Sep 15, 2009

Indonesia: ganyang Malaysia [lagi cerita terbaru !]

BMB to raid Malaysians in South Tangerang

Mon, 09/14/2009 11:38 AM  |  City

TANGERANG: A nationalist organization known as Barisan Muda Betawi (BMB), has threatened to conduct more raids against Malaysian citizens in protest of the government's position on the origins of the Balinese Pendet dance.

The traditional dance created controversy after it was used in a Malaysian tourism advertisement.

"We will soon raid Malaysians if the government does not take measures against Malaysia," BMB chairman Aai Samudra said over the weekend.

"Frankly, we condemn the actions of Malaysians who have stepped on Indonesia's dignity," he said.

Last week, dozens of activists also conducted raids on Malaysian citizens on Jl. Diponegoro in Menteng, Central Jakarta for two hours.

President Susilo Bambang Yudhoyono has urged all parties to refrain from taking the law into their own hands by conducting the raids, saying that such actions are against the law and could jeopardize the bilateral ties between the two countries. – JP

Dipetik daripada http://www.thejakartapost.com/news/2009/09/14/bmb-raid-malaysians-south-tangerang.html 

p.s

Fakta yang masih tak masuk kepala rakyat Indonesia

Berita ini memang mengejutkan. Apatah lagi setelah semua yang menyatakan bahawa  bukan Malaysia yang membikin sedutan iklan tersebut, namun memang pemikiran rakyat Indonesia sudah dibancuh dan dilenyek sedemikian rupa hingga menjadikan mereka buta terhadap fakta dan bingai dengan yang betul.

Kegagalan kerajaan Indonesia 

Inilah akibat daripada dasar Kerajaan Indonesia yang gagal mengawal rakyatnya dan juga maklumat kepada rakyatnya. Dalam erti kata sebenar, media Indonesia gagal dikawal selia oleh Kerajaan Indonesia.

Keadaan ini memungkinkan terjadinya episode-episode bodoh sebegini.  Yang mana walaupun fakta menyatakan bahawa Malaysia tidak bersalah, namun tetap juga ada rakyat Indonesia yang bingai yang kurang akalnya yang berperangai seperti monyet.

Kerajaan Indonesia memang maklum akan pemikiran rakyatnya yang taksub kepada apa sahaja yang dikatakan dalam media. Bagi rakyat Indonesia, media adalah betul. Padahal apa yang terjadi ialah eksploitasi media Indonesia kepada pemikiran rakyat Indonesia.

Media Indonesia: antara keuntungan dan etika

Cabaran dalam bidang media amat hebat di Indonesia. Dengan banyak koran (surat khabar), stesen TV dan radio serta kemunculan medium baru media di sana, maka pemilik-pemilik media sanggup membuat apa sahaja untuk melakukan produk media mereka. Dan akibatnya, maka terjadilah kedangkalan penyampaian maklumat dengan niat untuk mensensasikan kejadian-kejadian biasa.

Apabila banyak cerita sensasi maka bertambah lakulah produk media itu dan semakin banyak pula duit yang masuk ke kantung-kantung pemilik media. Dan rakyat Indonesia? Tetap diperbodohkan oleh media.

Etika wartawan: makan gaji sahaja?

Apa pula cerita wartawan Indonesia? Sama ada mereka ini melakukan demi wang atau memang gampang bodoh. Tetap itu tidak mengurangkan kejelikan terhadap orang sebegini yang bisa menjadikan kemampuan menulis tinta mengungkap kata-kata dusta yang menghancurkan negara.

Bencana dan berdemo 

Andaikata, tenaga dan pekikan lolongan rakyat Indonesia yang berdemo itu digunakan untuk pembangunan negara pasti Indonesia akan makmur. Dan alangkah baiknya sekiranya tenaga itu ditujukan kepada bantuan kemanusiaan di tempat bencana di Indonesia sendiri. Namun, apa yang terjadi adalah sebaliknya, yang membantu rakyat Indonesia di tempat bencana adalah rakyat Malaysia yang datang sebagai sukarelawan. Inilah pemikiran rakyat Indonesia.

Jawa: dibelakang berantakan ini?

Harus pula diingat, bahawa kecaman terhadap Malaysia hanya terjadi di sekitar kawasan Jawa. Tidakkah ini ganjil? Adakah orang Jawa Indonesia menggunakan hal ini untuk menyatupadukan Indonesia yang terkenal dengan pelbagai etniknya di belakang bangsa Jawa.

Kita sedia maklum bahawa Jawa mengawal Indonesia. Dengan satupaduan orang Indonesia disebabkan isu ini maka yang jadi jaguhnya adalah orang Jawa. Memang selama ini yang memegang tampuk pemerintahan adalah Jawa.

Rakyat Malaysia: jangan Melawat Indonesia lagi

Pada rakyat Malaysia pula, sudah-sudahlah melawat Indonesia. Silap hari bulan kita mungkin dikeronyok oleh rakyat Indonesia. Mungkin ada yang dibunuh atau yang dirogol. Walaupun Kerajaan Indonesia ada memberikan jaminan keselamatan, tetapi kalau sekarang pun mereka gagal menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat mereka, adakah jaminan kerajaan Indonesia itu boleh dipakai? Pada hemat saya, langsung tidak. Kerajaan Indonesia tidak ada kawalan terhadap rakyatnya. Itu yang pasti.

Seeloknya, pada masa ini rakyat Malaysia bolehlah melawat Kemboja atau Vietnam. Mereka lebih memerlukan kebanjiran pelancong Malaysia. Lagipun di sana rakyat Malaysia aman dan sentosa. Makanan halal pun sudah mudah dicari.

Kesimpulan: Antara janji dan keselamatan diri

Jadi, sebagai kesimpulan, janganlah kita tertipu dengan janji-janji kerajaan Indonesia. Mereka gagal mengawal media dan rakyat mereka. Dan kegagalan mereka akan membawa bencana kepada kita. Mungkin tidak secara berperang, tetapi lebih kepada keselamatan diri rakyat Malaysia di Indonesia baik untuk melancong atau belajar/bekerja di sana.

Jangan lupa, ada kurang lebih sejuta rakyat Indonesia di Malaysia. Adakah ancaman rakyat Indonesia terhadap warga Malaysia di Indonesia akan mengancam keselamatan rakyat Indonesia di Malaysia? Itu mesti difikirkan juga.

Kesimpulan: Kebudayaan dan etnik bukan milik negara

Kepada Indonesia, kebudayaan bukan milik negara. Ia milik bangsa/kaum/keturunan/etnik. Malaysia mempunyai pelbagai etnik yang datang daripada serata dunia termasuk Indonesia. Orang jawa di Malaysia, orang Boyan di Malaysia, orang Cina di Malaysia, orang India di Malaysia masih mengamalkan adat resam dan budaya yang dibawa daripada tempat asal mereka. Ia masih diamalkan di sini. Adakah Indonesia mahu katakan kepada rakyat Malaysia ini, bahawa berada di Malaysia, mereka tidak boleh mengamalkan adat dan budaya nenek moyang mereka? Siapa Indonesia untuk menghalang itu semua?

Adakah juga ini bermakna selepas mereka mendapat kerakyatan Malaysia, maka nama dan keturunan mereka ini juga bertukar? Adalah tidak mustahil nanti, ada orang cerdik pandai di Indonesia akan mencadangkan supaya gelaran Jawa, Boyan, Minang dan lain-lain yang berasal dari kepulauan Indonesia dipatenkan dan hanya boleh dipakai di Indonesia sahaja. Sekiranya ini terjadi, maka jelaslah, bahawa bagi Indonesia, hanya mereka yang layak mengamalkan budaya keturunan mereka. Suatu pemikiran sempit dari negara yang mengaku mengamalkan dasar kebebasan (demokrasi mutlak) dan keadilan. 

www.rencahmalaysia.blogspot.com

1 Responses (Leave a Comment):

Anonymous said...

This is threat to Malaysia

Malaysia had to buy more weapon like war ship (destroyer , cruiser ..) , jet(su-30, f16 ...) , submarine( lots of small diesel engine submarine ...) , heli (apache, roivalk..), tank (MBT M1A1,Leopard,Leclerc...) and more

Our weapon will prevent war ...