Sep 23, 2009

Beli Helikopter: korupsi?

ANALISIS EC725 COUGAR-GERENTI DIBELI MALAYSIA

1. Pengumuman pembelian helikopter Eurocopter EC725 telah menjadi isu yang paling hangat diperkatakan dalam dunia politik dan pertahanan mulai akhir tahun lepas iaitu sebaik sahaja kerajaan membuat keputusan untuk membeli helikopter buatan Perancis itu.

2. Saya juga ada menulis mengenai artikel pembelian helikopter itu dan disiarkan dalam Utusan Malaysia pada akhir tahun lepas, akibatnya wakil Eurocopter yang berpengkalan di Subang telah menghubungi saya akibat kesalahan-kesalahan teknikal yang melibatkan sumber saya dalam analisis tersebut.

3. Sempat juga saya mengingatkan kepada beliau bahawa kesilapan saya tidak perlu diperbesarkan dengan mengambil tindakan terhadap saya atau sumber saya, memandangkan, pembelian itu akan menjadi isu besar dalam negara.

4. Saya katakan demikian bukan untuk mengaitkan pembelian itu dengan soal rasuah atau komisyen tetapi lebih kepada harganya yang sangat mahal iaitu lebih kurang US 427.20 juta (RM 1.452 bilion) sebuah.

5. Masalah harga yang mahal bukan menjadi perkara besar tetapi dalam keadaan sekarang, orangramai mudah terpengaruh dengan isu-isu seperti ini dan seperti biasa akan lahirlah penganalisis pertahanan tidak rasmi di kedai-kedai kopi seperti mana juga lahir penasihat undang-undang tidak bertauliah apabila timbul soal pengambilalihan kerajaan PR di Perak.

6. Politik bukan minat saya, bagi saya, politik adalah sesuatu yang kotor dan penuh dengan tipu helah, oleh kerana saya pernah belajar Sains Politik dan teori-teori komunikasi, saya mengikut perkembangan politik dari jauh dan secara berhati-hati agar tidak terperangkap dalam permainan orang-orang politik sama ada mereka dari pihak pembangkang mahupun kerajaan (Saya mampu membuat blok politik tetapi maklumat yang saya ada sangat sensitif, tidak boleh disiarkan kalau nak borak kedai kopi bolehlah).

7. Berbalik dari soal tadi, jangkaan saya tepat, serta merta, lebih kurang seminggu selepas itu, pembelian itu dikaitkan dengan skandal dan hari ini semua orang menyiarkan surat dari Pengerusi Mentari Services Sdn Bhd Kapt (B) Datuk Zahar Hashim.

8. Beliau yang cuba menjual helikopter jenis Kazan MI-182 KF tewas dalam tender itu dan mengambil langkah drastik untuk menyiarkan surat itu kepada media (media internet) termasuk keluar dari parti Umno untuk menyertai PAS.

9. Simpati kepada Zahar dari saya apabila helikopternya tidak terpilih walaupun mempunyai kelebihan yang sangat ketara iaitu harga helikopternya adalah yang paling murah berbanding semua pembida yang memasuki tender itu.

11.Masalahnya, helikopter MI-182 KF yang cuba dijual oleh Zahar datang dari pihak kedua iaitu Kelowna Flighcraft LTD yang berpengkalan di Kanada dan bukan dari pengeluar asal.

12.Jika anda hendak membeli kereta Proton yang baru, sanggupkah saudara membelinya dari Syarikat Ah Seng sedangkan kita boleh dapat dari pengedar Proton yang bertauliah dengan jaminan alat ganti serta servis percuma selama setahun.

13.Lagipun, Eurocopter sudah berada di Malaysia sejak beberapa tahun dahulu melalui pembukaan pejabat dan hangarnya di Subang malahan helikopter keluaran itu digunakan oleh pihak awam, polis dan tentera di negara ini.

14.Mengapa Zahar menjadi wakil kepada Kelowna Flighcraft LTD dan bukan kepada pengeluar asal MI-182 KF adalah persoalan yang tidak mampu dijawab oleh saya.

15.Ini merupakan satu pelaburan yang besar, sudah tentu Malaysia mahu timbal balas yang menguntungkan atau sekurang-kurangnya seimbang dalam soal pembelian helikopter ini.

16.Eurocopter merupakan sebuah helikopter yang terbaik di dunia dan diasaskan dari Super Puma yang sudah terbukti penggunaannya dalam medan perang dan khidmat-khidmat lain.

18.Saya difahamkan pembelian awal helikopter (12 buah dan opsyen untuk 13 buah lagi) ini bukan bertujuan untuk menganti Nuri tetapi lebih untuk dipakai dalam misi Combat Search and Rescue (CSAR), buat masa sekarang, Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) tidak mempunyai helikopter CSAR yang dedikasi malah helikopter Nuri yang sedia ada hanya dinaik taraf untuk misi Search and Rescue (SAR) sahaja.

19.Saya tidak rasa kerajaan akan menggantikan keseluruhan armada Nuri dengan EC725 versi mahal ini, mungkin satu tender lain akan dibuka ataupun tetap memilih EC725 tetapi dengan konfigurasi basic yang harganya tentu lebih murah.

20.Sebuah helikopter CSAR haruslah mempunyai perlindungan armor yang baik, kelajuan tinggi, kemampuan untuk terbang malam, mampu untuk membuat apungan otomatik selama beberapa minit pada ketinggian tertentu, terbang dalam semua cuaca dan memiliki beberapa teknologi khusus, kesemua faktor ini ada pada sebuah helikopter yang kita panggil EC725.

21.Saya tidak berminat untuk membicarakan soal teknikal bagi helikopter EC725 ini kerana maklumat demikian boleh diperolehi dari internet dengan mudah malah pernah disiarkan oleh media-media tempatan.

22.Misi CSAR sangat penting dalam menyelamatkan juruterbang yang jatuh di barisan belakang musuh, latihan bernilai jutaan ringgit setahun akan punah apabila juruterbang ditawan dan banyak rahsia boleh diperolehi oleh mereka.

23.Dalam semua pembida itu, hanya EC725 yang mampu terbang untuk sejauh beberapa kilometer jika bahagian gear penerbangan bocor selepas terkena tembakan menyebabkan minyak hidraulik kering.

24.Kemampuan ini sangat penting kerana helikopter yang dikhususkan untuk CSAR akan terpaksa untuk keluar masuk dalam kawasan berisiko tinggi.

25.Jika saudara merujuk kepada artikel saya pada Ogos, 2008 sebuah helikopter jenis Sikorsky H-92 Superhawk telah jatuh terhempas di Sarawak apabila cuba membuat ujian tersebut dengan mengeringkan minyak hidraulik dari bahagian gear enjin.

26.Selepas beberapa minit terbang, helikopter yang tidak berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah jatuh terhempas dan ia tidak pernah dilaporkan oleh media.

27.Sumber terapat saya memberitahu, bangkai helikopter terbabit masih berada di tempat jatuhnya dan tidak dapat dibawa keluar akibat masalah birokrasi dan beberapa masalah lain (salah satu sebab kerana ia tidak didaftarkan dengan JPA).

28.Lagi pun, Superhawk merupakan helikopter yang sangat baru dan penggunaannya belum pernah terbukti, Malaysia tidak mahu menanggung risiko itu selepas mendapat pengajaran yang cukup menyukarkan semasa menjadi di antara pengguna pertama di dunia melalui pembelian pesawat Hawk 100 dan 200 ketika ia mula dikeluarkan dahulu.

29.Sedangkan, keperluan untuk mendapat helikopter baru yang boleh dipakai serta merta untuk beberapa tahun tanpa masalah kesukaran alat ganti dan servis sangat-sangat mustahak sehingga ia diberi taraf "Projek Nasional" menyebabkan beberapa projek pembangunan ATM lain ditunda.

---------------------------------------------------------------------------------------------
BERIKUT MERUPAKAN PEMBIDA HELIKOTER YANG DIBERIKAN MENGIKUT NOMBOR SIRI PEMBIDA TENDER, CUBA

TEKA YANG MANA SATU EC725 TETAPI YANG PASTI BUKAN YANG PALING MAHAL

T521/07/A/001 yang menawarkan Pound Sterling 341,888,123 atau RM2,085,486,032;
T51/07/A/002 (RM663,189,500);
T521/07/A/003 (Euro 104,632,729/RM494,528,228);
T521/07/A/004 (US$220,496,700/RM777,666,812);
T521/07/A/005 (US$708,305,497/RM2,498,044,671);
T521/07/A/006 (Euro 233,345,390 / RM1,103,206,734)
T521/07/A/007 (US$348,178,365 / RM1,227,852,548).
---------------------------------------------------------------------------------------------


30.Trend pembelian sistem pertahanan ATM juga banyak yang tidak berpihak kepada yarikat-syarikat AS kecuali, baru-baru ini berlaku perolehan dari jenis raifal tempur M4, saya sendiri hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku tetapi mungkin untuk menjaga hati rakan dagangan terbesar negara iaitu, AS sendiri (bagilah peluang sikit, apa salahnyakan) atau camputangan orang tertentu???? :-)

31.Jika soal harga menjadi persoalan, mengapa tidak disyorkan sahaja Malaysia membeli helikopter terpakai Black Hawk dari AS? Jika ini berlaku, saya percaya isu yang tertimbul adalah negara ini menyokong dasar-dasar pro Yahudi dan imperialisme negara AS itu.

32.Kita tidak menafikan helikopter dengan teknologi Russia sebenarnya sangat baik dan telah digunakan oleh bomba kita tetapi ini soal CSAR, bukan soal penerbangan utiliti, dalam hal ini, teknologi merupakan faktor utama dan bukan pasal harga murah, jadi dalam kes ini, kelebihan teknologi memang ada pada EC725 kita.

33.Senario pembelian sistem pertahanan di negara ini banyak berpaksi kepada soal politik dan ekonomi di mana, setiap pembelian harus mempunyai timbal balas yang menguntungkan Malaysia.

34.Zahar hanya memainkan isu harga, beliau tidak mendedahkan timbal balas yang mampu diperolehi Malaysia sebagai "marketing strategy"nya.

35.Saya percaya perkara ini tidak ada kerana surat beliau tidak menyebut perkara-perkara itu, apabila beliau mengambil keputusan untuk mendedahkannya di dalam internet, perkara-perkara seperti di atas bukan lagi satu rahsia.

36. Sejak dari Defence Service Asia 2006 (DSA) lagi, saya sudah mula menyaksikan Eurocopter aktif menjalankan kempen untuk menjual produk EC725nya kepada Malaysia dan salah satu bukti yang nyata, syarikat itu telah mempamerkan EC725 pada kawasan pintu masuk di kawasan pameran yang mengambil tempat di Subang pada masa itu.

37.Keputusan pembelian hanya diketahui pada 2008, ini bermakna dari kaca mata saya, Eurocopter telah mula memainkan kempen yang aktif sejak dari dua tahun sebelum itu atau mungkin lama.

38.Saya yakin, jika helikopter itu dibeli dari negara blok Timur seperti Russia atau Kazan, unsur yang meragukan mungkin timbul kerana etika jual beli negara-negara ini agak longgar berbanding dari blok barat.

FAKTOR POLITIK DALAMAN UMNO DALAM EC725

39.Saya berasa sedikit pelik apabila isu helikopter ini diletupkan selepas Abdullah Badawi mengambil alih Kementerian Pertahanan dari Datuk Seri Najib Tun Razak (kini Perdana Menteri) dan tidak ada usaha jitu yang datang dari Abdullah untuk mempertahankan isu ini.

40.Pada masa yang sama, Najib tidak dapat menjawab isu pembelian ini walaupun pemilihannya dibuat semasa pentadbiran beliau disebabkan beliau ditukarkan ke Kementerian Kewangan.

41.Adakah ini merupakan usaha terancang untuk memburukkan imej Najib, itu saya tidak tahu tetapi ada pembida lain (AYAT-AYAT INI TERPAKSA DICENSORED).................................CENSORED (SIAPA YANG BACA SEBELUM CENSORED TAHULAH AYAT APA)

42.Jadi bukan sahaja Kapten Zahar yang marah kerana helikopternya tidak terpilih tetapi orang lain pun marah juga.

43.Simpati kepada Najib, cabaran yang beliau hadapi sangat hebat, bukan sahaja mengenai EC725 tetapi terpaksa bergelut dengan fitnah kes pembunuhan, satu tuduhan serius yang akan menyaksikan kita ditanya Allah jika terlibat dalam hal fitnah-menfitnah ini.

44.Sebelum terlambat, saya juga ingin mengucapkan menteri kegemaran saya, Datuk Zahid Hamidi yang kini menjadi Menteri Pertahanan baru, saya suka Zahid ini pasal saya ikut dia naik motor besar selama dua minggu di Indonesia (errr tapi saya duduk dalam van lah).


ANALISIS HARGA EC725 BRAZIL DAN PERANCHIS


41.Isu panas yang dicetuskan oleh ahli politik kita ialah perbezaan harga di antara EC725 Malaysia dengan Brazil, inilah senjata pembangkang yang diulang tayang banyak kali.

42.Untuk pengetahuan pembaca, pihak Brazil dilaporkan akan membeli lebih kurang 50 buah EC725 tetapi dalam konfigurasi basic, lagi pun pembeliannya banyak jadi harganya lebih murah.

DIBAWAH SAYA SERTAKAN PETIKAN KOMEN DARI BLOGGER PERTAHANAN, SAUDARA MUMUCHI DI ALAMAT http://securemalaysia.blogspot.com,

ANDA JUGA BOLEH MEMBACA MENGENAI OPERASI FAJAR (OPERASI LAWAN LANUN SOMALIA) DI BLOG TERSEBUT LEBIH TERPERINCI DARI YANG ANDA BOLEH PEROLEHI DARI MANA-MANA MEDIA.

----------------------------------------------------------------------------------------------
Looking at the value of this order of Euro271 million for 10 helicopters against Eurocopter's bid price of Euro233.3 million for 10-12 units shows that we are paying less per unit of CSAR helicopters.

The fact is that in 2002 Euros the value for each CSAR helicopter is Euro27.1 per unit.

So the whole contract value in Ringgit Malaysia(RM) at today's exhange rate of Euro4.528 per RM is at RM1.227 Billion and when comparing it with Eurocopter disclose price of Euro233.234 million = RM1.056 billion shows that France's purchase even in 2002 values costs more than our purchase.

And this is for a contract for their home nation with no countertrade. So this piece of comparative purchase news serves to confirm that the Malaysian Government has obtained a good offer for this tender.

In fact you can also compare the difference between a normal military specified EC725 against the CSAR specified version from this article.

So get your monetary facts right. You do not need a bipartisan parliamentary committee to investigate a purchase that has disclosed the correct figures showing it is above board just in order to justify some cooked-up figures as demanded by the opposition while suspending the deal.

We need these helicopters now! The facts has been laid down on your feet. It is now up to your common sense to make a sound judgement.
------------------------------------------------------------------------------------------------


43.Akhir sekali, biarlah kemasukkan helikopter-helikopter ini dilangsungkan dengan cepat memandangkan rekod penerbangan helikopter Nuri yang agak mencemaskan.

44.Jika ada lagi kejadian Nuri jatuh, siapa yang harus dipersalahkan??? kerajaan Malaysia yang menangguhkan pembelian itu atau suara-suara pembangkang yang menyebabkan pembelian itu ditangguhkan?

45.Ketika ahli politik kerajaan dan pembangkang mendapat kredit kerana kelantangan suara mereka dan orangramai mendapat seguni beras setiap satu rumah hasil dari duit yang sepatutnya membeli helikopter itu, siapa pula yang akan membela nasib korban helikopter Nuri?

46.Adakah anda tahu....setiap kali seorang juruterbang tidak kira helikopter atau pesawat kepak kaku dalam TUDM menjalankan tugas, isteri mereka akan meminta ampun dan maaf dan tidur malam mereka tidak lena mengenangkan nasib sang suami yang menanggung risiko menjaga negara sedangkan pada masa yang sama kita mempertikaikan apa yang sepatutnya menjadi hak mereka.

47.Saya nak tanya satu soalan, bila kali terakhir anda pergi ke Tugu Negara? atau ke muzium tentera? atau tempat-tempat yang akan membawa fikiran kita melayang mengenangkan tentera kita yang terkorban dan putus kaki tanpa mendapat gelaran datuk atau tan sri?


NOTA PENULIS : ANALISIS INI DIBUAT DARI KACA MATA PENULIS BERDASARKAN SUMBER-SUMBER TERHAD.
PENULIS YAKIN KAPT ZAHAR MEMPUNYAI SEBAB YANG KUKUH UNTUK BERTINDAK DEMIKIAN TETAPI SEBAB ITU TIDAK DINYATAKAN DENGAN JELAS DALAM SURATNYA (BOLEH TEKA TAPI TAK NAK LAH BAGI TAHU KANG BLOG NI JADI BLOG POLITIK PULAK APABILA KITA MENUNDING JARI PADA INDIVIDU TERTENTU TANPA BUKTI).
PEMILIHAN EC725 MEMANG AGAK MENGEJUTKAN KERANA PENULIS MENYANGKA AW101 DARI AGUSTA WESTLAND AKAN MENANG.

CALON KEDUA ADALAH HELIKOPTER DARI ROSOBORONEXPORT IAITU MI-17V-5 MEMANDANGKAN HELIKOPTER SYARIKAT ITU SUDAH MULA BERTAPAK MELALUI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
PENULIS JUGA PERCAYA KESEMUA HELIKOPTER SELAIN DARI DUA DALAM SENARAI PENULIS DI ATAS AKAN GAGAL

(NAMPAKNYA TELAHAN PENULIS TELAH SILAP KETIKA ITU).

DIBAWAH INI TURUT DISERTAKAN PETIKAN BERITA YANG BERCAMPUR DENGAN KOMEN BLOGGER MUMUCHI, YANG TULISAN "BOLD", ADALAH ULASAN BELIAU.

SELEPAS MEMBACA ULASAN BELIAU, SILA LERET KE BAWAH UNTUK MEMBACA ISI HATI SEORANG JURUTERBANG HELIKOPTER NURI (REAL PILOT BEB, BUKAN ARM CHAIR GENERAL MACAM SAYA) MENGENAI ISU YANG DIBINCANGKAN.

I did not want to comment on the Public Accounts Committee's investigation into the Cougar CSAR Helicopter purchase before this as it would have been sub-judiced but this following report by The Sun that I found to be the most accurate and complete on their findings has actually vindicated the purchase. I have put my personal comments in red at the end of some the statements in the article and I sincerely hope that the Government will act on the PAC's worries about the continuing delay in the replacement of the Nuri's due to this foolish storm in the cup unresponsibly created by these political opportunitist and issue the LOA to Eurocopter before the price validity expires in February 2009.

PAC finds no evidence of abuse in Eurocopter tender process

By: Husna Yusop and Giam Say Khoon (Mon, 03 Nov 2008)
KUALA LUMPUR (Nov 3, 2008) :

The Public Accounts Committee (PAC) did not find any evidence of abuse of power in the tender process by the Defence Ministry for the RM1.6 billion purchase of 12 Eurocopter EC725 helicopters.

Azmi and his deputy Tan Seng Giew at the PAC meeting yesterday.

However, PAC chairman Datuk Seri Azmi Khalid expressed concern that the deal, now on hold, was struck without any physical inspection. "Although we did not find anything incriminating in the two-day inquiry, PAC members have expressed the need to continue monitoring the progress of the deal because it is a high-profile case. We will not to conduct inquiries and call back witnesses or new witnesses if necessary," he said today.

Azmi said the committee the tender process conducted according to international standard and transparent. " We were unable to determine the correct price for the deal because we could only evaluate from the best tender. According to the terms of tender, the tendered price of RM1.604 billion from the Eurocopter will only hold until February. "After that, it will have to depend on whether the manufacturer is still willing to sell at the same price," he added.

However, Azmi said PAC was not satisfied with the ministry for not having a physical inspection before choosing Eurocopter. He said the test flight pilots of the Royal Malaysian Air Force (RMAF) had tried the helicopter and thus opined that physical inspection was not necessary. "So we suggested to the RMAF to make physical inspection compulsory in future and a decision was made that a thorough pre-delivery inspection will be conducted when the deal is done,," he said.

To those who cleverly claim no flight-test was done in alleging improper tender process, please note that the finding is that such a flight test was done aaa but now the recommendation is that physical inspection is carried out upon receiving the helicopters. For those of you with no brain, this means when the helicopters have finished being manufactured and ready to be received aaa, not before. Anyway this is a no brainer as it is an established industry practise, so does this imply we have not done pre-receiving inspection before. That would be a surprise and is worth further investigation.

Azmi said PAC also proposed that the government set up an independent review panel to monitor any expensive procurement. "It is up to the government to determine whether procurement involving RM100 million and above should be monitored by a panel but that will ensure that a purchase is done in a more transparent manner. Azmi also explained that there was confusion in the price of the helicopters as different figures had been reported. "All figures were incorrect as we had seven tenders and only three of them were suitable. Of the three, the lowest tender was RM1.262 billion, followed by RM1.604 billion and RM2.442 billion, but the government had
chosen the RM1.604 billion tender as it met the requirements set by the Air Force," he said.

Asked why the government did not choose the lowest tender, Azmi said only Eurocopter has managed to meet the requirements set by the ministry. The requirements, I cannot reveal," he said.

To all of you so called experts out there, please note that only this helicopter meet all the requirements by the Air Force, so even though the price was not the lowest it was the lowest fully compliant tender so naturally it was selected la. By the way, even the PAC cannot disclose the requirements, so don't play-play and clever-clever speculate your own specs aa...definitely not like your spectacles one....

"The Nuri helicopters are in the process of being phased out although RMAF has ensured that the helicopters are still airworthy until 2015. A total of 95 persons died in helicopter crashes involved Nuris and it is difficult to determine whether the crashes were due to human error. "

We are also worried about delaying the replacement of the Nuri," said Azmi.

So please-please my Dear Government, stop politicising this issue with your political fears and issue your LOA to Eurocopter before the price validity ends in February 2009 .

On the allegation by Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) that the Nuris can still function for another 20 years, Azmi said the Nuris did not have night flight capability and were unable to perform auto-pilot rescue in the air. These can only be overcome by using new helicopters and it will cost more for the Nuris to be upgraded" he said. --- end ---

Aiyaa Uncle Lim, now you understand aa...Nuri not suitable for CSAR as cannot hover one and cannot fly night time. And to modify to include all these items as proposed for the cougar "radar warning receiver, laser warning receiver, missile launch warning receiver etc", it would cost more la, so the only advantage is for you politically but our airmen will still be risking their lifes for your political games only. So if any Nuri drop I put it on your head aaaa !Ptui!



DI BAWAH INI MERUPAKAN BLOG ISI HATI SEORANG JURUTERBANG NURI YANG DIPETIK DARI http://hogwash1964.blogspot.com


On the 15th of December, I was in Keningau clocking my last resupply operation for the border outposts in Sabah for 2008 before my Christmas leave commenced. I was with my veteran crewman Warrant Officer I Ali, awaiting Capt Ian and the gang to fly in from Labuan en route to our technician's wedding in Ranau, supposedly to change over the copilot I was with as he had to return to complement the crew for Tawau's standby.

So there we were, all refuelled and ready to close shop for the day as the interior weather was also building up, so one more trip was not feasible. Finally, there she came, out of nowhere, low and loud. True to form, Ian did a few low-level pitches before terminating the landing in a low-level flare over the grass strip. Lt Frezal emerged form the aircraft, looking as tormented as ever and exchanged a few words with Capt Khalid, my copilot. WO Ali and I continued our small talk as the handing over took place. In minutes, Khalid and Frezal were done and Khalid had
strapped in as copilot, ready to fly.

A change in the rotor beat told us that the collective pitch had increased to raise the Nuri to a hover and there she floated while the crew checked that all was well to fly off.

Then Ali and I stopped our conversation, and almost in reverence, we watched for the umpteenth time, the Nuri climb vertically and transit forward with all the grace of a sea mammal in the ocean meadows where it is most at home. Here we were, Ali and I, limping old dogs that we were after more than 20 years each in service, still gaping in awe and affection at the sight of this old bird taking ever so like a ballerina to the sky. Then he uttered a single word which echoed my thoughts: "Beautiful!" I could only nod and sigh, "Yes."

She, as far as appearances go, is our come-lately, but first love. Even our spouses and offspring take a rear seat when the country calls on us and this Nuri becomes the answer we give.

"Sir, others can say what they want about the Nuri. They can insult us Nuri crew for flying a 40-year old aircraft, the press can make fun of us for our crashes, but when it comes to the years of service, her contributions and deeds and the lives she has saved, they cannot recount her numbers."

I know people shudder when I say I am a Nuri pilot, especially when their full fathom of aviation experience and knowledge is from Malaysian Airlines and Air Asia. Some respond with, "Oh, the flying coffin?" When someone not from the fraternity Starts a tirade on this lady, I bristle. You cannot, based on what our maligned press feeds you, make an attempt to come across as informed and knowledgeable on an aircraft that has saved lives many times over those whose she has taken through no fault of her very own. Do you actually intend to sermonise the clergy?

Would you who live in danger no greater than the ones of your own making in the foundries of your luxury sports cars, make attempt to preach to us whose lives are on the line in using hardware sinless but for her age in the execution of duty?

During the RMAF Helicopter Reunion 2006, Tan Sri Mohd Ngah bin Said, an ex-Cheif of Air Force remarked in his address, "Had it not been for the Nuri in particular, the war against communist terrorists in Malaysia would not have been won in such timely fashion."

When Cambodia had finally come out from under Vietnam's attacks and ran her first ever democratic elections, the RMAF Nuri fleet was assigned under the UN, to aid the ferry of ballot boxes from remote polling centres to be counted, sometimes when the aircrew from other countries would not due to minor snags on their helicopters. We were there in Acheh to repatriate the internally displaced people, to help the volunteers and militaries from around the world set up their field hospitals in areas inaccessible by road, river or sea lane, to treat the wounded and
the traumatised Achenese tsunami survivors.

At home, here in this country we love, warts and all, we can't begin to list those whose lives have been succoured by the Nuri. 40 years of lifesaving and medical evacuations cannot be shoehorned into these pages. Let's take recent events. The nasty floods in Pahang, Johore and Kelantan through 2006 and 2007, under the chaotic direction of the National Security Division of the Prime Minister's Department, saw the Nuri freighting loads of food and potable water to stricken victims. When the Somali pirates abducted our MISC seamen off their coast, the Nuri, although unsophisticatedly armed with mere machineguns, was the first to be assigned to the area on board the KD Mahawangsa, immediately halting further attacks on vessels plying the route, holding quiet till the Nuri was recalled. Now, the Nuri in Somali waters has been replaced by the navy's missile-armed Super Lynx, sending Somali pirates fleeing from any ship they may have contemplated boarding at their fancy.
Therefore, this old bird may be one less pretty than those you would pay a ticket to fly in, but it has, in her unassuming way, done good aplenty.

I was having lunch in the navy wardroom in KD Sri Semporna last January as guests of the Commanding Officer when an ex-commander turned naval contractor asked me about the airworthiness of the Nuri, almost kindly and concerned was he. He contrasted this against the Nuri mishaps he had heard of over his own 30 years in service. I maintained as I do with all who ask, that it is not airworthiness that comes to question with the Nuri.

A pilot has all the authority to snag an aircraft less than serviceable for a task if he examines it and finds it so. But with an operational and meteorological environment far changed from that which the Nuri found herself first flying in, greater demands are placed upon an airframe that was designed in the infancy of helicopter history, to operate from sea-going decks rather than where altitude performances would infringe when trying to climb above inclement weather, just for instance. These diversifications and others strain the initial design brief of
both the aircraft and the aircrew who must now take on the workload at the point where his aircraft is rendered a mere platform for task execution without integral equipment to absorb the said workload. Eventually breakpoint will be reached and aircrew failure will ensue as human performances and reserves are overwhelmed. An aircraft sporting today's current hardware is better designed to surmount the limitations encountered by older aircraft, delaying the point of
human failure, making for better mission accomplishment and flight safety.

When the RMAF asked for the EC-725 helicopter to be bought so that the Nuri could be phased out, we asked for the full Combat Search and Rescue variant for this very purpose. So that we could be equipped to do what we do. To save lives in the face of hostility. To save lives, period. We were in fact on the brink of getting the EC-725 when it fell victim to politicking and blogger sabre-rattling, and hence the fleet replacement programme is now shelved due to the "uncertain global economic climate".

This of course, is absolute hogwash. Wherever the mischief was sniffed, that was not the area where the remedy, no matter its suitability, was applied. Instead, we who work are punished with the indefinite delay of what we need to do our job safely within the demands of today's "uncertain" climate, be it the economics, environment or security which concerns and affects us.

If we were anything like England where members of the executive and royal families served in the air force helicopter flying squadrons instead of being served by them, I wonder what this stirring of phanthoms would have produced for us by way of the Nuri replacement programme. Thus do we fly the Nuri, without the luxury of choice but with pride of service currently unrivalled in this neighbourhood.

Well, when this buy comes to pass, if ever it does in my lifetime, it will only be a matter of time before the risks we take in the interest of national security once again end in undesired fatality, and the public whom we serve in quiet can once again hail our helicopters "flying coffins".

dipetik daripada www.militaryofmalaysia.blogspot.com

p.s
Setelah membaca artikel ini, mungkin cukup untuk tutup mulut busuk penfitnah-penfitnah kerajaan.

Sep 17, 2009

Keluarga Diraja Berperang?

Perang Besar Dua Keluarga Diraja

KUALA LUMPUR: Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar tengah hari Rabu menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim yang didakwa menculik, menyerang dan menahannya tanpa kerelaan pada awal pagi 25 Oktober tahun lalu.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, beliau telah diserang oleh Raja Muda Johor dengan sepucuk pistol di bahagian muka dan kepala sehingga beliau mengalami keretakan pada tulang hidung dan kecederaan serius yang lain.

"Selepas 11 bulan, Raja Muda Johor dan pengawal peribadinya belum lagi didakwa di mahkamah untuk menghadapi tuduhan mencederakan saya dengan sepucuk pistol.

"Mereka juga belum didakwa menculik dan menahan tanpa kerelaan saya," katanya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja'afar.

Tunku Dara Naquiah adalah puteri kepada Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kedua-dua Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Abdul Rahman juga pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Tuanku Abdul Rahman adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan potret baginda menghiasi kesemua mata wang kertas negara.

Insiden tersebut pernah dilaporkan di portal internet dan hangat diperkata di dalam blog.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, ekoran insiden tersebut, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 26 Oktober 2008 dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau kecewa kerana selepas laporan polis dibuat, tiada apa-apa tindakan diambil sehingga ke hari ini.

"Apa yang boleh saya simpulkan ialah tiadanya tindakan diambil untuk mendakwa pihak yang telah mencedera dan menahan saya tanpa kerelaan. Polis pernah memberi jaminan akan melakukan siasatan secara adil tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Saya juga dijamin semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang dan penyerangnya akan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi dakwaan. Bagaimanapun, saya telah dan terkejut tiada apa-apa tindakan diambil sehinggalah ke saat ini," katanya.

Mengulas lanjut, Tuanku Nadzimuddin memberitahu, beliau berada di Kelab Heritage Mansion dengan teman wanitanya (kini telah pun menjadi isterinya) untuk menemui kawan-kawan mereka.

Menurutnya, ketika berada di situ, kawan-kawannya telah diserang oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka adalah pengawal peribadi Raja Muda Johor.

"Dua kawan saya cedera. Pengawal kelab menghentikan serangan tersebut. Kami beredar meninggalkan kelab tersebut. Saya dipanggil oleh seseorang yang tidak dikenali mendakwa Raja Muda Johor ingin berjumpa dengan saya di Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail untuk meminta maaf.

"Saya bersama dengan teman wanita dan kawan-kawan saya termasuk yang cedera pergi ke situ," ujarnya.

Tuanku Nadzimuddin berkata, mereka tunggu di lobi hotel tersebut sebelum beliau diculik di lif hotel Crowne Plaza Mutiara dan diacukan dengan pistol.

"Apabila berada dalam lif, Raja Muda Johor telah memukul saya di muka dan kepala dengan sepucuk pistol. Raja Muda Johor juga menghalakan pistol itu ke kepala saya. Kawan saya yang berada di lif pula dipukul sehingga pengsan.

"Apabila lif itu berhenti di tingkat 25, kami dipaksa memasuki sebuah bilik. Saya melihat kawan saya itu ditarik masuk ke satu bilik dan dibiarkan pengsan di atas lantai," katanya.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, mereka ditawan di dalam bilik tersebut oleh pengawal-pengawal pribadi Raja Muda Johor sehinggalah bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Jaafar ditemani ayahanda saudaranya, Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tunku Jaa'far menyelamatkan mereka bersama empat pegawai polis.

Ketika 'gerakan menyelamat' itu dilakukan, Tuanku Nadzimuddin berkata, Raja Muda Johor telah pun meninggalkan hotel berkenaan.

dipetik dari mstar

p.s

Wah bapak borek anak rintik. Apa lah nak jadi dengan Sultan Johor dan Family? dari dulu sama sahaja. 

Sep 15, 2009

Indonesia: ganyang Malaysia [lagi cerita terbaru !]

BMB to raid Malaysians in South Tangerang

Mon, 09/14/2009 11:38 AM  |  City

TANGERANG: A nationalist organization known as Barisan Muda Betawi (BMB), has threatened to conduct more raids against Malaysian citizens in protest of the government's position on the origins of the Balinese Pendet dance.

The traditional dance created controversy after it was used in a Malaysian tourism advertisement.

"We will soon raid Malaysians if the government does not take measures against Malaysia," BMB chairman Aai Samudra said over the weekend.

"Frankly, we condemn the actions of Malaysians who have stepped on Indonesia's dignity," he said.

Last week, dozens of activists also conducted raids on Malaysian citizens on Jl. Diponegoro in Menteng, Central Jakarta for two hours.

President Susilo Bambang Yudhoyono has urged all parties to refrain from taking the law into their own hands by conducting the raids, saying that such actions are against the law and could jeopardize the bilateral ties between the two countries. – JP

Dipetik daripada http://www.thejakartapost.com/news/2009/09/14/bmb-raid-malaysians-south-tangerang.html 

p.s

Fakta yang masih tak masuk kepala rakyat Indonesia

Berita ini memang mengejutkan. Apatah lagi setelah semua yang menyatakan bahawa  bukan Malaysia yang membikin sedutan iklan tersebut, namun memang pemikiran rakyat Indonesia sudah dibancuh dan dilenyek sedemikian rupa hingga menjadikan mereka buta terhadap fakta dan bingai dengan yang betul.

Kegagalan kerajaan Indonesia 

Inilah akibat daripada dasar Kerajaan Indonesia yang gagal mengawal rakyatnya dan juga maklumat kepada rakyatnya. Dalam erti kata sebenar, media Indonesia gagal dikawal selia oleh Kerajaan Indonesia.

Keadaan ini memungkinkan terjadinya episode-episode bodoh sebegini.  Yang mana walaupun fakta menyatakan bahawa Malaysia tidak bersalah, namun tetap juga ada rakyat Indonesia yang bingai yang kurang akalnya yang berperangai seperti monyet.

Kerajaan Indonesia memang maklum akan pemikiran rakyatnya yang taksub kepada apa sahaja yang dikatakan dalam media. Bagi rakyat Indonesia, media adalah betul. Padahal apa yang terjadi ialah eksploitasi media Indonesia kepada pemikiran rakyat Indonesia.

Media Indonesia: antara keuntungan dan etika

Cabaran dalam bidang media amat hebat di Indonesia. Dengan banyak koran (surat khabar), stesen TV dan radio serta kemunculan medium baru media di sana, maka pemilik-pemilik media sanggup membuat apa sahaja untuk melakukan produk media mereka. Dan akibatnya, maka terjadilah kedangkalan penyampaian maklumat dengan niat untuk mensensasikan kejadian-kejadian biasa.

Apabila banyak cerita sensasi maka bertambah lakulah produk media itu dan semakin banyak pula duit yang masuk ke kantung-kantung pemilik media. Dan rakyat Indonesia? Tetap diperbodohkan oleh media.

Etika wartawan: makan gaji sahaja?

Apa pula cerita wartawan Indonesia? Sama ada mereka ini melakukan demi wang atau memang gampang bodoh. Tetap itu tidak mengurangkan kejelikan terhadap orang sebegini yang bisa menjadikan kemampuan menulis tinta mengungkap kata-kata dusta yang menghancurkan negara.

Bencana dan berdemo 

Andaikata, tenaga dan pekikan lolongan rakyat Indonesia yang berdemo itu digunakan untuk pembangunan negara pasti Indonesia akan makmur. Dan alangkah baiknya sekiranya tenaga itu ditujukan kepada bantuan kemanusiaan di tempat bencana di Indonesia sendiri. Namun, apa yang terjadi adalah sebaliknya, yang membantu rakyat Indonesia di tempat bencana adalah rakyat Malaysia yang datang sebagai sukarelawan. Inilah pemikiran rakyat Indonesia.

Jawa: dibelakang berantakan ini?

Harus pula diingat, bahawa kecaman terhadap Malaysia hanya terjadi di sekitar kawasan Jawa. Tidakkah ini ganjil? Adakah orang Jawa Indonesia menggunakan hal ini untuk menyatupadukan Indonesia yang terkenal dengan pelbagai etniknya di belakang bangsa Jawa.

Kita sedia maklum bahawa Jawa mengawal Indonesia. Dengan satupaduan orang Indonesia disebabkan isu ini maka yang jadi jaguhnya adalah orang Jawa. Memang selama ini yang memegang tampuk pemerintahan adalah Jawa.

Rakyat Malaysia: jangan Melawat Indonesia lagi

Pada rakyat Malaysia pula, sudah-sudahlah melawat Indonesia. Silap hari bulan kita mungkin dikeronyok oleh rakyat Indonesia. Mungkin ada yang dibunuh atau yang dirogol. Walaupun Kerajaan Indonesia ada memberikan jaminan keselamatan, tetapi kalau sekarang pun mereka gagal menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat mereka, adakah jaminan kerajaan Indonesia itu boleh dipakai? Pada hemat saya, langsung tidak. Kerajaan Indonesia tidak ada kawalan terhadap rakyatnya. Itu yang pasti.

Seeloknya, pada masa ini rakyat Malaysia bolehlah melawat Kemboja atau Vietnam. Mereka lebih memerlukan kebanjiran pelancong Malaysia. Lagipun di sana rakyat Malaysia aman dan sentosa. Makanan halal pun sudah mudah dicari.

Kesimpulan: Antara janji dan keselamatan diri

Jadi, sebagai kesimpulan, janganlah kita tertipu dengan janji-janji kerajaan Indonesia. Mereka gagal mengawal media dan rakyat mereka. Dan kegagalan mereka akan membawa bencana kepada kita. Mungkin tidak secara berperang, tetapi lebih kepada keselamatan diri rakyat Malaysia di Indonesia baik untuk melancong atau belajar/bekerja di sana.

Jangan lupa, ada kurang lebih sejuta rakyat Indonesia di Malaysia. Adakah ancaman rakyat Indonesia terhadap warga Malaysia di Indonesia akan mengancam keselamatan rakyat Indonesia di Malaysia? Itu mesti difikirkan juga.

Kesimpulan: Kebudayaan dan etnik bukan milik negara

Kepada Indonesia, kebudayaan bukan milik negara. Ia milik bangsa/kaum/keturunan/etnik. Malaysia mempunyai pelbagai etnik yang datang daripada serata dunia termasuk Indonesia. Orang jawa di Malaysia, orang Boyan di Malaysia, orang Cina di Malaysia, orang India di Malaysia masih mengamalkan adat resam dan budaya yang dibawa daripada tempat asal mereka. Ia masih diamalkan di sini. Adakah Indonesia mahu katakan kepada rakyat Malaysia ini, bahawa berada di Malaysia, mereka tidak boleh mengamalkan adat dan budaya nenek moyang mereka? Siapa Indonesia untuk menghalang itu semua?

Adakah juga ini bermakna selepas mereka mendapat kerakyatan Malaysia, maka nama dan keturunan mereka ini juga bertukar? Adalah tidak mustahil nanti, ada orang cerdik pandai di Indonesia akan mencadangkan supaya gelaran Jawa, Boyan, Minang dan lain-lain yang berasal dari kepulauan Indonesia dipatenkan dan hanya boleh dipakai di Indonesia sahaja. Sekiranya ini terjadi, maka jelaslah, bahawa bagi Indonesia, hanya mereka yang layak mengamalkan budaya keturunan mereka. Suatu pemikiran sempit dari negara yang mengaku mengamalkan dasar kebebasan (demokrasi mutlak) dan keadilan. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Sep 13, 2009

16 September: Kerajaan Persekutuan tumbang?


16 September datang lagi,
pasti ada yang mengingati,
cerita tahun lepas yang menarik hati,
bawak ke tahun ini,
nak tengok apa yang akan terjadi,

cerita masih sama lagi,
masih ingin tukar itu dan ini,
tapi sampai la ni,
habuk pun tak nampak lagi,

akhirnya 16 september pergi jua
bang nuar kata, tak pa,
tahun depan lagi ada,
kita mesti terus kuat usaha,
mana tau nuar blh jadi pak ketua negara,

itulah dia punya ceritanya
sambung tahun lah gamaknya
itupun kalau tak tumbang
semua negeri milik depa,
kalau tidak,
bang nuar gigit jari saja-saja.


Sep 11, 2009

Ronnie Liu: 7 bulan berkuasa, RM600,000 habis? hebat mamat ni.

Selcat to grill Ronnie Liu

By SIRA HABIBU

SHAH ALAM: Selangor state executive councillor Ronnie Liu is expected to be grilled by the state Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat) for finishing the entire allocation of RM600,000 for his Pandamaran constituency within seven months.

He has also used up about RM800,000 of the RM1mil allocated for Sungai Pelek and Sungai Panjang constituencies which are under his care.

Liu believed that the committee had called him to a public hearing because of the excessive expenditures.

“All the claims filed are justifiable as Klang is full of active associations and NGOs and there are many schools in the constituencies,” he said, stressing that none of the funds were channelled directly into his personal account.

Liu said he had used up all the allocation for Pandamaran because there were too many requests from various bodies.

The committee has called Liu to a public hearing on the 2008 and 2009 constituency allocations.

Liu is expected to take the stand either today or Monday.

Liu said he had furnished the committee with details of programmes and minor projects carried out in the three constituencies.

Meanwhile, state Speaker Teng Chang Khim who heads Selcat ticked Liu off for jumping the gun.

“Like all other witnesses, Ronnie also has no idea what we are going to ask.

“We have analysed the data provided by Ronnie, and we have identified areas where explanation is needed,” he said.

Teng also clarified that Selcat was not out to look for faults.

“We are calling all the nine district officers to have a clearer picture on how applications for constituencies’ funds are processed.

“We are also expecting district officers, NGOs and interested individuals to help us find ways to plug loopholes in its management,” he said.

He claimed that after listening to statements by four district officers so far, the committee concluded that former Barisan Nasional elected representatives had abused the funds for their respective constituencies for election purposes.

Asked if Selcat would lodge a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission over the finding, Teng said that was not his job; adding that it was up to the relevant agencies to take actions against discrepancies uncovered by the committee.

“They are welcomed to listen to the proceedings live via webcam,” he said.

dipetik dari thestar

p.s

Akhirnya, Ronnie Liu terhumban di depan selcat. Agaknya orang Pakatan pun sudah tahu kegiatan si Ronnie Liu ini. Mungkin ini tindakan pertama untuk "mengusir" Ronnie Liu daripada Pakatan. Siapa tahu. Yang pasti, Ronnie Liu sekarang dalam kepanasan. 

Sep 10, 2009

Sweeping rakyat Malaysia di Jakarta

Ini berita terbaru diterima. 

Paling menarik. 

Mungkin ada benarnya. 

"Amaran kepada KERAjaan Indonesia, dengan setiap kematian satu orang Malaysia di Indonesia angkara pembunuhan atau kekejaman rakyat Indonesia, maka 10 WNI/TKI akan mati di Malaysia. titik."

Yang di atas merupakan amaran yang tersebar pada masa ini. 

Jangalah kita membuat sedemikian, kerana terlalu ramai sangat indonesia di Malaysia ini. Penat dan lenguh kita nanti. 

Sep 9, 2009

Duit Bantuan Sara HIdup Untuk Kakitangan Sokongan: yang profesional macam mana pulak YAB PM?



Akhirnya diumumkan bahawa kakitangan sokongan Kerajaan akan diberi RM500 pada tahun ini. Bolehlah dikira sebagai bonus. Rm250 akan diberikan sebelum raya dan selebihnya akan diberikan akhir tahun. Ini perkara biasa.

Yang tak biasanya, apa ke jadahnya hanya kakitangan sokongan sahaja yang dapat wang bantuan ini? apa pegawai pengurusan dan profesional (PNP) tak layak dapat bantuan ke? yang keje sampai jam 2-3 pagi tu kakitangan sokongan ke?

Ini yang ramai pegawai PNP marah betul. Perlu kita tahu bahawa kumpulan sokongan terbahagi kepada 2. Kumpulan Dua terdiri daripada gred 1 - 16, dan kumpulan Satu terdiri daripada gred 17-40.

Gaji kumpulan sokongan 2 memang rendah. Padanlah mereka mendapat duit bantuan tersebut. Tetapi gaji kumpulan sokongan 1 ada adakalanya melebihi pegawai yang gred 44!. Jadi sasaran kerajaan untuk membantu kakitangan sokongan yang berpendapatan rendah adalah amat silap!.

Kepada si Omar Osman Presiden Cuepacs, baik letak jawatan je. Mentang-mentanglah hang ni kumpulan sokongan, hang setuju je kata PM. Hang langsung tak bising pasal memperjuangkan hak PNP. Hang dan kuncu-kuncu hang dalam Cuepacs tu baik tukar slogan, letak slogan baru "kami Cuepacs memperjuangkan hak kumpulan sokongan sahaja, PNP boleh pergi mati".

Keparat betul Cuepacs. Dah dapat kat dia, perut dia dah kenyang, orang lain dia dah tak peduli.

KEPALA HOTAK KAU LAH OMAR!

dipetik dari : www.ideapelampau.blospot.com

Sep 8, 2009

Indonesia mula menyerang rakyat Malaysia?

Exclamation Rakyat Malaysia Di Jakarta Diancam Dengan Buluh Runcing(link detikom sudah di tarok).

JAKARTA, 8 Sept (Bernama) -- Jabatan Penuntut Malaysia di sini Selasa ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.

-- BERNAMA


-----------------------------------------------------------------




p.s

Sudah tiba masanya untuk kita mula melihat semula perhubungan kita dengan indonesia. Apalagi pada masa ini kita asyik mengalah. Mana maruah kita sebagai rakyat negara berdaulat? sehingga kini rakyat Malaysia sudah diancam di negara mereka. Apakah kita perlu diam dan membisu walaupun hakikatnya rakyat indonesia di Malaysia pun mengancam kita? lihat kejadian jenayah yang semakin menjadi-jadi yang dilakukan oleh warga indonesia. Nampak gayanya, indonesia ini mengancam kita di mana-mana jua.

Apa tindakan kita? senyap? atau masa untuk bersuara kalau perlu dengan tulang empat kerat kita bicara dengan si indon ini.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Kisah tetamu di Tanah Melayu: Sejarah akan berulang lagi

Dialog antara suami isteri pada tahun 1829
Tempat: Bukit Melawati, Selangor
Masa: Petang selepas asar
Isteri: abang hendak kemana tu? [sambil mendokong anak kecil yang merengek-rengek minta susu.]
Suami: [bersiap memakai baju melayu, dan songkok] Hendak berjumpa Ah Seng. Dia bawa anak saudara dia yang baru datang dari negeri Cina. Katanya hendak carikan kerja untuk anak saudara dia tu. Aku hendak bawak dia jumpa Tuk Penghulu. Manalah tau kalau-kalau ada kerja untuk mereka. Menebas ke, mendulang bijih ke.
Isteri: Abang hendak tolong ke si Ah Seng tu? dia tu bangsa asing. Boleh percaya ke dengan dia?
Suami: ishh awak ni, yelah hendak lah aku tolong dia tu juga, kesian menengokkan Ah Seng dengan cina-cina lain hidup mereka tu payah benor. Hari ni hari dia, esok-esok hari kita. Yelah mana le tau kalau-kalau kita pulak perlukan bantuan mereka. Mereka tu tetamu kita di negeri melayu ni, jadi kenalah bantu. Mereka tu kan manusia, ada hati dan perasaan. Kena lah hormat skit.
Isteri: tetamu,tetamu juga bang, tetapi daripada awak menolong mereka tu kan baik awak tolong anak sedara abang tu. Si Lazim, Buyung dan Awang, pun tak ada kerja sangat. Baik menolong anak beranak sendiri daripada orang lain bang oi. Lagipun, tetamu abang tu bangsa asing, silap hari bulan, lepas leher mereka leher kita pula dipulasnya.
Suami: Awak ni memang suka berleter lah. Nak tolong anak sedara apa nyer, anak sedara kita tu dah le pemalas, kerja nak gaji mahal. Orang Cina kerja bagus gaji nya murah. Tak banyak kerenah pulak tu.
Isteri: Dah kita empunya negeri, takkan gaji nak sama dengan orang asing. Lagipun bang makin lama mereka tu makin banyak. Satu hari nanti, bila mereka dah berkampung, ha..nak diberikan tanah pulak ke pada mereka? ingat bang, mereka tu tetamu, bukan semua benda kita kena beri pada tetamu.
Suami: dah la malas nak layan awak. Tuk Penghulu nak pakai pekerja banyak dengan gaji murah. Cina-Cina ni boleh kerja dengan gaji murah. Cuma Cina-Cina ni hendak tanah untuk rumah saja. Itu yang aku nak cakap dengan Tuk Ketua. Pasal Kampung tu, ala..aku dan Tuk Penghulu tau yang mereka tu tetamu saja. Takkan lah nak bagi tanah pula pada mereka. Dan satu lagi, mereka pun bukan lama kat sini. Nanti balik semula lah tu ke Cina. Adat pendagang, dah ada untung balik lah semula, bukan hendak tunggu lama ditempat orang. [sambil turun ke tanah dan berjalan ke arah baruh].
Isteri: [sambil mengeleng kepala, anak masih merengek kelaparan susu].
Dialog antara suami isteri pada tahun 2009
Tempat: Bukit Melawati, Selangor
Masa: Petang selepas asar
Isteri: Abang hendak kemana tu? [sambil membetulkan tudung ikin yang baru dibeli]
Suami: Aku nak ke rumah YB. Nak cakap skit pasal Ah Seng dan kuncu-kuncunya tu.
Isteri : Kenapa dengan Ah Seng?
Suami: Dah melampau benar si Ah Seng tu, tanah kat hujung kampung tu, ada ke dia nak bina kedai 3 tingkat kat sana.
Isteri: la..baguslah tu, kalau ada kedai dekat ngan kita kan bagus takde lah jauh sangat nak ke kedai si minah tu.
Suami: Bagus apa nyer, kedai tu semua cina yang punya. Ah Seng dah cakap, kedai tu untuk anak beranak cina dia. Orang lain tak boleh sewa. Aku nak marah sangat sebab kawasan tu dah ada 5 buah kedai 3 tingkat Cina punya, satu pun Melayu tak boleh sewa. Macam mana nak berniaga macam tu. Patutnya, tanah ni tanah Melayu, kalau bina apa benda pun biarlah ada faedah pada orang Melayu.
Isteri: Ehh..kan tanah tu bapak dia punya. Dari dulu lagi ayah si Ah Seng dah diberi tanah tu.
Suami : Tu la dia, dulu-dulu orang Melayu kita juga yang biar mereka berkampung. Dah berkampung, Cina-Cina tu minta tanah pulak. Skang dah dapat tanah, siapa yang untung? dah-dah aku nak pergi ni, si Mail dah lama tunggu dalam kereta tu. Aku balik lambat, tak payah masak malam lah.
Dialog antara suami isteri pada tahun 2029
Tempat: Bukit Melawati, Selangor
Masa: Petang selepas asar
Isteri: [sambil tengok TV] sekarang ini kan bang, Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan macam-macam orang luar, dah boleh jadi warga negara kita. Senang sungguh tetamu luar ni jadi rakyat negara ini.
Suami: Nak buat macam mana, kita dari dulu lagi memang sanjung orang luar datang negara kita. Dah datang kita bagi pulak peluang bekerja dan hidup kat negara kita ni sampai tanah pun kita bagi kat mereka. Dah tu nak jadi warganegara pun kita beri. Dah jadi warganegara nak hak sama macam orang Melayu pun kita bagi. Skang ni semua orang sama taraf dah. Kan tahun lepas dah buat pindaan Perlembagaan, siapa saja jadi warganegara Malaysia akan dapat hak sama rata, tak kita le dia tu Cina ke, India ke, Serani ke, Indonesia ke, Pakistan ke apa ke. Janji warganegara semua boleh dapat. Hak sama rata.
Isteri: Abang rasa anak kita nak masuk MRSM macam mana? boleh ke? si Along tu nak masuk UiTM tahun ni, abang rasa dapat tak?
Suami: Entah le, kena berlawan juga dengan anak-anak Cina, India, Pakistan tu semua. MRSM dan UiTM kan dah dibuka kepada semua kaum. Itu le yang aku risau, nak hantar tempat lain, duit kita tak cukup. Kuata bumiputera/Melayu pun dah terhapus dalam semua IPT. Nak hantar IPTS mahal sangat. Kerja kita ni pun ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau Ah Seng kata tak de kerja, tak de la duit untuk hari ni. hmm....
Isteri: Rumah ni pun kita sewa atas tanah Ah Seng. Kalau dia tak nak bagi kita sewa, nak kemana lah kita pergi kan bang?.
Suami: Entahlah, dulu ada tanah kita bagi orang luar. Dah tu nak warganegara pun kita bagi. Dan penamatnya, nak hak sama rata pun kita beri. Skang ni apa yang tinggal pada kita orang Melayu? satu habuk pun tak dak. YB-YB kita pun ada lah 2-3 kerat. Yang duk mengundi lain daripada bangsa Melayu banyak. Si mamat Bangla tu, si mamat Pakistan tu dan si Indonesia yang duk sebelah rumah kita ni, semua undi bangsa mereka. Dah satu kawasan tu mereka ramai, tentu YB bangsa mereka juga yang menang. Yang kita ni, dulu majoriti skang dah jadi minoriti.
Isteri: apalah nasib anak cucu kita nanti kan bang.
Suami: hmm....

Sep 7, 2009

Dasar Ekonomi Baru: Jawapan Tun M kepada mereka yang lembu!

1. Saya berasa amat sedih kerana terdapat ramai daripada Melayu yang terpelajar menolak Dasar Ekonomi Baru kononnya DEB menguntungkan hanya segelintir daripada kroni pemimpin Kerajaan terutama semasa saya menjadi Perdana Menteri.

2. Mereka ini cuma nampak beberapa kerat peniaga dan pengusaha Melayu yang berjaya. Pendapat mereka ialah semua yang berjaya tentulah kerana mereka kroni, terutama kroni Perdana Menteri. Kata mereka kejayaan Melayu bergantung bukan kerana apa mereka tahu tetapi siapa mereka tahu. Ayat ini datang daripada kecaman orang tertentu yang asalnya dalam bahasa Inggeris iaitu, "It is not what you know but who you know", yang memberi kejayaan. Penggunaan ayat ini oleh orang Melayu sendiri membuktikan betapa mudah minda mereka dipengaruhi oleh orang lain supaya mereka sendiri akan memburukkan diri mereka.

3. Sebelum saya bincang samada benar atau tidak benar tuduhan ini, izinkan saya jelas sedikit akan Dasar Ekonomi Baru.


4. Matlamat ringkas DEB ialah;

a. Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

b. Menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi

5. Semasa DEB dilancar kemiskinan dalam Negara adalah lebih daripada 40 peratus. Hari ini kemiskinan telah turun pada lima peratus. Matlamat pertama jelas telah tercapai. Majority daripada yang miskin adalah Melayu dan Bumiputera lain.

6. Bagi matlamat kedua, kejayaan yang terbesar DEB ialah dalam bidang pelajaran. Ramai Bumiputera telah mendapat peluang dalam bidang-bidang profesional sehingga dalam bidang perubatan daripada hanya 8-10 peratus sahaja doktor perubatan yang terdiri daripada Melayu dan Bumiputera, sekarang bahagian mereka berjumlah 40 peratus. Ramai yang menjadi pakar.

7. Demikian juga dalam profesyen lain, pensyarah dan profesor dalam universiti.

8. Jumlah mereka beratus ribu. Apakah mereka yang mendapat pelajaran sehingga ke universiti semuanya daripada keluarga yang kaya yang ada hubungan dengan pemimpin Kerajaan? Apakah mereka mampu mendapat pelajaran ini tanpa DEB? Apakah bagi mereka ini DEB tidak berguna?

9. Berkenaan agihan saham dibawah DEB. Apabila ramai individu Bumiputera mendapat saham dari IPO (Initial Public Offer), semuanya menjual saham dengan serta-merta. Kemudian mereka pohon untuk saham baru.

10. Keuntungan daripada jualan saham dihabis secara hangus.

11. Kerajaan boleh hentikan agihan saham pada Bumiputera. Tetapi ini akan menjadikan syarikat yang tersenarai tidak dimiliki sahamnya oleh Bumiputera sama sekali.

12. Oleh itu ditubuhnya Permodalan Nasional Berhad yang akan membeli saham Bumiputera, memasukkannya dalam unit trust (saham amanah) untuk dijual kepada semua Bumiputera kalaupun mereka boleh labur hanya RM10 sahaja.

13. Melalui sistem amanah saham PNB hari ini lebih lapan juta Bumiputera memiliki saham dalam syarikat-syarikat besar. Diadakan had jumlah yang boleh dimiliki oleh seseorang supaya yang kaya tidak bolot terlalu banyak saham.

14. Tanpa DEB tidak mungkin begitu ramai Bumiputera memiliki saham syarikat-syarikat gergasi. Dapatkah kita tolak DEB kerana hanya menguntungkan kroni sahaja. Tidak adakah orang lain yang juga dapat manfaat.

15. Sekarang berkenaan Bumiputera yang kaya raya. Jumlah mereka sudah beribu. Hampir semua mereka mendapat peluang daripada Kerajaan. Sebab?

16. Sebabnya ialah hanya Kerajaan dan agensi-agensinya sahaja yang memberi peluang kepada mereka. Umpamanya, tidak ada kontraktor Bumiputera yang dapat kontrak daripada orang lain. Kerajaan melayan mereka kerana DEB.

17. Apakah mereka terdiri daripada kroni? Mereka yang berjaya pada mulanya mendapat peluang kecil-kecilan daripada Kerajaan. Jika mereka jual peluang ini, samada kontrak, lesen, AP atau permit lain, mereka tidak akan dapat peluang berkali lagi.

18. Bagi yang tidak jual, yang usaha sendiri dan membuktikan kebolehan mereka memangpun mereka patut diberi lebih banyak lagi peluang. Justeru itu ada yang amat berjaya hingga menjadi jutawan.

19. Apakah mereka kroni? Memang yang berjaya akan dikenali oleh ramai termasuk Perdana Menteri. Kalau nak elak daripada ada yang dianggap sebagai kroni, caranya ialah dengan menentukan tidak ada sesiapapun daripada Bumiputera yang akan berjaya. Ini mudah sahaja. Sesiapa yang Nampak Berjaya jangan bagi kontrak, atau lesen lagi.

20. Walaupun demikian adalah diakui ada yang ditolong secara keterlaluan oleh Menteri. Tetapi jumlah mereka tidak ramai.

21. Apakah kerana penyelewengan yang sedikit ini kita harus tolak DEB? Kata Mat Salleh, "Do you throw out the baby with the water in the wash basin?"

22. Jika kita buat perhitungan yang ikhlas kita akan akui yang DEB memanfaatkan bukan segelintir tetapi berjuta-juta Bumiputera. Amatlah menyedihkan apabila ada Bumiputera yang juga mendapat menfaat dari DEB yang begitu sekali ingin mendapat label "liberal and non-racist" dengan cuba menghapuskan orang sebangsa mendapat peluang dari DEB.

dipetik dari
chedet

p.s

Ada kalangan melayu yang marah pasal DEB. Sebab mereka nampak kroni. Tetapi mereka lupa faedah yang mereka dapat yang bukan dari segi bantuan kewangan seperti pendidikan, pekerjaan dan penambahbaikan kehidupan mereka yang ternyata lebih baik dari Mak Bapak mereka.

Dan ada lagi, saya ada cerita berkeneaan dengan seorang kawan yang betul-betul anti DEB kerana dia kata DEB hanya untuk kroni yang memang dapat kontrak sebab mereka kenal Menteri. Tambah kawan itu lagi, kontrak yang dapat bukan atas sebab kemampuan kontraktor tetapi lebih kepada kenalan Menteri.

Nak dijadikan kisah, kawan saya ini membuat suatu perniagaan jualan kuih muih untuk raya. Beliau dapat kontrak untuk jual kuih kepada sebuah badan korporat.

Ternyata dari ceritanya dia dapat kontrak itu disebabkan kenal seorang kawan dalam badan korporart tersebut.

Dan menurut beliau lagi, semua kuih-kuih itu didapatkan dari sanak saudara yang bukan pandai buat kuih pun.

Beliau menolong saudara mara yang susah.

Jadi, saya bertanya kepada beliau, adakah ini kronisme seperti yang beliau marahkan itu? tanpa kenalan tersebut maka beliau tidak akan dapat kontrak tersebut dan pastinya tidak akan mampu menolong saudara mara beliau yang lain.

Kawan saya itu meninggalkan saya tanpa sepatah perkataan pun.

Untuk makluman, badan korporat itu bukan syarikat berkaitan Kerajaan. Ini adalah entiti swasta sepenuhnya.

Maka terbuktilah, kalau kita yang mendapat manfaat dari kronisme itu tak mengapa, kalau tak dapat, itu yang kita marah dan terbukti juga, semua orang mengamalkan kronisme kerana kita mahu membantu orang lain dengan peluang yang ada.