Jul 3, 2009

Apabila babi lebih penting dari manusia

Jadi tajuk dah berkata segalanya.

Adakah babi lebih penting dari manusia?

Jawapannya kena tanya pada 4 pihak

Pertama- Penduduk Kg Buah Pala Pulau Pinang yang rata-ratanya berketurunan India

Kedua- penternak babi di Kg Berjaya Kedah yang rata-ratanya berketurunan Cina

Ketiga- Pihak kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan Rapuh?) di Pulau Pinang yang diketuai oleh seorang yang bukan anak negeri Pulau Pinang berketurunan Cina; dan

Keempat- Pemaju kawasan di Kg Buah Pala yang dikatakan pemaju Melayu.


Apa kata anda?


Rasa tidak puas hati yang memang ada dikalangan penduduk Kg Buah Pala meledak semalam dengan tindakan pihak mahkamah yang cuba memasang notis di sana. Akibatnya berlaku sedikit kekacauan. Mujur dileraikan oleh pihak polis, kalau tidak, wakil syarikat dan juga kakitangan mahkamah (yang melayu) mungkin lunyai jadi buah pala di situ.

Apa yang Penduduk tak puas hati?

Dulu waktu PRU12, wakil DAP berarak sakan kata bahawa kalau menang sahaja di PP, confirm tanah ini akan dipulangkan semula kepada penduduknya. Dan kalau tak pun, RM600 ribu akan diberikan sebagai pampasan. Bila dah menang, maka semua yang dijanjikan dulu, hilang entah kemana. Sebab? jawapan yang mudah, dulu kat luar kerajaan mana nampak hak dan peraturan undang-undang. Nak buat semua kena ikut undang-undang. Kat luar tak perasan dan tak peduli pun benda-benda ini semua.

Sekarang dah berada dalam kerajaan, baru nampak masalah yang ada dan yang timbul semalam ini. Maka, barulah Ketua Menteri PP perasan yang benda ni memang takkan diselesaikan sama ada dengan cara memulangkan tanah atau dengan bayaran pampasan yang mahal tersebut. Akhirnya DAP terjerat dengan sandiwara dan janji-janji manis tersebut. yang tentunya tak dapat ditunaikan.

Maka, penduduk yang merasa tertipu, pun berasa bahawa mereka ini ibarat pengantin perempuan malam pertama. Lemas nafsu, diri tak dipedulikan lagi. INi yang mereka marah sangat.

Satu lagi, kalau di Kedah, DAP yang majoriti 99.9% dianggotai oleh keturunan cina, boleh keluar dari Pakatan disebabkan kes Babi, maka kenapa di PP yang betul-betul DAP pegang sebagai pemerintah tidak boleh buat benda yang sama. Bukan keluar dari Pakatan, tetapi menggunkan political will/power untuk hentikan pengambilan tanah di Kg Buah Pala.

Jadi pada pendapat penduduk, DAP hanya memperjuangkan penduduk keturunan cina. Kalau lah di Kg Buah Pala itu merupakan penduduk keturunan cina, pasti menurut penduduk, DAP sudah siap menyelesaian masalah tersebut. Penduduk merasakan bahawa mereka didiskriminasikan oleh kerana keturunan dan warna kulit oleh kerajaan DAP PP.

Jadi, untuk itu penduduk mengatakan bahawa bagi DAP, babi lebih penting dari manusia.

tambahan sedikit, melihat kenyataan mamat india yang konon-kononnya ketua di Kg Buah Pala di TV3 semalam mencetuskan satu lagi pandangan.

Kenyataan semalam berbaur ancaman racial tension. Kerana apa? mamat india itu menyatakan bahawa kalau isu ini tidak diselesaikan secepat mungkin, mungkin akan wujud kekacauan kaum kerana pemaju kawasan adalah pemaju Melayu dan penduduk adalah keturunan India. Jadi terdapat macam oppresion terhadap kaum India oleh 2 etnik lain iaitu Cina (DAP) dan Melayu (Pemaju). Harap-harap apa yang dikatakan itu tidak benar kerana benda-benda sebegini boleh mengancam kestabilan. Kalau betul, mungkin mamat india itu perlu ditahan dibawah ISA kerana memberikan kenyataan yang boleh menimbulkan bibit kebencian kaum?

Adakah ini juga bermakna kalau pemaju adalah dari keturunan India, maka penduduk di Kg Buah Pala tidak akan begitu menentang pemgambilan tanah tersebut? kalau benar, maka penduduk disitu yang sebenarnya bersifat perkauman bukan kerajaan negeri atau pemaju.


www.rencahmalaysia.blosgpot.com



...................selingan di bawah....................

kisah citer babi dan kedah


Panjang cerita rumah sembelih babi di Kg Berjaya, sejak 1993, sejak gempar kisah Japanese Encephalities di seluruh Negara. Kini muncul lagi kisah berkaitan babi dan riuh lagi gara-gara A H1N1. Apapun berkaitan penyakit-penyakit darihal babi ni, perkara pokok ialah peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh PBT (MBAS). Memang tugas kerajaan menuatkuasakan undang-undang untuk mengatur hidup dan kehidupan supaya tidak bercelaru.

Inilah Kroniologinya.......


KRONOLOGI RUMAH SEMBELIH KHINZIR MERGONG

21.7.93 - Cadangan supaya kerja-kerja pembersihan dalaman rumah sembelih khinzir Mergong diambil alih oleh AWS.

26.7.93 - Tawaran AWS khidmat mencuci, membersih, mengorek longkang dengan seorang pekerja RM450.00 sebulan.

16.12.93 - Majlis bersetuju dengan Tahap Piawaian Efluen bagi sektor ladang dan pemprosesan ternakan.

11.4.94 - Rungutan pemindahan tempat ternakan/ penyembelihan khinzir oleh Harta Usahawan Sdn. Bhd.

30.4.94 - Majlis akan membina dinding untuk memisahkan kawasan awam dengan rumah penyembelihan.

19.6.94 - Permohonan laporan mengenai tempat ternakan dan penyembelihan khinzir di Majlis.

11.7.94 - Majlis memberi maklumbalas atas per. (06) bahawa tiada tempat ternakan khinzir dan tempat penyembelihan khinzir terdapat di Mergong.

11.10.94 - Aduan dari Othman Lebai Saad, JKKK Kg Telok Yan dan pohon ubah tempat sembelih.

5.1.95 - Majlis pohon maklumat mengenai rumah bantai khinzir yang sedia beroperasi dari lain-lain PBT untuk cadangan penempatan semula Rumah Bantai Khinzir.

13.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Taiping bahawa Jabatan Perkhidmatan Haiwan tidak ada apa-apa peranan dalam pengurusan rumah bantai khinzir.

19.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Bandaraya Ipoh bahawa rumah pembantaian di bawah Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah bahawa rumah sembelih dikendalikan oleh Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Klang bahawa tidak terdapat rumah bantai khinzir.

26.1.95 - Mesyuarat Majlis Pembangunan Negeri Kedah membangkitkan rumah sembelih khinzir tidak dibina baru. Disyorkan tunggu rumah sembelih di Butterworth siap dan dipusatkan di sana.

6.2.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Kuantan bahawa MPK belum melesenkan aktiviti rumah bantai khinzir tersebut di bawah kawalan Jabatan Haiwan.

18.6.95 - Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan Semula Rumah Khinzir di MPKS.

5.6.96 - Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bersidang 11.10.95 dan persetujuan dicapai antara PKB dengan MPKS untuk menutup rumah sembelihan khinzir di Kampong Berjaya perlu dilaksanakan.

29.4.97 - Majlis menghantar surat kepada Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah supaya berusaha mencari tapak yang sesuai bagi menggantikan rumah sembelih sekarang yang akan ditutup tidak lama lagi.

29.6.97 - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 14 Mei 97 telah membuat keputusan “Majlis bersetuju supaya dikenalpasti kawasan tapak yang sesuai untuk dipindahkan pusat penyembelihan khinzir berhampiran kilang tayar Alor Setar.”

29.9.97 - Surat daripada Pegawai Perancang Bandar, MPKS memaklumkan bahawa tapak di sekitar belakang kilang tayar Mergong tidak sesuai dan kawasan tersebut telah pun diluluskan untuk projek perumahan.

11.3.98 - Majlis menerima surat dari Dato’ Chor Chee Heung mengatakan Persatuan Khinzir telah bersetuju untuk berpindah tetapi menunggu keputusan muktamad oleh Kerajaan Negeri Kedah.

3.10.98 - Surat kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk mendapatkan maklumat kedudukan terkini kerana Majlis Perbandaran Sungai Petani telah mengenalpasti satu tapak untuk pembinaan rumah sembelih di Padang Lembu.

8.12.98 - Surat kesinambungan 21 kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.

20.3.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Penyembelih Khinzir Kampung Berjaya iaitu Notis Berhenti Operasi Menyembelih Khinzir.

31.3.99 - Surat daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mengenai langkah-langkah mencegah wabak Japanese Encephalities.

2.1.99 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Sungai Petani bahawa tiada tanah kerajaan di kawasan Padang Lembu. Sekiranya cadangan hendak dilaksanakan juga, maka ianya perlu kepada proses pengambilan balik tanah persendirian. Walau apa pun, Majlis menunggu arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri.

12.1.99 - Menerima aduan dari orang awam mengenai ladang khinzir mengeluarkan bau yang busuk.

27.4.99 - Mesyuarat untuk menyelesaikan masalah khinzir diadakan di MPKS.

9.5.99 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah dengan memberikan panduan Keselamatan Pekerja dan Kebersihan di rumah sembelih khinzir.

9.5.99 - Surat kepada Pengarah Kesihatan Daerah Kota Setar/ Padang Terap memberikan senarai pekerja-pekerja bagi mencegah dari wabak J.E.

22.5.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah bahawa Majlis akan berhenti daripada kutipan hasil sembelih khinzir seperti arahan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Masyarakat Bil 3/99 dan berikutan jangkitan J.E dan rungutan daripada penduduk tempatan, Majlis membuat keputusan untuk menutup rumah sembelih terbabit.

22.5.99 - Surat kepada En. Tan Tian Wan Jabatan Haiwan Negeri Kedah memberhentikan elaun pemeriksaan.

1.8.99 - Surat daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan cabutan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 23.6.99 bahawa Majlis bersetuju mengambil ketetapan operasi pusat penyembelihan boleh diteruskan sehingga satu tempat baru dikenalpasti. Tindakan susulan perlu dibuat bagi mendapatkan tapak gantian dengan segera.

14.10.99 - Menerima bil air rumah sembelih RM1,102.80

11.1.2000 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah memaklumkan bahawa Majlis telah meletakkan semua kos bayaran pekerja, bil dan api di bawah tanggungan Persatuan mulai 1.1.2000

7.8.2001 - Surat daripada JKKK Kg Telok Yan supaya ubah rumah sembelih.

11.8.2001 - Surat Majlis kepada Yang Berhormat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memohon kebenaran untuk meruntuhkan rumah sembelih khinzir.

26.8.2001 - Surat daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kedah memaklumkan bahawa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kerana tidak ada peruntukan undang-undang yang membenarkannya. Memohon untuk dilantik ebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang membuat keputusan dalam pembinaan rumah-rumah sembelih.

20.8.2001 - Surat daripada Setiausaha Sulit Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan surat dari Pengerusi JKKK (rujuk 35)

19.9.2001 - Majlis memberi maklumbalas kepada Pengerusi JKKK Kg Telok Yan bahawa Majlis telah membuat permohonan meruntuhkan rumah sembelih khinzir dan telah memberhentikan kutipan dan semua kos perbelanjaan ditanggung oleh Persatuan.

20.8.2001 - Menerima surat darpada Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar pohon mengubah kandang sembelih khinzir.

31.5.2006 - Mesyuarat UPEN bersetuju supaya pusat penyembelihan khinzir di Kg Berjaya ditutup.

Sehingga peringkat ini, MBAS memaklumkan tiada sebarang permit baru dikeluarkan untuk operasi rumah sembelih tersebut.

15-05-09 - dalam mesyuarat Majlis Bandaraya Alor setar (MBAS) telah dibangkitkan isu tempat penyembelihan babi yang telah dikaitkan dengan masalah penyakit A H1N1. Oleh yang demikian majlis sebulat suara telah bersetuju sesuatu tindakan harus diambil bagi menangani masalah ini. Keputusan mesyuarat telah melantik ahli majlis Pn Teh (DAP) dan En Hamid (PAS) untuk mengepalai majlis untuk berunding dengan para pengusaha pusat tersebut.

20.05.09 - Ahli-ahli majlis telah dihubungi oleh pengusaha pusat tersebut bahawa mereka telah menerima notis perobohan yang telah dikeluarkan pada 19-05-09 dan proses penguatkuasaan akan diadakan pada 01-06-09.

Satu jawatankuasa kecil telah diwujudkan selepas itu bagi membolehkan operasi tersebut dilaksanakan (diketuai PSu Pn Aminah). Walaupun Pn Teh sebagai Ahli Majlis membantah rancangan tersebut dan merayu supaya dilanjutkan tempoh meroboh, tetapi telah ditolak.

31.5.09 - YB Lee Guan Aik telah menghubungi Sdr Muhammad Sanusi memohon campurtangan YAB Menteri Besar supaya menangguhkan tindakan penguatkuasaan.

31.5.09 - Pertemuan diadakan antara wakil Persatuan Peniaga dan Penyembelih Khinzir bersama YB Lee Guan Aik dengan YAB Dato’ Seri Menteri Besar di rumah MB Jalan Sultanah. Persatuan memohon penangguhan selama sebulan sementara memproses permohonan tapak baru. YB Lee Guan Aik memaklumkan bahawa persatuan mempunyai enam tapak cadangan baru. YAB Dato’ Seri meminta supaya proses permohonan segera dilakukan.

YAB Dato’ Seri MB menguhubungi YB Dato’ Wira Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memaklumkan kepada Dato’ Bandar supaya ditangguhkan operasi meroboh.

MCA dan Gerakan mengadakan demontrasi di lokasi rumah sembelih pada masa yang sama.

1.6.09 - Penguatkuasa MBAS menggerakkan jentera dan petugas ke lokasi untuk meneruskan Operasi. YAB Dato’ Seri segera mengeluarkan surat yang ditandatangani sendiri memohon penangguhan operasi selama sebulan kepada Dato’ Bandar. (Serahan tangan). Satu salinan surat tersebut diberikan kepada YB Lee Guan Aik. Operasi ditannguhkan oleh MBAS selama sebulan atas permintaan tersebut.


2.6.09 hingga 25.6.09 - YAB Dato’ Seri MB melalui Setiausaha Politik mengikuti perkembangan permohonan tapak baru hampir setiap hari. YB Lee Guan Aik melalui Pegawai Khas beliau memaklumkan proses sedang dijalankan.

Beberapa penduduk di kawasan Jabi, Pokok Sena mengadakan demontrasi dan menaikkan kain rentang membantah cadangan penempatan semula rumah sembelih di kawasan tersebut.

Timbul isu Kerajaan Negeri lebih mengutamakan babi daripada penduduk Kampung Bidan yang terlibat dalam penguatkuasaan perobohan rumah-rumah yang terlibat dalam pengambilan balik tanah.

Pegawai Khas memaklumkan mereka telah mendapat tapak di Kg Cina, Pendang. Tanah milik persendirian yang dikelilingi sawah padi milik kaum siam. Setiusaha Politik MB Mengarahkan permohonan lengkap perlu segera dibuat kerana masa kian suntuk.

YAB Menteri Besar membuat panggilan telefon kepada Pegawai Daerah Pendang untuk bertanyakan permohonan daripada Persatuan tersebut. Pegawai Daerah Pendang memaklumkan bahawa permohonan belum diterima.

Jabatan Verterinar memberhentikan pengeluaran permit menghantar dan memproses babi di lokasi terbabit.

26.6.09 - Pegawai Khas YB Lee Guan Aik menyerahkan surat permohonan tapak baru di kampong Cina, Pendang ke Pejabat Mnteri Besar. Setiausaha Politik MB mengarahkan permohonan diserahkan ke Pejabat daerah Pendang.

Surat tersebut telah didiserahkan kepada Pejabat Daerah Pendang.

28.6.09 - YB Lee Guan Aik berjumpa Menteri Besar di Pejabat memohon penangguhan kali kedua sehingga permohonan yang dihantar di Pejabat daerah Pendang diluluskan.

MB memanggil Exco Kerajaan Perumahan & Kerajaan Tempatan (Dato’ Phahrolrazi) dan Pegawai Daerah Pendang agar permohonan segera diproses.

Pegawai Daerah memaklumkan bawaha semua jabatan teknikal seperti Jab Alam Sekitar, Jabatan Verterinar, Jab Pertanian dan Jab Kesihatan telah dihubungi untuk membuat lawatan tapak pada 29.6.09.

29.6.09 - Lawatan tapak dilakukan melibatkan semua Jabatan Teknikal pada jam 3 petang.

30.6.09 - YB Tommy Su (Pengerusi DAP Kedah/ Perlis) mengadakan pertemuan dengan YB Tan Wei Tsu dan YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi memohon penjelasan dan penangguhan kali kedua.

1.7.09 - Operasi penguatkuasaan notis perobohan dijalankan pada jam 3 petang dengan sedikit bantahan dari sebahagian masyarakat cina dan pimpinan DAP dan beberapa ADUN PKR.

Perobohan dan penangguhan mempunyai implikasi tersendiri. Dari sudut MBAS yang menguatkuasakan Undang-Undang Kecil PBT, semua prosedur telah diikuti sebagaimana menangani premis-premis haram yang wujud di dalam kawasan pentadbiran MBAS.

Kerajaan negeri telah mengumumkan dasar tidak campur tangan dalam bidang kuasa Pegawai Kerajaan termasuk kuasa dato’ Bandar Alor Setar dan Majlis Kerajaan tempatan MBAS.

Dalam MBAS, terdapat ahli Majlis yang dilantik dari kalangan parti politik termasuk DAP. Keputusan ini juga melibatkan keputusan mesyuarat Majlis MBAS.

Campurtangan Menteri Besar kali pertama sehingga operasi pada 1.6.09 ditangguhkan selama sebulan adalah atas permintaan pihak persatuan penyembelih, bukan masa itu ditetapkan ioleh YAB MB.

Terdapat kelewatan yang meragukan di pihak persatuan dan YB Lee Guan Aik yang mengambil tanggungjawab memproses permohonan tapak baru di enam lokasi yang dicadangkan dalam pertemuan dengan YAB MB pada 29 .5.09.

Penangguhan kali kedua akan mengundang implikasi bahawa terdapat campurtangan kerajaan untuk mengekalkan premis haram yang ternyata menyalahi undang-undang.

Pihak lain juga akan menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil tindakan keatas premis yang menyalahi peraturan dan undang-undang. Pihak UMNO akan mengadakan demontrasi jika premis ini dibiarkan walaupun hal ini adalah lanjutan daripada kerja buat mereka.

Pihak MB telah berusaha untuk menyegerakan proses permohonan dan kelulusan tapak baru di lokasi yang dicadangkan tetapi pihak persatuan didapati lambat bertindak, padahal dalam pertemuan sebelumnya, mereka memaklumkan bahawa tapak baru sudah ada.

Kerajaan bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan peraturan, bukan mempertahankan pelanggaran undang-undang. DAP juga memperjuangakan perkara yang sama.

Isu ini bukan isu perkauman seperti yang didakwa, tetapi persoalan undang-undang dan maruah sebuah Kerajaan Negeri.

dipetik dari : utara online

Mesyuarat AJK PKR SHAH ALAM: PANAS dan KECOH!

Oleh Medan Info Kita


Malam tadi bertempat di pejabat ADUN Kota Anggerik Seksyen 9 Shah Alam telah berlangsung mesyuarat Ajk PKR Bahagian Shah Alam yang GAGAL membuat keputusan kerana situasi yang cukup hangat dan panas walaupun bersidang dalam keadaan lengkap berhawa dingin.


Ajk yang bermesyuarat tidak dapat persetujuan sebulat suara diatas cadangan Pemangku Ketua PKR Bahagian Shah Alam untuk berpindah pejabat mereka dari Seksyen 9 kepada pejabat yang lain di Seksyen 19.

Cadangan ini sebagai mengurangkan pengaruh Yb Kota Anggerik kepada Ajk Ajk Bahagian yang semakin tidak cenderung menyokong Pemangku Ketua Bahagian itu…

Keputusan ini ditentang sekeras-kerasnya oleh majoriti Ajk yang diketuai oleh Pemangku Timbalan Ketua Bahagian dan Setiausaha Bahagian. Manakala Pemangku Ketua Bahagian pula disokong oleh Yb ADUN Batu 3 yang turut hadir tetapi dikhabarkan salah seorang Ajk Bahagian yang berada dalam team “Pemangku Timbalan Ketua Bahagian” naik berang sehingga meninggikan suara serta menghentak meja..!

Yang menjadi agak pelik dan lucu apabila dalam mesyuarat tersebut terdapat dua set minit mesyuarat, satu yang disediakan oleh Pemangku Ketua Bahagian sendiri menyatakan keputusan untuk berpindah pejabat telah dipersetujui tetapi ada satu lagi minit mesyurat pula yang disediakan oleh Setiausaha Bahagian dicatitkan tidak ada keputusan bersetuju untuk berpindah pejabat……..

Memang sudah hura hara pentadbiran PKR Shah Alam sekiranya kita amati situasi ini, lihatlah sendiri apabila terlalu ramai yang “memangku” jawatan penting dalam struktur parti. Sebelum pilihanraya ke 12, PKR Shah Alam menyaksikan hampir kesemua pimpinannya letak jawatan dan ada yang keluar parti sebagai tanda SOLIDIRATI kepada bekas ketua mereka Ezam Mohd Nor. Pada waktu itu kecoh berita akhbar menyiarkan kisah Ketua, Timbalan, Naib, Setiausaha, Ketua Penerangan, Ketua AMK, Pengarah Pilihanraya serta beberapa Ajk Bahagian PKR Shah Alam umum letak jawatan dan keluar parti. Natijahnya kini didalam pentadbiran PKR Shah Alam terlalu ramai yang kena jadi “Pemangku”….., akhirnya tidak ada tokoh yang dihormati. Ditambah pula dengan ujudnya dua orang Yb PKR dalam parlimen Shah Alam membuatkan Pemangku Ketua Bahagian seperti tiada “value”.

Agak mengecewakan juga apabila cerita dalam kain PKR sebegini dapat diketahui umum sedangkan parti mereka mewakili pengundi-pengundi di Shah Alam, malah kedua-dua DUN. Bagaimanakah pemimpin mereka mahu menyelesaikan masalah rakyat apabila “rumahtangga” sendiri hura-hara…?

Kisah kepincangan PKR Shah Alam ini sudah lama juga diceritakan oleh beberapa teman teman yang masih berada dalam parti tunggangan Anwar ini. Mereka kini semakin meluat dengan gelagat beberapa kerat individu yang baru muncul mengejar jawatan, pangkat dan kontrak setelah berjaya menjadi kerajaan negeri. Pentadbiran parti diperingkat bahagian juga agak kendur kerana Pemangku Ketuanya tidak ada “pengaruh” langsung, ini disebabkan ramai Ajknya lebih tertumpu kepada pejabat ADUN masing masing, seperti ada dua team diantara DUN Kota Anggerik dan DUN Batu 3.

Sekian dahulu cerita yang disampaikan oleh Informer Blogmaster sebentar tadi sewaktu kami minum teh tarik…

sumber - medan info kita

www.rencahmalaysia.blogspot.com

dipetik dari :

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/07/mesyuarat-pkr-shah-alam-kecoh.html

Jul 1, 2009

Perhimpunan rakyat 8 Julai: bersama memberi sokongan kepada saiful!

Jun 26, 2009

Video rosmah perempuan puaka: apabila manusia lebih bodoh dari lembu!

Apabila terdesak, mereka sanggup percaya pada apa saja, hatta pada benda yang paling rapuh dan bodoh.

INilah yang terjadi pada mereka-mereka yang membuat dan menyebarkan video fitnah rosmah perempuan puaka.

Apabila diteliti video tersebut, ternyata, hanya manusia lemah akal, bodoh, bahalul dan bangang sahaja mampu menerima video tersebut. Mereka yang waras akan melihat video tersebut sebagai cubaan memperbodoh-bodohkan tahap pemikiran rakyat malaysia.

Tetapo ternyata ramai rakyat malaysia yang sememangnya bodoh kerana mempercayai video ini. Serangan bersifat peribadi ini bukan cara seorang budiman. Seorang budiman tidak akan membuat serangan peribadi lebih lagi dalam politik.

Tetapi kini nampaknya, bagi musuh-musuh DS Najib, mereka adalah bacul. Bacul yang menyerang isteri kepada beliau, bukan menyerang beliau kerana beliau tidak ada isu besar yang boleh diputar belitkan.

Adalah lebih menarik sekiranya video anwar dibuat. adakah mereka akan juga percaya?

berikut petikan dari sebuah blog berkenaan hal rosmah. Moga jadi tatapan dan menginsafkan kita.

Bagaimana kalau isteri anda dibuat begini? apa rasa hati anda?

http://hambali1.blogspot.com/2009/06/rosmah-menyukarkan-perjalanan-najib.html

ROSMAH MENYUKARKAN PERJALANAN NAJIB?

Sumber: Malaysiakini/Malaysia-HariIni

Untuk menggugat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak secara langsung amat sukar.

Pemimpin pakatan pembangkang tahu bahawa sehingga ini mereka belum berjaya menggugat Najib, walaupun dicuba sebelum pun Najib menjadi Perdana Menteri.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tahu benar siapa Najib.

Ketika menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Anwar tidak bimbang pesaing lain. Dia hanya bimbang kepada Exconya yang menjaga gal ehwal ekonomi. Ketua Biro Ekonomi – Najib Razak.

Anwar ada memberitahu rakan-rakan bahawa Najib bukan sahaja pintar tetapi licik.
Kerana itu apabila Anwar berusaha menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia menarik Najib ke dalam pasukannya yang membolehkan Team Wawasan diwujudkan. Najib menjadi orang penting team ini.

Jadi, apabila Najib sukar digugat, apalagi wawasannya – 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan – diterima rakyat Malaysia, serangan terpaksa diubah.

Pembangkang melihat isteri Perdana Menteri sebagai sasaran terbaik. Sama ada mereka mampu menyukarkan atau sebaliknya perjalanan Najib sebagai Perdana Menteri, itu soal lain,
Yang penting, dengan dilihat flamboyant dan berpengaruh, Datin Seri Rosmah Mansor dijadikan sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar "perempuan puaka" di internet.

Rosmah menarik perhatian ramai kerana berbeza dengan bekas wanita-wanita pertama negara, beliau sering mendapat liputan media berhubung kerja-kerja sosialnya.

Antaranya, apabila beliau dikunjungi menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew pada 10 Jun yang disifatkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina di negara ini sebagai sesuatu yang "pelik".

Tiga klip video tersebut – yang mendakwa isteri Perdana Menteri itu sudah melupakan asal-usulnya – pertama kali diterbitkan 9 Jun lalu dan cepat disebarkan oleh beberapa blog setelah diumumkan di Malaysia Today.

Blog yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin – penulis yang mengaitkan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan kini menjadi kes mahkamah – mendakwa, video itu dirakam secara eksklusif untuk laman webnya.

Siri kedua dan tiga klip video terbitkan "C4 Production House" selama 10 minit itu dimuatkan di Youtube.com masing-masing pada 11 Jun dan 15 Jun lalu.

Ketiga-tiga siri video tersebut kini ditonton lebih 200,000 kali – 154,890 untuk bahagian pertama, 86,273 bahagian kedua dan 51,299 untuk bahagian ketiga – dan mendapat perhatian besar di internet.

Menurut tinjauan melalui enjin pencari Google, ia dimuatkan kembali ke laman-laman web lain, termasuk di blog Pemuda PAS Wangsa Maju, Angkatan Muda PKR bahagian-bahagian Gelang Patah dan Kota Raja, serta laman web popular Tranungkite.net.

Penyebaran video itu juga mengundang reaksi balas laman web pro-Umno, antaranya Malaysia Instinct yang ingin menyiasat "konspirasi video" tersebut dan Isuhot Dot Com.

Serangan yang bukan kali pertama terhadapnya, kali ini dilakukan dengan lebih tersusun dalam bentuk siri dokumentari pendek.

Laporan Malaysiakini semalam menyebut, serangan itu diolah dalam bentuk wawancara dengan beberapa individu yang didakwa ahli-ahli keluarga terdekat Rosmah dan kenalan dekatnya di kampungnya Gedong Lalang di Negeri Sembilan.

Semalam Malaysia Instinct mendakwa ia cuba bersungguh-sungguh menghubungi pihak yang ditemubual dalam video tersebut bagi mengesahkan kebenaran dakwaan itu tetapi gagal.

"Setiap kali kumpulan kami ke lokasi yang dinyatakan dalam video itu, demi mewawancara mereka yang menuduh, kami tidak mendapat sebarang respons positif," laporannya dipetik.

Laman web itu juga mendakwa ia menerima emel yang membongkar latar belakang balu tersebut tetapi ia tidak mendedahkan siapa di belakang "C4 Production House".

Menepis dakwaan dalam video tersebut, Isuhot Dot Com pula berkata, Rosmah tidak pulang ke kampung halamannya kerana tiada lagi saudaranya tinggal di situ.

Ia mempertikaikan dakwaan-dakwaan yang dikatakan "tidak mempunyai bukti" dan "tuduhan yang tidak relevan dengan politik negara".

Sementara laman Malaysia-HariIni turut memuatkan komen menarik bertajuk “Video Rosmah-fitnah paling hebat abad ini” pada 14 Jun 2009, menarik untuk dibaca dan difahami.

Diperturunkan posting berkenaan untuk tatapan:

Video Rosmah - fitnah paling hebat abad ini

http://malaysia-hariini.com (Sunday, 14 June 2009)

CHE MAH bernasib baik kerana Zainuddin Zimbo sudah meninggal dunia. Seandainya Zainuddin Zimbo masih ada lagi, dia akan bercerita siapa sebenarnya Che Mah yang muncul dalam video memburukkan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri yang sedang tersebar di internet ketika ini.

Rahsia dan siapa sebenarnya Che Mah ini yang pernah bergelar isteri kepada Ipin Kerbau begitu banyak sekali di tangan Zainuddin Zimbo tetapi sayangnya Allah S.W.T telah memangil awal lelaki yang pernah bergelar pelakon ini ke alam baqa’ dan Che Mah boleh bersyukur kerana temberangnya tidak dapat didedahkan dan suami Che Mah Ipin Kerbau menurut seorang rakan yang bapanya berkawan baik sewaktu muda, Ipin adalah seorang peniaga daging di pekan Kuala Pilah dan sanggup menjual daging kerbau ataupun lembu yang tidak sembelih kerana mati dilanggar untuk mencari untung dan keturunan dia sedang mencari untung sekarang in, menyebar video fitnah paling hebat untuk abad ini.

Namun kepada yang mengenali Che Mah anak beranak, serangan peribadi dan cubaan memfitnah Rosmah Mansor ini bukan satu perkara yang luar biasa malah ada yang menyifatkan rancangan untuk memfitnah Rosmah dari keluarga Che Mah ini adalah satu fitnah paling jahat di abad ini dan dirancang dengan penuh teliti dari sudut penerbitan dan teknikalnya.

Pengedaran video yang dirakam sendiri oleh keluarga ini merupakan juga satu lagi strategi untuk mengaibkan Rosmah setelah usaha bersepadu memfitnah Rosmah untuk dikaitkan dengan isu pembunuhan Alatantunya tidak menjadi dan dipercayai usaha memfitnah ini bukan sahaja didalangi pembangkang ataupun yang kecewa dengan kejayaaan Rosmah sebagai Wanita Pertama Malaysia tetapi turut didalangi oleh beberapa pemimpin UMNO yang turut serta mahu menggugat pentadbiran Perdana Menteri Najib.dan sekaligus menjadikan Negara berada dalam keadaan tertekan dengan fitnah terbaru ini.

Skrip Che Mah dan anaknya akan jadi lebih menarik dan dipercayai mereka sedang merancang untuk mereka-reka seberapa banyak lagi fitnah bagi tujuan-tujuan tertentu mereka dan Che Mah yang mendakwa selama ini menjadi orang tengah kepada Rosmah akhirnya memilih untuk bersubahat ataupun menjadi barua kepada kumpulan ini.

Pasukan fitnah yang mungkin dibentuk khas oleh Che Mah ini turut mengheret seorang lelaki yang kononnya mengaku sebagai adik kandung Rosmah dan beberapa orang lagi yang mengaku sebagai saudara rapat kepada isteri Perdana Menteri Najib ini namun rupanya lelaki yang dikatakan adik Rosmah itu hanya seorang anak angkat yang akhirnya memilih untuk menggigit tangan orang yang memberikan dia makan selama ini dan berapakah agaknya upah yang beliau terima bagi memburukkan kakak angkatnya sehingga beliau sanggup mereka-reka cerita serta memfitnah Rosmah Mansor?

Pengakuan yang ada dalam video tersebut hanyalah satu cubaan terbaru oleh kumpulan Che Mah yang juga dikenali sebagai bomoh kampong itu untuk menipu pelayar internet dan dipercayai akan dipercayai oleh sebilangan besar pengunjung yang pendek akal serta bodoh untuk menilai yang mana benar dan yang mana palsu. Pengguna internet sedang diajak untuk mempercayai satu pendedahan yang karut.

Dari sejak awal pernikahan Rosmah dengan Perdana Menteri Najib, berbagai-bagai usaha dilakukan oleh pihak yang mencemburui hubungan ini dan usaha memfitnah Najib begitu teratur sekali sehinggalah ke saat Perdana Menteri Najib mahu ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke 6, fitnah tetap ditaburkan di luar Istana Negara dan Seri Perdana namun kuasa Allah adalah segalanya.

Mesikipun meniti jalur fitnah daripada kalangan pembangkang dan juga satu dua pemimpin UMNO yang getik dengan kejayaan Perdana Menteri Najib dan Rosmah sehingga mereka berada di tahap ini, Allah telah meluruskan perjalanan mereka.

Cerita Rosmah main bomoh, Rosmah `queen control’, Rosmah sebenarnya Perdana Menteri Malaysia dan bermacam-macam cerita yang buruk serta berunsur fitnah bukan baru kita dengar malah telah didendang banyak kali terutama sekali di pentas ceramah pembangkang dan sepatutnya rakyat boleh menilai apakah jerit pekik Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Mohamad Sabu dan beberapa orang lagi yang menyambung fitnah yang mereka dengar selama ini benar ataupun kumpulan ini juga sama seperti kumpulan Che Mah yang muncul di internet hari ini.

Selain Che Mah yang juga isteri Ipin Kerbau dan bomoh kampong, anaknya Ikmal Hisham turut bersengkokol dengan emaknya dan Roshanuddin yang digambar sebagai adik Rosmah hanyalah anak angkat tetapi telah dianggap adik kandung sendiri oleh Rosmah dan Najib. Rosmanuddin diserahkan oleh keluarga kandungnya kepada ibu bapa Rosmah seawal umur 12 hari lagi di dalam sebuah estet dengan masih berbalut kain batik.

Rosmah menyediakan segala-galanya untuk kesempurnaan keluarga adik angkatnya ini termasuklah membenarkan Rosmanuddin dan anak isterinya tinggal di rumah mereka. Oleh kerana itulah, kad pengenalan Rosmanuddin tercatat alamat kediaman Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta dan Rosmah juga menyediakan sebuah apartment untuk keselesaan Rosmanuddin dan keluarganya berhampiran kediaman mereka.

Namun Rosmanuddin ternyata adik pungut yang tidak mengenang budi sehingga sering menyalahgunakan nama baik Najib dan Rosmah untuk kepentingan dirinya sendiri dan kita percaya Rosmah akan merasai kekecewaan yang amat sangat diatas kesaediaan adiknya itu bersekokongkol untuk memfitnah beliau bagi mendapatkan sedikit wang untuk hidup.

Dalam video tersebut juga turut dipaparkan sedutan temubual dengan sepupu Rosmah yang bernama Mohd. Arshad, makciknya yang bernama Induk Leha dan nama-nama ini terlalu asing dan sengaja diwujudkan untuk menguatkan lagi fitnah yang sedang dirancangkan itu.Ada sumber yang memberitahu bahawa Rosmah tidak dibesarkan di kampung ibunya dekat Seri Menanti kerana sejak kecil lagi dibawa oleh ayahnya ke Rembau.

Kepada sesiapa sahaja yang pernah melayari video fitnah ini di internet, anda bukan dihalang tetapi berfikirlah dengan matang dan carilah motif sebenarnya apakah tujuan penyebaran video ini. Untuk mengugut Rosmah? Atau yang paling pasti mereka sedang cuba mengajak rakyat untuk turut sama mempercayai fitnah ini dan sekaligus mengaibkan Perdana Menteri Najib sekeluarga.

Paling pasti video ini dirakam serta direncanakan oleh orang yang rendah moralnya dan tidak ada pegangan agama. Hanya orang yang buruk laku sahaja yang bijak mengekspolitasikan keburukannya untuk ditampal kepada badan orang lain dan mereka telah berjaya melakukannya.

Terserah kepada anda untuk menilainya.

Jun 17, 2009

Nasharuddin keluar PAS!; NIzar pun sama

Berita pendek dari serakah [akbar terulung pada masa ini]

Kuala Lumpur, 17 Jun 2009
oleh Beruk mat yeh2

Nasharuddin Mat Isa Kena keluar; Nizar pun sama

Akhirnya Nasharuddin Mat Isa terpaksa keluar apabila Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz mengarahkan beliau keluar. Keluar dari mana ke mana tidak diketahui. Tetapi apa yang pasti , Nasharuddin disuruh keluar selepas kenyataan Nasharuddin Mat Isa pada temuramah yang disiarkan di TV3 pada 16 JUn 2009 tentang kerajaan Perpaduan. Nasharuddin menyatakan kesediaan PAS untuk bersama-sama UMNO menimbangkan perpaduan Melayu ekoran kenyataan PM yang mengakui keikhlasan PAS untuk bersama-sama UMNO membentuk perpaduan melayu. Kenyataan Nasharuddin itu dibuat secara aman tanpa menjerit dan atas dasar PAS.

Sementara itu, Nizar juga dipaksa keluar. Keluar dari Dewan kerana menganjurkan perbalahan dalam Dewan RAkyat pada 16 JUn 2009. Beliau yang mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Bukit Gantang kelihatan menjerit-jerit bersama-sama 2-3 orang ahli Parlimen DAP. Nizar dikatakan keluar apabila speaker Dewan mengarahkan beliau keluar selepas Nizar tidak mahu berhenti dari menjerit-jerit.

Dalam kes Nizar, TGNA tidak pula mengarahkan Nizar keluar. Tidak diketahui pula kenapa.

www.serakahdaily.com.org.my

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Jun 14, 2009

HINDRAF: LAWAN ATAU KAWAN?

HINDRAF [klik link] merupakan suatu organisasi yang konon memperjuangkan hak-hak orang hindu di Malaysia.
Mereka ini dikepalai oleh M. Manoharan, P. Uthayakumar, P. Waytha Moorthy dan S.Ganapathi Rao, K.Ulaganathan .
Mereka ini merupakan pertubuhan haram yang cuba membawa sentimen perkauman dalam masyarakat Malaysia dengan menimbulkan isu-isu yang mampu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat Malaysia. Adalah ditakuti dengan adanya rasa kurang senang ia akan meletus pula menjadi rasa sakit hati dan akibatnya ada yang akan sakit badan. Perbalahan antara kaum mungkin terjadi dan pasti ia akan membawa kepada malapetaka persis 13 Mei.
Antara isu yang mereka tuntut dari Kerajaan Malaysia ialah :
Part of the 18 point Demand In Hindraf Memorandum
[Sebahagian daripada 18 tuntutan HINDRAF dalam memorandum] kepada Kerajaan British dalam saman mereka kepada British yang membabitkan wang pampasan bernilai hampir RM3 trillion! - maka akan kaya lah setiap hindu di Malaysia.

1. End 50 years of violations of the Malaysian Federal Constitution.

2. Try to End Racism, Islamic extremism and Malay privileges on the 50th year golden jubilee celebrations of Malaysian independence.

3. Call for affirmative action plans for all poor Malaysians including ethnic minority Indians.

4. All 523 Tamil schools to be made fully aided government schools.

5. All the aforesaid to be handled directly by the UMNO-controlled government and for UMNO to stop playing politics through the "Mandore" (Supervisor) system by abdicating Indian problems to the MIC.

6. 20% of the government top most level posts are reserved for the Indians for the next 15 years.

7. The UMNO-controlled government makes public and is transparent on all the aforesaid affirmative action plan including specifying the Indian beneficiaries thereto.

8. Stop the indiscriminate and unconstitutional demolitions of Hindu temples.

9. Stop the victimization and direct discrimination by the Police and all other state authorities of the Indians.

10. The UMNO-controlled government forms with immediate effect a Royal Commission of Inquiry into the Kampung Medan mini genocide.

11. All homeless Malaysians are to be provided affordable homes and not low-cost flats by law.

12. A Race Relations Commission Act and an Equal Opportunities Commission Act to be enacted to end direct discrimination and racism in both the public and private sectors.

13. A minimum of 20 opposition members of parliament are elected exclusively by the Indian community to represent their interest at the highest political level.

14. Appeal to refer Malaysia to the world court and international criminal court for crimes against it’s own ethnic minority Indians. [4]

15. Stop Malays to call Indians in "keling" tittle.
Di atas merupakan tuntutan mereka. Sebahagiannya.
Tidak tuntutan ini menjadi suatu momokan kosong? tidak sebenarnya semua tuntutan ini telah dipenuhi? tidak kah mereka ini telah diberikan hak seadilnya untuk berusaha, hak untuk dhidup, makmur dan mendapat kekayaan dalam Malaysia?
Sebenarnya, dalam kebanyakan perhimpunan haram anjuran HINDRAF ini, ramai kaum hindu yang datang disebabkan oleh janji RM3 trillion itu bukan sebab mereka bersetuju dengan tuntutan HINDRAF. DIsebabkan janji-janji untuk menjadi jutawan maka terpesong lah pandangan mereka ini dari isu sebenar, iaitu kepentingan diri pemimpin HINDRAF yang dalam kepala mereka mahukan hak ekslusif dalam politik Malaysia.
Ruhanie Ahmad dalam bukunya "HINDRAF : satu konspirasi" menyatakan bahawa HINDRAF ini merupakan angkara KJ. Beliau yang memang orang kuat Anwar dalam hujah nya menyatakan bahawa KJ berjanji memberi bantuan kewangan kepada HINDRAF asalkan HINDRAf sanggup turun padang dan buat kekecohan. TEntunya hal ini ada kaitan dengan PRU12 yang mana sokongan Melayu kepada Kerajaan telah kurang.
Jadi menurut ruhanie, dengan adanya threat dari HINDRAF maka tentunya orang melayu akan menyokong Kerajaan dan ruhanie seperti biasa akan mengaitkan Singapura dalam hal ini sebagai perancang utama.
Saya pula berpendapat bahawa walaupun ada benarnya telahan si ruhanie, namun harus juga diingat bahawa, HINDRAF ini mempunyai satu lagi gagasan. Iaitu untuk membentuk the Greater TAmil yang mana Malaysia termasuk dalam gagasan ini. Gagasan ini sama seperti gagasan melayu raya oleh Indonesia.
Dengan melihat kepada ini, kita juga tahu bahawa HINDRAF melalui salah seorang anggota pembangkang, ada wakilnya di Malaysia, dan bukannya rahsia bahawa derma selalu juga dikutip dikalangan ini untuk diberikan kepada TAMIL TIGER,sebuah kumpulan penganas di sri langka.
Kemenangan TAMIL TIGERS di Sri Langka pada akhir tahun lepas menyebabkan isu HINDRAF ini mula menjadi panas semula. Selepas rali KUNING RAKYAT, akhirnya HINDRAF pula membuat perhimpunan haram. Setakat ini, semangat HINDRAF lahir daripada kemenenangan TT di sri langka. Tetapi HINDRAF menjadi lemah apabila kerajaan sri langka mengumumkan bahawa TT telah pun ditewaskan. HINDRAF juga menjadi semakan parah dan lemah apabila ketua mereka di tangkap dan di letakkan di bawah ISA (Yang kemudiannya dilepaskan).
Suka juga saya membuat kesimpulan sendiri bahawa mungkin kekalahan TT adalah disebabkan wang derma tidak sampai kepada mereka. Wang derma di Malaysia mungkin telah disabotaj oleh kerajaan atau pun disonglap oleh pemimpin HINDRAF sendiri. mungkin juga terjadi kan?
jadi, secara asasnya, kalau HINDRAF ini betul-betul kawan pasti mereka akan bersama-sama kerajaan dalam memperjuangkan lagi nasib dan memperbaiki lagi kehidupan orang hindu di Malaysia. Perjuangan ini mestilah dalam lingkungan yang dibenarkan undang-undang. Ada cakap-cakap yang menyatakan bahawa sekiranya TT menang di sri langka,maka tindakan TT akan ditiru di Malaysia oleh HINDRAF.
Namun, sebaliknya, HINDRAF bertindak macam samseng. Menjahanamkan imej negara diluar sana, membuat tuntutan yang bukan-bukan, mengutip derma yang disonglap oleh pemimpim mereka dan akhirnya memusnahkan Malaysia dengan perhimpunan haram mereka.
Sekiranya ini terjadi, mungkin betul perlembagaan perlu disemak semula. Perlembagaan yang diasaskan oleh kontrak sosial ini perlu dirombak dan dikatakan gagal. Oleh itu semua hal yang berkaitan dengan Perlembagaan perlu dibuang. Ini termasuk juga hal kewarganegaraan. Kalau ini terjadi, prinsip jus soli perlu dihapuskan. Jadikan suatu peruntukan undang-undang untuk semua individu bukan melayu dihapuskan kewarganegaraan mereka dan dihantar balik ke negara asal masing-masing. kita kuat kuasakan kebelakang undang-undang ini pada tarikh 5 tahun sebelum kemerdekaan. Himpunan harta mereka boleh dirampas dan pastinya atas alasan bahawa cukai kepada penggunaan dan kehidupan di Malaysia selama ini.
kalau ini lah yang mereka mahu, maka berikan apa yang sepatutnya mereka dapat. Biar mereka tahu apa yang mereka akan dapat sekiranya mereka cuba-cuba bermain api.
sebagai makluman, pasti ada antara mereka yang akan dihantar semula ke INDIA sekiranya hal pindaan perlembagaan itu terjadi. Dulu ada yang dikabarkan bahawa yang lari ke Malaya adalah kasta Dalit. mungkit itu yang patut mereka dapat di INDIA.
www. rencahmalaysia. blogspot.com

Jun 13, 2009

UNDI DAN MASUK SYURGA

Cerita ini memang dari dulu dah terdengar. Undi dan anda masuk syurga. Cuma kali ini saya merasa terpanggil bercerita kerana baru sekejap tadi saya berbicara soal tersebut. Saya ditanya oleh seseorang yang betul-betul PASti dia akan ke syurga dan saya akan ke Negark. Tetapi adakah ia PASti?
Bagi orang-orang sebegini, momokan islam (dalam konteks sekarang "kebajikan') adalah paling penting. Mereka ini berpendapat bahawa parti yang pemimpinnya mengatakan memperjuangkan islam perlu diundi. Menurut mereka, kalau pemimpin itu menipu, maka mereka akan menanggung akibatnya di akhirat. Ini bermakna bahawa tanggungjawab sama ad akan ke neraka atau syurga dialihkan ke orang lain. Pandai betul. Dasar orang yang memang tidak mahu berfikir dan tidak mahu pula menanggung akibat perbuatan sendiri!. Dasar pengecut suka menyalahkan orang lain atas kekhilafan sendiri.


Apabila berbicara itu saya lantas bertanya, kalau seseorang itu tidak sembahyang, tidak berpuasa, main judi, bunuh orang dan lain-lain perkara yang salah disisi agama, adakah dengan hanya mengundi parti itu akan PASti masuk syurga? kalau begitu, kriteria untuk masuk syurga ditambah satu lagi selain daripada mesti mati dalam islam (secara asas) iaitu mesti undi parti itu. Kalau tidak undi, PASti masuk neraka.



Dulu, apabila diceritakan sebegini ramai yang akan percaya, tetapi kini adakah ia betul? perjuangan parti tersebut jelas tidak lagi seperti dulu. Mereka kian jauh dari landasan islam itu sendiri. Mengapa? pertama mereka tidak lagi memperjuangan negara islam kerana memperjuangan negara kebajikan. Lihat menifesto mereka. Negara islam telah di"drop"kan dan diganti dengan negara berkebajikan. Adakah islam itu tidak ada kebajikan? kebajikan ada dalam islam tepati bukan kebajikan itu islam. Mengapa saya berkata sebegitu? Islam merangkumi cara hidup dan kerohanian. Maka itu termasuk juga dengan kebajikan. Kebajikan juga ada dalam mereka yang menganut fahaman/agama lain. Adakah parti itu memperjuangkan agama lain juga?


Kedua sebab mengapa parti tersebut bukan lagi memperjuangan islam ialah mereka sanggup berpakat dalam pakatan yang ada parti bukan islam yang terang-terang menentang penubuhan negara islam. Bagaimana mereka boleh bersama dengan parti sebegitu? orang kata, nak lihat orang, lihat juga kawannya. Bagaimana pilihan kawannya, begitu jugalah orang itu.

Jadi, dulu mungkin mereka ini adalah parti yang berkonsepkan perjuangan islam. Tetapi tidak lagi kini.


Jadi, adakah undi anda untuk mereka PASti masuk syurga? anda pikirlah sendiri.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

Jun 11, 2009

JAWI: suatu lagi Pilihanraya kecil ?

Melihat kepada situasi sekarang, adakah akan ada satu lagi RPK? maka berterusan lah kritikan terhadap pakatan rakus. Mereka ini memang tidak bersedia dari segi apa pun untuk mendapat mandat dari rakyat. Untuk mengekalkan MP/ADUN yang sedia ada pun sedikit punya payah apatah lagi untuk mentadbir negara. Satu persatu ADUN/MP dari puak ini jatuh. Satu persatu juga kita lihat permainan dalaman politik pakatan rakus ini. Akhirnya, jari yang menunding orang lain sekarang ini terkulai ke muka masing2.


ADUN Jawi [klik blog beliau] seorang ADUN DAP terkena kerakusan dunia politik. AKhirnya kawan makan kawan. Akhirnya beliau dikatakan rakus dan terusnya ditikam oleh kawan-kawan dalam DAP juga. Inilah permainan dalaman politik DAP. Bukan dalam UMNO sahaja ada masalah dalaman, rupanya dalam DAP lagi teruk. Disebabkan serangan kiri dan kanan dalam DAP akhirnya ADUN Jawi letak jawatan. Kesian.

Nasihat kepada beliau alang2 sudah menjadi ADUN di Jawi, teruslah masuk jawi (Sunat), untung2 boleh jadi ADUN DAP MELAYU dan dapat jadi MB di PERAK.

Adakah akan ada satu lagi PRK? sama2 kita nantikan.

www.rencahmalaysia.blogspot.com

berita dari :www.utusan.com.my

ADUN Jawi serah surat peletakan jawatan kepada parti

11/06/2009 5:06pm

PULAU PINANG 11 Jun — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat telah mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada setiausaha agung parti Lim Guan Eng atas arahan DAP Negeri.

Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow berkata Lim mengarahkan surat berkenaan daripada Tan bagi menunjukkan kerajaan negeri itu mengamalkan konsep Keupayaan, Ketelusan dan Akauntabiliti (CAT).

“Kami memohon surat peletakan jawatan tidak bertarikh itu bagi membuktikan bahawa kami adalah telus dan Tan juga telah mengemukakan surat itu kepada parti,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Negeri di sini hari ini.

Semalam, Ketua Bahagaian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, menuduh Tan melakukan penyelewengan berhubung penajaan RM2,000 untuk sebuah pertubuhan amal tempatan.

Bagaimanapun, Tan menafikan dakwaan tersebut dan berkata beliau berharap parti itu akan menyiasat perkara itu secara saksama bagi membersihkan namanya. - Bernama

Jun 10, 2009

SAJAK OLEH USMAN AWANG: MELAYU

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua‘alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

Usman Awang
Al-Fatihah

Jun 7, 2009

Pemilihan perwakilan: antara politik perkauman, politik kebangsaan dan politik untuk semua

Apabila bercerita tentang parti politik, hendak tak hendak, apa yang dilihat ialah pucuk pimpinan. Pucuk pimpinan terdiri daripada Presiden, timbalan dan naib presiden serta exco/jawatankuasa pusat parti.


Selalunya yang memegang kerusi pucuk pimpinan ini ialah mereka yang dipilih berdasarkan kriteria tertentu sebagai contoh, darah elit atau tidak, ulamak atau ular dalam semak, pemidato terhebat atau mereka yang popular dan paling ketara ialah BANGSA/KETURUNAN/AGAMA.

UMNO, MIC, MCA, IPF dan 2-3 kerat lagi parti politik yang berasaskan bangsa/agama memang mempunyai pucuk pimpinan yang berteraskan bangsa. Ini tidak dapat dinafikan lagi. Bagi parti politik ini, pucuk pimpinan mesti dari bangsa tersebut dengan agama tersebut. Mereka tidak hiprokit. Mereka jelas dalam pimpinan. Bukan bangsa/keturunan/agama yang tersebut tidak akan dapat jadi pemimpin dalam parti-parti ini.

Berlainan dengan PAS, DAP, PPR, Gerakan dan 2-3 kerat parti lain yang memperjuangkan semangat bukan kebangsaan. Cuba lihat dalam organisasi pucuk pimpinan mereka. Ada kaum/bangsa/keturunan lain dalam pucuk pimpinan parti tersebut?




PAS memperjuangkan semangat keislaman atau *kebajikan dengan hak sama rata untuk semua. Namun, dalam perwakilan mereka, adakah dapat dilihat tokoh-tokoh selain melayu/islam? ada ?



Kenapa PAS yang selama ini memperjuangkan konsep islam tidak memberikan hak sama rata kepada bukan melayu/islam untuk berada di kerusi pucuk pimpinan? mungkin asalan yang diberikan ialah bukan islam tidak berhak ada suara dalam PAS. kalau itu alasannya, maka bubarkan sahaja kelab penyokong PAS. Bukan islam dalam PAS perlu diberikan hak untuk bersuara. Mereka perlu ada platform dalam pucuk pimpinan. Mungkin idea ini belum cukup matang untuk PAS namun, mereka boleh memperhalusi lagi dan mewujudkan suatu jawatankuasa dibawah lujnah mana2 untuk membolehkan bukan melayu/islam bersuara dalam PAS sebagai pucuk pimpinan. Baru adil. Kalau tidak, memang ternyata PAS hanya bermain sandiwara. Pucuk pimpinan dari atas sampai ke bawah masih melayu/islam. Apa tidak ada orang islam ke yang bukan melayu layak duduk dalam pucuk pimpinan PAs? Nampak gayanya memang sindrom kebangsaan masih menebal dalam PAS. PAs untuk semua? tidak. PAs bukan untuk semua. tetapi hanya segelintir dari semua.

DAP dengan konsep malaysia for malaysia. Nampaknya dalam PRU 12 telah berjaya parti ini mendapat jumlah undi yang banyak dari pengundi berbilang kaum. Namun ternyata DAP masih ada semangat kecinaan yang kuat. Cuba lihat di mana dalam struktur organisasi DAP ada melayu/islam? ada? Jadi bagi DAP, malaysia for malaysia ternyata suatu omongan kosong yang diputar belitkan untuk membolehkan bukan melayu/islam menerajui parti tersebut. Jadi, mana malaysia for malaysian ini? ternyata DAP memang hiprokit. Mereka juga sama seperti MIC. Memperjuangkan bangsa. Takkan dalam DAP tidak ada melayu/islam yang berkebolehan untuk memimpin?

Hal ini sama juga seperti Gerakan dan PPP yang berselindung dibalik nama parti untuk semua. Padahal mereka ini memperjuangankan bangsa. Jadi apakah relevannya mereka pada masa ini? tidak. Mereka adalah parti bangsa yang berselindung dibalik nama parti untuk semua.


Jadi akhirnya dalam Malaysia ini, kebanyakkan parti adalah parti kebangsaan yang berteraskan perkauman. Perkauman ini lah yang telah memajukan malaysia. Kerana kita bukan bergaduh disebabkan perkauman ini, tetapi kita meraikan. Kita meraikan dengan cara kita. Kita menerima dan pada masa yang sama juga menolak tuntutan yang bukan-bukan.

Jadi adakah kita masih percaya kepada parti untuk semua?


* kebajikan pada PAS sama dengan islam? bukankah kebajikan itu satu bahagian dalam islam? kalau kebajikan yang dicari, maka ternyata, UMNO telah lama melakukan ini semua. Kalau tidak, masakan negara ini maju dan harmoni seperti sekarang? fikirkan. kalau tidak kerana kita berkebajikan, takkan anak-anak mampu ke sekolah, kita bersenang-senang tanpa perlu takut ancaman nyawa dan pastinya di Malaysia ini semua cukup.

Bandingkan dengan negara jiran. Bukankah anda lebih beruntung?

** PKR adalah parti untuk semua? fikirkan kembali. Berapa kerat bukan melayu/islam dalam PKR? dan seperti yang semua sedia maklum, PKR adalah klon bekas UMNO. dibuat oleh orang bekas ahli UMNO. Dianggotai oleh ramai orang UMNO. diketuai oleh orang bekas UMNO. jadi anda yakin PKR bukan parti kebangsaan bercorak keturunan? fikirkan kembali.