Usik sedikit: Baca kedua-dua artikel dibawah seolah-olah menunjukkan bahawa DAP sudah menggunakan tektik PAP di singapura? Adakah DAP sudah mula belajar dari kejayaan PAP dalam men "senyap"kan lawan mereka di singapura? Kalau disingapura lawan kerajaan disana akan dimufliskan melalui tindakan saman di Mahkamah. Adakah ini akan menjadi taktik terbaru DAP? Dalam untuk melemahkan utusan Malaysia yang selama ini menjadi suara orang melayu, DAP sudah mula mengorak langkah memufliskan utusan? Lihat sahaja tindakan karpal singh dan teressa. Mungkin selepas ini walaupun utusan menang saman ini, utusan akan tidak lagi menjadi begitu vocal dalam memperjuangkan agenda melayu? Hanya waktu yang akan menentukannya. www.rencahmalaysia.blogspot.com dipetik dari:www.thestar.com.my Friday September 19, 2008 MYT 5:33:02 PM Teresa Kok released from ISA detention (Update 6) KUALA LUMPUR: Seputeh MP Teresa Kok was released from detention under the Internal Security Act at about 1pm on Friday. Her father Kok Kim Tong and mother Poh Seh Kwon were at the Jalan Travers police station here when she was released. "I am happy that I have been released and I'm okay," she told reporters gathered at the police station. "I do not know why I was released today, just as I do not know why I was detained," she added. Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar said that Kok had been released at 1.30pm after investigations showed there was no reason to detain her any further. "She has released unconditionally," he added. Kok, 44, later Friday told a press conference at the DAP headquarters in Petaling Jaya that she would sue Utusan Malaysia and its columnist Zaini Hassan over articles written about her. She also said she would sue former Selangor Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo over his statements about her, and the Government for unlawful detention (see full statement below). Kok said that throughout her detention, she was repeatedly asked three questions: 1) Whether she had mobilised a group of residents at Bandar Kinrara to present a petition to oppose the Azan at the Bandar Kinrara mosque; 2) Whether she had made a statement that 30% of the allocation for the Selangor Religious Department should be given to other non-religious bodies; and 3) Whether she was opposed to Jawi wordings in road signages in Kuala Lumpur. Kok also said that the police never explained to her why she had been detained. "I kept asking why I had been detained but the police never told me why," she added, saying that she gave her full co-operation to the police during her eight-day detention. Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim and DAP leaders showed up in full force for the press confenrence. The Kinrara assemblyman and senior Selangor state executive councillor was detained one week ago, together with Malaysia Today editor Raja Petra Kamarudin and Sin Chew Daily reporter Tan Hoon Cheng. Tan was released after 18 hours. Kok was detained because she was considered a potential threat to national security for "racial incitement" after she was accused of petitioning a mosque to reduce the volume for azan (the call to prayer), something which she had vehemently denied. The accusation surfaced in a Sept 10 article in Utusan Malaysia quoting former Selangor Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. The accusation was refuted by the Kinrara mosque committee chairman and Kota Raja MP Dr Siti Mariah had lodged a police report against Dr Mohd Khir on this issue. Kok also lodged a police report against the Malay daily, its columnist Zaini Hassan and Dr Mohd Khir. "I believe one of the excuses for my ISA detention is in relation to that article and I place Utusan Malaysia, Zaini Hassan and Dr Mohd Khir Toyo responsible for my arrest," she had stated in her police report. On Monday, Kok filed a habeas corpus application in the High Court for her release citing that her arrest and detention under the Internal Security Act was unlawful. Sankara said then that the court had fixed Sept 23 for hearing but said they would apply for Sept 22 instead as he had another case and Karpal Singh would be in East Malaysia on that date. Karpal sues Utusan for RM10m KUALA LUMPUR: Bukit Gelugor Member of Parliament Karpal Singh has filed an RM10mil suit against Utusan Melayu (M) Sdn Bhd over a defamatory article in its Malay daily Utusan Malaysia regarding his purported comments on Islam. The writ of summons was filed at the Civil High Court registry in the Jalan Duta Court Complex today through his law firm, Karpal Singh & Co. In his statement of claim, Karpal, who is also a lawyer, claimed the article entitled DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu (DAP reminded not to inflame sentiments of Malays) published on Aug 25, had stated that he made the comments on Islam in his welcoming speech at the 15th DAP National Congress held on the previous day. He claimed the defamatory words were understood to mean, among others, that Karpal was a politician bent on creating ill-will among the different communities in the country, was absolutely false and malicious and were intended to destroy his professional and political careers. The DAP national chairman said he had consistently maintained in his public speeches and during his membership of Parliament in the Dewan Rakyat for the last 26 years that Islam was the official religion of the country as provided under Article 3 (1) of the Federal Constitution. Karpal said he gave notice to Utusan for retraction and apology without prejudice to his right to commence legal proceedings against the Bahasa Malaysia daily newspaper. He stated that it would be in Utusan's best interests to comply with his demand for mitigation purposes on damages which could ultimately be ordered against the newspaper by the court. He said Utusan complied with his demand and had published an article entitled Ralat on Aug 26, retracting and giving its unconditional apology to him and accepted that the words complained of, had no basis. Karpal noted that the publication of the defamatory words by Utusan on the eve of the polling day of the Permatang Pauh by-election parliamentary seat was to defame him in his capacity as a Pakatan Rakyat coalition leader, with a view to ensure that de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR) adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim lost in the by-election. He sought RM10mil in general damages, aggravated damages, exemplary damages, interest, costs and any relief deemed proper by the court. -- Bernama
Sep 19, 2008
Polemik permainan PAP di singapura mula diguna oleh DAP di Malaysia?: senyapkan nadi melayu, mufliskan Utusan
amirrash Sep 19, 2008 Comments (0 )
LOMPAT PARTI: akhirnya terbukti ejen pembankang kaki rasuah!
Hasan Malek buat laporan kepada BPR KUALA PILAH 18 Sept. – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malek (gambar) membuat laporan berhubung tawaran lompat parti kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di pejabat agensi itu di Seremban, kelmarin. Ahli Parlimen Kuala Pilah itu berkata, langkah itu bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan lanjut terhadap kes berkenaan ekoran pendedahan yang dilakukannya sebelum ini. Menurutnya, beliau tidak boleh berdiam diri mengenai isu tersebut kerana ia melibatkan maruah parti dalam jangka panjang. ''Saya berbuat demikian bukan kerana hendak mengeruhkan keadaan. Adalah menjadi tanggungjawab saya mendedahkan kes tersebut kerana mereka telah melakukan satu perkara tidak bermoral. ''Atas kesedaran ini juga saya mengambil keputusan untuk membuat laporan kepada BPR," ujarnya pada sidang akhbar selepas melancarkan program Hati Kuman Sama Dicicah anjuran Parlimen Kuala Pilah di sini hari ini. Hasan sebelum ini mendedahkan usaha pihak pembangkang memujuknya meninggalkan UMNO dan menyertai pakatan pembangkang Ekoran pendedahan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) membuat laporan kepada BPR jika didatangi ejen parti pembangkang supaya melompat parti. Akhbar hari ini turut melaporkan kenyataan Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bahawa tindakan tegas boleh diambil kepada mana-mana Ahli Parlimen yang tidak melaporkan kepada badan itu jika mereka ditawarkan ganjaran wang tunai untuk melompat parti. Hasan berkata, wakil-wakil rakyat BN yang lain juga harus melakukan perkara yang sama sekiranya mereka didatangi oleh mana-mana pihak menawarkan lompat parti. Dipetik dari : www.utusan.com.my www.rencahmalaysia.blogspot.com usik sedikit: untuk berkuasa sanggup rasuah. Bagi duit untuk lompat parti. Pasti banyak duit tersebut. Mana pembangkang dapat duit? Siapa yang taja? Amerika? Singapura? Israel? IMF? Belum pun berkuasa sudah pandai hendak rasuah. Andaikata berkuasa bagaimana agaknya gejala rasuah ini. Mungkin selama ini yang kuat rasuah puak(a) ini. Akhirnya yang berkokok jantan menentang rasuah rupa-rupanya penyagak utama rasuah. Ibarat ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang najis.
amirrash Comments (0 )
Hadiah kepada islam: bermula di Kinrara puchong.. mari teka parti mana yang bertanggungjawan dalam hal ini?
Masjid akur bantahan bukan Islam KUALA LUMPUR 18 Sept. - Kuliah Subuh yang hanya berlangsung seminggu sekali di Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara, Puchong tidak lagi menggunakan pembesar suara selepas 189 penduduk bukan Islam menghantar petisyen bantahan. Bilal masjid berkenaan, Bahrudin Maskor, 47, berkata, petisyen bantahan dibuat pihak terbabit dengan alasan kuliah Subuh pada setiap hari Ahad itu menganggu tidur mereka. "Selepas menerima petisyen pada Februari lalu, nazir masjid, Abdul Rahman Nasir mengarahkan saya supaya tidak memasang pembesar suara di menara sebaliknya hanya mengunakan pembesar suara di bahagian dalam sahaja. "Bantahan itu hanya untuk hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am sahaja, untuk hari lain mereka tidak ada masalah malah mengakui bunyi pembesar suara itu boleh mengejutkan mereka dari tidur," katanya. Bahrudin yang ditemani Imam Masjid Batu 12, Puchong, Mohd. Zainal Khamis berkata demikian selepas memberi keterangan kepada polis kira-kira pukul 1.30 petang berhubung isu kontroversi petisyen itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini. Pada 8 September lalu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mendedahkan wujud usaha pihak tertentu yang dipercayai didalangi salah sebuah parti politik membuat petisyen membantah azan di Puchong dan Kota Damansara. Mengulas lanjut, Bahrudin berkata, penggunaan pembesar suara di menara masjid sewaktu kuliah Subuh telah lama dilaksanakan pihaknya. Katanya, ia berikutan permintaan golongan wanita Islam di kawasan berdekatan yang mahu mengikuti kuliah itu dari rumah. "Bagaimanapun kerana petisyen itu, penggunaan pembesar suara di menara masjid dihentikan serta-merta," katanya. Ditanya, adakah petisyen itu turut membantah laungan azan, beliau berkata perkara itu tidak dinyatakan. "Ada cakap-cakap di kalangan pihak yang membuat petisyen itu supaya laungan azan turut diperlahankan," katanya. Dipetik dari:www.utusan.com.my www.rencahmalaysia.blogspot.com
amirrash Comments (0 )
Sep 16, 2008
ANWAR MASIH MEMPERBODOHKAN RAKYAT: CERITA PEMBOHONGAN 16 SEPTEMBER 2008!
Majoriti cukup untuk tubuh kerajaan - Anwar Harakahdaily KUALA LUMPUR, 16 Sept (Hrkh) -Pakatan Rakyat memiliki jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru. Iklan Menurut Penasihat Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, majoriti yang ada ketika ini sudah dapat menubuhkan kerajaan baru. Tambahnya, semalam pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan berhubung senarai jumlah Anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat. Bagaimanapun Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 15,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya di sini semalam, tidak memberitahu nama-nama mereka yang terlibat. Menurut Bernama, Anwar mendakwa satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri nanti untuk membincangkan perkara berkaitan dakwaan beliau mengenai peralihan kuasa. Beliau juga menggesa kedua-dua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan. "Untuk pertahankan negara yang bebas, bukan dicengkam oleh undang-undang yang zalim. Kalau kita (Pakatan Rakyat) memerintah, saya janji ISA akan dimansuhkan dan tahanan politik dibebaskan," katanya. Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan mengangkat martabat bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana Malaysia akan hebat jika dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung PAS,Dato' Kamaruddin Jaafar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden KeADILan, Mohd Azmin Ali. - mks._ p.s Harakah pun dah jadi serakah. Masih nak memperjuangkan apa yang tak masuk dek akal. Kalau Parlimen tak bersidang bagaimana nak tukar kerajaan?. Ingat Demokrasi di Malaysia ini memperuntukkan 3 entiti berbeza untuk check dan balance. Entiti pertama : Parlimen, Entiti kedua: Kehakiman dan entiti ketiga: Kerajaan. Dalam Malaysia, hanya jika Parlimen bersidang barulah satu undi tidak percaya boleh dilaksanakan kepada PM. Dengan undi tidak percaya itu maka PM mungkin boleh digantikan dan begitu juga dengan anggota kabinet yang lain. Kalau Parlimen tidak bersidang, di mana logiknya untuk tukar kerajaan? Dan satu lagi, Nampak sangat si Anwar ini akan menghancurkan Melayu. Bermula dengan memartabatkan bahasa Inggeris dan Cina kemudian bahasa India dan akhir sekali memberikan hak keistimewaan bumiputera kepada bangsa lain. TAHNIAH PKR! Sememangnya KETUA kamu ada cirri-ciri pengkhianat bangsa melayu. www.rencahmalaysia.blogspot.com
Tue | Sep 16, 08 | 8:30:26 am MYT
amirrash Sep 16, 2008 Comments (0 )
Sep 10, 2008
Anwar Ibrahim, Saiful dan Tumbangnya Kerajaan BN 20 September 2008
Saya tidak mahu jadi seperti Abid dalam kisah kaum Lut yang dilaknat oleh Allah kerana gila dengan seks luar tabie. Allah bertanya pada malaikat apakah masih ada orang yang baik di bumi tempat homoseks dan lesbian bermaharajalela? Malaikat kata ada dihujung bukit, Tuhan suruh benamkan si Abid yang beribadat tapi tak mengamalkan amar makruf nahi mungkar sebelum terbalikkan bumi. Tugas intelektual adalah melanjutkan kewajiban dalam membangun masyarakat dan menerangi masyarakat sampai masyarakat mampu (menghasilkan) menyerlahkan peribadi-peribadi seperti yang diinginkan. Cendekiawan dari satu masyarakat yang terjajah terutamanya, bertanggungjawab mencipta kesedaran kolektif guna melawan penjajah, sehingga bangsanya dapat mengambil sikap tegas melawan kekuatan kolonialis. Sebagai cendekiawan, anda tidak diharapkan sekadar menjadi penonton. Peranan anda adalah membantu masyarakat agar berkembang lebih cepat dengan cara mengenalnya, mempengaruhinya dan memanfaatkannya, serta mengaktifkan organ-organ dan hubungan sosialnya, sehingga ia tidak tertinggal di belakang di dunia moden.As-Shaid Dr. Ali Syariati dalam bukunya 'Tugas cendekiawan Muslim' (tajuk asalnya: Man and Islam). Melihat ramainya para 'intelektual', kaum bijak pandai yang bisu terhadap gejala buruk dalam masyarakat atau tanpa memberi buah fikiran untuk meletakkan keadilan sosial membuka mata kepala mereka yang buta dalam terang akibat tak tahu apa erti pejuang keadilan maka sementara tak ada gading terimalah tanduk sebagai ganti. Kita hidup dalam negara dimana anugerah serta gelaran yang diberikan tidak setimpal dengan pengorbanan mereka. Gelaran tokoh yang dijadikan idola tidak sesuai dengan jasa dan peranannya dalam bidang masing-masing. Tiba-tiba dia dinobatkan menjadi hero dan pahlawan. Sepatutnya si penerima tahu dirinya 'tidak layak' menolak kerana tidak setimpal dengan pengorbanan dan anugerah yang diberikan untuk melambangkan suatu kehebatan, jadilah ianya sekadar anugerah yang tidak bermakna, bernilai serta tidak bermutu. Setinggi mana berilmu dan pengetahuan atau berdarjat tapi jika ianya boleh merosakkan agama, bangsa dan tanah airnya, ia perlu ditentang. Siapa pun tidak dapat menafikan yang Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang sungguh berkarismatik. Anwar memberikan gambaran kononnya dia akan wujudkan satu sistem yang lebih baik daripada apa yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) setiap kali berceramah kepada masyarakat bukan Melayu. Apabila Anwar berceramah kepada orang Melayu pula, dia memberikan janji untuk terus mempertahankan semua keistimewaan yang ada untuk kaum itu. Jadi mungkin masyarakat Cina dan India dibuai janji-janji yang luar biasa dan pada masa yang sama, orang Melayu juga diberikan harapan. Bolehkah dia menepati janji-janjinya? Siapa yang tak tahu betapa hebatnya manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Mereka yang meminati dan 'taksub' kepada Anwar boleh terlopong mulut bila mendengar Anwar bercakap. Pemidato terbaik di Asia. Anwar ada karisma, ada gaya, ada stail dan ada aura yang boleh membuat siapa saja boleh terpukau bila berdepan dengannya. Sebab itu apapun dia cakap, berjuta manusia boleh percaya, inikan pula Saiful anak muda 24 tahun, masakan tak boleh terpesona, terpukau dan tersihir dengannya. Kalau tokoh pemimpin macam Al-Gore, macam Wolofowiths, bekas pemimpin korporat macam Tan Sri Khalid Ibrahim malah terdapat juga ustaz dan tok guru yang percaya bulat-bulat dengan Anwar, masakan budak mentah macam Saiful tak percaya apabila Anwar mahu mengambil dia bekerja menjadi pembuat kopinya di bawa ke mana sahaja Anwar pergi termasuk di luar negara. Bukan dia tak boleh lawan Anwar, dia seperti dalam keadaan 'terpukau' hilang ingatan, lupa diri, lupa segala-galanya ketika berada didalam bilik bersama Anwar. Saiful cuma budak kampung yang baru nak kenal dunia. Saiful ambitious, mana dia boleh sangka Anwar ada dua watak? Bila di bawa ke tempat macam bilik hotel 5 bintang Dusit Tani Hotel di Bangkok, atau macam Royal Executive Suite di Kowloon atau macam di Hotel Hilton di Singapura yang ibarat mahligai, mana dia hendak sedar yang dia boleh di sondol dari belakang. Kalau cerita pun susah orang nak percaya, orang masih beranggapan yang Anwar sakit pinggang. Kenapa Saiful yang bekerja sebagai pembantu peribadi, 'coffee boy' yang di bawa ke mana dia pergi? Kenapa tidak bawa isterinya Wan Azizah? Bukankah Wan Azizah Presiden PKR? Pergi Hong Kong cari pelabur atau melabur setor kunyit? Anwar dan Saiful tinggal berdua-duaan di bilik hotel di tempat-tempat sunyi. Gantung saja 'do not disturb' di pintu, siapa pun tak ganggu jika tengah buat 'projek', 'baik punya projek'. Sebab itu Islam tak galakkan dua orang manusia berada berdua-duaan di tempat tertutup kerana bila berdua-duaan ada syaitan di tengah-tengah. Jadi dalam perkara buntuti ini Anwar dan Saiful tak salah. Yang salah ialah syaitan kerana menghasut Penasihat Parti KeADILan Malaysia supaya membuntuti 'coffee boy'nya. Kesian Anwar dan Saiful sebab kena hasut dengan syaitan. Syaitan memang jahat, kalau tak, tidak dinamakan syaitan. Siapa syaitan sebenarnya? Bukankah dikalangan manusia pun ada syaitan juga? Mula-mula berlaku memanglah tak ada laporan di buat sebab masih terpukau, termakan cakap 'ayat power'. Sama macam perempuan kena rogol. Tak ramai perempuan yang kena rogol oleh bapa, datuk, kawan, jiran yang buat laporan pada mulanya, kenapa? Cuba tanya? Bila ada masalah atau kalau apa yang dijanjikan tak dapat dan akhirnya fade up, barulah buat laporan. Sebab itu banyak kes rogol dan liwat yang macam ini dilaporkan bila dah lama berlaku, dua tiga tahun atau lebih. Anwar mengaku yang dia ada membawa Saiful bersama semasa ke luar negara. Sekadar bertanya, atas belanja siapa Anwar bawa 'coffee boy' ikut bersama, terbang ke sana ke mari, tinggal di hotel lima bintang? Kata dia tak ada duit? Ada peminat Anwar kata dia percaya Anwar 'rasuah' bila melihat cara kehidupan Anwar, kalau macam itu macam mana mahu menghapuskan rasuah, seperti yang dijanjikan oleh Parti Keadilan Rakyat di mana dia menjadi penasihatnya? Nampaknya belum jadi Perdana Menteri sudah hidup seperti 'the rich and famous', bagaimana bila jadi Perdana Menteri nanti? Berapa ramai 'coffee boy' dan 'hareem' dalam istananya nanti? Macam-macam soalan kita boleh tanya. Takut apa hendak tanya? Tanyalah ada tak persamaan antara Anwar dan Salman Rushdi? Ramai yang tak terfikir Anwar sehebat Salman Rushdie yang mendapat sokongan dan perlindungan dari Great Britain akhirnya mendapat darjah kebesaran 'Sir' kerana dia berani merosakkan imej Islam. Bagaimana dengan Anwar yang ada hubungan dengan Amerika, Bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika? Paul Wolfowitz yang diberikan peranan untuk menulis tentang Anwar dalam majalah Times untuk edisi yang menyenaraikan Anwar sebagai 100 tokoh paling berpengaruh, 'The 2008 Time 100'. Cuba perhatikan, ikut firasat adakah persamaan wajah di antara Anwar Ibrahim dan Salman Rushdie? Cuba letak gambar Anwar disebelah gambar Salman, perhatikan kening Anwar dan kening Salman. Cuba selidiki asal usul mereka berdua dan hubungan mereka dengan Yahudi dan Amerika.. "Pemimpin (Anwar) alim Islam ini begitu hebat dan pejuang kuat toleransi, demokrasi dan hak asasi. Jadi kita semua terkejut dengan tangkapan dan perbicaraannya pada tahun 1998 atas tuduhan rasuah dan sodomi. Saya merasakan 'jenayah' besar yang telah dilakukannya ialah kerana mencabar Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad, tokoh yang rekod kecermelangannya akan dikotori dengan cara beliau melayan Anwar. Saya menyertai Senator Sam Nunn and lain-lain untuk bercakap bagi mempertahankan Anwar." Paul Wolfowitz Saya termenung memikirkan macam mana saudara O'Connor, bekas Hakim boleh mengatakan yang Anwar kononnya adalah seorang tokoh yang mempertahankan 'demokrasi Malaysia'. Demokrasi atau anarkisme? Sandra O'Connor dan Abdurrahman Wahid (Gus Dur), bekas Presiden Indonesia sependapat:Kami sangat mengenali Anwar Ibrahim dan sangat menghormati dan memandang tinggi akan beliau. Dengan sebab itu, adalah amat membimbangkan kami apabila melihatkan perkembangan yang terbaharu di Malaysia di mana usaha-usaha menfitnah serta ugutan untuk memenjara beliau mirip seperti apa yang berlaku kepada beliau pada tahun 1998. Adalah sangat sukar bagi kami untuk mempercayai tuduhan-tudahan ini. Kami mengenali Anwar sebagai seorang yang berintegriti. Kami menghargai usaha beliau di dalam hal-hal kebebasan, demokrasi dan hak-hak asasi. Maka, tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak konsisten dengan segala sifat dan karektor Anwar yang kami kenali.Apakah perlunya Al Gore buat kenyataan seperti itu? Siapakah Anwar kepada Amerika? Mengapa Al Gore nak campur urusan dalaman Malaysia? Apa kena mengena kes membuntuti Saiful dengan Amerika Syarikat? Ada apa-apa ke antara Al Gore dengan Anwar? Sebenarnya Anwar ini tak hebat macam mana, 'nasi tambah' saja. Bolehkah kita melabelkan Anwar sebagai seorang intelek? Intelek apa kalau suka bawa 'nasi bungkus' bila duduk di hotel lima bintang? Apakah pula hubungan Anwar dengan Amerika sebenarnya? Bagaimana Bekas Naib Presiden Amerika Al Gore berani mengeluarkan kenyataanya di Nashville, Tennessee mengenai dakwaan Anwar membuntuti Saiful: "Tragedi sebenarnya ialah kerajaan Malaysia menggunakan pembunuhan watak untuk menutup mulut pemimpin pembangkang politik. Sudah dua kali kerajaan (Malaysia) menggunakan taktik yang sama dalam usaha untuk memusnahkan politik Anwar. Bagaimanapun, dalam proses melakukan usaha itu, ia telah merosakkan kredibilitinya di dalan dan di luar negara." Lee Kuan Yew, penyokong kepada pertubuhan Hindraf yang sentiasa berhasrat untuk merosakkan pemuda-pemuda Malaysia merupakan sahabat Anwar Ibrahim. Di India Lee Kuan Yew cuba menekan serta memburuk-burukkan Malaysia dan bakal Perdana Menteri India Atal Advani dari Parti Batriya Javeta berkata akan mengheret Malaysia ke alam kemusnahan itulah rakan karib Anwar Ibrahim. Media republik itu nampak macam menyokong dan menyebelahi Anwar. Apa kita nak pelik tentang perkara macam ini kerana kita tahu Singapura menyokong dasar-dasar Amerika Syarikat atau apa sahaja tindakan Amerika baik yang rasmi atau yang tak rasmi. Yang mereka musuhi adalah Ahmadinejad, dulu Imam Khomeini dengan memburuk-burukkan mazhab Syiah kerana mereka tak boleh takut dan gertak Ahmadinejad yang bermazhab Syiah. Apa mazhab Anwar Ibrahim? Kerana pemandu limousine percaya Saiful dibuntuti Anwar, saya tanya dia sama ada dia tahu tak Bugis Street. Dia kata dia tahu, tapi itu dulu. Sekarang sudah tak seperti dulu. Hari ini mereka yang minat dengan homoseks pergi ke satu lorong di Orchard Road di mana segala macam tabiee seks ada di jual. Saya meminta pemandu limousine melewati jalan tersebut untuk melihat dari jauh tubuh-tubuh yang diperniagakan mengikut cerita Krishnan. Dalam perjalanan ke Hotel Hilton, Orchard Road pemandu limousine yang saya naiki bernama Krishnan, menceritakan Anwar cukup popular di Singapura. Gurauan di kalangan kawan-kawan, "siapa yang menonggeng diingatkan hati-hati, pandang belakang takut-takut ada Anwar." Mungkin Anwar seorang 'anarkisme' yang mempunyai cita-cita mahu menghidupkan kembali 'anarkisme' (anarchisme), iaitu falsafah politik yang menganggap autoriti kerajaan dan undang-undang sebagai "tidak sah", dan dengan itu tidak perlu dipedulikan, harus dilawan dan diketepikan. Mereka mengadakan reformasi jalanan kerana kawan Anwar dari Amerika memberikan sokongan yang kuat. Beberapa insiden politik yang tercetus sejak Anwar di tahan dulu hingga ke akhir-akhir ini yang mengingatkan kita semula kepada peristiwa-peristiwa berdarah di Malaysia dan Indonesia beberapa waktu dulu. Ia memperlihatkan wujud anarkisme di peringkat individu dan diperingkat kolektif dalam kalangan tokoh-tokoh yang rapat dengan Anwar. Tindakan-tindakan yang dibuat oleh mereka begitu melampau hingga terlupa 'kontrak sosial' dengan penuh lagak dan tidak lagi tunduk kepada undang-undang, dari siapa mereka belajar? Siapa mentornya jika bukan Anwar yang mendapat sokongan tenaga luar? Sampai bila orang kita harus berpeluk tubuh dan melihat saja? Arahan polis, perintah mahkamah dan apa sahaja peraturan tidak diendahkan kerana ia dianggap suatu sekatan kepada 'utopia'. Yang mereka fikirkan apa saja tindakan mereka yang tak menghormati hak asasi orang lain, tak hormat perlembagaan dan rapat-rapat umum dianggap sah, dipertahankan dan diterima oleh para pemimpin dan penyokong, sebab itu makin berleluasalah anarkisme. Pelik dan hairan bagaimana 'orang kita' pun boleh terpedaya dengan budaya 'anarkisme' yang boleh menghancurkan kuasa politik yang berada di tangan 'orang kita' dan akhirnya semua ketua-ketua jawatan yang dulunya Melayu akan di ambil alih oleh mereka yang bencikan Melayu dan memusuhi Islam. Bila agaknya kita mahu belajar dari sejarah? Apakah kemerdekaan yang baru kita kecapi selama 51 tahun ini bila sudah hilang kita akan dapat semula? Sampai bila 'orang kita' mesti terpengaruh dengan idealisme dan janji Anwar untuk bergelut mempertahankan rakyat 'marhain' terutama orang Melayu? Padahal kita dilekakan untuk mengangkat dan mendewa-dewakan Anwar selaku personaliti yang tak sepatutnya dijadikan pengikut sekalipun, jangan dikatakan pemimpin, inilah akibat pemujaan yang berlangsung tanpa dapat dikawal oleh teman politik Anwar yang gila kuasa. Ramai yang terpukau, tersihir menjadi 'blind followers'. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak ada gunanya. Muka sudah dikotori najis dari lubang dubur. Pelik… macam mana kita tak nampak bahaya yang datang dan terus terpengaruh dengan budaya 'anarkisme' yang bermula dengan bualan blog media pembangkang dan cakap-cakap kedai kopi? Orang kampung yang tak faham 'high politik' akhirnya jadi mangsa manusia yang mereka dewa-dewakan.Maka apabila Saiful Bukhari Azlan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, orang ramai kagum dengan keberaniannya tampil menuntut keadilan. Walaupun keadilan itu di tuntut daripada orang berpengaruh, dia tidak takut. Keberaniannya menolak segala rasa malu kerana mahu mencari kebenaran.Usaha mencari kebenaran tanpa menghiraukan masa depannya membuatkan orang ramai bertanya-tanya apa akan jadi seterusnya. Jika ada pihak yang mengaku benar, mestilah ada satu lagi tidak benar. Apakah anda tak 'takut' seorang diri berada di Hong Kong. Kes Jalil Bank Bumiputra mati dibunuh senyap macam itu saja. Namun bila terfikir "beribu-ribu ekor kambing mati disembelih setiap hari siapa pun tak peduli. Harimau mati menjadi berita besar, lebih baik mati seperti seekor harimau. Mati syahid seperti Arwah As-shaid Dr. Ali Syariati yang keintelektualannya hidup biarpun dia sudah mati. Rugi tak dokumentasikan betapa hebatnya kisah 'pembacuh kopi' yang sanggup menghadapi segala macam cemuhan, kata nista, fitnah untuk membongkar siapa Anwar Ibrahim yang mahu membela nasib rakyat 'marhain' tapi hidup seperti 'the rich and famous' sebab itu soal penat, soal takut tak boleh ada dalam kamus. Kita sebagai manusia memang boleh buat 'jadual', Manusia merancang Allah juga merancang tapi akhirnya 'jadual' yang Allah buat untuk para hambanya lebih tepat. Seperti pada awal tahun 1990-an Anwar dan para penyokongnya termasuk pemimpin UMNO sendiri sudah merancang dan menentukan jadual bila Anwar patut ambil alih kuasa dari Dr. Mahathir. Anwar lawan Ghafar tapi Ghafar tewas sebelum masuk gelanggang lagi. Tahun 1996 Anwar gunakan orang tertentu untuk membuat persiapan mencabar Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO sekiranya jika pada tahun 1998 Mahathir tak turun. Tapi Mahathir tak turun jugak, yang terpaksa turun Anwar sendiri. Jadual dan perancangan Anwar dan penyokongnya tak menjadi dan terpaksa ditangguhkan. Allah yang menentukan segala-galanya maka marilah kita memilih jalan Allah, mengikut perintah Allah, menjadi hamba Allah yang taat kepada perintah Allah dan Rasulnya Muhammad SAW dan menjadi umat Muhammad yang mencintai Nabi Muhammad SAW yang sepatutnya menjadi ikutan. Mari kita akhirnya dengan berselawat. "Allahum ma soli ala Muhammad wa ala Ali Muhammad". "Sekiranya ianya debu, kelangit tinggi menjulang, namun tetap debu juga, tetapi sekiranya ia mutiara ke dalam lumpur tenggelam, namun dirinya tetap mutiara jua." Penyair Parsi Syeikh Saadi
Abad 13 Masehi
amirrash Sep 10, 2008 Comments (0 )
Sep 8, 2008
Apabila kesamarataan dijadikan keadilan: akhirnya melayu pun merundum!
Kesamarataan tidak semestinya membawa keadilan Oleh MOHD. ARIF ATAN 5 September 2008. Adakah rakyat Malaysia berbilang kaum hari ini termasuk kalangan para pemimpin tidak memahami atau sengaja menidakkan perbezaan antara kesamarataan dan keadilan? Ini kerana kedua-dua konsep tersebut yang nampak sama maksudnya tetapi berbeza gagal dimengerti apabila melihatkan pendirian dan tindakan yang telah dilakukan mutakhir ini. Akibatnya, berlakulah ketidakadilan pada ketika kesamarataan terlalu diberi penekanan yang seterusnya menyebabkan sebelah pihak semakin "memendam rasa" manakala sebelah pihak lagi seperti "naik lemak". Adakah pemberian tanah ribuan ekar dan peruntukan beratus ribu ringgit untuk tujuan penempatan, pendidikan dan kebudayaan kepada bukan Melayu seperti yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Perak dan Kedah itu benar-benar adil kepada orang Melayu sebagai kaum dominan yang masih banyak perlu diberi perhatian di negara ini? Perlu ditegaskan, kesamarataan (equality) tidak semestinya membawa keadilan (equity). Apatahlagi dalam konteks negara ini yang rupa bentuk bangsa Malaysia dan perpaduannya begitu rapuh kerana kaum Cina dan India masih kuat dicengkam rasa perkauman sedangkan orang Melayu pula terlalu banyak bertolak-ansur. Walaupun dalam Fasal (8) Perkara 1 Perlembagaan Malaysia menyatakan semua orang adalah sama rata dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang tetapi itu bukanlah tiket untuk pihak tertentu yang anti-nasionalisme sebaliknya kuat cauvinismenya mengeksploitasi peruntukan itu demi kepentingan politik kepartian masing-masing. Kedudukan bahasa kebangsaan (Perkara 152), agama persekutuan (Perkara 3) serta kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera (Perkara 153) yang merupakan sebahagian daripada antara unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan negara ini tidak wajar sewenang-wenangnya "dikaji semula" dengan tujuan menghapuskannya atas alasan mahu mewujudkan kesamarataan dengan kelompok etnik lain. Apa yang berlaku di seberang Tambak Johor wajar diteladani agar virus "pisang berbuah dua kali" tidak merebak ke negara ini. Jika diteliti senarai menteri kabinet Singapura didapati hanya seorang sahaja menteri Kabinet Melayu iaitu Yaacob Ibrahim daripada kira-kira 20 portfolio yang ada manakala etnik India Singapura yang merupakan kelompok ketiga terbesar mempunyai 4 orang menteri. Adakah itu adil kepada etnik Melayu sebagai penduduk asal dan kelompok kedua terbesar di republik itu sedangkan jumlah dan kedudukan portfolio yang dipegang oleh menteri berketurunan India pun mengatasi Melayu? Malah, penekanan melampau akan konsep kesamarataan turut mengheret kepada ketidakadilan yang seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati orang Melayu sebagai penduduk asal kawasan yang dikategorikan Dunia Melayu (Malay Archipelago) ini. Ini dapat dilihat daripada keluhan seorang pembaca akhbar Berita Harian Singapura (3 September 2008) yang khuatir melihatkan semakin banyaknya papan tanda dan siaran TV berbahasa Inggeris dan Mandarin serta ramai pegawai tinggi pemerintah di negaranya kini yang tidak tahu bertutur bahasa Melayu. Tidakkah keadaan tersebut telah atau bakal menimpa negara ini pula jika peralihan kerajaan baru yang diuar-uarkan pada 16 September menjadi kenyataan akibat tidak faham akan perbezaan konsep kesamarataan dan keadilan? Akhbar Sin Chew Daily keluaran 2 September lalu melaporkan Lim Kit Siang bakal mencipta sejarah sebagai orang Cina pertama menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat memerintah. Apa ertinya laporan tersebut jika bukan berbau perkauman Cina? Adilkah jawatan Timbalan Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu di dalam sebuah negara yang memiliki lebih 65 peratus kaum Melayu dan Bumiputera? Tuntutan dan desakan yang semakin kuat hari ini seolah-olah menggambarkan orang Cina dan India ditindas serba-serbi selama kedatangan keturunan mereka ke tanah air ini sejak kurun ke-19 lalu yang kemudiannya dengan mudah memperoleh kerakyatan negara ini ketika di ambang kemerdekaan seterusnya hidup selesa sehingga hari ini. Oleh itu, pemahaman dan tafsiran semua pihak berhubung konsep kesamarataan dan keadilan mestilah jelas. Pemimpin-pemimpin Melayu sama ada dari UMNO/BN, PAS dan PKR malah DAP mesti berhati-hati dalam strategi dan tindakan politik mereka agar tidak membawa bala kepada generasi bangsa Melayu kita sendiri kemudian hari. Pendek kata, keadilan itu adalah setiap orang dapat apa yang sepatutnya dia dapat bukannya mesti sama banyak atau mesti ada sama seperti orang Melayu/Bumiputera miliki. Dalam masa yang sama, prinsip keadilan dan kesamarataan yang diamalkan oleh masyarakat dan pemimpin Melayu bermula dari zaman kesultanan kerajaan-kerajaan negeri Melayu selama ini mesti dicontohi oleh orang bukan Melayu jika mereka tahu sedar diri akan di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung. MOHD. ARIF ATAN, Cheras, Kuala Lumpur. * Penulis ialah graduan Sarjana Muda Pengajian Melayu (Sosio-Budaya/ Kesusasteraan) . Kini berkhidmat sebagai Pembantu Penyelidik di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Dipetik dari sumber email. www.rencahmalaysia.blogspot.com
Dilulus terbit pada Saturday, September 06 @ 20:07:10 MYT oleh SongkokPutih
amirrash Sep 8, 2008 Comments (0 )
Sep 2, 2008
TAHNIAH KEPADA RAKYAT MELAYU PERAK: KERAJAAN PR BERJAYA MENAMBAT HATI PENGUNDI CINA!
Beri tanah sekolah Cina luar biasa Oleh Abdul Razak Din IPOH 1 Sept. – Langkah Kerajaan Negeri Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina disifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa dan belum pernah dilakukan sebelum ini. Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, jika pun mahu dilakukan, ia seharusnya turut diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah-sekolah Tamil yang rata-ratanya masih berkeadaan daif. Beliau yang juga seorang pendidik percaya langkah Kerajaan Perak itu mempunyai motif untuk menarik sokongan politik. Katanya, jika dilaksanakan ia boleh meningkatkan jurang dan tahap pendidikan antara kaum Cina dengan masyarakat Melayu serta India. ''Saya fikir dengan pemberian tanah seluas 44 hektar kepada setiap sekolah persendirian Cina itu, ia mampu menjana pendapatan seperti melaksanakan projek komersial atau ladang sawit supaya sekolah berkenaan mempunyai kemampuan kewangan sendiri dan memperkukuhkan lagi operasi sekolah persendirian Cina untuk menjadi lebih berdaya maju. ''Setahu saya, sekolah-sekolah Cina tidak perlu bantuan lagi kerana mereka mempunyai lembaga sekolah yang cergas dan aktif dalam mencari sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai persekolahan mereka," katanya di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah Kerajaan Perak menganugerahkan 400 hektar tanah kepada sekolah persendirian Cina di negeri itu supaya ia dapat mengusahakan tanah berkenaan dan menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membiayai kos pentadbirannya. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dipetik sebagai berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah berkenaan pada masa kini tidak memadai. Oleh itu, sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberi tanah kepada sekolah tersebut yang membolehkan mereka menubuhkan syarikat bagi mengusahakan tanah berkenaan. Ekoran daripada itu, Pergerakan Pemuda UMNO Perak meminta supaya penganugerahan tanah tersebut tidak mengenepikan kepentingan Melayu dan Islam dalam sebarang keputusan kerajaan negeri. Ketua Pemudanya, Zainol Fadzi Paharudin berkata, langkah kerajaan negeri itu tidak salah tetapi pada masa yang sama perlu berlaku adil kepada sekolah agama dan pondok. Mohd. Hilmi yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Darul Ridzuan di Selangor dan Wilayah Persekutuan berkata, GMP akan membuat kajian dan membuat tindakan sewajarnya terhadap perkara tersebut. Katanya, dalam tempoh baru lima bulan memerintah, kerajaan pembangkang telah melakukan banyak perkara luar biasa untuk kepentingan politik mereka. ''Apa yang akan terjadi dalam tempoh lima tahun akan datang, sudah tentu lebih banyak lagi yang akan dilaksanakan untuk menarik sokongan rakyat daripada masyarakat tersebut," katanya
amirrash Sep 2, 2008 Comments (0 )
Aug 26, 2008
Mengapa Anwar menang di Permatang Pauh…
10 sebab mengapa Anwar menang di Permatang Pauh: (Part 1)
amirrash Aug 26, 2008 Comments (0 )
Aug 6, 2008
13 Mei 1969: Malaysian Malaysia & Artikel 153
13 Mei 1969: Malaysian Malaysia & Artikel 153
Gambar di atas adalah dari buku pengkisahan 13 Mei yang diluluskan oleh kerajaan ketika itu. Sila lihat gambar asal di laman Forum MyKMU.Net.
Soalan saya kepada intelektual kaum China adalah mudah – mengapa kamu pertikaikan perlaksanaan dan pemanjangan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walhal DEB hanyalah kaedah merealisasikan hasrat Artikel 153 Perlembagaan?
Walhal datuk nenek kamu dalam kebijaksanaan mereka sudah bersetuju untuk berkontrak sosial dengan Melayu, termasuk menerima Artikel 153?
Datuk nenek kami orang Melayu telah bersetuju merelakan kamu berkongsi bumi ini dengan kamu, bersetuju memberi kerakyatan kepada kamu, dengan syarat kamu bersetuju untuk menjamin hak dan mengiktiraf ketuanan Melayu ke atas bumi ini [1].
Semasa British ada, kerana kamu terlalu takutkan British, sepatah bantahan pun kamu tidak luahkan kepada Reid Commission yang menulis Perlembagaan Malaysia [2]. Bantahlah, jika benar Artikel 153 dan lain-lain artikel yang kamu tidak bersetuju itu sememangnya zalim. Mengapa tidak bantah?
Tetapi setelah British pergi, lain pula cerita kamu. Sampai hari ini kamu masih lagi merengek tidak bersetuju dengan banyak hal dalam Perlembagaan Malaysia.
Sebenarnya, mudah sangat untuk kita selesaikan segala maslaah yang bersangkutan dengan DEB dan hak istimewa Melayu. Tidak perlu laungkan MERITOKRASI. Kamu orang usulkan saja supaya Artikel 153 di mansuhkan. Kerana peruntukan Artikel 153 itu sendiri tidak membolehkan meritokrasi. Kerajaan Dolah yang ada kini tentunya akan akur. Habis cerita.
Tidak perlu fitnahkan DEB lewat menuduh Al Marhum Tun Razak mencetuskan 13 Mei sebagai kaedah rampas kuasa, coup de tat dari Al Marhum Tuakun Abdul Rahman [3]. Tidak perlu ambil jalan berliku mempalitkan haram DEB itu, kerana dilahirkan dari coup de tat satu perbuatan mendapatkan kuasa politik yang segajat anggap cara haram.
Tidak perlu sindir bahawa China ramai mati kerana 13 Mei, demi membolehkan Melayu kecap senang melalui DEB yang terhasil ekorannya. Sindir bahawa Al Marhum Tun Razak itu tamak kuasa sehingga sanggup rampas kuasa. Dan tanpa menyebut sepatah ayat, sindir bahawa Najib anak sulong Tun Razak adalah dari baka yang sama.
Dan Brader Anwar Ibrahim pun tidak perlu ke hulu ke hilir membuang masa mencabar kewibawaan, otoriti Artikel 153 di bawah penyamaran menegakkan keadilan – mempropogandakan betapa DEB itu sudah tidak relevan dan sepatutnya dimansuhkan [4], [5].
Cakap terus terang – Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pihak kaum bukan-Melayu dan dalam rangka memancing undi China khususnya untuk PRU 12, mahukan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia di mansuhkan. Jadikan itu manifesto pilihan raya PKR. Selesai semua masalah. Mudah, kan?
Ini tidak, kamu puak China chauvinis dan wira baru kamu telah mengambil jalan persis yang diambil Lee Kuan Yew. Yakni ambil jalan payah yang lagi hiporik, yang malangnya semua orang boleh baca.
Lee Kuan Yew pun tidak pertikaikan Artikel 153 secara terang-terangan, cuma dengan penuh sopan santun, dia mahu dan laungkan MALAYSIAN MALAYSIA. Yang kini sayangnya, ramai anak muda Melayu tergoda dengan ungkapan frasa ini, lalu turut bersetuju membabi buta.
Mengikut sejarah rasmi Singapura, asalnya slogan “Malaysian Malaysia” adalah konsep ciptaan Lee Kuan Yew dalam berdepan dengan fraksi chauvinis China dalam People’s Action Party (PAP) [6] yang kemudiannya berpecah menubuhkan parti Barisan Sosialis [7].
Racial tensions increased dramatically within a year and was fuelled by Barisan Sosialis's tactics of stirring up communal sentiment to discredit the government of Singapore and the federal government of Malaysia. In particular, the Chinese in Singapore disdained being discriminated against by the federal policies of affirmative action, which granted special privileges to the Malays guaranteed under Article 153 of the Constitution of Malaysia. There were also other financial and economic benefits that were preferentially given to Malays. Lee Kuan Yew and other political leaders began advocating for the fair and equal treatment of all races in Malaysia, with a rallying cry of "Malaysian Malaysia!".
Dari deskripsi rasmi yang dikeluarkan PAP, apa yang dapat dibaca dengan jelas ialah perbezaan pendekatan di antara Lee Kuan Yew dan Lim Chin Siong Setiausaha Agung Barisan Sosialis terhadap apa bentuk implementasi Artikel 153. Maksudnya, sejak tahun 1961 lagi, sebelum Persekutuan Malaysia di tubuhkan pun, sudah ada prototype, janin atau lembaga kasar DEB. Dan di ketika itu pun, kaum China sudah tidak senang.
Pembawah umum di antara kedua-dua pemimpin China Singapura itu ialah mereka jelas tidak menyukai sebarang bentuk affirmative action (tindakan membetulkan) yang menghidupkan Artikel 153. Cuma cerdik-bodoh menjadi garis pemisah di antara mereka.
Di satu pihak, Barisan Sosialis yang kononnya pro-komunis mengambil sikap perkauman terus terang tidak setuju dengan Artikel 153. yang menampakan benci terhadap Melayu.
Di pihak yang lain pula Lee Kuan Yew pun tidak sukakan Melayu dijamin hak istimewa. Cuma sikap dia tidak nyata membenci. Kerana dia cuma minta kesaksamaan hak dan pembahagian sumber antara Melayu dengan kaum lain. Lee Kuan Yew tidak meletak bangsa China di hadapan, dia cuma mahukan meritokrasi. Yang dalam kata lain, bermaksud Melayu tidak layak diberi sebarang layanan istimewa.
Maka laungan Malaysian Malaysia – yang bermaksud negara Malaysia hak semua penduduk tanpa ada kaum yang mendapat keistimewaan.
Dipetik dari : www.mimpiboneka.blogspot.com
amirrash Aug 6, 2008 Comments (0 )
Apabila Jalur Gemilang dikibarkan terbalik: Cadangan paling KURANG AJAR!
Our beloved is in extreme danger!
Flying the flag upside down. Sheih of Kickdefella asked me a while ago what I thought if he was to launch a campaign to state our despair and our frustrations as a people. I told him that I will join him. I have said I am fed up with our politicians' preoccupation with politics, politics and more politics. I went on cyber-strike recently to say how fed up I was. I still am, like Sheih still is:
"... it is the nation who is in distress. We are facing economic uncertainty and the citizens are facing all sorts of difficulties facing it. We are losing our competitive edge and we are losing our territories too." - Sheih Azidi
Click H E R E to find out who are displaying the Jalur Gemilang upside down as a sign of distress.NOTE: Displaying the flag upside down is internationally accepted to denote extreme distress. It is not a sign of disrespect for the flag. Read here.Updated 3.15 pm: A commenter said it is an offence to display the flag upside down in India. Please read here.
www.rencahmalaysia.blogspot.com
p/s
Pengkhianatan tertinggi yang boleh dilakukan oleh seseorang warganegara ialah apabila dia menjual negaranya; apabila dia memalukan negaranya; apabila dia menghina negaranya; dan apabila dia hilang taat setia kepada negaranya.
Dalam hal ini, rockybru dan rakan-rakannya, adalah pengkhianat kelas wahid. Mereka hilang taat setia kepada Raja, negara, bangsa dan agama.
Mengibarkan bendera dengan terbalik, untuk apa pun alasannya, adalah penghinaan kepada maruah negara. Ia juga adalah penghinaan kepada YDPA, Perlembagaan, Parlimen, Kerajaan dan akhirnya warga Malaysia lain yang sayangkan negara.
Walaupun golongan pengkhianat ini hanya mengibarkan bendera cyber dan bukan bendera Jalur Gemilang sebenar, tetapi niat dan tujuan mereka tetap sama. Iaitu menghina negara.
Alasan untuk mengambarkan dan meminta pertolongan ( in distress) harus dilonggokkan ke sampah. Kepada siapa golongan pengkhianat ini hendak meminta tolong? amerika? singapore? israel? ; dan kepada siapa mereka hendak menunjukkan distress ini?
Atas alasan apa pun, golongan seperti ini ibarat api dalam sekam, gunting dalam lipatan. Hanya tahu menjadi tali barut luar. Menghina negara
Berapa ramai perajurit, pejuang kemerderkaan dan anak watan Malaysia terkorban ketika mempertahankan negara atas nama Jalur Gemilang?
Mungkin golongan pengkhianat ini suka sekiranya bendera Jalur Gemilang digantikan dengan bendera bintang tiga, kalau tidak pun bendera negara jiran yang melaungkan slogan "ganyang Malaysia"?. Kerana dari gaya mereka ini, itu lah yang mereka mahu.
Dan akhir kata, kepada golongan pengkhianat ini, adakah anda sanggup selepas ini mengantung gambar YPDA secara terbalik? . Pada ketika ini, jawapannya adalah "ya". Mereka, golongan pengkhianat ini sanggup berbuat apa saja untuk menghina negara.
Dati itu, sedarlah. Ada kalangan kita yang menanguk di air keruh. Yang akan menerima habuan apabila negara Malaysia ini porak peranda. Segala bukti sudah di depan mata. Apabila negara ini aman, mereka akan cuba menghancurkan. Kemana anda selepas itu?
Kepada golongan pengkhianat ini, kembalilah semula ke pangkal jalan. Kebodohan dalam melakukan tindakan mencerminkan sifat dan akal anda. Apa yang anda dapat ialah seribu macam penentangan. Dimana taat setia mu? Dimana tumpah darah mu? dimana ?
amirrash Comments (0 )
