Aug 10, 2010

BANGSA MELAYU: HAK DIAMBIL ORANG LAIN TAK MENGAPA, KALAU BANGSA SENDIRI YANG AMBIL TAK BOLEH!

Bangsa Melayu. Kalau hak nya diambil oleh orang lain. Tak mengapa katanya. Tapi kalau bangsa sendiri yang ambil hak itu, dimarahnya dikejinya dihinanya. Daripada hak melayu disapu oleh bangsa lain, baik pula yang men"yapu" adalah bangsa sendiri. Tetapi melayu memang macam itu. Dengki pada bangsa sendiri. Kalau pada bangsa lain, melutut, menangis, baring tengah jalan, membiarkan islam dipermainkan, sanggup dikorbankan demi bangsa lain itu. 

Orang Melayu ini sikapnya adalah tidak boleh tengok bangsa nya maju. kalau boleh, kalau dia tak dapat, orang bangsanya pun tak dapat. kalau tidak, marahnya berjela-jela. Kutuknya setinggi langit.


Dalam hal sekarang, cuba lihat, sedikit-demi sedikit hak melayu disapu bangsa lain. Bermula daripada hak diskaun rumah, hak biasiswa, hak pekerjaan, hak ASB, hak pendidikan, hak perundangan (syarie) semuanya hendak dikaut oleh bangsa lain. Tetapi melayu tetap macam itu juga. Langsung tak sedar. Bagi melayu jenis ini, "arr..bukan aku dapat pun" adalah cogankata hidup mereka. Mereka tak nampak kesan 20 tahun lagi. Profesional Melayu kena sedar bahawa golongan Melayu pertengahan adalah produk daripada hak yang digubal tadi. Hak-hak ini membawa kepada pembentukan identiti Melayu pertengahan baru. Kalau tidak kerana hak-hak ini, melayu masih menjadi orang kampung yang hanya bercucuk tanam dan pandai jual tanah sahaja. Kalau melayu hendak berkongsi hak, maka bangsa lain mesti bersikap adil kepada Melayu. 

NOTA:
cuba bertanya kepada pekerja melayu diperusahaan milik bukan melayu. Berapa gaji mereka. Berapa pula gaji kawan mereka yang bukan melayu yang bekerja disana yang sama taraf pendidikan. Banyak betul bezanya.

bagi melayu haram jadah ini, melayu yang kaya disebabkan hak melayu adalah seteruk-teruk manusia. pada mereka biarlah bangsa asing yang kaya dengan hak melayu. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

0 Responses: