ipoh.




gambar dipetik disini 


ulasan bertulis dipetik disini 


www.rencahmalaysia.blogspot.com

Jan 6, 2010

2020: APABILA ALI MASUK GEREJA SEMBAHYANG SEBAB TUHAN KRISTIAN DAN ISLAM SAMA SAHAJA!

Ali seorang kanak-kanak islam berumur 7 tahun sedang bercakap dengan kawannya Jonny seorang kanak-kanak katholik Kristian yang berumur 8 tahun. Perbualan ini terjadi pada petang Jumaat tahun 2020 iaitu kira-kira 10 tahun selepas Mahkamah rayuan membenarkan penggunaan perkataan ALLAH oleh golongan kristian.


Jonny: Kamu hendak kemana Ali? marilah main dengan saya


Ali: Sorry la Jonny, saya kena pergi masjid lah, saya hendak sembahyang.


Jonny: Sembahyang? kamu sembah apa ye?


Ali: Ooo..kami sembah ALLAH 


Jonny: Eh..sama la macam saya, saya pun pergi ke church hari ahad untuk sembahyang pada ALLAH. Kamu tak payah la pergi ke masjid hari ni Ali, kita pergi main game lah. 


Ali: Eh..tak boleh la Jonny, nanti ayah saya marah. Saya mesti pergi ke masjid untuk sembahyang sebab minggu lepas saya tak sempat nak pergi. Ayah saya kata, orang islam kena pergi sembahyang di masjid pada hari Jumaat, kalau tak pergi minggu ini minggu depan kena pergi kalau tidak nanti saya mati masuk neraka.


Jonny: ala apa susah kamu ikut saya ke church hari ahad ni ganti balik sembahyang hari Jumaat ni, lagipun kita kan sembah ALLAH tuhan yang sama. 


Ali:  Betul juga tu.Oklah, hari ahad ni saya ikut awka pergi church la sembahyang. Jom kita sambung main.


www.rencahmalaysia.blogspot.com

Jan 5, 2010

JAMILKUCING: 70 DOSA BESAR ORANG UMNO


BLOG ini jarang mengulas tentang entri yang diletakkan dalam blog lain, tetapi  untuk kesekian kalinya maka pada hari ini BLOG ini memaparkan suatu entri oleh blog pembangkang yang secara asasnya mengkafirkan orang islam yang memilih UMNO sebagai wadah perjuangan. 


Pada pendapat BLOG ini, nyatalah bahawa di mata penulis blog tersebut orang UMNO adalah lebih teruk dari seorang kafir, lebih teruk daripada DAP yang menentang negara islam dan lebih teruk daripada PKR yang diterajui oleh tertuduh peliwat. 


Penulis blog tersebut menganggap bahawa semua yang di bawah ini (70 dosa besar) dilakukan oleh ahli UMNO. Adakah penulis blog tersebut sedar bahawa ada perkara tersebut yang dilakukan juga oleh ahli pakatan PEMBANGKANG?. 


SEDIH melihat orang yang sebegini yang sanggup mengkafirkan saudara seagama kerana politik. Maka betullah kata orang bahawa angkara politik mana saudara pun menjadi seteru. 


DASAR PEMBANGKANG. ORANG LAIN HARAM, MEREKA HALAL. ORANG LAIN SALAH MASUK NERAKA, MEREKA SALAH MASUK SYURGA KERANA TELAH DIJAMIN SYURGA OLEH PAS!.


Penulis blog tersebut menamakan dirinya JamilKucing, mungkin perlu ditambah taik ditengah-tengah ayat tersebut. 



70 dosa besar




Yang bertanda merah banyak di amalkan oleh melayu umno.

1. Syirik (secara tak sedar pun ada...tapi dah selalu....jadi laa DOSA BESAR)
2. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. 
Tinggal Sembahyang (yang selalu di lakukan)
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. 
Tidak Berpuasa (yang selalu di lakukan)
7. 
Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa (yang selalu di lakukan)
9. 
Memutuskan Silatulraham
10.
Berzina (individu tertentu)
11.Homosex
12.
Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.
Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.
Sombong (yang selalu di lakukan)
17.Saksi Palsu
18.
Meminum Arak(individu tertentu)
19.
Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.
Berjudi (yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.
Merompak
25.
Sumpah Palsu (HOT)
26.
Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.
Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)
29.Bunuh Diri
30.
Berbohong (yang selalu di lakukan)
31.
Hakim yang Tidak adil (HOT)
32.
Rasuah (HOT)
33.Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak)
34.Tidak Cemburu
35.Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.
RIAK Mempamerkan Diri (yang selalu di lakukan oleh orang umno )
38.
Ulamak Dunia (jahat)
39.
Khianat (yang selalu di lakukan)
40.
Mengungkit- Ungkit Pemberian (yang selalu di lakukan)
41.Mangingkari Takdir
42.
Mencari Kesalahan Orang lain (yang selalu di lakukan)
43.
Menabur Fitnah (yang selalu di lakukan)
44.
Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)
45.
Mengingkari Janji (individu tertentu)
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami (amalan isteri)
48.Gambar pada Baju (hari-hari)
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.
Menggangu Orang lain (hari-hari)
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT)
54.
Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.
Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59
.Menjadi Pak Sanggup (HOT)
60.
Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media)
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.
Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)
66.
Meninggalkan Sembahyang Jumaat (sentengah individu jgn lebih 3 kali dah )
67.Menguragi Wasiat
68.Menipu (Hari-hari)
69.
Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat



Dipetik daripada jamiltaikkucing 
www.rencahmalaysia.blogspot.com