Penternak khinzir di NS sokong laksana hudud
SEREMBAN, 29 Julai (Hrkh) - Para penternak khinzir di Negeri Sembilan menyatakan sokongan penuh mereka terhadap usaha Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan PAS untuk melaksanakan hukum Islam.
Demikian menurut kandungan surat pengisytiharan mereka yang disampaikan kepada Pemangku Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam satu majlis dialog dengan masyarakat bukan Islam di program sehari bersama masyarakat bukan Islam di Seremban, semalam (28 Julai). Berikut kandungan penuh memo berkenaan yang ditandatangani oleh wakil penternak tersebut:
Kami para penduduk, penternak dan pemohon tanah untuk penternakan babi di tapak baru yang telah dianiayai oleh Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Tan Sri Isa Samad dengan ini membuat pengisytiharan:
+ Menyokong usaha PAS melaksanakan hukum jenayah hudud dan qisas di negara ini bagi membanteras berbagai jenayah dan penyelewengan yang kian berleluasa.
+ Kami juga menyatakan pendirian menyokong pelaksanaan undang-undang tersebut di Negeri Sembilan sekiranya PAS diberi peluang memerintah negeri ini pada masa akan datang sebagaimana yang telah dilakukan oleh kerajaan PAS di Terengganu.
+ Sokongan yang kami berikan ini adalah hasil kesedaran bahawa di bawah pentadbiran Barisan Nasional, mereka ternyata gagal melaksanakan undang-undang dengan seadil-adilnya, apabila orang yang berkuasa seringkali terlepas dari hukuman apabila melakukan kesalahan.
+ Kami menaruh harapan sekiranya hukuman hudud dapat dilaksanakan di Negeri Sembilan, para penjenayah kelas atasan yang merompak harta rakyat termasuk pencuri tanah milik rakyat jelata akan dapat diseret ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman potong tangan jika telah terbukti kesalahannya.
Sekianlah, pernyataan sokongan dari kami. Terima Kasih.
Dipetik dari : http://tranung4.tripod.com/b07/harakah720.htm
Apr 8, 2008
Penternak khinzir di NS sokong PAS laksana hudud
amirrash Apr 8, 2008 Comments (0 )
PAS setuju bina ladang babi RM 100 juta di Selangor

Hari ini PAS hanya mampu membisu dan bersetuju dengan kerajaan PKR yang telah meluluskan ladang pembiakkan Khinzir ( babi ) dengan jumlah peruntukan yang begitu besar sebanyak RM100 juta untuk diternakan di negeri Selangor. Jika dahulu PAS merupakan parti yang paling lantang sekali mengkritik akan isu pembiakkan khinzir (babi) ini kerana ianya pasti akan mencemarkan alam sekitar terutama sekali sungai dan udara yang akan dicemari dengan air najis dan juga udara yang tidak bersih dengan bau najis khinzir (babi).
Pengumuman kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor meluluskan projek mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang dianggap mengejutkan dan ditentang orang ramai.
Bayangkanlah jika peruntukkan sebanyak RM100 juta kepada ladang ternakan ini , berapa banyak khinzir yang akan membiak dan tentu sekali akan memberikan kesulitan kepada penduduk berhampiran dan kepada sungai yang mengalir sepanjang negeri Selangor.
Selain itu juga di khuatiri penyakit JE yang akan merebak, kerana jika terlalu banyak Khinzir, penyakit ini akan mudah merebak. Kerajaan Barisan Nasional pernah menutup dan membunuh banyak Khinzir dan terpaksa menerima tentangan dari penternak Khinzir demi keselamatan rakyat dan kerajaan sanggup menjadi tidak popular dengan penternak Khinzir demi menyalamatkan keadaan yang tidak sihat jika sekiranya ladang-ladang ini dibiarkan bebas tumbuh bagaikan cendawan. Tetapi PKR pula pada pilihanraya yang lalu sanggup berjanji kepada penternak ini supaya mereka akan jadi popular dan meraih undi dari mereka.
Hari ini PKR terpaksa melaksanakan janji yang telah mereka buat untuk meraih undi dari penternak-penternak Khinzir bagi mengundi mereka pada pilihanraya yang lalu. PKR terpaksa menunaikan janji mereka untuk memberikan peruntukan sebanyak RM100 juta seperti yang telah mereka janjikan walaupun apa yang dilakukan oleh PKR adalah bertentangan dari kehendak rakyat negrai Selangor. Inilah hadiah yang paling istimewa terutamanya kepada orang Melayu khusunya ahli PAS yang tertipu dengan PKR di negeri Selangor.
Sebagai kerajaan baru pastinya mereka mahu menunjukkan contoh yang baik tetapi adakah langkah-langkah yang sepatutnya telah diambil kira sebelum mereka meluluskan projek ini,kerajaan negeri sepatutnya memberikan penjelasan yang adil kepada rakyat
Isu haram bukan lagi isu yang akan disentuh lagi oleh PAS kerana PAS kini berada dalam keadaan dimana mereka hidup untuk memimpin dengan mereka-mereka yang tidak mengenal hukum haram dan halal. PAS terpaksa menyesuaikan diri mereka tanpa menyentuh isu-isu yang sensitif mengenai agama kerana PAS kini bersubahat dan berkongsi kuasa dengan Parti yang tidak mengiktirafkan Islam.Ksemua tiga Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari parti Pas tidak menghalang pelaksanaan projek ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berka ta, Pas menyokong projek itu selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.
"Kita tidak ada masalah, kita sokong. Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi tetapi orang bukan Islam pula mereka makan babi. Itu hak mereka. Kita sangat rasional untuk kegunaan mereka," katanya.
Ramai yang berpendapat wang RM100 juta itu adalah satu pembaziran kerana ia hanya melibatkan satu bangsa sahaja. kita tidak septutnya melayan kehendak satu bangsa sahaja kerana wang RM100 juta itu adalah wang rakyat dan termasuk wang kita. Dalam secara tidak sengaja kita juga telah menyumbang dan mebantu mereka untuk membiak Khinzir (Babi).
Kami menyeru agar bangsa Melayu untuk bangun untuk menentang projek kerajaan negeri Selangor ini kerana ianya amat memalukan dan merugikan.Kita tidak seharusnya berdiam diri dan melihat sahaja akan ke pimpinan kita yang kian lupa diri dan melakukan satu tindakan diluar kehendak pengundi yang mengundi mereka dahulu.
PAS tertipu lagi oleh PKR.
amirrash Comments (0 )
Apr 7, 2008
Pak Lah lawan Ku Li lawan Mahathir
Apabila Pak Lah mengupas isu dan alasan kegagalan BN/Umno dalam PRU12 maka secara langsung juga beliau menempelak Kuli dan TDM. Dalam masa yang sama Pak Lah juga menyatakan bahawa kegagalan BN/Umno dalam PRU adakalah disebabkan sabotaj dalam parti. Maka berbondong-bondonglah bloggers, pencinta pembangkang dan pejuang UMNO/BN menilik dan bermadah tentang hal itu.
Yang paling menarik ialah terbitnya perkataan "witch hunting". Menarik bukan? apabila pengkhianat diburu, kita dikata menunding jari dan membuat "witch hunting". Sangat menarik. Apabila diambil tindakan maka dikatakan orang "witch hunting". kalau tidak ditebas golongan munafik ini, tidak mustahil negara juga akan tergadai.
Kalau pengkhianat tidak dimusnahkan, patut saja dihantar mereka ini masuk ke tempat lain, tempat atau parti yang memang memerlukan pengkhianat. Mungkin nanti pengkhianat ini boleh diberi habuan. Mungkin kerusi exco? siapa tahu. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia perlu undi.
www.rencahmalaysia.blogspot.com
amirrash Apr 7, 2008 Comments (0 )
SIME DARBY: KONSPIRASI PERNIAGAAN?
"Masih kah anda ingat akan Synergy Drive (SD), yang mana merupakan satu nama yang sungguh popular pada pertengahan tahun lepas (2007) dimata korperat dimana timbulnya satu idea untuk menggabungkan Sime Darby (SD), Golden Hope Plantations Berhad (GH) dan Kumpulan Guthrie Berhad (KGB) dibawah satu bumbung yang dinamakan Synergy Drive, kononnya untuk memberi lebih sinergi.
Setelah dilancarkan pada hujung tahun 2007, Synergy Drive yang pada mulanya diwar-warkan sebagai anchor kini telah di namakan semula Sime Darby (SD), tidak syak lagi, sejak awal lagi pekerja2 di GH dan KGB telah mengsyaki niat sebenar Sime Darby yang ingin menakluk lubuk perladangan dan hartanah milik kedua-dua syarikat itu. Dan amatlah jelas jika sime darby yang mencadangkan pergabunggan ini pada mulanya sudah pasti tidak akan dipersetujui oleh pelbagai pihak, (Sime Darby tidak lah hebat sangat, lihat lah keuntungan mereka jika dibandingkan dgn GH dan juga KGB)
Jika ada di antara pembaca TranungKite yang merupakan pekerja2 di Sime Darby mungkin dapat merasakan perkara ini. Bagaimana orang2 Melayu kita yang sebelum ini menguasai pengurusan GH dan KGB ditindas dengan pelbagai cara agar mereka keluar dari syarikat tersebut.
Yang menyedihkan lagi, kini atas nama Sinergi kita dapat melihat banyak nama2 asing di dalam carta pengurusan Sime Darby. Lebih menyedihkan lagi, walaupun berlaku lebihan pekerja akibat penaklukan ini,pihak Sime Darby dengan tanpa rasa bersalah mengiklan kan pula jawatan kosong di surat khabar mahupun media internet.
Kepada pihak CIMB (Dato Nazir) yang mengaut keutungan besar hasil fee untuk penaklukan ini mungkin berbangga dengan kerosakan ini....
Atas rasa ketidakpuashatian ini, pekerja2 yang tertindas ini telah mewujudkan blog khas di http://simedarbywat ch.blogspot. com/
Marilah kita melihat keluhan hati pekerja2 ini yang rata2nya adalah orang Melayu kita...."
amirrash Comments (0 )
Apr 4, 2008
Dr.Khir Toyo menjawab : www.drkhir.blogspot.com
Dr.Khir, bekas MB Selangor, telah menjawab pelbagai persoalan dalam blog beliau. Penggunaan bahasa yang formal tetapi mudah difahami menjadikan laman web beliau seronok untuk dibaca. Dibawah ini merupakan excerpt dari blog beliau.
Dipetik dari www.drkhir.blogspot.com
Kepimpinan Negara & Isu Rakyat
Saya telah membaca semua komen-komen yang telah diberikan dan cadangan-cadangan yang telah diutarakan. Sebahagian komen itu terlalu peribadi untuk diulas. Bagaimanapun, saya mengambil maklum mengenai komen-komen tersebut. Saya berharap sahabat-sahabat bloggers dapat memahami apa yang hendak dijelaskan. Di sini saya senaraikan beberapa isu utama yang telah sahabat-sahabat timbulkan dalam topik sebelum ini.
Kritikan terhadap Barisan Nasional & UMNO
Saya menerima banyak kritikan mengenai kekalahan Barisan Nasional di Selangor. Saya terima kritikan tersebut dengan hati terbuka dan sebahagiannya saya rasakan relevan untuk dikongsi dengan anggota Majlis Tertinggi UMNO. Suara para bloggers akan saya bawa ke dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang. Berhubung dengan cadangan-cadangan yang diutarakan yang konstruktif pasti akan memberikan kelebihan kepada saya untuk memahami permasalahan di bawah.
Pembangunan Infrastruktur
Saya ingin mengambil perhatian sebenarnya banyak aduan-aduan berkaitan dengan masalah kawasan dari segi infrastruktur telah saya terima melalui website saya sebelum ini. Bukannya saya memekakkan telinga saya, cuma kekangan agensi perlaksanaan dan kekangan kewangan kerajaan negeri, maka saya tidak dapat memenuhi kesemua permintaan tersebut. Sungguhpun begitu, saya faham harapan teramat menggunung dan keupayaan tidak dapat mengatasi kehendak rakyat. Saya mengharapkan masalah-masalah saudara-saudari akan dapat diatasi oleh kerajaan yang telah kita pilih bersama dalam pilihanraya lepas.
Pembangunan Negeri Selangor
Baru-baru ini saya telah berjumpa dgn MB YAB Tan Sri Khalid Ibrahim semasa penyerahan tugas secara rasmi dan saya mengharapkan MB YAB Tan Sri Khalid Ibrahim akan dapat mengekalkan prestasi kerajaan negeri membangunkan Negeri Selangor.
Untuk pengetahuan semua, saya telah meninggalkan prestasi kewangan Kerajaan Negeri yang baik. Hari ini terdapat RM800 juta wang dalam tabung Kerajaan Negeri Selangor dan RM600 juta dalam simpanan, menjadikan jumlah keseluruhan RM1.4 billion. Saya berharap tidak ada alasan untuk kerajaan meningkatkan lagi prestasi pembangunan di Negeri Selangor dari segi fizikal dan spiritual.
Kepimpinan Negara
Berhubung dengan kepimpinan negara, saya sedar terlalu ramai suara rakyat dalam blog saya yang inginkan Perdana Menteri melepaskan jawatan. Saya merasakan isu kepimpinan ini merupakan rentetan dari isu-isu pokok yg tidak dapat diselesaikan secara jelas dan tuntas, dan akhirnya pemimpin itu dilihat lemah dan gagal menerajui negara. Bagi saya, isu pokok perlu diselesaikan dulu.
Isu-isu Rakyat
Rakyat Malaysia telah lama memendam rasa berkait dengan masalah ekonomi:
(1) kos hidup yang tinggi terutamanya di bandar berbanding dengan gaji yang diperolehi ditambah dengan kurang kemudahan pengangkutan awam yang memaksa rakyat berbelanja sehingga 50% pendapatan mereka untuk pengangkutan.
(2) Agihan ekonomi yang tidak menyeluruh yang menyebabkan golongan berpendapatan rendah dan pertengahan yang tidak berpuas hati.
(3) Kos pendidikan yang meningkat.
Masalah kedua ialah faktor pendidikan di antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan yang banyak menyebabkan kaum India dan Cina yang tidak berpuas hati. Kita harus melihat semula sekolah venecular secara proaktif. Sedangkan kita telah menerima kewujudan sekolah ini sejak merdeka tetapi pengiktirafan kerajaan masih tidak dilihat secara jelas.
Masalah yang ketiga ialah masalah antara agama yang terus membarahi jiwa sama ada orang Islam atau agama lain. Satu tindakan perlu diambil untuk menjernihkan kekeruhan antara agama ini mengikut perlembagaan negara.
Bagi saya Jawatankuasa Khas (high power committee) perlu memformulakan semua penyelesaian terhadap masalah di atas tanpa mengorbankan kepentingan orang Melayu dan agama Islam di samping tidak meninggalkan tuntutan orang lain.
Isu-isu ini lebih penting untuk dilaksanakan; kemudiannya kita bolehlah memikirkan siapakah yang lebih layak untuk memimpin negara pada fasa kedua 50 tahun kemerdekaan negara.
Sahabat-sahabat bloggers, marilah kita berbahas mengenai topik ini secara objektif dan berhemah. Hanya pandangan yang menepati topik perbincangan akan disiarkan dalam blog ini. Selain itu, tulisan berunsur fitnah, hasutan atau yang menggunakan bahasa kesat akan ditolak. Selamat memberikan pandangan.
amirrash Apr 4, 2008 Comments (0 )
Benarkah PAS telah bertukar Matlamat Perjuangan?
| Written by Administrator | |
| Thursday, 03 April 2008 06:42 | |
| Penulis amat tertarik dengan tulisan Norman Fernandez yang bertajuk benarkan PAS sudah ubah matlamatnya.Sekiranya Norman Fernandez seorang bukan Islam dapat melihat akan muslihat ini mengapa orang Melayu tidak dapat menilaikannya. Sebenarnya penyokong PAS kini tertipu dengan muslihat PAS yang kini hanya bermatlamat hanya untuk memenangi pilihanraya sahaja dan bukan untuk mencapai perjuangan asas parti ini. Kenyataan Anwar adalah reaksi kepada kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini yang mengatakan bahawa DAP hanya bersedia bekerjasama dengan PKR sekiranya parti itu memisahkan diri dari PAS. Rakyat umum masih ingat bahawa PAS, PKR dan DAP pernah suatu masa dahulu menganggotai pakatan Barisan Alternatif (BA). Namun, pengundi, khususnya pengundi Cina, tidak menyokong tindakan DAP bekerjasama dengan PAS. Ini jelas terbukti apabila dalam pilihanraya umum 1999, isu penubuhan negara Islam yang diwarwarkan oleh PAS dikatakan penyumbang kepada kemerosotan undi dan kekalahan kerusi DAP di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada tahun 2001, DAP keluar dari BA kerana tidak lagi sehaluan dan sependapat dengan matlamat PAS. Peristiwa 911 di Amerika Syarikat dan pengisytiharan unilateral Malaysia sebagai negara Islam oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mempercepatkan lagi keputusan DAP untuk keluar dari BA. Dalam pilihanraya umum 2004, giliran PAS pula untuk melihat kemerosotan undi dan kerusi-kerusi di Parlimen dan DUN. Jika pada 1999, PAS boleh menawan Terengganu, tetapi dalam pilihanraya umum 2004 lain pula musibah yang melanda PAS. Rakyat Terengganu kembali memberi mandat memerintah kepada Barisan Nasional (BN). Di Kedah dan Kelantan, PAS hilang kerusi kerusi yang dimenanginya dalam pilihanraya umum 1999. Pilihanraya 1999 dan 2004 menunjukkan bahawa masyarakat bukan Melayu masih belum bersedia dan enggan berkompromi mengenai isu negara Islam. Ekoran peristiwa DAP keluar daripada BA dan juga kemerosotan undi dan prestasi PAS dalam pilihanraya 2004, mula dilihat PAS melembutkan isu negara Islam. PAS tidak lagi cuba menonjolkan dan mendepankan isu negara Islam. Anwar, PKR dan PAS tahu betapa pentingnya undi pengundi Cina, memandangkan ambang pilihanraya sudahpun kelihatan. Kemelut politik negara pada masa ini juga sekali lagi memberi peluang untuk PAS mengulangi kegemilangan 1999. Pengundi pengundi Cina sekali lagi akan menjadi penentu. Tambahan pula, dengan pengundi-pengundi India, ada kemungkinan ketidakpuasan masyarakat India mungkin ditunjukkan melalui peti undi. Dalam keadaan sedemikian dan lebih-lebih lagi untuk memikat pengundi Cina, PAS nampaknya tidak lagi mendepankan matlamat sebenar PAS. Cita-cita dan niat sebenar PAS kini tersirat dan terpendam. Sebenarnya, tidak apa yang salah berpegang teguh pada cita-cita dan matlamat. Sekurang kurangnya PAS jujur dan ikhlas dengan niat dan matlamatnya. Tetapi realiti politik negara adalah berbeza. Negara Islam masih tidak boleh diterima orang bukan Melayu dan bukan Islam. Kembali kepada isu pokok, persoalannya ialah, benarkah kenyataan Anwar bahawa penubuhan negara Islam tidak lagi menjadi matlamat utama bagi PAS. Saya percaya kenyataan Anwar adalah tidak benar. Penubuhan negara Islam tetap menjadi dasar dan matlamat PAS. Melayari laman web Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, jelas membuktikan bahawa PAS masih belum berganjak dari matlamatnya. Dalam laman web tersebut, terpapar kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Aziz bahawa "PAS sebagai pembangkang adalah sebagai penegur dan penasihat kepada pemerintah. Seandainya kerajaan pemerintah menukar Perlembagaan dengan meletakkan Islam sebagai wadah perjuangan dan perlembagaan negara, PAS tidak akan menentang. Sebaliknya, PAS akan bekerjasama dan bersatu dengan pemerintah demi kedaulatan dan perlembagaan negara". Ini adalah kenyataan paling jelas bahawa matlamat PAS tetap sama dan belum berubah. Jika ini tidak cukup bukti, Harakah edisi 15 Disember 2007 dengan nyata dan terang menyatakan cita-cita PAS, iaitu "menegakkan negara Islam". Dalam keadaan sedemikian, pengundi bukan Melayu dan khususnya pengundi Cina sudah tentu akan was-was untuk memberi sokongan kepada PKR yang jelas terjerat di antara menonjolkan identiti multi-kulturisme dan sekularismenya, tetapi juga menjalin perhubungan dengan PAS kerana survival nasibnya banyak bergantung kepada PAS. Juga, bagi orang bukan Melayu, kenyataan terbuka Tuan Guru juga membayangi suatu keadaan di mana undi dan sokongan bukan Melayu, jika diamanahkan kepada PAS, dalam sekelip mata, boleh dikorbankan jika timbul kesempatan yang memberi peluang untuk PAS mencapai matlamatnya. Malahan hari ini ramai terkejut dengan pengakuan PAS bahawa PAS dan Umno kebelakangan ini sering mengadakan perjumpaan membincangkan isu berkaitan Melayu dan Islam. Justeru itu, walaupun isu negara Islam menjadi duri dalam daging untuk PKR, suka atau tidak suka, PKR terpaksa reda dan akur dengan tindak-tanduk dan matlamat PAS. Paling kurang dengan tidak menyatakan penentangan terhadap matlamat PAS secara terbuka. PKR dan PAS perlu memperakui realiti Malaysia. Empat puluh peratus rakyat Malaysia adalah rakyat bukan Melayu dan bukan Islam. Oleh yang demikian, biarpun diyakini janji setinggi langit, orang bukan Melayu dan bukan Islam tetap tidak sama sekali akan menyokong, mahupun sanggup menerima matlamat PAS. Selagi PAS enggan menerima realiti negara ini dan selagi hakikat ini tidak diambil kira, PAS dan PKR akan lemas dalam impian yang tidak tercapai. |
amirrash Comments (0 )
Apr 3, 2008
Faktor Pak Lah gagal dalam PRU12: KSN antaranya

Ramai orang menyatakan bahawa kegagalan BN dalam pilihanraya ke 12 adalah disebabkan oleh pelbagai alasan tetapi tidak ramai yang menyedari bahawa kegagalan BN dalam PRU12 ini adalah disebabkan "sway" kakitangan kerajaan sendiri. Kakitangan kerajaan tidak lagi mengundi kerajaan. Kenapa? terdapat cakap-cakap bahawa jawapan kepada soalan itu ialah KSN Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. Mereka beranggapan bahawa KSN telah gagal menbuatkan kakitangan kerajaan berpuas hati dengan polisi kerajaan. Maka tidak hairanlah disebabkan oleh KEGAGALAN KSN SENDIRI maka kakitangan kerajaan tidak lagi menaruh kesetiaan dan kepercayaan kepada kerajaan sendiri. Dan kakitangan kerajaan pun mengundilah pembangkang. Tahniah KSN.
Tan Sri KSN mesti mengambil tahu hal ini. Walaupun secara asasnya beliau telah merombak delivery system di Malaysia ini tetapi dasar itu kurang/tidak popular langsung dikalangan penjawat awam. Dari cakap-cakap yang diterima, dasar-dasar KSN ini hanya membebankan beban tugas yang ditanggung oleh penjawat awam. KSN mesti "review" semula dasar-dasar beliau. Ataupun golongan ini meminta supaya KSN "undur" dari kerusi KSN. Lebih mudah dan senang kalau begitu.
menurut cakap-cakap tersebut antara kegagalan KSN ialah :
1. Mendapatkan saguhati untuk tahun 2007.
Dengan bermodalkan "segan" untuk berbicara kepada PM tentang saguhati itu dan "gaji sudah dinaikkan" maka KSN telah gagal mendapatkan apa yang dipinta oleh penjawat awam Malaysia.
Kalau KSN, sebagai ketua penjawat awam negara, beliau "segan" berjumpa PM untuk dan berbicara tentang hal saguhati anak buahnya( penjawat awam seluruh Malaysia) maka beliau tidak layak menjadi KSN. Beliau tidak layak menjadi ketua kepada penjawat awam di Malaysia.Kalau beliau tidak mampu bersuara, siapa lagi yang boleh diharapkan oleh penjawat awam Malaysia? . Oleh itu seharusnya beliau "undur" diri dari menjadi KSN.
KSN , yang gajinya tinggi berkali ganda dari seorang pegawai awam biasa, boleh hidup senang tanpa saguhati. Tetapi bagaimana pula seorang PAR yang mendapat gaji sekitar RM 800- ke Rm 1200 untuk membeli baju sekolah anak, baju raya anak dan ect..bagaimana PAR ini hendak menguruskan kewangan beliau? untuk pengetahuan KSN, sebulan selepas gaji naik, harga barangan naik mendadak sehingga 30% untuk sesetengah barangan. Perkara ini harus difikirkan oleh KSN.
2. PTK (Penilaian Tahap Kecekapan)
PTK adalah menyusahkan dan tidak memberi manfaat kepada ramai penjawat awam. INi terbukti apabila hanya mereka yang tahu menghafal dan kemudiannya "memuntahkan" maklumat itu dalam peperiksaan PTK yang layak mendaki pangkat. Golongan yang menghafal ini terdiri daripada kakitangan yang masih muda dan/atau banyak masa menghafal kerana tidak banyak buat kerja.
Bagaimana pula dengan makcik/pakcik yang hanya tinggal 2 tahun lagi untuk bersara. Mereka ini amat mahir dalam pekerjaan mereka tetapi dinafikan hak untuk naik pangkat hanya kerana gagal hafal untuk PTK?.
Jadi, PTK harus diubahsuai kalau tidak dimansuhkan. Tetapi ini pun KSN gagal buat. fperkara ini harus difikirkan oleh KSN. .
Cukuplah disenaraikan 2 sebab utama mengapa KSN gagal menjadi "bos" yang baik. Dan disebabkan itu terdapat cakap-cakap supaya KSN letak jawatan. Ini lah juga punca mengapa kakitangan kerajaan mengundi parti pembangkang kerana mereka rasa kecewa dengan tindakan ketua mereka KSN.
Untuk maklumat lanjut baca petikan dari utusanonline di bawah ini :
CUEPACS ancam boikot sambutan 1 Mei
SUNGKAI 2 April – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengancam akan memboikot dua sambutan Hari Pekerja Mei depan, jika lima tuntutan mereka terhadap kerajaan tidak dipenuhi.
Presidennya, Omar Osman berkata, tindakan memboikot itu adalah keputusan yang diambil dalam satu mesyuarat bersama 120 kesatuan yang bergabung di bawah CUEPACS hari ini.
Katanya, kedua-dua sambutan Hari Pekerja yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia melibatkan kakitangan sektor awam dan swasta pada 3 Mei dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 29 Mei depan membabitkan ahlinya di seluruh negara.
‘‘Kita mahukan kerajaan memberikan respons yang cepat dalam tuntutan ini dan memberikan tempoh sehingga 29 Mei untuk kerajaan membuat keputusan.
‘‘Keputusan itu diambil secara sebulat suara kerana kami pernah menuntut kepada kerajaan dan JPA sebelum ini supaya mempertimbangkan lima tuntutan yang melibatkan kepentingan kakitangan awam seluruh negara.
‘‘Tindakan ini bukan satu ugutan kerana kami telah mengemukakan tuntutan ini sejak berapa lama dan perbincangan juga telah diadakan sebelum ini tetapi sehingga kini belum ada kata putus daripada kerajaan,” katanya.
Kelazimannya setiap tahun sambutan Hari Pekerja akan dirasmikan oleh Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat dengan 120 kesatuan yang bergabung di bawah CUEPACS di sini hari ini.
Lima tuntutan CUEPACS ialah bayaran honorarium tahun 2007 sebanyak RM2,000 kepada 1.2 juta kakitangan, kadar pencen mengikut perkhidmatan sebenar, pelanjutan umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun dan pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), elaun kritikal dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP).
‘‘Kami sudah menilai semua tuntutan tersebut yang keseluruhannya membabitkan perbelanjaan tidak sampai RM2 bilion,” katanya.
Katanya, tindakan kerajaan yang menarik balik elaun kritikal dan imbuhan tetap perumahan sebanyak 10 peratus yang diberikan kepada kakitangan dalam jawatan kritikal pada Februari lalu telah memburukkan lagi keadaan.
‘‘Kami pernah menghantar kertas kerja mengenai honorarium dan elaun lanjutan persaraan wajib kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan pada September tahun lalu selepas mengadakan perbincangan bersamanya di Putrajaya.
‘‘Tetapi, sehingga kini tiada sebarang jawapan daripada KSN walaupun sudah enam bulan berlalu menyebabkan semua ahli kongres dan gabungan persatuan memaksa kami mengambil tindakan tersebut,” katanya.
Omar berkata, mereka bagaimanapun bersedia untuk berbincang semula sekiranya pihak KSN bersedia untuk mempertimbangkan tuntutan daripada CUEPACS tersebut.
‘‘Kami memberikan tempoh sehingga 29 Mei depan untuk menjalankan rundingan terhadap kelima-lima tuntutan kami selama ini.
‘‘Kami tidak berganjak daripada keputusan kami untuk memboikot kedua-dua sambutan itu pada bulan depan jika pihak berkenaan tidak membalas sebarang jawapan untuk membincangkan perkara itu.
‘‘Bagaimanapun, ini bukannya perkara baru, lagipun tuntutan ini diminta untuk dipertimbangkan sejak tahun lepas dan selepas ini, kami akan menghantar surat kepada KSN bagi membincangkan isu ini sekali lagi,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya tentang nasib kakitangan awam di lima negeri di bawah kerajaan pembangkang, Omar berkata, kerajaan negeri tidak boleh melakukan sebarang diskriminasi terhadap kakitangan berkenaan.
Katanya, kalau wujud sebarang diskriminasi, mereka boleh mengemukakan aduan kepada CUEPACS untuk tindakan selanjutnya.
‘‘Kita akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri terbabit untuk berbincang.
‘‘Ingin saya tegaskan ialah segala insentif yang diberikan kepada kakitangan awam sebelum ini mestilah dikekalkan dan mereka perlu menjalankan tugas yang tidak bercanggah dengan sektor awam,” katanya.
amirrash Apr 3, 2008 1 comments
Tarikh Parlimen Bersidang: Masa untuk bergasak
amirrash Comments (0 )
Apr 1, 2008
"Melayu akan diperalat oleh Barat, Eropah jika rakyat pilih Anwar jadi PM" Mahathir

gambar sekadar hiasan
[undated picture: rubin-anwar-wolfowitz]
Oleh Bernama
Isnin, 31 Mac 2008
PP: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu akan diperalatkan oleh bangsa asing jika memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
"Kita tahu orang Barat dan Eropah percaya bahawa Anwar tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri. Tak lama lagi bolehlah cucuk hidung nak heret ke mana-mana"
"Beliau mendakwa Anwar, adalah seorang yang pandai berkata-kata dan boleh menarik ramai orang daripada pelbagai golongan dan latar belakang.
Kalau cakap berkenaan agama Islam, semua orang Islam anggap dia sebagai jaguh agama. Bila dia bercakap dengan orang kampung bagus juga, bila dia bercakap dengan orang buat kuil pun bagus juga.
"Kita tahu orang Barat dan Eropah percaya bahawa Anwar tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri. Tak lama lagi bolehlah cucuk hidung nak heret ke mana-mana," katanya pada sesi soal jawab selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Melayu Tanjong di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh salah seorang peserta di mesyuarat itu mengenai laporan media asing yang mendakwa Anwar bakal menjadi Perdana Menteri
"Kalau orang Melayu nak diheret ke
"Kalau orang Melayu nak diheret ke
Pada sidang akhbar selepas majlis itu, Dr Mahathir berkata sistem kuota pencalonan bagi melayakkan seseorang layak bertanding jawatan tertinggi Umno yang dikekalkan semasa menjadi Presiden Umno adalah untuk memastikan hanya mereka yang layak sahaja boleh bertanding dan bukan bagi kepentingan peribadi.
Di bawah sistem kuota itu, perlembagaan Umno mensyaratkan seseorang calon perlu memperoleh pencalonan sekurang-kurangnya daripada 60 bahagian bagi membolehkan beliau bertanding jawatan presiden diperkenalkan selepas Dr Mahathir sendiri dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 dan mengekalkan jawatan presiden itu dengan kelebihan hanya 43 undi.
Sejak itu, amalan tidak mencabar jawatan tertinggi parti menjadi tradisi.
Dr Mahathir berkata: "Apa ada kepentingan saya. Saya menang bukan banyak tu aja. Saya menang tanpa bertanding banyak kali."
Ini terbukti semasa Anwar mencabar jawatan Timbalan Presiden parti daripada Tun Ghafar Baba, katanya di mana "Dia (Anwar) dapat bukan main banyak...lebih 30 peratus pencalonan tapi dia dapat banyak (pencalonan) kerana pada masa saya tidak ada kawalan.
"Ini kita buat semua tu sebab kalau tidak, akan jadi macam Sulaiman Palestin. Dia bukan ada sokongan sangat tapi bertanding," katanya.
Dr Mahathir berkata pada masa beliau memimpin Umno untuk mendapatkan 60 pencalonan daripada bahagian tidak menjadi masalah.
Ini terbukti semasa Anwar mencabar jawatan Timbalan Presiden parti daripada Tun Ghafar Baba, katanya di mana "Dia (Anwar) dapat bukan main banyak...lebih 30 peratus pencalonan tapi dia dapat banyak (pencalonan) kerana pada masa saya tidak ada kawalan.
Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam akhbar hari ini bahawa beliau sebagai seorang anggota Jawatankuasa Perlembagaan parti telah mengemukakan kepada Dr Mahathir cadangan anggota parti akar umbi untuk menarik balik kuota 30 peratus.
Bagaimanapun Dr Mahathir memintanya membiarkan sahaja, dan ini kata Muhyiddin kebanyakkan disebabkan pada hakikatnya Dr Mahathir ialah presiden Umno pada ketika itu dan peraturan ini akan melemahkan sebarang cabaran kepada presiden.
BERNAMA
amirrash Apr 1, 2008 Comments (0 )








